You are on page 1of 2

1.

Lontar Peluru Gaya Berdiri Langkah-langkah yang perlu diikuti dalam gaya ini adalah:

Berdiri sisi. Buka kaki seluas bahu. Bahu kiri menghadap arah lontaran. Bengkokkan badan serendah mungkin. Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang. Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan. Gerakkan siku serta tangan ke atas. Lepaskan peluru. Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

2. Lontar Peluru Gaya Parry OBrien Terdapat 4 fasa dalam gaya ini iaitu:a) Fasa persediaan

Bengkokkan badan. Bengkokkan kaki kanan. Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

b) Fasa Gelongsoran

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan. Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit. Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap arah lontaran..

c) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi. Kaki kiri masih menyentuh bulatan. Peluru dilepaskan.

d) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan. Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

3. Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi Langkah-langkah untuk melakukan gaya ini adalah seperti berikut:

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

4. Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Angkat kaki kiri sedikit. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran. Pusingkan bahu dan pinggang kearah lontaran. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

You might also like