You are on page 1of 1

Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran.

Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. . Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. 2. Peralatan bukan elektronik seperti petaa, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996, m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran matematik termasuklah: a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok

You might also like