2.
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep
Penjelasan
1.
Zaman sebelumpenjajahan InggerisKesemua kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan dididik sertadiasuh dengan ketertiban, nilai,budi bahasa serta adab sopan.Ketertiban,nilai budi bahasa serta adab sopan adalah mengikutnorma-norma yang diterima oleh masyarakat pada ketika itu.
2.
Zaman PenjajahanInggerisSemasa penjajahan Inggeris sekolah vernakular diperkenalkan selarasdengan dasar pecah dan perintah.
3.
Zaman selepasMerdekaMenyatukan semua bangsa dengan memakai atu peraturan pelajaranyang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasakebangsaan sebagai bahasa pengantar yang bessar.
4.
Sekolah Inggeris Sekolah Inggeris kebanyakkannya didirikan di bandar-bandar untukanak-anak pegawai Inggeris,anak-anak ahli-ahli perniagaan sertaanak-anak golongan elit Melayu pada masa itu.
5.
Sekolah Vernakular Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibundasebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah tersebut diadakansecara terasing antara satu dengan yang lain.Sekolah-sekolahvernakular yang terdapat pada masa itu ialah:-
Sekolah Melayu-
Sekolah Cina-
Sekolah Tamil
3.
Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruananda.
Perkembangan pendidikan di negara ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan kesinambunganhingga sekarang. Pendidikan di negara kita adalah melibatkan pendidikan dalam era sebelumpenjajahan Inggeris ; semasa penjajahan Inggeris ; Pendidikan era sebelum Kemerdekaan ; pendidikanera selepas Kemerdekaan serta Pendidikan era Milenium.Sebelum penjajahan Inggeris,pendidikan diMalaysia berlangsung secara tradisional dalam institusi keluaraga dan masyarakat,bercorak warisanturun temurun yang berpegang kuat pada adat resam. Ibu bapa sebagai orang yang memainkanperanan utama sebagai pendidik. Pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga terdapatserta pendidikan secara formal bagu golongan bangsawan berlaku id Istana. Seterusnya, semasapenjajahan Inggeris ( 1786-1957 ) ,masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri daripada golongan elit,bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan. Dasar pecah perintah oleh penjajah pada masaitu telah mempengaruhi sistem pendidikan di Tanah Melayu dengan memperkenalkan sekolahvernakular.