You are on page 1of 1

PENGHARGAAN Segugus tasbih diratibkan hanya kepada Ilahi yang jiwaku berada di bawah kekuasaanNya kerana telah mengilhamkan

sekelumit ilmu sebagai garapan buat tatapan semua. Sekalung penghargaan buat pensyarah Puan Syahida Hassim kerana selama ini tidak pernah jemu untuk membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Segala jasa dan pengorbanan yang puan curahkan akan menjadi aspirasi kepada kami semua. Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada warga Sekolah Menengah Pendidikan Khas(cacat penglihatan) setapak yang telah banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini.Segala ilmu yang kami dapat akan kami amalkan semasa kami mengajar nanti. Buat ayah dan ibu yang tercinta, tanpa kalungan doa daripada kalian berdua, siapalah anakmu ini di mata semua.Doa yang diiringi menjadi sumber kekuatan dan semangat sepanjang masa. Sahabat-sahabat yang tidak jemu melontarkan idea untuk dikongsi bersama menjadikan tugasan ini menjadi satu realiti. Terima kasih kepada kalian semua. Segala kegembiraan ini adalah milik kita bersama. Akhir sekali, segala kekurangan, kesilapan dan kecacatan yang terdapat dalam tugasan ini amatlah kami kesali. Itu merupakan kelemahan kami sebagai hamba Allah yang daif yang memerlukan lebih banyak tunjuk ajar dan tuntunan ilmu daripada semua. Sekian terima kasih

You might also like