You are on page 1of 2

NILAI MURNI

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Cikgu Amin : Selain di sekolah, di rumah kita juga terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi. Apakah peraturan-peraturan yang harus kamu patuhi di rumah? Najmi : Kita mesti sentiasa tertib dan bersopan sewaktu makan. Cikgu Amin : Betul kata kamu, Najmi. Guat Seng : Kita juga mestilah membersihkan tangan dahulu sebelum makan. Cikgu Amin : Memang betul Guat Seng. Bagaimana pula dengan peraturan-peraturan yang lain? Veejay : Kita tidak boleh membuat bising. Perbuatan ini bukan sahaja menggang gu anggota keluarga, malah jiran juga. Rani : Selain itu, kita juga mestilah menjaga kebersihan rumah. Kita tidak patut membuang sampah di merata-rata tempat. Perbuatan ini membolehkan kuman membiak dan tentulah kita mudah diserang penyakit. Cikgu Amin : Ya, semua peraturan yang telah kamu sebutkan tadi perlulah kita patuhi. Peraturan-peraturan itu dapat menjadikan kita berdisiplin dan pembersih.

You might also like