3
PendahuluanMelaka terkenal dengan peninggalan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakarumbi di sini sejak 600 tahun yang lampau. Kekayaan kebudayaan Melaka yang terdiri daripadaberbilang kaum serta suasana keharmonian masyarakat Melaka yang terjalin hasil daripadapersefahaman penduduknya, sememangnya mempesonakan orang asing apabila merekamelawat ke sini. Pada abad ke-16, Negeri Melaka masyhur kerana kedudukannya yangstrategik yang menjadikannya sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkemuka. Denganfakta sejarah yang bermula sejak kurun ke-14, Melaka sememangnya merupakan satu destinasiyang sesuai untuk pengemar sejarah. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan peninggalansejarah, Melaka mempunyai kelebihan berbanding negeri lain di Malaysia memandangkansemua mengenai Malaysia dikatakan telah bermula di sini. Penaklukan Melaka oleh kuasaasing, terutamanya Portugis, Belanda dan Inggeris, telah mewujudkan satu identiti Melaka yangunik yang kebanyakannya masih boleh dilihat pada hari ini. Banyak peninggalan sejarah darizaman penjajahan kuasa besar ini masih gagah berdiri sebagai membuktikan kekayaan sejarahsilam Melaka
.
Penjajahan Portugis ke atas Melaka menjangkau 130 tahun menyebabkan wujudnya komunitiPortugis di Melaka Walaupun mereka adalah kaum minoriti di negara ini, masyarakat Portugisdi Melaka tidak pernah dipinggirkan malahan mendapat pengiktirafan kerajaan.PerkampunganPortugis Ujong Pasir di sini yang seluas 11.2 hektar mempunyai 118 buah rumah yang dihunioleh kira-kira 1,200 orang Portugis merupakan bukti bagi hakikat ini.Perkampungan itu yangtelah diwartakan sebagai Perkampungan Warisan oleh kerajaan Melaka dilengkapi denganpelbagai kemudahan asas termasuk bekalan elektrik dan air bagi menjamin kehidupan yanglebih selesa.Terletak berhampiran pantai menghadap Selat Melaka, perkampungan di pinggirBandaraya Melaka Bersejarah kini menjadi sebahagian daripada lokasi popular bagipelancong.Masyarakat keturunan Portugis muncul di Melaka selepas pihak Portugis menawanMelaka pada 1511. Dianggarkan kini terdapat 20,000 orang keturunan Portugis diMalaysia.Bebas beragamaKetua perkampungan itu, ataupun regedor, Peter Thomas Gomesberkata masyarakatnya bebas mengamalkan agama dan adat resam yang diwarisi daripadanenek moyang mereka..