You are on page 1of 1

Kuasa Seorang Wanita

Wanita adalah pengikut bagi kaum lelaki, begitulah ajaran Islam menetapkannya. wanita yang baik itusanggup menjadi isteri yang baik, ibu dan pekerja yang baik serta bertindak sebagai serikandi negara yang gigih. Wanita sering dilabelkan sebagai insan yang lemah dan kebanyakkan kaum lelaki tidak sedar bahawa kaum wanita turut mempunyai kuasa yang tersembunyi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia" Kuasa tersembunyi wanita 1) Kecantikannya Wanita yang cantik dan berperibadi mulia itu boleh melembutkan hati lelaki,kecantikan wanita juga boleh dijadikan kuasa untuk menundukkan lelaki. Wanita yang cantik itu sebenarnya wanita yang tahu menjaga maruah sebagai kaum wanita, wanita yang berdikari, wanita yang taat kepada hukum ALLAH dan sentiasa berjuang kerana ALLAH. 2) Layanan Wanita Wanita memang sikapnya suka melayan dan lelaki suka pula dilayan. Layanan yang baik dari seorang isteri sudah tentu boleh melembutkan hati suami dan membuahkan kasih sayang yang padu. Layanan yang dimaksudkan adalah layanan fizikal dan spiritual. Layanan yang mesra dari seorang isteri akan menambat hati suami yang mana cara ini boleh memperkukuhkan ikatan untuk kebahagiaan bersama. 3) Pujukan Wanita Wanita dilahirkan dengan fitrah pandai memujuk, pujukan seorang wanita boleh mempengaruhi tidak tanduk lelaki. Sebagai wanita yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH akan dapat membimbing dan memujuk suaminya ke jalan yang diredhai ALLAH. Dalam sejarah, Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w. yang lebih tua usianya dari Rasulullah s.a.w. telah menjadi pendorong yang kuat kepada Rasulullah s.a.w. untuk menempuh pelbagai ujian. Sewaktu Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu pertama baginda pulang dalam keadaan menggigil dan ketakutan. Siti Khadijahlah yang telah menenangkan dan mengembalikan semangat baginda dengan kata-kata yang lembut dan kata-kata perangsang. Begitulah berpengaruhnya seorang wanita terhadap lelaki. Dunia akan selamat sekiranya wanita dapat mendorong lelaki terutama suami mereka dengan iman dan takwa kepada ALLAH s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya"

You might also like