You are on page 1of 3

TEMBAKAU DAN KESEHATAN Tembakau memudaratkan kesehatan manusia dan hewan apabila mereka terdedah kepada penggunanya.

Kemajuan dalam penyelidikan sains perubatan telah jelas membuktikan hubungan rapat di antara penggunaan tembakau dengan kejadian kanser, penyakit jantung, penyakit paruparudan berbagai-bagai jenis penyakit lain. Rokok merupakan penyebab utama kesengsaraan dan kematian yang boleh dielakkan sama sekali di zaman moden ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah dari 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Bahayanya tidak hanya membabitkan negaranegara Baratsahaja, malah kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama dinegara-negara membangun, termasuk di Malaysia. Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosaka paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi jenis kanser paru-paru dan juga komplikasi dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut dikaitkan dengan merokok di kalangan ahli keluarga. Ibubapa yang merokok bukan sahaja meletakkan anak-anak mereka pada bahaya penyakit, tetapi juga kemungkinan bagi kecacatan anggota serta menggugat pertumbuhan fizikal dan minda ahli keluarga mereka sendiri. Kanak-kanak dari ibubapa yang merokok juga adalah lebih cenderung mencontohi tabiat buruk ini apabila mereka meningkat dewasa kelak. 'Baik buruknya kebangkitan tunas baru di antara kita, bergantung rapat dengan apa yang dibiasakan oleh ayahnya'. Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk perlakuan anak-anak mereka. Firman Allahs.w.t. : "Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah diri dan keluarga kamu dari api neraka" (At-Tahrim : 6)"Allah mewariskan ke atas kamu tentang anak-anak kamu" (An-Nisa' : 11) Hadith Rasullullah s.a.w. : "Tiada seorang ayah yang memberikan anaknya suatu pemberian lebih baik daripada adab yang mulia" .(At - Termidzi) "Ajarilah anak-anak kamu dan kelurga kamu kebaikan, dan lengkapkanlah mereka dengan adab" (AbdulRazzak & Said Mansur) Gangguan dan masalah pembiakan serta kehamilan akibat merokok telah juga jelas terbukti. Racun yang terkandung di dalam asap rokok yang dihidu oleh seorang ibu mengandung mampu mengakibatkan keguguran, kelahiran tidak cukup bulan, bayi yang tidak cukup berat badan, kecacatan janin dan berbagai-bagai komplikasi lain. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa merokok boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki dan perempuan. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh menmbawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang

paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar mengandungi sekurangkurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin, seperti dadah heroin bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerens dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu selamanya, kecuali dengan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca daripada tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Karbon monoksida pula adalah gas yang beracun, biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Manusia seharusnya sedar lalu menjauhkan diri daripada menggunakan tembakau terutamanya rokok, kerana ianya adalah buruk, membahayakan dan membinasakan. Daripada maklumat tentang kemudaratan asap rokok terhadap kesihatan, maka isu berhubung menghidu asap rokok secara terpaksa atau secara pasif (passive smoking) semakin ketara dan menjadi persoalan hak asasi manusia yang semakin hebat diperkatakan di negara-negara maju. Asap rokok amat mengganggu keselesaan dan menjadi punca utama pencemaran udara dalaman (indoor air pollution), di kebanyakkan bangunan dan tempat awam. Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream), bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (ehaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke). Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh berbagai badan penyelidikan terkemuka antarabangsa telah membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paruparu di kalangan orang yang tidak merokok. Bagi wanita bukan perokok, beliau mempunyai pertambahan risiko sebanyak 30% untuk menghidap kanser paru-paru dan kelebihan 50% pula untuk diserang penyakit jantung, jika suaminya merokok. Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu, sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak lama. Firman Allahs.w.t. : "Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" (An- Nisa' : 29) Hadith Rasullulah s.a.w. : "Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam" (Abu Hurairah r.a.)

Sumber: http://id.shvoong.com/medicine-and-health/epidemiology-public-health/2256920tembakau-dan-kesehatan/#ixzz1nDJI3ZLt

Senin, 08 Maret 2010 | 10:45 WIB

Tembakau Kesehatan
Besar Kecil Normal

Terbukti

Bermanfaat

bagi

TEMPO Interaktif, London - Selain berdampak buruk bagi kesehatan, tembakau juga bermanfaat. Sebuah penelitian terbaru yang dipublikasikan oleh Jurnal FASEB Maret ini, memperlihatkan bagaimana para peneliti mengembangkan strain tembakau yang telah dimodifikasi secara genetik.

Tembakau ini membantu sifat racun buih telaga yang merusak, yang secara ilmiah dikenal sebagai micricystin-LR (MC-LR), yang membuat air tidak aman diminum, digunakan untuk berenang, atau untuk memancing. Tanaman tembakau ini dapat berfungsi sebagai alat utama untuk menjaga sumber air agar aman digunakan, terutama di negara-negara berkembang. "Kami berharap penelitian ini dapat secara maksimal mengurangi eksploitasi racun terhadap manusia, hewan, dan tanaman," kata Pascal M.W. Drake penulis penelitian dari Pusat Infeksi di Universitas London di St George.

Untuk mengembangkan tembakau jenis ini, Drake dan teman-temannya mengubah tembakau untuk menghailkan antibodi MC-LR, dengan cara memasukkan gen yang fungsinya memproduksi antibodi. Dengan gen itu, tembaku strain baru memproduksi antibodi pada daunnya dan mengeluarkan antibodi dari akarnya ke media penumbuh hipotonik yang ada di sekelilingnya Ketika racun dari MC-LR ditambahkan ke media tumbuh hypotonik, antobodinya loncat ke racun, dan mengubahnya menjadi tidak berancun. Ini baru contoh pertama dari tanaman transgenik yang memiliki antibodi yang dapat mengatasi racun lingkungan. Namun, menurut Drake akan banyak tanaman lagi semacam ini yang akan dikembangkan pada masa mendatang untuk mengatasi masalah lingkungan lainnya. "Tembakau mungkin salah satu tanaman non-pangan yang mudah dibudidayakan," kata Gerald Weissmann, Kepala Editor Jurnal FASEB. "Dan selama berabad-abad, tembakau telah merusak kesehatan. Sekarang, dengan suatu cara genetik yang cerdas. tembakau juga terbukti memberikan manfaat bukan melalui pipa tembakau tetapi di lahan tanaman," tambah Gerald. Science Daily/Aqida Swamurti

You might also like