You are on page 1of 8

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (FPTV) http://www.uthm.edu.my

KERTAS KONSEP

TEKNOLOGI MAKLUMAT & APLIKASI MULTIMEDIA


PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NAMA: FARHANA BINTI MOHD ROSLI NO. MATRIK: GB 110047 NO. KAD PENGENALAN : 880629-26-5160 SEKSYEN: 1 S2T1 2011/2012

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

WITH WISDOM WE EXPLORE

MBE 10104 1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TVET

KESAN REVOLUSI TEKNOLOGI DAN TRANSFORMASI DALAM BIDANG TVET DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITI TINGGI. ABSTRAK Artikel ini membincangkan mengenai transformasi di dalam bidang TVET yang berlaku di kebanyakan negara. Disamping itu juga membincangkan mengenai kepentingan dan kesan transformasi TVET ini terhadap pembangunan modal insan di negara-negara tersebut. Artikel ini juga membincangkan kesan pembangunan modal insan ini terhadap pembangunan sesebuah negara. Selain itu, artikel ini membincangkan juga mengenai revolusi dalam teknologi serta membezakan di antara teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran. Di samping membincangkan kepentingan teknologi kepada pelajar terutamanya pelajar di bidang TVET.

1.0

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional [Technical and Vocational Education and Training (TVET)]

TVET merupakan satu bidang pendidikan dan latihan yang telah wujud sejak lama dahulu. Sebelumnya, TVET merupakan bidang yang merangkumi modul-modul latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan juga pelajar-pelajar yang kurang upaya. Kemudian ia dipanjangkan ke pendidikan secara formal di sekolah. Dan sekarang semakin berkembang sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Transformasi dalam TVET ini juga sebenarnya secara tidak sedar membantu dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Apabila wujudnya Institut-institut latihan kemahiran serta kewujudan kurikulum dalam bidang TVET secara tidak langsung modal insan yang dilahirkan adalah berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Sesebuah negara yang sedang membangun memerlukan modal insan yang berkualiti untuk membantu negara tersebut ditransformasikan menjadi negara maju (A.A. Kechik, 2011) 1.1 Kepentingan dan sumbangan TVET

Satu tinjauan telah dijalankan dan mendapati pada abad yang ke-21 ini, kebanyakan negara-negara di barat amat mementingkan teknologi dan kemahiran dari segi penggunaan, penghasilan dan juga pengetahuan yang tinggi dalam setiap modal insan yang dilahirkan oleh mereka. Ini adalah kerana untuk memastikan modal insan tersebut mampu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan di dalam negara mereka sendiri mahupun di luar negara. Bagi sesebuah negara yang membangun, secara teori dan praktikalnya, peningkatan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi mampu membantu negara mereka meningkatkan lagi ekonomi (Hamza C, Nihat D and Cevdet S, 2009). Oleh yang demikian, ramai pihak mula menyedari bahawa bidang TVET boleh menjadi satu bidang yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi sesebuah negara. Melalui TVET banyak modal insan yang berkemahiran tinggi dapat dilahirkan oleh sesebuah negara seterusnya dapat menggalakkan pembangunan usahawan dalam bidang teknikal. TVET itu sendiri merupakan satu aliran pendidikan yang menerapkan latihan dan kemahiran sebagai intisari utama

MBE 10104 2 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TVET

dalam melahirkan modal insan yang holistik dari segi kemahiran teknikal dan juga kemahiran generik. Pendidikan TVET bermula seawal kanak-kanak kecil hinggalah ke dewasa dan tiada had umur. Ia tidak semestinya berlangsung melalui pendidikan secara formal di sekolah-sekolah ataupun kolej tetapi ia mungkin berlangsung secara tidak formal melalui pemerhatian di luar bilik darjah. Satu kajian yang lain telah dijalankan di China mengenai pentingnya pendidikan teknik dan vokasional dalam melahirkan modal insan yang berkualiti seterusnya membangunkan ekonomi sesebuah negara. Dapatan awal menunjukkan bukti yang menyatakan bahawa sistem pendidikan tinggi dalam teknik dan vokasional Liaoning di China telah memberi sumbangan kecil tetapi penting kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi wilayah tersebut dari masa ke semasa. (G.R Durden and G.Yang, 2005). Satu kajian yang dijalankan di Brunei menunjukkan hubungan diantara pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian ekonomi merupakan perkara pertama yang di beri perhatian dalam Rancangan Pembangunan Negara tersebut. Keutamaan yang tinggi diberikan kepada keperluan untuk memperhalusi dan memperkembangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional sejajar dengan keperluan kemahiran/latihan oleh industri dan sektor komersial. Dalam jangka masa pembangunan tersebut, Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan di sana (J.R. Minnis, 2000). Dalam satu kajian lain yang dijalankan di Malaysia ia menunjukkan bahawa Pendidikan dan Latihan dalam Teknik dan Vokasional memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam pasaran kerja. Selain itu juga, TVET memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang mampu mengubah sesebuah negara yang sedang membangun kepada negara yang membangun dengan sepenuhnya ( O. Zaharah, E.K Steven, Rahim M.S and Ismi A.I , 2011). Menurut kepada Rancangan 5 tahun Pembangunan Kerajaan yang terbaru, Malaysia memerlukan 37 peratus daripada tenaga kerjanya untuk menjadi highly skilled menjelang tahun 2015 untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 (Rancangan Malaysia Ke-10, 2010). Menyedari hakikat tersebut kerajaan Malaysia mula mengambil langkah yang pelbagai dalam mengarusperdanakan TVET: 1. Membina dan melebarkan pendidikan teknik dan vokasional ke sekolah-sekolah formal di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Pusat kegiatan dan pendidikan berunsurkan TVET bagi pelajar lepasan sekolah yang berada di bawah kementerian lain di bawah Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Bandar dan Wilayah, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Institut latihan kemahiran swasta. 3. Latihan Kemahiran Pekerjaan melalui Sistem latihan berasaskan Standard Latihan Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan Sistem Latihan Berkembar Kebangsaan yang kini menjadi inisiatif di bawah kerajaan Malaysia semenjak tahun 2005. ( O. Zaharah, E.K Steven, Rahim M.S and Ismi A.I , 2011) Selain itu, TVET juga menyumbang kepada pembangunan dalam bidang keusahawanan. Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan daripada graduan ataupun modal insan yang berkemahiran tinggi lebih cenderung untuk memiliki perniagaan mereka sendiri. Ia disebabkan

MBE 10104 3 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TVET

oleh mereka lebih mendapat kebebasan untuk menunjukkan kemahiran yang diperolehi sepanjang mendapat latihan berbanding daripada bekerja dengan orang lain yang mungkin menyekat kebolehan dan kemampuan mereka ( Sukri, Babawuro, Noraffandy and Yasin, 2011). Kajian lain yang dijalankan di Slovenia, Eropah telah menghasilkan satu persamaan: Lebih banyak pendidikan (Teknik dan Vokasional) yang relevan = Lebih ramai tenaga manusia yang berkemahiran = Peningkatan industri buruh = Lebih pengeluaran yang berdaya saing = Lebih kekayaan = Pengurangan dalam pengangguran dan/atau kesannya. Di dalam kajian ini, ia membincangkan bagaimana Slovenia, sebuah negara yang dalam proses transformasi dari segi pentadbiran mengangkat TVET sebagi satu langkah untuk memastikan kelestarian pembangunan ekonomi di negara mereka seterusnya membantu negara tersebut untuk berubah dan bertukar menjadi sebuah negara yang maju. Mereka memastika setiap modal insan yang bakal dilahirkan adalah berkemahiran tinggi (Boris A, 2004). Selain itu, terdapat juga negara yang masih belum menyedari kepentingan TVET dalam membantu membangunkan negara mereka, satu kajian yang dijalankan di Iran pada tahun 2010 mendapati tiada langsung pertimbangan yang dibuat untuk mewujudkan kurikulum rasmi dalam pendidikan teknik dan vokasional di sekolah peringkat menengah bagi melahirkan tenaga manusia yang diperlukan masyarakat dan secara amnya. Mereka juga tiada langsung perancangan yang dibuat dalam memastikan graduan dari bidang TVET mendapat pekerjaan yang sesuai (Aliakbar B, 2010). Ini adalah kerana negara ini lebih memfokuskkan kepada bidang teknologi nuklear, oleh yang demikian, perkara ini telah menyebabkan rakyat negara tersebut hilang motivasi untuk masuk ke dalam bidang TVET. Kedudukan ekonomi negara juga kurang stabil. Seterusnya tidak dapat membantu mengubah negara tersebut ke satu tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian dapat disimpulkan di sini, menjadikan TVET sebagai satu bidang utama dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi mampu menjamin kelestarian dalam kehidupan dan pembangunan sesebuah negara. Perubahan dalam polisi dan juga peruntukan tertentu adalah amat perlu jika ingin keadilan sejagat dapat dicapai (Astrid. 2008). 2.0 Teknologi

Teknologi berasal dari bahasa Yunani techne yang bermaksud kemahiran. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Manakala Teknologi Pendidikan ialah pencerapan ilmu saintifik tentang pembelajaran dan syarat pembelajaran bagi memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan. Oleh sebab tidak ada prinsipprinsip saintifik yang kukuh, teknologi pendidikan melaksanakan teknik pengujian empirikal bagi memperbaiki situasi pembelajaran dan Teknologi Pengajaran pula adalah teknologi yang bertanggungjawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran. Teknologi Maklumat adalah suatu istilah untuk memperihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat (Behan & Holmes, 2005)

MBE 10104 4 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TVET

2.1

Revolusi Teknologi

Pada abad ke-21 ini, perubahan dalam teknologi berlaku dengan begitu pesat sekali sehinggakan tidak lagi mampu untuk dikejar oleh manusia. Perubahan dalam teknologi berkomputer iaitu daripada menggunakan komputer peribadi di rumah kepada komputer riba yang boleh dibawa ke mana sahaja kemudian kepada tablet yang telah menjangkaui beberapa versi. Selain komputer, revolusi dalam teknologi mobil telefon juga tidak kurang hebatnya kini dengan wujudnya telefon pintar seperti blackberry, i-phone dan juga android maklumat dan informasi boleh dicapai dimana-mana sahaja. Maklumat yang disebarkan juga akan cepat untuk diterima oleh ramai pihak. Selain itu, revolusi dalam teknologi juga melibatkan perubahan besar dalam gaya pembelajaran pelajar kini. Pelajar lebih berminat terhadap grafik dan video daripada tulisan pegun yang ditulis oleh guru di papan hitam. Terdapat kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat oleh George Holmes, 2006 menyatakan bahawa gambar dan objek bergerak adalah lebih meransang pemikiran pelajar serta meningkatkan minat mereka untuk belajar. Oleh yang demikian, selain usaha sesebuah kerajaan dalam memartabatkan TVET sebagai satu bidang yang utama yang akan menjadi pilihan rakyat mereka mereka juga perlulah memastikan transformasi bidang TVET itu seiring dengan perubahan teknologi. Terdapat kajian yang dilakukan, penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang TVET adalah sangat membantu pelajar untuk lebih memahami pelajaran mereka, terutamanya dalam bidang yang melibatkan latihan amali. Pelajar tidak boleh hanya mendengar tetapi tidak melihat apa yang perlu dilakukan. 2.2 Kepentingan Teknologi

Teknologi adalah sangat penting pada hari ini, teknologi merupakan pembantu yang paling baik untuk membantu para guru dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Revolusi dalam teknologi bukan sahaja berlaku kepada peralatan tetapi juga kepada perisian-perisian yang digunakan. Sebagai contoh, revolusi dalam penggunaan microsoft office dari microsoft office 2003 hinggalah yang paling terkini microsoft office 2010. Selain itu, teknologi juga berkepentingan membantu para pelajar untuk menyiapkan tugasan serta mencari maklumat tambahan dengan menggunakan internet iaitu revolusi dalam penggunaan teknologi maklumat. Internet pada masa kini boleh dikatakan menjadi keperluan setiap pelajar pada masa kini. Pelajar kini perlulah mengetahui cara menggunakan internet dengan betul supaya kemajuan teknologi tidak disalahgunakan. Teknologi juga memudahkan perhubungan diantara pelajar selain membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif. Teknologi berjaya menarik perhatian pelajar untuk lebih berminat terhadap sesuatu pelajaran. Ia memudahkan pelajar lebih cepat memahami sesuatu yang ingin disampaikan oleh guru.

MBE 10104 5 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TVET

3.0

Kesan Revolusi Teknologi Dan Transformasi TVET terhadap pembangunan modal insan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, TVET merupakan satu bidang yang melibatkan latihan dan kemahiran kepada para pelajar. Sebelum ini Bidang TVET ini bukan menjadi pilihan utama pelajar dan juga ibu bapa tetapi kini ia bukan sahaja dipilih oleh pelajar tetapi menjadi pilihan utama para ibu-bapa. Ini adalah disebabkan oleh perubahan persepsi para ibu bapa terhadap bidang TVET itu sendiri sebagai satu bidang yang bukan sahaja untuk pelajar yang lemah akademik tetapi sebenarnya merupakan satu bidang yang boleh melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berdaya saing. Perubahan persepsi ini juga dibantu dengan revolusi teknologi, kebanyakan ibu bapa kini sudah celik IT, mereka lebih banyak membaca dan juga lebih terbuka terhadap anak-anak mereka. Kini sejajar dengan pembangunan infrastruktur yang baik di kebanyakan negara, mereka memilih untuk menjadikan TVET sebagai satu bidang yang utama dalam pendidikan rakyat mereka kerana bidang TVET mampu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi juga berteknologi tinggi serta inovatif. 4.0 Penutup

Kesimpulannya, TVET merupakan satu bidang yang boleh menjadi nadi penggerak sesebuah negara. Bidang TVET mampu untuk melahirkan modal insan yang berkuliti tinggi jika ia membangun sejajar dengan revolusi teknologi yang berlaku dalam dunia global kini. Revolusi yang berlaku dalam penggunaan teknologi samada penggunaan teknologi maklumat, atau pun peralatan teknologi sebenarnya meninggalkan pengaruh yang besar terhadap pelajar dalam bidang TVET. Teknologi mampu mempengaruhi pelajar bidang ini untuk menjadi lebih kreatif serta inovatif. Seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

MBE 10104 6 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TVET

Rujukan
Aliakbar, B. (2010), Technical and vocational education and the structure of education system in Iran, Procedia Social and Behavioral Sciences 5(2010), pp. 1071-1075. Aminuddin, A.K. (2011), Reformasi dalam TVET: Perubahan Masa Hadapan, Journal of Edupress, Vol. 1 Sept. 2011, pp. 336-341. Astrid V.K. (2008), Negotiating TVET for sustainable livelihoods, Journal of Workplace Learning, Vol. 20, No. 7/8, pp. 480-491. Boris, A. (2004), Vocational education system in Slovenia the past and the future, International Journal of Educational Development, Vol. 24, pp. 547-558. Didac F.B. Jordi B. Mireia M. Dan Ramon S. (2004), Advances in education transformation towards sustainable development at the Technical University of Catalonia, Barcelona, International Journal of Sustainability in Higher Education, Vol. 5, No. 3, pp. 251-266. Elly, B. Yvonne, L (2011), Authentic and self directed learning in vocational education: Challenges to vocational educators, Journal of Teaching and Teacher Education, Vol. 27, pp. 694-702. G.R. Durden, G. Yang, (2006), Higher vocational education in China: A preliminary critical review of developments and issues in Liaoning province, Journal of Europen Industrial Training, Vol. 30, No. 8, pp. 622-638. J.R. Minnis (2000), Caught between tradition and modernity: technical-vocational education in Brunei Darussalam, International Journal of Educational Development 20, (2000), pp. 247-259. M. Izyan, M.S. Saud dan M.S. Nordin (2012), Curriculum in TVET: Catalyst Towards Nations Success, Journal of Technical, Vocational & Engineering Education,Vol. 5, pp. 20-27. Brij, P. (2011), Organisation and Working of Public Distribution System in India: A critical analysis, ZENITH International Journal of Business Economics & Management Research, Vol. 1, No. 1.

MBE 10104 7 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TVET

Muhammad, S.S. Babawuro, S. Noraffandy, Y. dan M. Al-muzammil, Y. ( 2011), Effective integration of information and communication technologies (ICTs) in technical and vocational education and training (TVET) toward knowledge management in the changing world of work, African journal of Business Management, Vol. 5, No. 16, pp. 6668-6673. Norashidah, H. Norasmah, O. dan Noraishah, B. (2009), Konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol. 34, No. 1, pp. 187-203. Timothy K. Dan Micheal H. (2005), Strategic global human resource management research in the twenty-first century: en endorsement of the mixed-method research methodology, International Journal of Human Resource Management, Vol. 16, No. 1, pp. 22-45. Yana, M.R. dan Teresa, B. (2006), Gender and racial differences in vocational education: an international perspective, International Journal of Manpower, Vol. 27, No. 4, pp. 308320. Zoharah O, Steven, E.K, Rahim, M.S. dan Ismi, A.I. (2011), Exploring career success of late bloomers from the TVET background, Journal of Education and Training, Vol. 53, No. 7, pp. 603-624. Hart, Thomas E., "The Computer-Tutor Metaphor and the Stucture of German: Experimenting with a New Microcomputer-Based Authoring System," Die Unterrichtspraxis, 17, No. 1 (1984), pp. 85-103. Kossuth, Karen C., "Suggestions for Comprehension-Based Computer-Assisted Instruction in German," Die Unterrichtspraxis, 17, No. 1 (1984), pp. 109-115. Lewis, Derek R., "Computer-Assisted Language Learning at the University of Dundee," CALICO Journal, 1, No. 3 (1983), pp. 10-12.

You might also like