You are on page 1of 16

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJUNG MALIM, PERAK Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 4033)

KAJIAN PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR IMPAK PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Disediakan untuk:
Dr. Abdul Kadir Bin Arifin

Disediakan oleh:
Noorlyda Binti Abdul Latip L20112008791 Halimah Binti Mislan L20112008796 Badariah Binti Muhamat Kawangit L20112008794 Norimi Binti Mohd Rani L20112008793 Perdagangan Kumpulan AB

PRAKATA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 4033) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu Impak Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Sekolah. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Dr. Abdul Kadir bin Arifin kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Bahasa Inggeris telah menjadi semakin penting dalam era globalisasi di mana ia merentasi sempadan mana-mana negara. Bahasa Inggeris juga adalah bahasa ilmu pengetahuan di mana 80 peratus bahan dalam internet adalah berbahasa Inggeris. Sebagai bahasa hubungan antarabangsa, pelajar boleh memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Melihat kepada kepentingan Bahasa Inggeris ini, maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003 telah dicadangkan oleh kerajaan. Pada masa yang sama pelaksanaannya memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dan meningkatkan profisien berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris secara berperingkat telah dijalankan bermula pada tahun 2003 bagi pelajar tahun 1, tingkatan 2 dan tingkatan 6 bawah di semua sekolah kebangsaan. Sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Soalan peperiksaan telah disediakan menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam peperiksaan Sains dan Matematik bermula pada tahun 2008 bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pada tahun 2005 bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan pada tahun 2007 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Rentetan kepentingan Bahasa Inggeris dalam kehidupan masa ini berikutan kemajuan dalam bidang teknologi dan sains ketika ini terdapat saranan untuk menggunakan bahasa ini sebagai pengantar dalam subjek Sains dan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Perkara ini telah diketengahkan dalam Kongres Pendidikan Melayu yang diadakan pada 1 dan 2 September 2001. Seorang pembentang kertas kerja telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris dari peringkat sekolah rendah.

Kerajaan telah menyokong dasar ini dan mengarahkan sekolah-sekolah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan dikenali dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pelbagai respon dari masyarakat dan ahli akademik telah diutarakan. Namun PPSMI akhirnya diteruskan pelaksanaannya di semua sekolah-sekolah kebangsaan seluruh negara.

SEJARAH PELAKSANAAN PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

OBJEKTIF Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia: Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif

kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan Bahasa Inggeris.

KRONOLOGI PPSMI PELAKSANAAN PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut: Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas

mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan

untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran Sains dan Matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja. Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru

sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan Sains dan Matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu. MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan

mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep Sains dan Matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian. CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam

merancang dan melaksanakan P&P Sains dan Matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan

pendidikan Sains dan Matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja. Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk

memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja. Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid

untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula 2-43 telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.

HASIL DAN REAKSI Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat Sekolah Rendah. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan Bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.

Sokongan terhadap pelaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan Bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.

PRESTASI AKADEMIK: PEPERIKSAAN Pada tahun 2007, kelompok pelajar Sekolah Menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu Sains dan Matematik. Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah.

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar Sekolah Rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam Bahasa Inggeris sementara untuk kertas Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%).

Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek Sains ataupun Matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping menggesa

kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

KEPENTINGAN KAJIAN

Murid : Daripada kajian yang dijalankan ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para murid khususnya bagi murid yang tinggal di luar bandar untuk mengatasi masalah yang terpaksa dihadapi apabila perubahan dilaksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah bahasa merupakan satu bebanan yang terpaksa dihadapi oleh murid apabila pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam bahasa Inggeris. Matematik merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan pemahaman konsep yang jelas, maka adalah amat penting untuk murid menerima segala tunjuk ajar tanpa sebarang masalah bahasa.

Guru Matematik: Guru merupakan sumber ilmu pengetahuan bagi murid. Diharapkan daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dapatlah memberikan kesedaran kepada para pendidik bahawa pentingnya penggunaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru Matematik bagi memastikan pelaksanaan PPSMI berjalan dengan lancar sekaligus menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kecekapan dalam berbahasa penting supaya matlamat yang ingin disampaikan berjaya diterima oleh para murid. Kebergantungan murid terhadap guru di peringkat sekolah adalah amat tinggi memandangkan guru merupakan sumber pengetahuan utama mereka.

Sekolah : Diharapkan daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik mampu membantu pihak sekolah untuk mengenalpasti dan melaksanakan kemudahan yang diperlukan pleh pihak guru dan murid untuk memastikan pelaksanaan PPSMI di sekolah khususnya sekolah luar bandar berjalan dengan lancar. Sekolah merupakan agen utama di dalam proses penyampaian maklumat. Jadi, adalah amat penting untuk setiap sekolah itu dibekalkan dengan kemudahan frasarana yang diperlukan untuk program PPSMI ini memandangkan pelaksanaannya masih baru dan di peringkat percubaan lagi. Kerjasama daripada semua pihak adalah penting bagi memastikan pelaksanaannya berjalan seperti yang dirancangkan.

SKOP KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Namun kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah yang dikenalpasti terletak di luar bandar. Kajian terbatas oleh kekangan untuk mendapatkan semua responden daripada semua sekolah luar bandar. Kajian ini hanya mengambilkira sebahagian kecil sahaja daripada semua populasi kajian.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana soalan kajiselidik diedarkan kepada murid tingkatan empat di sebuah sekolah luar bandar.

Tempat Kajian Tinjauan dijalankan di sebuah sekolah luar bandar. Sekolah ini dipilih sebagai tempat kajian kerana sekolah ini terletak di kawasan luar bandar. Sejajar dengan matlamat utama kajian iaitu untuk menguji keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggerisvdi sekolah luar bandar.

Sampel Kajian Di dalam kajian ini, dengan mengambil dua kelas murid tingkatan 4 di sebuah sekolah luar bandar sebagai sampel kajian. Ini bermakna sampel bagi kajian ini mewakili populasi kajian.

Instrumen Kajian Di dalam kajian ini, dengan menggunakan 2 kaedah iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Set soalselidik diedarkan kepada murid dengan 30 item untuk diuji berkenaan objektif kajian yang ingin diuji. Soalselidik untuk murid terdiri daripada2 bahagian iaitu bahagian A (latar belakang responden) dan bahagian B (soal selidik untuk mengetahui respon murid terhadap PPSMI)

Soal Selidik : Soal selidik dijalankan kepada murid bagi mendapatkan maklumat mengenai penggunaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Skala likert digunakan di dalam soal selidik di mana skor bernombor diberikan pada setiap subjek bermula dengan nombor 1 (bagi pilihan di satu hujung) hingga 5 (bagi pilihan di akhir skor) dan kemudiannya menjumlahkan keseluruhan nilai jawapan bagi setiap soalan. 4 Sangat setuju (SS) 3 Setuju (S) 2 Tidak setuju (TS) 1 Sangat tidak setuju (STS)

DAPATAN KAJIAN Soal Selidik berdasarkan 5 soalan utama yang ditanya kepada murid. 1. Sejauh manakah guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Kelas? Kajian mendapati 50% murid sangat bersetuju dan 42.9% bersetuju guru mengajar Sains dan Matematik dengan mencampurkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.Sebanyak 57.1% murid tidak bersetuju guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris manakala 21.4 % murid pula sangat tidak bersetuju guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 2. Sejauh manakah pelajar sukar mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Kajian mendapati sebanyak 57.1% murid berasa sukar mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sebanyak 14.3% murid sangat bersetuju bahawa mereka sukar mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sebanyak 42.9% murid bersetuju bahawa mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu memudahkan mereka untuk memahami subjek tersebut. Manakala sebanyak 14.3% murid pula sangat bersetuju bahawa mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu memudahkan mereka memahami subjek tersebut.

3. Adakah mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik pelajar? Kajian mendapati bahawa 69% murid bersetuju mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris tidak meningkatkan pembelajaran dan prestasi matematik mereka. 4. Adakah mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Sains pelajar? Kajian mendapati bahawa 65% murid bersetuju mempelajari sains dalam bahasa Inggeris menyebabkan prestasi subjek itu menurun. 5. Adakah pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris membantu meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris? Kajian mendapati bahawa 66.2% murid bersetuju bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak membantu meningkatkan pembelajaran dan prestasi subjek bahasa Inggeris.

PPSMI Wajar Dimansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa

Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003 sehingga mendorong beberapa pihak berdemonstrasi dengan tujuan mendesak kerajaan memansuhkannya. PPSMI telah mulai di gunakan di sekolah- sekolah rendah dan menengah pada tahun 2003 sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dahulu sebagai langkah mempersiapkan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Di samping bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Memang tidak dapat dinafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan untuk bersaing seiring dengan negara maju rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa tersebut. Tetapi, menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan mempelajari ilmu pengetahuan adalah dua perkara yang berbeza. Untuk rekod, China, Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Rusia dan banyak lagi negara lain mengungguli kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi, walaupun mata pelajaran sains dan matematik diajar sepenuhnya dalam bahasa ibunda mereka di semua peringkat sekolah hingga ke universiti. Atas dasar inilah PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Berdasarka pelaksanaan PPSMI, terdapat kesan- kesan negatif sepanjang pelaksanaannya sekaligus menyumbang kepada faktorfaktor pemansuhan yang dilaksanakan hari ini.

1)

Kemerosotan dalam pencapaian pelajar Pelaksanaan PPSMI mempengaruhi kualiti peperiksaan pelajar. Berdasarkan kepada keputusan sebelum ini yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, prestasi yang diperolehi oleh pelajar agak memberangsangkan walaupun terdapat juga yang sekadar cukup makan. Hal ini akan menjadi rumit apabila secara drastiknya, bahasa Inggeris kini mengambil alih sebagai bahasa yang digunakan dalam penyediaan kertas soalan. Kebanyakan pelajar tidak memahami soalan kerana perlu memahami soalan dalam bahasa Inggeris untuk menghasilkan jawapan yang tepat. Kesannya sangat dirasai di kalangan pelajar luar bandar di mana tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka amat lemah. Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003 dan ini boleh dilihat secara langsung menerusi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak tahun 2003. Tekanan untuk menguasai bahasa Inggeris akan terus menghantui pelajar dari tahun ke tahun dan ditakuti akan menjejaskan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mengikut kajian, ada sekolah-sekolah luar bandar yang mencatatkan kegagalan sehingga 80 peratus murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains lantaran ketidakupayaan mereka menguasai Bahasa Inggeris. Dengan keadaan

yang ada sekarang, PPSMI akan menjadi satu beban dan penghalang kepada kebanyakan pelajar luar bandar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam sehingga akan meluaskan lagi jurang perbezaan pencapaian akademik di antara pelajar luar bandar dan mereka yang belajar di sekolah dalam bandar. Pembelajaran Sains & Matematik akan mengurangkan minat pelajar untuk mendalami subjek tersebut terutama pelajar luar bandar. Kesannya mereka akan terus ketinggalan walaupun mempunyai potensi yang tinggi. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematiksejak di peringkat sekolah rendah lagi. Kajian antarabangsa dan tempatan rata rata mendapati pembelajaran dalam bahasa ibunda menghasilkan prestasi yang lebih tinggi daripada pembelajaran dalam bahasa asing.
2)

Kurang persediaan di kalangan guru Pihak tenaga pengajar juga akan terkena tempias terhadap pelaksanaan PPSMI ini. Berdasarkan kepada pencapaian pelajar yang merundum jatuh, khususnya di kawasan pedalaman adalah disebabkan faktor guru yang mengajar mereka. Hal ini terbukti apabila kajian yang dibuat telah memberikan jawapan bahawa guru mengajar pelajar dengan menggunakan bahasa yang bercampur. Pelaksanaannya yang terlalu drastik telah menyebabkan guru- guru terpaksa mempersiapkan diri dalam sekelip mata bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai. Ini akan menyebabkan kualiti dan kuantiti pelajar yang cemerlang hanya sekadar cukup makan kerana pengajaran dan pembelajaran yang dibuat oleh guru adalah tergesa- gesa. Untuk rekod, kebanyakan guru- guru yang terlibat dalam pengajaran Sains dan Matematik terlatih dalam bahasa Melayu. Dengan pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, maka berlakulah masalah pengajaran dalam kalangan guru- guru. Jika guru yang akan mengambil alih untuk mengajar subjek Sains dan Matematik ini tidak menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris, dikuatiri akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran hanya akan berpusatkan kepada guru sematamata. Pelajar akan menjadi bosan dan seterusnya pelaksanaan PPSMI ini hanya akan tinggal sejarah sahaja. Bukan itu sahaja, ada juga guru yang mengambil kesempatan kerana mahu menerima elaun bulanan tambahan yang ditawarkan oleh kerajaan, sanggup mengajar

subjek tersebut walaupun tidak mahir dan pengajaran akhirnya tidak berkesan. Hal ini ibarat seperti batuk di tepi tangga. Pada peringkat awal dasar PPSMI diperkenalkan, kebanyakan guru bagi mata pelajaran Sains dan Matematik tetap di tahap yang lama. Bahkan kursus yang ditawarkan oleh kerajaan Cuma pada masa yang singkat dan tidak mungkin guru yang telah dilatih itu dapat menguasai seluruhnya tentang bahasa Inggheris apatah lagi jika guru tersebut adalah dari daerah pedalaman yang mana bahasa Melayu sudah sebati dengan diri mereka. Kesan daripada masalah ini, berlaku kekurangan guiru- guru yang pakar dalam bahasa Inggeris, sedangkan pelajar semakin bertambah. Jadi secara tidak langsung perkara inui akan menyebabkan berlaku lebih banyak pengagguran kerana pelaksanaan PPSMI ini Cuma memerlukan guru yang berpengetahuan tinggi dalam bahasa Inggeris.
3)

Menjatuhkan martabat Bahasa Melayu Pelaksanaan PPSMI ternyata memberi kesan yang negetif kepada bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila bahasa Melayu yang dulunya berfungsi sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kini telah diabaikan, dan bahasa Inggeris pula bermain di mulut pelajar dan juga tenaga pengajar. Bahsa Melayu yang sebelum ini terkenal dengan kata- kata bahawa bahasa melambangkan bangsa sudah tidak lagi wujud semenjak PPSMI dilaksanakan. Seharusnya kita mengambil pengajaran dari Negara- Negara lain yang kuat mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa utama dan hal ini terbukti apabila Negara seperti Rusia, dan Jepun telah muncul sebagai satu kuasa besar tanpa mengabaikan bahasa mereka. Pelaksanaan PPSMI ini ternyata telah mengetepikan segala usaha yang dibuat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi bagi mendidik anak bangsa khususnya pelajar Melayu dan juga warganegara yang lain. Seharusnya hal ini tidak perlu diberikan penjelasan yang lebih lebar kerana masing- masing sudah mengetahui bahawa bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa sebagai Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, idea PPSMI ini tidak perlu dilaksanakan kerana ia menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Negara ini. Pelaksanaan ini ternyata telah gagal untuk memartabatkanbahasa Melayu dan ia perlu dimansuhkan dengan serta merta.

Proses untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga bahasa moden akan terhenti dan seterusnya bahasa ini akan digunakan sebagai bahasa pasar semata- mata. PPSMI selalu dihujahkan bahawa perubahan hanya bagi dua mata pelajaran semata- mata tetapi hakikatnya jauh berbeza. Berkemungkinan besar akan duputuskan pula penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan sujuk Sains dan Matematik seperti Perakaunan, Persagangan, Ekonomi Asas dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, maka akhirnya sebahagian besar atau hamper kesemua mata pelajaran akan diajar dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayu yang ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam system pendidikan di Negara ini akan hilang fungsinya (Kamal Syukri, 2007: 62)
4)

Menggugat perpaduan Berdasarka kajian awal, sekiranya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik dikuatiri ia akan menyebabkan semangat perpaduan antara kaum musnah sehingga memberi kesan yang amat besar kepada bangsa dan negara Malaysia di masa depan. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis

kewarganegaraan, yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya. Senario ini jelas membuktikan pelaksanaan PPSMI memberi kesan buruk kepada perpaduan Negara yang selama ini kita pertahankan.
5)

Sekolah Kebangsaan dipinggirkan Pelaksanaan PPSMI turut memberi kesan yang negetif kepada sekolah kebangsaan. Kedudukan bahasa Inggeris yang kini semakin menapak di Negara kita telah menyebabkan wujud pelbagai jenis sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa ini lebih dominan dalam perundangan dan pentadbiran khususnya, berbanding bahasa Melayu sama ada dari aspek penulisan dan lisan. Kesan daripada hal ini menyebabkan ibubapa berkejar- kejar untuk menghantar

anak- anak mereka ke sekolah Inggeris termasuklah anak- anak menteri sendiri supaya anak- anak mereka lebih berpengetahuan luas dalam bahasa Inggeris. (Persatuan Linguistik Malaysia: 2002). Ekoran daripada itu, nasib sekolah kebangsaan akan mengalami risiko kekurangan pelajar dan seterusnya nasib bahasa Melayu juga akan terpinggir. Bukan itu sahaja, dengan kekurangan pelajar yang akan mendalami bahasa Melayu, lebihan guru juga akan berlaku kerana profesion yang mereka pilih adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris. Hal ini juga akan menyebabkan berlaku pengangguran terhadap guru bahasa Melayu dan penawaran kepada guru bahasa Inggeris pula semakin bertambah. Sekolah Kebangsaan di luar bandar mungkin tidak mengalami nasib seperti ini kerana di sana mereka masih lagi didedahkan kepada pengajaran dalam bahasa Melayu. Namun, jika berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI ini. mereka pula ketinggalan jau hdaripada pelajar bandar dalam penggunaan bahasa Inggeris. Bibliografi 1. Persatuan Linguastic Malaysia 2. Kamal Syukri, 2007: 62

You might also like