You are on page 1of 10

KRP 3013: KURIKULAM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

PERBINCANGAN BAHAGIAN B
KUMPULAN BAHAGIAN A UPSI A35 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA LOGES A/P SOCKALINGAM NO. ID D20102045747 NO. TELEFON 016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.ABD RAHMAN BIN DAUD

TARIKH SERAH: 28-4-2012

Course ID : KRP3013 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

TAJUK 2

Salam 1 Malaysia. KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

26 Apr 2012 07:16:22 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSRialah dari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telahmemberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu prosespembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberiskor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatutujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia danYseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan datadengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untukmembuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai prosespengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagitujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepadapenilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah PenilaianKemajuan Berasakan sekolah (PKBS).

TAJUK 2

Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh cikgu. Banyak perbezaan yang dapat kita lihat diantara KBSR dan KSSR itu sendiri. Jika kita lihat dari aspek REKA BENTUK KURIKULUM, KBSR berasaskan 3 bidang iaitu, komunikasi, Manusia dan Alam Keliling dan perkembangan diri individu. Manakala KSSR REKA BENTUK KURIKULUM berasaskan 6 tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi, dan akhir sekali ialah keterampilan.

26 Apr 2012 07:22:21 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Dari aspek KURIKULUM pula KBSR berasaskan sukatan pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). KSSR pula berasaskan Dokumen Standard Kandungan (DSK). Dari aspek ORGANISASI KURUKULUM pula, KBSR Tahap 1 terdiri daripada Matapelajaran Teras Wajib dan Tambahan. Tahap 2 terdiri daripada Matapelajaran Wajib dan Tambahan. KSSR Tahap 1 terdiri daripada modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif manakala tahap 2 terdiri daripada Matapelajaran teras dan elektif.

Daripada aspek KEMAHIRAN BERFIKIR, KBSR berpandukan Elemen kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif manakala KSSR berpandukan Elemen Kreatif dan Inovasi. Keusahawanan dan Teknologi Maklumat ICT secara eksplisit.Dari aspek FOKUS pengajaran pula KBSR menekankan 3m iaitu Membaca, Menulis dan Mengira manakala KSSR menekankan 4M iaitu Membaca , Menulis, Mengira dan Menaakul.

Saya lihat perbezaan KBSR dan KSSR ini adalah merupakan penambahbaikan untuk melahirkan modal insan yang releven dengan arus kemajuan negara menuju wawasan 2020.

TAJUK 2

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

26 Apr 2012 07:27:10 PM

LOGES A/P SOCKALIN

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Course ID : KRP3013 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

TAJUK 4

Tambahan dari unit ini,juka fokus KBSR adalah kepada 3M,fokus KSSR pula adalah kepada 4M iaitu membaca,menulis,mengira dan menaakul.Di tahap 1 tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M.Manakala di Tahap 2,Fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.Di samping itu,KSSR juga member tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK),perkembangan sosioemasi,kerohanian,fizikal,sikap dan nilai.Terdapat persamaan dan pembezean antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya .Persamaan danpembezaan boleh dilihat dari aspek : - Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2 - Organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponan, juga mengikut teras,wajib atau tambahan : atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema. - Organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

27 Apr 2012 08:54:16 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

TAJUK 4

Disini saya ingin menambah sedikit pendapat saya, rekabentuk kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan 3 bidang.Bidang-bidang berkenaan ialah komunikasi , manusia dan alam sekeliling dan perkembangan diri individu.Dalam bidang ini, tumpuan adalah kearah penguasaan kamahiran membaca ,menulis dan mengira.Sehubungan dengan itu, dibawa bidang komunikasi ditetakkan komponan kemahiran asas. Dibawa bidang manusia dan alam kalilingannya terdapat dua komponan iaitu nilai, kerohanian dan sikap,serta kamanisian dan persekitaran. Manakala koponan kesenian dan rekreasi adalah dibawa bidangan perkemabang di individu. Salam 1 Malaysia. Kurikulam boleh diorganisasikan mengikut penyusunan secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan,dan penyusunan secara

27 Apr 2012 09:06:59 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

TAJUK 4

27 Apr 2012 09:29:43 PM

LOGES A/P SOCKALIN

horizontal yang melibatkan liputan skop dan imbangan. Ini keran proses yang dilakukan dan produk yang dikeluarkan oleh sekolah perlu selaras dengan kehendah pihak-pihak tersebut lebih-lebih lagi bagi memenui permintaan pasaran tenaga kerja dan kemajuan masyarakat. Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahap-tahap persekolahan iaitu tahap 1 dan 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut, selain itu mengikut ketegori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema. Mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif. Terdapat persamaan dan pembezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya.Persamaan dan pembezaan boleh dilihat dari aspek: Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan koponan, juga mengikut teras,wajib atau tambahan , atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema. Organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

Course ID : KRP3013 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

TAJUK 6

Rancangan KBSR menekankan kesepaduan. Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengadunan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilainilai dalam semua matapelajaran. Dengan itu, guru hendaklah menekankan kesepaduan apabila merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk membolehkan para pelajar berkesempatan mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Dengan itu, aktiviti pengajaran-pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar dapat mencungkil dan meningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum.FPK menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan. Oleh itu, selain memperolehpengetahuan dan kemahiran, pendidikan yang diterima oleh pelajar seharusnya menimbulkanminat dan keyakinan mereka untuk terus mencari ilmu pengetahuan. Ini adalah sesuai dengankonsep pendidikan seumur hidup. Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantumdan bersama; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Selain elemen yang sedia ada dalam KBSR, tiga lagi elemen baru telah ditambahkan dalam KSSR, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang bertujuan untuk penambahbaikan dan mengikut perkembangan serta keperluan semasa. Guru harus memberi kepada mata pelajaran yang diajar dan bijak untuk menyerapkan EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk atau topik yang bersesuaian. Pengintegrasian EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mencapai hasrat pendidikan yang ingin melahirkan pekerja yang berilmu, inovatif,kreatif, dahagakan ilmu, menguasai teknologi maklumat dan komunikasi, pencipta teknologi dan belajar sepanjang hayat serta berdaya saing. Justeru, guru memainkan peranan yang penting untuk mengajar elemen-elemen ini secara tersirat atau melalui penerapan dalam mata pelajaran teras sebagai nilai tambah untuk murid-murid.

26 Apr 2012 11:26:39 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

TAJUK

Dalam pelaksanaan kurikulum yang merangkumi proses pengajaran-pembelajaran, unsur-

26 Apr

LOGES A/P

unsur yang terdapat dalam kurikulum yang tidak boleh terpisah dan terasing. Sebaliknya, kesemua unsur ini perlu bercantum dan bersatu.Disiplin ilmu yang terangkum dalam pelbagai mata pelajaran tidak lagi wujud sebagai komponen tersendiri. Strategi tidak lagi terpisah daripada Matematik atau Sejarah sebagai suatu disiplin ilmu, malahan unsurunsur pengajaran dalam mata pelajaran-mata pelajaran tersebut mestilah disepadukan. Unsur kekerapan nilai-nilaimurni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan. Inilah yang dikatakan tidak ada kesepaduan. Konsep kesepaduan juga bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan,kemahiran dan bahasa serta pemupukan nilainilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh.

2012 11:30:34 PM

SOCKALINGAM

TAJUK 6

Proses Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seharusnya bergerak di bawah konsep kurikulum bersepadu seperti tersebut denganmengambil kira kepelbagaian perkara daripada pelbagai aspek atau dimensi. Kesepaduan ialah gabungan beberapa aspek kemahiran atau aspekaspek perkembangan fizikal kanak-kanak.Kesepaduan merupakan penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing . Pengintegrasian pula ialah cara yang diguna dalam kurikulum bersepadu untuk mengintegrasikan sesuatu elemen tertentu ke dalam kurikulum yang sedia ada. Pengintegrasian dalam pengajaran dapat menyepadukan sesuatu elemen tertentu, Secara umumnya, pengintegrasian ialah salah satu cara yang diguna pakai oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti kemahiran berfikir, kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep pengintegrasian di sekolah rendah membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu.

27 Apr 2012 09:56:28 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Course ID : KRP3013 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

TAJUK 8

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera,

26 Apr 2012 07:32:13 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Unit ini membincangkan tentang konsep elemen merentas kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, elemenelemen merentas kurikulum yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kepentingan integrasi elemen merentas

kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah dan menjelaskan bagaimana integrasi elemen merentas kurikulum dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. Elemen Merentas Kurikulum merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan (BPK, 2010).

Dalam KSSR EMK melibatkan elemen sedia ada iaitu bahasa; pendidikan alam sekitar; nilai murni; sains dan teknologi; dan patriotisme dan ditambah dengan elemen baru iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), keusahawanan serta kreativiti dan inovasi. Terdapat 5 elemen-elemen sedia ada iaitu bahasa, pendidikan alam sekitar,nilai murni, sains teknologi dan patriotisme. Manakala terdapat 3 elemen-elemen baru yang perkenalkan dlm KSSR iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dalam unit juga menerangkan tentang Integrasi EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan adalah bertujuan insan untuk yang mengukuhkan kemahiran keterampilan modal

dihasratkan; iaitu modal insan yang mampu menangani cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (BPK, 2010). EMK dalam KSSR ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) lagi, khususnya melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pendidikan diberi penegasan kearah melahirkan modal insan tersebut. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) pula, tema Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia diguna pakai bagi kesinambungan penyediaan modal insan yang diharapkan.

TAJUK 8

Tambahan EMK dalam KSSR adalah merupakan part and partial daripada usaha tersebut bagi mencapai apa yang dihasratkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu untuk memastikan EMK diintegrasikan secara efektif demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh FPK. Dalam merancang pengajarannya, guru

26 Apr 2012 07:36:02 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

akan memikirkan aktiviti yang boleh melibatkan EMK yang relevan di samping memikirkan aktiviti untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui cara ini hasil pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai di samping guru juga dapat memperkembangkan EMK yang berkaitan kepada murid-muridnya.

Kesimpulannya, Unit ini telah membincangkan elemen-elemen yang perlu diajar kepada murid sekolah rendah secara merentas kurikulum. Dalam KBSR sebahagian daripada elemen tersebut sememangnya telah ada, namun dalam KSSR elemen tersebut telah diberi penegasan semula dan dikenal sebagai EMK. Tiga elemen tambahan pula ialah TMK, keusahawanan dan kreativiti dan inovasi. Ada daripada elemen tersebut memang jelas terkandung dalam sesuatu mata pelajaran. Pengintegrasian EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan; iaitu modal insan yang mampu menangani cabaran semasa dan cabaran masa hadapan.

TAJUK 8

EMK diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang mampu menangani cabaran semasa dan cabaran pada masa akan datang ( BPK, 2010 ). EMK dalam KSSR adalan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Manakala EMK dalam KBSR memang telah wujud sejak sekian lama namun tidak disepadukan kerana pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus kepada peperiksaan yang mana kecemerlangan akademik lebih diutamakan. Penekanan nilai-nilai murni, nilao patriotisme kemahiran berfikir secara kritis telah diterapkan tetapi perlu diberi penekanan yang lebih supaya kurikulum dan pengajaran menjadi lebih lengkap dan sempurna ke arah mencapai hasrat FPK.

26 Apr 2012 07:41:55 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Tetapi dalam KSSR EMK telah mengalami penembahbaikan dan telah diberi penegasan semula iaitu dengan menambah tiga elemen lagi iaitu TMK, keusahawanan dan kreativiti dan inovasi. EMK dalam KSSR merupakan 'part and partial' bagi menyediakan Modal Insan Bertaraf Dunia. Dalam abad ke-21, kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan

keusahawanan merupakan perkara yang amat penting kerana tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang ini akan menyebabkan seseorang tertinggal dalam arus perubahan teknologi dan pemodenan. Oleh itu, EMK dalam KSSR diharap dapat menjadikan rakyat Malaysia lenih maju dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain. Perbezaan EMK dalam KBSR dan KSSR boleh dilihat dengan jelas dalam KSSR iaitu melalui menyediakan insan yang lebih berfokus serta mampu menjana pemikiran ke arah mencapai hasrat negara.

Course ID : KRP3013 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

TAJUK 10

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK). Keadaan dalam bilik darjah KBSR Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepadamurid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.Di bilik KSSR pula TMK adalah salah satu daripada EMK yang perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.Manakala dalam bilikdarjah KBSR dan KSSR,tumpuan adalah lebih kepada keperluan untuk murid-murid belajar.

26 Apr 2012 08:05:18 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

TAJUK 10

Tambahan pula, unit ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan bilik darjah,khususnya bilik darjah di sekolah rendah.Pengurusan bilik darjah sesuatu yang penting yang menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Realitinya konsep bilik darjah berkembang selaras dengan perkembangan konsep pengajaran dan Bagi bilik darjah tradisi organisasinya adalah bersifat asas sahaja dan pengurusannya juga lebih kepada memenuhi keperluan untuk guru mengajar dengan kurang mengambil kira keperluan murid-murid sebagai pelajaran.Manakala dalam bilik darjah KBSR dan KSSR,tumpuan adalah lebih kepada keperluan untuk murid-murid belajar.

26 Apr 2012 10:05:34 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

TAJUK 10

Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan

26 Apr 2012 10:21:02 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan sokongansokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan murid..

You might also like