You are on page 1of 8

MAHKAMAH PERUSAHAAN

PENGENALAN
Ditubuhkan pada tahun 1940 di bawah Aturan Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Siasatan. Kini,dikendalikan di bawah Seksyen 21, Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Mengendalikan kes pembuangan kerja sektor swasta oleh pihak majikan (seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967) Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara majikan dengan pekerja. Rayuan kes boleh dibuat di Mahkamah Tinggi.

BIDANG KUASA
Memerintahkan mana-mana pihak pengusaha untuk digabungkan, diganti atau dibatalkan Merekodkan kenyataan secara angkat sumpah dan mengarahkan mengemukakan buku, surat dan dokumen sebagai bukti Mendengar kes dan memberi keputusan Membuat perbicaraan secara tertutup

Mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan untuk menghadirkan diri ke mahkamah Memohon untuk mendapatkan bantuan tenaga pakar untuk memberikan pendapatnya semasa perbicaraan yang boleh dijadikan bahan bukti

Memberi pengiktirafan dan pendaftaran perjanjian bersama yang diamanahkan oleh majikan atau Kesatuan Pekerja

KEANGGOTAAN
Diketuai presiden (seorang peguam cara atau peguam bela) yang dilantik oleh YDPA 21 orang pengerusi (15 orang di mahkamah Kuala Lumpur, 2 orang di Mahkamah Pulau Pinang dan Sarawak, seorang di Mahkamah Ipoh dan Johor Bahru

3 orang panel iaitu wakil majikan, wakil pekerja dan seorang berkecuali dilantik oleh Menteri Sumber Manusia

Seorang pendaftar (dibantu oleh 10 orang pegawai dan 80 orang kakitangan)

PROSIDING
Sesuatu kes akan diselesaikan oleh Ketua Pengarah Perusahaan tetapi sekiranya beliau gagal, kes tersebut akan dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia. Kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Perusahaan dengan persetujuan Menteri Sumber Manusia. Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan, kes tersebut boleh dirayu di Mahkamah Tinggi. Semasa prosiding,pihak berikut akan hadir ke mahkamah:
Pekerja yang terlibat Wakil majikan diiringi peguam yang dilantik Wakil Kesatuan Sekerja diiringi peguam yang dilantik

Keputusan dibuat berdasarkan bukti kukuh dan persetujuan suara majoriti anggota Mahkamah Persekutuan. Presiden akan mengumumkan keputusan dalam tempoh 30 hari jika kata putus dibuat dari tarikh kes tersebut dibicarakan Majikan perlu membayar pampasan atau mengambil semula pekerja untuk bekerja sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah Pekerja yang kalah dalam perbicaraan perlu membayar kos perbicaraan

JENIS-JENIS KES
Permohonan oleh pihak yang terikat dengan keputusan untuk interpretasi atau variasi oleh mahkamah tentang syarat atau perjanjian kolektif (bersama) Pengaduan atas pelaksanaan syarat keputusan atau perjanjian kolektif Pertikaian tentang hal perusahaan antara majikan dengan Kesatuan Sekerja yang tidak dapat diselesaikan secaa kompromi Pembuangan pekerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia

Terdapat penganiayaan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kesatuan Sekerja

You might also like