You are on page 1of 4

Hakcipta 2012 http://mhdazlan.wordpress.

.com Kerja kursus Prisnip Perakaunan Huraian Penyediaan Belanjawan Tunai Untuk penyediaan belanjawan tunai, pelajar perlu banyak merujuk kepada Buku Tunai (April 2012) sebagai asas untuk menentukan item dan menganggar amaun penerimaan dan pembayaran (Oktober Disember 2012). Huraian item dalam soalan: (a) Baki awal tunai pada 1 Oktober 2012 dijangka berjumlah suatu amaun tertentu. [Nota: Calon dikehendaki menyatakan jumlah amaun, dalam RM, baki awal tunai] Rujuk buku tunai, baki tunai dan bank pada 30 April 2012 ialah RM44327 (RM2250 + RM42077). Jadi anggaran baki tunai awal untuk bulan Oktober hendaklah mengambil kira amaun ini. Letaklah satu angka yang logik (dengan mengambil kira andaian kemungkinan naik turun baki tunai Mei September). (b) Jualan dijangka meningkat 10% setahun daripada tahun sebelumnya. Pembetulan: Jualan dijangka meningkat 10% sebulan daripada bulan sebelumnya. PENTING: Dua item penerimaan dalam belanjawan tunai berkait rapat dengan pemahaman bahagian jualan ini. Yang pertama ialah item jualan tunai dan yang kedua, kutipan daripada penghutang. Jumlah jualan bulan April ialah RM54420. (jualan tunai RM9400 + jualan kredit RM45020). Gunakan angka ini sebagai base number.Jika hendak dikira nisbah jualan tunai kepada jualan kredit, jualan tunai ialah 17% dan jualan kredit ialah 83% (mungkin boleh permudahkan sebagai 20% dan 80%). Jadi bagi memudahkan membuat anggaran, pelajar boleh mencipta polisi jualan tunai dan jualan kredit. Sebagai contoh: Jualan setiap bulan akan meningkat 10% daripada bulan sebelumnya. Daripada jumlah jualan setiap bulan, 20% adalah jualan tunai dan 80% ialah jualan kredit. Bagi jualan kredit pula, 70% akan dibayar dalam bulan semasa dan baki 30% dibayar dalam bulan berikutnya. Katakan jualan adalah seperti di bawah: Oktober RM65000 November RM71500 Disember RM78650

Jumlah jualan

Jadi, petikan belanjawan adalah seperti berikut: Oktober (RM) Penerimaan: Jualan tunai Kutipan daripada penghutang 13000 36400 November (RM) 14300 55640 Disember (RM) 15730 61204

Hakcipta 2012 http://mhdazlan.wordpress.com (c) Pinjaman dijangka diperoleh pada bulan Oktober dan bayaran ansuran bulanan bermula pada bulan berikutnya beserta dengan kadar faedah sebanyak 6% setahun. Pelajar perlu mencipta satu amaun pinjaman dan juga tempoh pinjaman tersebut dan menggunakan kadar faedah 6% setahun. Sebagai contoh: Perniagaan membuat pinjaman bernilai RM30000 pada bulan Oktober. Tempoh pinjaman adalah 5 tahun. Di sini, pelajar perlu mengira jumlah bayaran balik (prinsipal + faedah) untuk setiap bulan. Prinsipal Faedah Bayaran balik sebulan RM30000 RM9000 RM39000 RM650

6% x RM30000 x 5 tahun Jumlah bayaran balik RM39000 / 60 bulan

Jadi, petikan belanjawan adalah seperti berikut: Oktober (RM) Penerimaan: Pinjaman bank Pembayaran: Ansuran pinjaman bank 30000 November (RM) Disember (RM)

650

650

(d) Seorang pekerja akan diambil bekerja mulai bulan November 2012. Pelajar perlu menetapkan berapakah gaji sebulan untuk pekerja baru. Gaji pekerja baru ini akan ditambah dengan gaji pekerja sedia ada di dalam bahagian pembayaran. Sebagai contoh: Perniagaan mengambil seorang pekerja mulai bulan November dan dibayar gaji RM1000 sebulan. Jadi, petikan belanjawan adalah seperti berikut: Oktober (RM) Pembayaran: Gaji 1400 November (RM) 2400 Disember (RM) 2400

Hakcipta 2012 http://mhdazlan.wordpress.com (e) Bayaran ansuran bulanan kenderaan ialah sebanyak RM420. Jadi, petikan belanjawan adalah seperti berikut: Oktober (RM) Pembayaran: Ansuran kenderaan 420 November (RM) 420 Disember (RM) 420

Bagaimana pula dengan item penerimaan dan pembayaran yang lain? Seperti yang disebut awal tadi, pelajar perlu merujuk kepada Buku Tunai di dalam soalan. Sebagai panduan item penerimaan lain, rujuk Buku Tunai sebelah debit:

Item penerimaan yang belum diambil kira ialah sewa diterima dan komisen diterima. Jadi, letaklah anggaran yang sesuai bagi komisen diterima. Bagi sewa diterima, angkanya mungkin sama setiap bulan iaitu RM1300 berdasarkan maklumat di atas.

Hakcipta 2012 http://mhdazlan.wordpress.com Sebagai panduan item pembayaran lain, rujuk Buku Tunai sebelah kredit:

Item pembayaran yang paling penting ialah Belian. Seperti jualan, belian juga perlu mengambil kira belian tunai dan belian kredit. Jadi pelajar perlu membuat anggaran jumlah belian tunai, dan bagi belian kredit, pelajar perlu membuat andaian pembayaran kepada pemiutang. Item belanja lain, rujuk di dalam bulatan merah di atas. Letakkan anggaran yang bersesuaian untuk setiap item bagi setiap bulan belanjawan. Pelajar perlu menggunakan logik, mungkin bukan setiap item di atas akan berulang setiap bulan. Misalnya derma. Mungkin bukan tiap-tiap bulan perniagaan ada mengeluarkan derma.

Selamat menyediakan belanjawan!

You might also like