You are on page 1of 4

4. Kenapa inovasi yang dilaksanakan menarik minat dan motivasi pelajar.

Wayang kulit adalah salah satu unsur kebudayaan melayu peninggalan warisan yang mengandungi nilai-nilai seni, pendidikan dan nilai yang tinggi dan benar-benar berharga untuk dipelajari dengan sedalam-dalamnya. Mungkin ada juga mempersoalkan tentang status persembahan wayang kulit sekiranya diletak dalam katogeri seni teater klasik nasional. Dalam membuat penilaian keatas seni ini, ia perlu dilihat daripada beberapa faktor penting seperti persembahan yang menarik, keunikan pada patung-patung wayang yang penuh dengan ukiran menarik, kemerduan alunan muzik gamelan serta falsafah dan juga pengajaran disebalik persembahan itu sendiri. Wayang kulit adalah sejenis persembahan pentas yang menggabungkan kemeriahan pertunjukan patung dengan kesederhanaan gaya pertunjukan wayang kulit. Patung wayang kulit yang leper diperbuat daripada kulit lembu atau kerbau yang diukir halus dan dicat tangan. Setiap patung mempunyai rupa dan bentuk watak manusia yang tersendiri, dan mempunyai bahagian tangan dan kaki yang bersendi. Pertunjukan wayang kulit dipersembahkan oleh seorang Tok Dalang dan lazimnya menceritakan kisah epik sejarah Hindu. Dalam persembahan wayang kulit terpancar nilai dan sistem budaya kawasan itu. Brandon (1967: halaman 277) berpendapat wayang kulit yang terdapat di semua negara memainkan peranan penting bagi golongan pemerintah menyalurkan idea, sistem kepercayaan dan nilai kepada penduduk luar bandar dan penduduk bandar yang buta huruf serta berfungsi sebagai saluran komunikasi dan merupakan kegiatan upacara komunal.

Kerana itulah wayang kulit telah dipilih oleh kami untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Wayang kulit mempunyai keunikan dan sejarah yang tersendiri yang mampu menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, wayang kulit juga mampu menjadi salah satu alat komunikasi atau media pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar. Menurut R.M.W. Travers (1970), istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Kita sering menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media seperti wayang kulit ini merupakan media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari media televisyen atau media filem bergerak. Menurut B.J. Enright (1972) pula, media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperoleh, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, eletronik ataupun cara mekanik. Jadi, fungsi media adalah untuk memperoleh, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Yusuf Hashim (1997), boneka yang dikategorikan sebagai media pameran dapat dijadikan salah satu media pengajaran. Wayang kulit juga merupakan salah satu jenis boneka yang boleh digunakan sebagai media pengajaran. Tambahan pula penggunaan wayang kulit bukan sahaja dapat menarik minat pelajar malah dapat memupuk murid agar lebih cinta dan sayangkan kesenian warisan tanah air sendiri. Dengan menerapkan persembahan wayang kulit semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini secara tidak langsung menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih seronok. Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku. Dengan melihat watak wayang kulit yang dimainkan oleh guru, murid akan berminat untuk belajar. Ini akan mewujudkan rasa seronok kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril.

Perasaan ingin tahu pelajar akan lebih menjadi lebih mebuak-buak untuk mengetahui apakah yang ingin diajar oleh guru pada proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Oleh sebab seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkah laku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya berlaku pembelajaran yang lebih efektif dan positif. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan media wayang kulit ini juga akan menjadikan pengajaran lebih tersusun. Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru hendaklah dirancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran pebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga, peranan media dikaji dan dilaksanakan, dinilai kemudian dibaiki mengikut keperluan murid dan objektif pengajaran. Ini memudahkan guru untuk mengajar dengan cara yang lebih mudah difahami oleh pelajar secara tersusun iaitu secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh langkah satu yang kami terapkan di dalam set induksi yang juga langkah permualaan rancangan pengajaran yang berasaskan tahap kefahaman pelajar dan seterusnya kami terapkan pula kepada pelajar untuk membuat gaya seperti watak wayang kulit yang dipersembahkan oleh guru semasa aktiviti permainan kecil iaitu merupakan salah satu tahap pengetahuan diperingkat aplikasi. Selain itu inovasi budaya berasaskan budaya wayang kulit di negeri Kelantan yang diterapkan di dalam langkah pengajaran guru menjadikan pembelajaran menjadi lebih dekat. Ini bermakna, sesuatu perkara yang dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dibawa melalui watak-watak yang digemari oleh pelajar. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam media dan dibawa masuk ke dalam kelas.

Secara tidak langsung akan memberikan impilikasi yang positif terhadap tahap keinginan pelajar untuk belajar selain dapat memotivasikan pelajar untuk lebih bersemangat menerima ilmu pengetahuan daripada guru. Dengan inovasi ini juga, inovasi ini dapat memperkayakan lagi pengalaman belajar pelajar sekolah. Media seperti boneka jenis wayang kulit boleh memperkaya pengalaman murid tentang dunia luar yang belum pernah mereka terokai. Jika murid di negara ini tidak pernah mendegar atau melihat wayang kulit, mereka akan memperoleh pengalaman baru dan secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pengalaman mereka yang sedia ada. Seperti mana yang dilaksanakan guru pada langkah ketiga iaitu guru mengabungkan pergerakan asas lokomotor melompat, iaitu antara lompat ketinting dan membuat gaya tangan dan kaki seperti watak wayang kulit yang dipersembahkan oleh guru. Dengan keunikan aktiviti permainan kecil ini ia akan menjadikan aktiviti ini lebih mencabar dan unik kerana pelajar terpaksa melompat ketingting sambil membuat gaya seperti watak wayang kulit yang dipersembahakan. Impilikasinya terhadap para pelajar ialah ianya akan lebih meningkatkan lagi kemahiran pergerakan asas yang dipelajari serta dapat memudahkan pelajar mengingati apa yang dipelajari kerana keunikkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Dengan inovasi yang telah dilaksanakan oleh guru pengajaran akan menjadi lebih efektif dan berkesan kerana apa yang dipelajari ialah dekat dengan persekitaran mereka dan menerapkan unsur budaya yang boleh menarik minat pelajar untuk lebih memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru dan seterusnya membentuk pengetahuan baru dan tingkah laku yang baru.

You might also like