You are on page 1of 27

LAPORAN ISU Pengurusan pembelajaran Kps 3014 Globalisasi dalam pendidikan Isu: pengkomeRsilan DAN PENGANTARABANGSAAN pendidikan nama

No matrik

Nama pensyarah: ..

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Definisi 2.1 Globalisasi Pendidikan 2.2 Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan 3.0 Faktor 3.1 Penubuhan institut pengajian tinggi swasta yang berteknologi tinggi berlebihan 3.2 Pendidikan negara menjadi lebih terbuka 3.3 Pengenalan pengajian sepanjang hayat (PSH) danpengajian terbuka jarak jauh (ODL) 4.0 Kesan-kesan Pengantarabangsaan Dan Pengkomersialan Pendidikan 4.1 Kesan Positif 4.1.1 Mengubah Struktur Pendidikan Negara Ke Arah Sistematik. 4.1.2 Persaingan Secara Positif Antara IPTA Dan IPTS 4.1.3 Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya Dalam Pendidikan. 4.1.4 Memperkukuh Perpaduan, Membina Identiti Nasional Dan Semangat Kebangsaan 4.2 kesan negatif 4.2.1 Peminggiran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. 4.2.2 Ahli Koperat Pendidikan Bersikap Tidak Bertanggungjawab. 4.2.3 Menafikan Konsep Pendemokrasian Pendidikan 4.2.4 Penghayatan Pelajar Terhadap Ilmu Akan Mula Terhakis. 4.2.5 Penutupan Pusat-Pusat IPTS 4.2.6 Faktor Kebudayaan Dan Keagamaan 5.0 Langkah Mengatasi Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangsaan Pendidikan 5.1 Memperbanyak terjemahan buku bahasa asing ke bahasa Melayu 5.2 Mengetatkan syarat pembukaan Institut Pendidikan Baru 5.3 Meningkatkan Kesedaran Pelajar 6.0 Kesimpulan 7.0 Bibliografi

MUKA SURAT 3 6 7

9 11 14

16 16 17 18

19 20 20 21 21 22

23 23 25 26 27

1.0 Pengenalan Tahun 2011 merupakan satu tahun yang mencabar bagi negara kita, Malaysia. Sedar tidak sedar, sudah hampir 54 tahun usia kemerdekaan negara yang sedang berusaha keras untuk menjadi nagara industri menjelang tahun 2020 ini. Negara kita sememangnya mempunyai sejarah tersendiri yang unik dalam meniti usia kemerdekaannya. Dasar Buka Pintu yang diamalkan oleh penjajah yang rakus iaitu British bagi mengauk segala hasil bumi bertuah ini telah membawa kepada kepelbagain kaum di negara kita.Melayu, Cina dan India merupakan kaum utama di negara kita. Pelbagai cara digunan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Namun, agak sukar untuk mempersatukan ketiga-tiga kaum ini kerana mereka mempunyai budaya tersendiri. Sistem pendidikan dilihat dapat menjadi perintis bagi mewujudkan perpaduan.Dasar pendidikan negara sebelum merdeka telah mewujudkan pelbaga jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat.Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.British mewujudkan pendidikan vernekular yang dilaksanakan untuk kepentingan kaum tertentu.Kesannya wujudnya empat jenis sekolah yang berbeza (Melayu, Cina, India dan Inggeris).Sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal kepeluan kepada pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan.Kesanaya, perpaduan antara kaum amat sukar dikecapi.Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Pada Ogos 1950, L.J. Barnes mengetuai satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah kajian dijalankan, satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951.Antara syor-syor ini ialah Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.Seterusnya pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina.Jawatankuasa ini diketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao.Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan.
3

Pada bulan September 1952 pula, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan, sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Namun, Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat. Pada tahun 30 September 1955 Jawatankuasa Razak pula ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956.Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957.Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan.Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina. Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan.Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta ini semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai institusi pengajian tinggi dan umur minimum meninggalkan sekolah ialah 15 tahun. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.Dasar ini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Falsafah Pendidikan Negara pula telah digubal pada tahun 1988. Objektifnya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis,yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan negara.
4

Kini, Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.PendidikanMalaysia.Pendidikan di Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu peringkat prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pengajian pra-universiti dan Pengajian tinggi.Jenis jenis sekolah yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Tamil atau Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar), Sekolah Kluster, Sekolah Agama, Sekolah Wawasan, Sekolah mubaligh, Sekolah Bestari dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Bidang pendidakan diakui dunia merupakan faktor yang mempengaruhi kemajuan sesebuah Negara.Oleh sebab itulah bidang pendidikan tidak lari daripada pelbagai cabaran. Salah satu cabarannya ialah cabaran globalisasi p. Secara umumnya, globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satuunit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesabaebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologisiber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuahnegara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapatdilakukan dalam tempoh yang singkat. Jadi, pendidikan di Malaysia juga turut mengalami revolusi daripada proses globalisasi ini. Wujudnya pendidikan tanpa sempadan akan memberikan impak yang besar terhadap bidang pendidikan di Malaysia. Pelbagai isu baru dalam institusi pendidikan turut mendapat perhatian.Salah satu isu yang menarik untuk didiskusi dalam penulisan ini ialah Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan di Malaysia. Penulisan ini akan merungkai lebih lanjut mengenai definisi, faktor, bagaimana proses ini dijalankan dalam institusi pendidikan di Malaysia, kesan dan langkah mengatasi kekangan dalam isu ini.

2.0 Definasi 2.1 Globalisasi Pendidikan Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikansebagai fenomena yangmenjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkankepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala beberapa tokoh mempunyai pendapat masing masing mengenai definasi globalisasi: Globalization requires us to reinvent everything - to think of ourselves as compared to others - Nicolas Sarkozy, President of France Globalisation is good. And anyway pretty much unstoppable. It spreads prosperity and makes us richer culturally - Javier Solana (Setiausaha Agung NATO ke 9). Globalization has changed us into a company that searches the world, not just to sell or to source, but to find intellectual capital and the world's best talents and greatest ideas Jack Welch(pengarang terkenal buku perniagaan di Amerika Syarikat). Globalization is forcing companies or institutions to do things in new ways Bill Gates (usahawan Microsoff, Amerika Syarikat). It has been said that arguing against globalization is like arguing against the laws of gravity.- Kofi Annan quotes (Ahli diplomat Ghana yang merupakan pemenang Nobel Peace Prize pada tahun 2001) Ringkasnya, cediakawan mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segalagalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Definisi pendidikan dalam Bahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan pendidikan (berasal daripada kata dasar didik)ialah memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran.Kata pendidikan dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada education.Secara etimologinya education diterbitkat daripada

perkataan Latin iaitu educare yang bersangkut paut dengan perkataan educere yang membawa maksud pencetus keupayaan dan ducere yang bermaksud memimpin. Beberapa cendiakawan mempunyai definasi yang berbeza. Menurut Plato, seorang filosofis Yunani, pendidikan ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi.Aristotle pula mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. John Dewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat. Manakala Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya. Durkheim ( 1956 ) umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya. Glabalisasi pendidikan pula dapat di takrifkan sebagai proses pembelajaran yang lebih terbuka dan merentasi sempadan dunia. 2.2Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan Perkataan pengkomersilandiambil daripada kata dasar komersil yang membawa maksud satu prosses yang mengaut keuntungan ataupun mendatangkan faedah kewangan kepada sesuatu pihak mengikut keperluan keperluan tertentu. Manakala perkataan

pengantarabangasaan berasal dari kata dasar antarabangsa yang sinonim dengan istilah "luar negara". Jadi, pengantarabangsaan merupakan sesuatu yang "berasal" atau "terjadi" di luar wilayah daerah kekuasaanMalaysia. Secara tuntasnya, pengkomersilan dan

pengantarabangasaan pendidikan di Malaysia merujuk kepada proses menaiktaraf sistem pendidikan yang di negara kita agar setanding dengan negara-negara luar. Hal ini akan dapat menarik minat warganegara Malaysia atau warga asing untuk mendapatkan pendidikan di

institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Kesannya, bidang pendidikan pada zaman globalisasi ini dilihat akandapat menyumbangkan keuntungan kepada sektor ekonomi negara.

3.0 Faktor: 3.1 Penubuhan institut pengajian tinggi swasta yang berteknologi tinggi berlebihan Pengkomersilan pendidikan bukanlah fenomena yang baru berlaku dalam negara kita.Pengkomersilan ini berpunca daripada kemasukan pelajar ke unversiti swasta, hasil dari penubuhan universiti atau institut pengajian swasta yang tinggi.Dari tahun 2002 sehingga 2007 Malaysia meencatatkan bacaan yang tinggi untuk penubuhan institut pengajian tinggi swasta iaitu purata dalam lingkungan 500.Peningkatan untuk penubuhan universiti swasta berikutan seruan daripada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat untuk menjadi negara maju menjelang 2020, banyak kemudahan infrastruktur telah ditubuhkan.Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai.Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan. Hasil daripada penubuhan infrastruktur yang berteknologi tinggi pada asalnya sememangnya mendatangkan kebaikan dalam menjadi negara yang maju menjelang 2020 namun pembinaan institusi tersebut secara berlebihan dan tidak terkawal akan membawa kepada keburukan. Hal ini kerana dengan pembinaan institusi swasta tersebut secara tidak
9

langsung memerlukan kos yang tinggi bagi menampung kos pembinaan tersebut. Hal ini menyebabkan ada pihak- pihak tertentu terutama pihak yang terlibat dengan pembinaan tersebut mengambil inisiatif iaitu dengan mengenakan yuran pengajian yang tinggi untuk kemasukan pelajar ke dalam institut pengajian tingi swasta tersebut. Selain itu , kos pengajian tinggi juga disebabkan disebabkan pengunaan pensyarah dari luar negara dan kos sewaan bangunan tersebut. Hasil daripada kos pengajian yang dibayar tersebut akan diserahkan kepada pihak pengurusan atau ahli-ahli koperat yang tertentu yang mengendalikan institusi pengajian swata tersebut. Didalam ini pelajar akan diaangap sebagai klien kepada duapihak, iaitu satu ialah piahak institusi tersebut dan pihak kedua ialah pihak dari luar yang bertanggungjawab dengan institusi tersebut. Dalam erti kata lain, sekolah dan bisnes menandatangani kontrak. Hal ini dibuktikan lagi apabila bidang pendidikan sudah dijadikan suatu sumber untuk menguatkan lagi dalam suatu sektor untuk mengaut keuntungan.Sweeney (1988) dalam kajiannya mengenal pasti bahawa pendidikan merupakan faktor kritikal dalam menghadapi situasi tegang seperti masalah pengganguran. Beliau juga turut menegaskan bahawa kemahiran dan pengetahuan boleh dibina melalui proses latihan dan pendidikan. Pendidikan juga dilihat menjadi faktor yang penting dalam membantu sesebuah negara menikmati kelebihan persaingan dan peningkatan ekonomi yang berterusan. Ini kerana melalui pendidikan, tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing dapat dihasilkan dan ia turut memberikan impak positif kepada perkembangan ekonomi negara.Hal in dapat dilihat, apabila ibu bapa mengeluarkan wang untuk pelbagai perbelanjaan pendidikan dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.Walaupun sesetengah pelajar memperoleh biasiswa, ibu bapa lazimnya turut menampung sebahagian dari keperluan wang anak mereka. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa berlakunya sistem ada pihak yang memberi wang dan ada pihak yang menerima wang dan inilah yang dikatakan pengkomersilan pendidikan .Dimana ada pihak yang mengaut keuntungan daripada pihak yang menggunakan khidmat tersebut.Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.
10

3.2 Pendidikan negara menjadi lebih terbuka Dalam kita berusaha dan bersaing untuk menjadi negara maju menjelang 2020, tanpa kita sedar sebenarnya pendidikan di negara kita telah menjdai satu sistem pendidkan tanpa batasan. Hal ini dibuktikan , dengan pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil. Berbalik kepada faktor pendidikan negara menjadi lebih terbuka, dimana kita dapat penubuhan cawangan universiti asing dan kemasukan pelajar dari luar negara. Kebanyakan pelajar dari luar negara akan memilih universiti swasta berbanding universiti awam kerana syarat kemasukannya lebih mudah berbanding dengan syarat kemasukan ke universiti awam. Apa yang diperlukan ialah duit untuk pembiayaan pengajian dan syarat kemasukan yang fleksibiliti. Hal in mungkin fenomena baru di negara kita ,tetapi di China, India dan Poland ia merupakan suatu masalah yang telah lama dan tiada penyelesaian. Hal ini dibuktikan lagi dengan yuran pengajian di universiti swasta lebih mahal berbanding dengan unversiti awam an ini kerana ada pihak- pihak tertentu mengaut keuntungan daripada yuran pengajian tersebut. Mengikut statistik kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi swasta meningkat dari tahun 2002 sehingga 2007 iaitu daripada 294,600 kepada 365,800. Institut pengajian tinggi swasta ini termasuklah IPTS Bertaraf Universiti,IPTS Bertaraf Kolej Universiti,IPJJ Bertaraf Universiti, IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Universiti Dalam Negara), IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Universiti Luar Negara) dan IPTS Bukan Bertaraf Universiti. Penubuhan universiti unversiti ini juga boleh menyebabkan penghijrahan pensyarah (brain drain). Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini
11

merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini dan ini bakal memberi ancaman kepada institusi pendidikan di negara kita. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam dan terbuktilan peranan wang wasih lagi menjadi isu dan secara tidak langsung boleh mencemarkan pendidikan dinegara kita dengan masalah ini atau dengan kata lain inilah yang dikenali pengkomersilan pendidikan. Dimana wang digunakan sebagai mediuum untuk melakukan seseuatu perkara. Sementara itu, selain daripda pihak swasta ini, kerajaan juga telah mengambil langkah inisiatif iatu dengan memperkenalkan pendidikan sepanjang hayat (PSH). Jika dikaji perkembangan PSH sejak mula diperkenalkan di negara ini, ia semakin meningkat berdasarkan kapasiti penyediaan kemudahan dan jumlah universiti yang menawarkan PSH atau pengajian terbuka jarak jauh (ODL). Setakat ini, terdapat 12 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan program PSH dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) antara universiti pelopor dalam menyediakan perkhidmatan PSH. Perkembangan itu bagaimanapun belum selari dengan senario kemasukan pelajar khususnya kalangan bekerjaya bagi merebut peluang pendidikan tinggi. Apa yang kita lihat disini ialah kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dalam memperkenalkan langkah tersebut. Namun apabila dikaji dari sudut yang berbeza kita akan daapat dilihat bahawa kebanyakan badan - badan swasta mengaut keuntungan daripada kemasukan pelajar ke universiti tersebut. Hal ini kerana kebanyakan pelajar yang mengambil pendidikan sepanjang hayat dan pengajian terbuka jarak jauh adalah golongan yang bekerjaya dan golongan yang mempunyai wang. Dari sini kita dapat lihat dengan jelas lagi bahawa hanya golongan yang berkemampuan akan dapat yang yang dikehendaki, dan ini dapat diumpamakan sebagai suatu perniagaan, dimana hanya golongan yang berkemampuan dapat membeli apa yang dikehendaki. Dalam kita tidak sedar dan hanya memandang kearah kebaikan, sebenarnya pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Hal ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain
12

itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Apabila

pendemokrasian pendidikan semakin pudar dalam sistem pendidikan negara kita, ia akan menjadi satu masalah kepada negara kita kerana Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, dan India yang masing-masing mengamalkan cara hidup dan pegangan adat yang berbeza. Masyarakat Melayu Islam akan menghormati dan menghentikan sesuatu aktiviti apabila masuknya waktu solat berbeza dengan budaya masyarakat lain. Hal yang demikian merupakan cabaran dalam mewujudkan suatu pendidikan yang globalisasi. Selain itu, keperluan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini bergantung pada faktor ekonomi mereka. Jika sesebuah masyarakat itu berekonomikan pertanian, maka mustahil bagi mereka untuk menggunakan pendidikan yang mengglobalisasikan perindustrian kerana faktor perolehan ekonomi dan situasi yang berlainan. Oleh yang demikian jelaslah ia bakal menimbulkan impak yang besar kepada negara kita.

13

3.3 Pengenalan Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) dan Pengajian Terbuka Jarak Jauh (ODL) Laporan Unit Perancang Ekonomi dalam Model Baru Ekonomi pada tahun 2010 mendedahkan bahawa sebahagian besar tenaga kerja yang terdapat di negara ini adalah dari kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan ia dikhuatiri terus menjadi kekangan kepada sasaran negara kita untuk mencapai status negara maju. Malah, setiap tahun, hanya sekitar 33 peratus dari kohort berumur 19 hingga 24 tahun berpeluang memasuki universiti berbanding kohort sama di kebanyakan negara lain yang sudah pun mencecah 60 peratus. Justeru, kerajaan meletakkan Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) sebagai sebahagian polisi penting dalam kerangka pembangunan tenaga kerja dan lantas dapat memajukan negara.PSH bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa.Melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (20012010) contohnya, secara jelas memberi penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran biarpun telah tamat latihan dan pendidikan secara formal. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program pembelajaran sepanjang hayat akan dijadikan sebagai agenda untuk meningkatkan keupayaan modal insan negara. Beliau berkata, program yang dijadikan sebagai tiang ketiga selepas pendidikan asas dan pendidikan tertiari dianggap penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 28 peratus pada masa ini kepada 33 peratus menjelang 2015. Beliau juga bersetuju dengan Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2010-2020 bagi memajukan program PSH di negara ini telah dibentangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.Selain daripada PSH, pengajian terbuka jarak jauh (ODL) juga turut dipekenalkan. Namun begitu masalah yang hadapi oleh kementerian ialah kesedaran rakyat terhadap PSH. Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) melontarkan pandangan bahawa rakyat negara ini masih belum memahami kepentingan pembelajaran sepanjang hayat biarpun sudah banyak usaha dan peluang disediakan bagi membolehkan mereka menikmati pendidikan sedemikian. Justeru, pelbagai promosi dilakukan bagi menarik minat warga Malaysia terhadap PSH dengan melaksanakan

14

sistem kemasukan terbuka bagi program pengajian ditawarkan dengan mengenakan syarat kemasukan yang fleksibel. PSH mempunyai sejak mula diperkenalkan di negara ini, ia semakin meningkat berdasarkan kapasiti penyediaan kemudahan dan jumlah universiti yang menawarkan PSH atau ODL. Setakat ini, terdapat 12 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan program PSH dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) antara universiti pelopor dalam menyediakan perkhidmatan PSH. Bagaimana PSH ataupun ODL dapat mencetuskan pengantarabagsaan dan pengkormersilan dalam bidang pendidikan di Malaysia? Hal ini dijayakan apabila institusi pendidikan yang menawarkan PSH dan ODL mengeksport program pengajian ke luar negara dengan mewujudkan pusat pembelajaran di luar negara bagi membuka peluang kepada lepasan sekolah dan golongan profesional luar negara mengikuti program ditawarkan. Contohnya OUM. Setakat ini, lima negara menjadi lokasi pusat pembelajaran global bagi OUM iaitu Yaman, Bahrain, Maldives, Sri Lanka dan Ghana dan OUM juga merancang untuk mengembangkan lagi sayap ke Eropah Timur dengan sasaran Hungary sebagai lokasi permulaan. Perkembagan seperti ini dapat melaksanakan agenda pengantarabangsaan lantas mengkormersilkan pendidikan di Malaysia dan dapat membuktikan bahawa kualiti program pengajian sepanjang hayat setanding program sama di peringkat antarabangsa.

15

4.0 Kesan-kesan Pengantarabangsaan Dan Pengkomersialan Pendidikan. 4.1 Kesan Positif: 4.1.1 Mengubah Struktur Pendidikan Negara Ke Arah Sistematik. Globalisasi dalam mengantarabangsakan pendidikan akanmerubah struktur

pendidikan di negara ini ke arah yang lebih sistematik. Sistem pendidikan yang bercorak rigid atau berpusat yang menggunakan bahan konkrit semata-mata tidak lagi digunakan. Bahan-bahan seperti ini tidak dapat merangsang minda pelajar untuk terus mendalami ilmu.Pembelajaran kini menggunakan pendekatan teknologi siber melalui Program Pembestarian ICT Sekolah.Penggunaan perisian multimedia, Internet, dan e-mel secara inkuiri penemuan lebih memberangsangkan para pelajar. Perisian multimedia menggabungkan penggunaan visual, audio, dan kesan mampu memberikan gambaran pelajaran yang jelas walaupun dengan hanya menggunakan teori. Penggunaan Internet pula menyaksikan lambakan maklumat yang boleh diperoleh pelajar daripada jurnal, laman forum, ensiklopedia, dokumen, dan persembahan elektronik dengan hanya menekan kata kunci untuk mencarinya.Semua maklumat berada di hujung jari. Maklumat juga boleh dikongsi dengan menggunakan e-mel dengan kos yang rendah. Oleh yang demikian, pelajar dapat menerokai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan berkesan dengan perubahan struktur pendidikan ini.

4.1.2 Persaingan Secara Positif Antara IPTA Dan IPTS Peluang pendidikan semakin luas dalam meniti arus globalisasi. Kerajaan dan badan bukan kerajaan berlumba-lumba untuk menubuhkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi memberi peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia tanpa mengenal usia dengan syarat kemasukan yang fleksibiliti. Program yang dijalankan pula dapat menyediakan guna tenaga yang diperlukan dalam pelbagai sektor negara terutamanya dalam sektor perindustrian, perniagaan, dan pertanian.Selain itu, pendidikan negara juga terbuka kepada dunia luar dengan kelulusan di peringkat antarabangsa seperti University Lim Kok Wing dan Kolej Stamford.Keadaan ini dapat memberi peluang kepada generasi muda negara memperoleh kelulusan dan kelayakan akademik di peringkat antarabangsa seterusnya menjamin pasaran kerja mereka dalam firmafirma negara yang memerlukan kepakaran luar.

16

Menurut kata bekas Perdana Menteri Ke-5 Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi (2005) Kerajaan tidak melihat IPTS sebagai pesaing kepada IPTA sebaliknya membantu kerajaan menyediakan lebih banyak tempat belajar serta lebih banyak pilihan untuk pendidikan tinggi.Sejak merdeka lagi kerajaan telah menitikberatkan bidang pendidikan dan banyak wang telah dilaburkan.Dalam kesemua Rancangan 5 tahun Malaysia, pendidikan menelan belanja amat besar.Sungguhpun kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi membiayai pendidikan tinggi, tetapi IPTA masih tidak dapat menyediakan infrastruktur, kemudahan dan tempat yang cukup bagi memenuhi permintaan yang terus meningkat. Setiap tahun lebih kurang 400 ribu pelajar daripada sekolah bantuan kerajaan, swasta mahupun persendirian menduduki peperiksaan SPM dan rekod pada tahun 2002 adalah seramai 412,577 orang manakala untuk peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bilangan calon tahun 2002 adalah sejumlah 47,022 orang. Daripada jumlah ini hanya 30% yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke institusi-institusi pengajian tinggi samada di dalam mahupun luar negara. Peluang pengajian di IPTA adalah terhad kerana IPTA yang sedia ada hanya dapat menampung 10% daripada pelajar lepasan SPM dan STPM yang layak pada setiap tahun.Oleh itu, jelaslah globalisasi dalam

mengantarabangsakan pendidikan memberikan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia mahupun luar negara. 4.1.3 Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya Dalam Pendidikan. Globalisasi turut memberikan kemudahan kepada golongan istimewa (OKU) yang mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental. Mengantarangsakan dan mengkomersialkan pendidikan akanmenjadikan negara menandatangani Proklamasi

Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik dan membentuk akta bagi golongan kurang upaya. Hal ini bagi memberi peluang kepada OKU kemudahan pendidikan yang sama rata dan mengelakkan diskriminasi daripada insan normal. Lantaran itu, kemudahan perpustakaan dicipta untuk golongan ini. Contohnya seperti Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan kerjasama sekolah Pendidikan Khas Alma, St. Nicholas Home Penang, dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah menyediakan katalog induk untuk kegunaan golongan istimewa yang cacat penglihatan. Bahan-bahan tersebut dibekalkan dalam bentuk Braille, iaitu Talking Book, dan Large prints. Oleh yang demikian, globalisasi jelasnya memberikan kemudahan pendidikan kepada golongan istimewa sama seperti masyarakat normal yang lain.
17

4.1.4

Memperkukuh

Perpaduan,

Membina

Identiti

Nasional

Dan

Semangat

Kebangsaan Mengantarabangsakan pendidikan dapat membina Negara Bangsa.Pembinaan Negara Bangsa bagi sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia dapat memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan.Penanaman nilai toleransi dalam kalangan rakyat dapat dilakukan melalui aktiviti kurikulum, dan kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Kurikulum yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai asas bahasa ilmu dapat mewujudkan integrasi nasional. Dalam kegiatan kokurikulum pula penyertaan pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Kadet Bersatu jelasnya dapat membina perpaduan melalui aktiviti pendidikan luar yang dijalankan. Aktiviti pendidikan luar yang dijalankan dapat membina nilai bantu-membantu (teamworking) dalam diri individu sekali gus membentuk nilai peribadi yang unggul. Selain itu, melalui program warisan dan budaya juga dapat membudayakan rakyat yang berbilang kaum. Nilai hormat-menghormati terhadap sensitiviti masyarakat yang pelbagai kaum dapat disemai apabila setiap kaum mengetahui dan memahami adat kaum lain. Sehubungan itu, pembinaan Negara Bangsa yang mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dibina melalui globalisasi pendidikan.

18

4.2 Kesan Negatif: 4.2.1 Peminggiran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Menurut kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad: Kita tidak mahu negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu. Menurut beliau lagi Banyak negara bukan berbahasa Inggeris mengajar bahasa Inggeris di sekolah tetapi para pemimpin mereka (Jepun, Perancis, Jerman dan Korea Selatan) tidak menyeru rakyat mereka menggunakan bahasa asing itu sebagai alat kemajuan bangsa dan negara mereka, Kesan daripada Pengantarabangsaan dan Pengkomersialan Pendidikanialah akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melaluibuku, majalah, ensiklopedia, mahupun di

internet.Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris.Bahasa Inggeris menjadi bahasa standard yang diterima pakai oleh semua negara membangun. Justeru, bahasa Inggeris telah diiktiraf kerajaan sebagai bahasa pengantara dalam proses pengajaran bagi memudahkan pengaksesan maklumat. Hal ini dapat dilihat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang sebelum ini menggunakan bahasa Melayu tetapi mula di tukar kepada bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2002.Penukaran bahasa ini juga adalah bagi mengelakkan para pelajar daripada mengalami kejutan budaya semasa melanjutkan pembelajaran di peringkat universiti kelak. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.Oleh yang demikian jelaslah bahawa arus globalisasi pendidikan akan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

19

4.2.2 Ahli Koperat Pendidikan Bersikap Tidak Bertanggungjawab. Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi. Perkara ini akan memberi impak yang lebih buruk kepada kemajuan pembangunan dalam pendidikan di negara kita. 4.2.3 Menafikan Konsep Pendemokrasian Pendidikan. Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education). Justeru itu, pendemokrasian pendidikan dari segi konsepnya adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan. Pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran.Hal ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. Menurut Nor Aziah bt. Alias dan Azni Zain bt. Ahmed (1995) pendidikan seharusnya merangkumi dan terbuka kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari segi geografi bahkan juga dari segi golongan jenis dan sektor ekonomi. Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistem pendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasi pendidikan.Justeru itu, dari segi pendekatan, pelaksanaan serta amalannya, reformasi-reformasi pendidikan dalam sistem pendidikan negara selama ini
20

adalah juga merupakan salah satu isu yang berkait amat rapat dengan pendemokrasian pendidikan. Dalam perkembangan yang sama, Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin (1993) menegaskan bahawa: "Reformasi Pendidikan juga telah menyediakan ruang pendemokrasian pendidikan.(Pendidikan Profesional, 1993 hal.2) 4.2.4 Penghayatan Pelajar Terhadap Ilmu Akan Mula Terhakis. Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri.Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja.Perolehan maklumat melalui guru adalah penting kerana guru adalah model yang terbaik. Kebiasaannya seseorang guru akan mengamalkan etika keguruan yang mulia. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Mereka akan menyalahgunakan ilmu atau kemahiran yang diperoleh untuk tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan atau meminda akaun bank, menceroboh masuk maklumat sesuatu organisasi, dan sebagainya. Justeru, cabaran yang dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya globalisasi adalah kurangnya penghayatan ilmu oleh individu. 4.2.5 Penutupan Pusat-Pusat IPTS Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil. untuk kitamelaksanakan

21

4.2.6 Faktor Kebudayaan Dan Keagamaan Faktor kebudayaan dan keperluan masyarakat yang berbeza juga merupakan salah satu cabaran dalam globalisasi pendidikan. Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, dan India yang masing-masing mengamalkan cara hidup dan pegangan adat yang berbeza. Masyarakat Melayu Islam akan menghormati dan menghentikan sesuatu aktiviti apabila masuknya waktu solat berbeza dengan budaya masyarakat lain. Hal yang demikian merupakan cabaran dalam mewujudkan suatu pendidikan yang globalisasi. Selain itu, keperluan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini bergantung pada faktor ekonomi mereka.Jika sesebuah masyarakat itu berekonomikan pertanian, maka mustahil bagi mereka untuk menggunakan pendidikan yang

mengglobalisasikan perindustrian kerana faktor perolehan ekonomi dan situasi yang berlainan.Oleh yang demikian jelaslah bahawa faktor kebudayaan dan keperluan masyarakat yang berbeza merupakan salah satu cabaran dalam globalisasi pendidikan.

22

5.0 Langkah Mengatasi Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangsaan Pendidikan 5.1 Memperbanyak terjemahan buku bahasa asing ke bahasa Melayu Apabila banyak buku dari luar yang diterjemah ke bahasa Melayu, maka masyarakat akan lebih ramai membaca buku rujukan bahasa Melayu. Jadi isu Bahasa Melayu dipinggirkan tidak timbul. Pada zaman teknologi kini, kebanyakan buku akademik lebih banyak yang berbahasa Inggeris, atas faktor inilah kebanyakan masyarakat di Malaysia berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris bagi mengetahui isi kandungan buku. Ditambah pula dengan zaman teknologi masakini yang mana segala maklumat boleh didapati dari internet. Pelajar-pelajar university dan pelajar sekolah masakini lebihbanyak mencari maklumat menggunakan internet. Kebanyakan maklumat pula berbahasa Inggeris, jadi mereka akan berusaha untuk memahirkan diri dengan bahasa inggeris. Jika banyak buku rujukan yang diterjemah ke bahasa Melayu dan diedarkan ke sekolah dan university di Malaysia maka masalah peminggiran Bahasa Melayu dapat diselesaikan. 5.2 Mengetatkan syarat pembukaan Institut Pendidikan Baru Pihak kerajaan haruslah mengetatkan lagi syarat-syarat pembukaan Institut Pendidikan Baru, contohnya Universiti Swasta, tabika dan Pusat Tusyen Swasta. Ini kerana pendidikan sudah ,menjadi komersial yang mana ada dalam kalangan pengusaha Institut swasta lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan apa yang penuntut akan dapat. Bagi pembukaan Institut pendidikan di peringkat sekolah, ia tertakluk di bawah akta pendidikan. Akta pendidkan di Malaysia sememangnya sudah lengkap, tetapi dari segi pelaksanaannya masih kurang. Atas factor inilah sesetengah Institusi Pendidikan memandang remeh perkara ini. Contohnya pusat Tusyen, dewasa ini banyak pusat tusyen dibuka dan sememannganya mendapat tarikan dari ibu bapa. Ini kerana pada pendapat ibu bapa masa kini. Pada pendapat ibu bapa, anak-anak mereka memerlukan lebih pembelajaran tambahan bagi menhadapi peperiksaan. Tetapi ada sesetengan pengusaha mengambil kesempatan dengan keadaan ini. Apabila mereka mengenakan yuran yang mahal tetapi sesi pembelajaran kurang berkesan. Mereka juga kurang mengambil kisah mengenai kebajikan pelajar. Ini dapat dilihat dalam kehadiran pelajar. Pusat Tusyen kebiasaannya kurang ambil kisah mengenai kehadiran pelajar. Setiap pengusaha yang ingin membuka pusat tusyen atau apa institute pendidikan swasta haruslah berdaftar dengan kemeterian Pedidikan Malaysia di Bahagian Pendidikan Swasta. Di dalam bahagian itu terkandungnya tatacara pembukaan Institut Pendidikan yang baru. Bagi pembukaan sekolah swasta juga yerdapat tatacara tertentu yang
23

perlu diikuti oleh pengusaha. Sekalipon sekolah swasta mereka tidak boleh menggunakan sukatan pelajaran sesuka hati. Pihak yang berkaitan haruslah sentiasa mengadakan pemantauan bagi minilai prestasi Institut Pendidikan Swasta dari terpesong matlamat asal. Di peringkat Universiti pengantarabangsaan dan pengkomersialan pendidikan dpat dilihat dengan lebih jelas. Contohnya Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) merupakan sebuah university antarabangsa yang mana terdapat ramai pelajar dari luar Negara yang menuntut di sana. Universiti Kebangsaan Malaysia juga telah mengorak langkah apabila menerima pelajar antarabangsa. UKM juga menubuhkan Kajian Oksidental bagi mengkaji bahasa-bahasa asing. UKM turut menyertai pameran penyelidikan di luar negara sebagai salah satu usaha pengantarabangsaan contohnya Pameran Antarabangsa Rekacipta, Teknik dan Produk baru di Geneva sejak 1993. Sehingga tahun lalu, UKM telah berjaya menggondol 14 pingat emas, sembilan pingat perak dan tujuh pingat gangsa. Kejayaan itu juga mendorong UKM untuk menyertai pameran penyelidikan di Korea dan Amerika Syarikat (AS). Bermula 2003 PUSPA turut mengadakan program baru contohnya Program Pertukaran Pelajar Siswazah dengan menyediakan dana kepada mereka berjumlah RM8,000. Mereka akan bertugas di makmal-makmal luar negara yang terkenal selama tiga bulan. Antaranya ialah Universiti of Cambridge; University of Cantebury, New Zealand; Australia National University; dan Universityof Capetown, Afrika. UKM berusaha menjelmakan slogan "Sebuah Universiti Kebangsaan di persada antarabangsa". UKM adalah sebuah university yang menggunakan bahasa kebangsaan, tetapi masih mampu melakukan pengantarabangsaan dan mengkormesialkan. Apa yang penting ialah kualiti sesebuah university itu. Antara peristiwan buruk yang pernah berlaku dalam pengkomersialan pendidikan ini ialah, apabila berates-ratus pelajar Masterskill berdemonstrasi apabila wang PTPTN mereka dipotong dengan kadar yang banyak tanpa diberitahu. Jadi pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dengan menyenaraihitam atau mengmbil tindakan terhadap kolej atau Universitit yang mempunyai rekod yang buruk. Antara peristiswa lain yang pernah berlaku ialah peristiwa seorang pelajar Masterskill dirogol. Pelajar perempuan itu dirogol oleh seorang lelaki yang menceroboh masuh ke asrama perempuan. Jadi disini, pihak kolej cuai dan tidak menjaga keselamatan penuntut kolej. Isu lain yang pernah masuk surat khabar ialah apabila seorang pelajar Kolej Ikram yang telah tamat belajar baru mengetahui bahawa diploma yang diperoleh beliau tidak diiktiraf. Kebanyakkan pihak yang membuka university dan kolej swasta tidak mengutamakan kebajikan pelajar malah sanggup mengambil wang

24

pelajar untuk keuntungan semata-mata. Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan tegasdalam menangani isu ini supaya pendidikan di Malaysia akan terus berkembang. 5.3 Meningkatkan Kesedaran Pelajar Pihak kerajaan mahupun swasta atau pihak media haruslah memainkan peranan dalam membantu pelajar dalam memilih institut pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi. Selepas keluarnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, maka akan sampai banyak surat yang menawarkan pusat pengajian kepada lepasan SPM dan STPM ini. Jadi pihak sekolah haruslah membantu dalam tunjuk ajar bagi pemilihan Universiti atau Kolej supaya masalah berkaitan kebajikan pelajar dan masalah system pembelajaran dapat diatasi. Apabila seseorang individu gagal mendapat tempat di Institut pengajian Awam, maka mereka akan memilih university atau kolej swasta. Maka disinilah perlunya tunjuk ajar supaya mereka ini tidak tersilap memilih Institut Pengajian Tinggi. Pihak media juga, haruslah mengambil peranan dalam membantu pelajar dalam menyambung pelajaran. Contohnya berita Harian kini membuat satu halaman iaitu sisipan, yang mana mencerikan perihal sesebuah university. Dikeluarkan setiap hati Rabu. Jadi disitu dapatlah lepasan SPM dan STPM melihat kolej atau university mana yang terbaik untuk dipilih. Sebagai pelajar juga, mereka haruslah jelas jurusan apakah dan university manakah yang mereka hendak masuk. Bukanya hanya menerima tawaran dari mana-mana kolej atau universiti.

25

6.0 Kesimpulan Pengantarabangsaan dan Pengkomersialan pendidikan sememangnya mendatangkan keuntungan kepada Negara. Tetapi jika tidak dikawal dengan baik boleh mendatangkan keburukan. Pengantarabangsaan dan Pengkomersialan juga meningkatkan lagi penyelidikan dan perkembangan. Dengan adanya pengantarabangsaan dan pengkomersialan, ekonomi Negara dapat ditingkatkan. Deengan adanya pengantarabangsaan, maka lebih ramai pelajar dari luar Negara datang untuk menyambung pengajian di Universiti di Malaysia. Tetapi jika pengambilan ini tidak dikawal dan diteliti kelayakan mereka boleh juga mendatangkan kesan buruk. Pelajar-pelajar dari luar Negara kadangkala mendatnagkan masalah. Ini dapat dilihat apabila semakin ramai negro datang untuk belajar di Malaysia. Mereka juga sering mencetuskan pergaduhan dan membawa banyak masalah lain. Jadi pihak kolej atau university tidak boleh menerima sewenang-wenangnya pelajar asing. Mereka haruslah ditapis terlebih dahulu sebelum diberi peuang untuk menyambung pelajaran di Malaysia. Untuk sesebuah universiti berkembang maka harus pergi mengenali negara lain, kenali budaya untuk kembangkan ilmu pengetahuan. PROSES pengantara- bangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bukan sekadar melihat jumlah bilangan pelajar asing di universiti berkenaan tetapi ia meliputi pelbagai aspek.

Namun yang penting ialah penjanaan ilmu terutama melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pengantarabangsaan. Ireland dahulu adalah sebuah negara yang termiskin di Kesatuan Eropah tetapi kini kedua terkaya kerana pelaburan dalam pendidikan(Yang Farina 2009). Malaysia juga mampu menjadi Negara yang mendominasi pendidikan sama ada di asia tenggara, peringkat asia, mahupun peringkat dunia.

26

7.0 Bibliografi Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat. Sufean Hussein (1996).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

27

You might also like