You are on page 1of 2

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN No. Fail: IPGKTB/(JAPIM)/01/Jld.8 ( ) Tarikh : 10 Februari 2012 Kepada: Guru Besar, ................................................

. ................................................ Tuan / Puan, PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN PERGURUAN BERASAS SEKOLAH (LPBS) (KPLI-SR j-QAF) DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Bersama-sama ini dilampirkan Panduan Perlaksanaan LPBS untuk guru pelatih KPLI-SR j-QAF untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya. 3. Sehubungan itu sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang masalah, sila hubungi pegawai-pegawai yang berkenaan untuk pihak institut selanjutnya. 3.1 Tuan Haji Abu Bakar bin Othman, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, atau Tuan Haji Harun bin Haya, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, di talian 04-5215227. En. Azhan bin Yusoff, Penyelaras j-QAF Ambilan 2012, nombor telefon 019-4499115 atau e-mel iptbjqaf12@gmail.com.

3.2

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menurut Perintah,

Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam.
s.k Fail JAPIM

PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN PERGURUAN BERASAS SEKOLAH (LPBS) (KPLI-SR j-QAF) DI SEKOLAH

A. KEDUDUKAN GURU PELATIH j-QAF i. ii. iii. iv. v. Bertaraf Guru Pelatih. Tidak ada cuti secara khusus samada cuti rehat atau cuti sakit kecuali atas budibicara pihak sekolah. Tidak menerima gaji, tetapi elaun yang dibayar oleh pihak IPG. Mod pembelajaran Guru Pelatih j-QAF adalah Mod Latihan Perguruan Berasas Sekolah (LPBS). Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah cuba jaya di samping mendapat bimbingan daripada Guru Pembimbing semasa di sekolah.

B. PERANAN SEKOLAH i. ii. iii. iv. Melaporkan salah laku Guru Pelatih secara bertulis kepada pihak IPG (u.p. Jabatan Hal Ehwal Pelajar). Menghantar Rekod Kehadiran ke IPG pada setiap hujung bulan kepada Penyelaras J-QAF IPGKTB dengan menggunakan borang yang dikepilkan. Pelajar ini tertakluk kepada semua etika perkhidmatan awam sepanjang tempoh mereka berada di sekolah. Melantik Guru Pembimbing untuk membimbing proses pengajaran dan pembelajaran.

C. PERANAN PELAJAR i. ii. iii. iv. v. Melaksanakan aktiviti Kem Bestari Solat selaku penggerak utama. Guru Pembantu kepada aktiviti ko-kurikulum. Mereka tidak digalakkan membawa pelajar menggunakan kenderaan sendiri. Guru Pelatih lebih sesuai untuk tugas-tugas yang membantu guru sekolah seperti pembantu Guru Kelas atau pembantu Guru Data. Menghadiri kelas interaksi bersama pensyarah mengikut jadual yang ditetapkan (semasa cuti persekolahan)

D. PERANAN IPG i. ii. Boleh melawat Guru Pelatih. Dalam skala masa, Guru Pelatih akan diminta berada di IPG terutama ketika interaksi bersemuka.

You might also like