You are on page 1of 2

Guru merupakan pendidik yang memberikan ilmu kepada masyarakat sejak dahulu lagi.

Tanpa mereka siapalah masyarakat pada zaman ini. Namun begitu, profesion keguruan dipandang rendah oleh masyarakat sekarang pada hari ini. Justeru itu para guru haruslah mencari jalan dalam memartabatkan profesion keguruan supaya lebih mantap dan fleksibel dengan peredaran masa. Dalam memartabatkan profesion perguruan, guru pada hari ini perlulah menjadi pelajar sepanjang hayat. Hal ini dapat digambarkan dengan merujuk kepada peranan guru supaya sentiasa memperbaharui maklumat pengajaran melalui kaedah pembacaan, penyelidikan, pengalaman, seminar, dan sebagainya. Peruntukan kewangan yang ditawarkan oleh pihak KPM misalnya wajar dimanfaatkan oleh para guru untuk menjalankan penyelidikan bagi memantapkan lagi bahan pengajaran para guru. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai pertandingan sama ada di peringkat nasional atau antarabangasa yang menguji setiap kreativiti dan kesungguhan para pendidik. Sasaran pihak kementerian ke arah memastikan para guru untuk memiliki pendidikan yang tinggi seperti pendidikan bertaraf ijazah seiring dengan prestasi para pelajar dengan graf pencapaian yang tinggi wajar disahut oleh para guru.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, para guru pada hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedahkaedah pendidikan harus diperkemaskan dari masa ke semasa untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan. Para guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut, para guru haruslah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Sebagai contohnya, para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi para guru dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran.

Selain itu, kita sebagai guru juga perlu meningkatkan taraf pendidikan kita bagi memartabatkan lagi profesion keguruan. Pada masa kini, seseorang guru perlu mempunyai sekurang-kurangnya peringkat ijazah dalam bidang pendidikan untuk menjadi seorang guru. Hal ini juga merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan lagi profesion keguruan. Dengan ini, masyarakat akan lebih yakin untuk menyerahkan anak-anak mereka untuk dididik oleh para guru. Pada anggapan masyarakat, guru merupakan insan yang bersifat mulia kerana guru merupakan pendidik kepada masyarakat. Oleh itu, kita perlu memastikan pandangan masyarakat terhadap kredibaliti para guru tersebut kekal benar dan tidak berubah.

Kita perlu menjaga cara pemakaian kita supaya bersesuaian dengan imej sebagai seorang pendidik di samping turut menjaga pergaulan kita. Dengan menjadi contoh yang baik terhadap anak murid, kita akan dapat meningkatkan lagi martabat profesion keguruan di mata masyarakat.

Pastinya, profesion perguruan tidaklah hanya dianggap sebagai satu kerjaya pilihan kedua yang dipandang sebelah mata oleh para graduan lepasan institusi pengajian tinggi. Kesedaran tentang betapa sukarnya untuk diterima masuk ke dalam bidang pendidikan akan menyuntik semangat yang kental di kalangan individu untuk bergelar sebagai seorang guru. Peluang dalam menyandang jawatan sebagai seorang guru tidak sama sekali disia-siakan dan semestinya kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap yang maksimum.

You might also like