You are on page 1of 18

1.0 KAEDAH PENGAJARAN dalam dunia pendidikan terdapat pelbagai kaedah dalam menyampaikan sesatu ilmu kepada seseorang.

Kaedah pengajaran ini adalah penting kepada seseorasng guru dalam menyampaikan pembelajarannya. Hal ini adalah agar maklumat yang disampai atau isi pelajaran pada hari tersebut dapat memberi kesan pada pelajar. Sungguhpun demikian, kita mengetahui kemampuan pelajar tidak sekata tetapi kepada beberapa model ia tidak memberi masalah. Selain itu, suatu kaedah pengajaran yang dipilih adalah sangat penting kerana mengambil kira aspek keberkesanannya kepada pelajar agar dapat diselaras di seluruh sekolah. Hal ini adalah kerana mengelak guru mengunakan kaedah pengajaran yang salah. Sungguhpun demikian, pada kali ini beberapa model kaedah pengajaran akan diterang secara jelas. Antara model kaedah pengajaran ialah Masteri, Assure dan juga inquiri.

2.0 PENDEKATAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Model kaedah pengajaran yang akan dijelaskan pada kali ini ialah yang berkaitan dengan model kaedah pengajaran Masteri, Assure dan juga inquiri.

2.1 MODEL KAEDAH PENGAJARAN MASTERI

Konsep pembelajaran masteri telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di Amerika pada tahun 1920-an. Pada abad berikut kaedah pengajaran dan pembelajaran masteri ini tersebar luas. Namun begitu, tanpa teknologi kaedah masteri ini semakin pudar dari masa ke semasa. Sungguhpun demikan pada akhir-akhir abad 1950 pembelajaran masteri berseri semula iaitu dengan percubaan menyediakan bahan-bahan yang membolehkan seseorang pelajar itu bergerak ke hadapan mengikut keupayaannya sendiri dan dapat megetahui tahap penguasaan pelajar tersebut daripada apa yang dipelajari. Pada era 1960 an, pembelajaran masteri menjadi lebih kukuh dengan berpandukan oleh falsafah pembelajaran masteri. Pada tahun 1968 Bloom telah diiktiraf sebagai pembentuk teori klasik terhadap model pembelajaran masteri. Walau bagaimanapun pembelajaran masteri dilihat sebagai yang utama. Maka hasilnya kaedah pembelajaran masteri ini tersebar luas

dan diaplikasikan di sekolah-sekolah kerana hasil daripada pembelajaran mengatakan kaedah ini dapat meingkatakan pembelajaran dalam kelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengunakan model masteri ini guru menanggung sepnuhnya tanggung jawab. Jika berlaku kegagalan dalam pembelajaran berpunca pengajaran guru bukan kerana ketidak upaya pelajar dalam mengusai isi pelajaran. Dalam pembelajaran masteri ini cabarannya ialah suatu jangka masa untuk mengunakan startegi-startegi pengajaran agar pelajar dapat menguasai satu tahap yang sama. Setersnya dalam model masteri ini terdapat beberapa elemen penting. Antara elemen tersebut ialah menentukan dengan jelas apa yang akan dipelajari, bagaimana akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan masing- masing, menilai kemajuan pelajar, dan menyediakan pemulihan atau tindak balas yang sesuai, dan menguji untuk melihat sama ada ada kriteria pembelajaran telah dicapai atau tidak.

Pembelajaran dan pengajaran masteri mampu memberi kesan positif kepada pelajar kerana mempunyai beberapa perkara penting dalm model ini. Perkara penting yang menyebabkan model ini berjaya jika dilaksanakan ialah dapat menyatakan dengan jelas objektif yang mewakili tujuan-tujuan pengajaran dan kurikulum atau pengajaran dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran kecil yang setiap satunya mempunyai objektif tersendiri. Selain itu bahan-bahan pembelajaran dan startegi pengajaran dikenal pasti. Di samping itu setiap unit didahului dengan satu ujian diagnostik yang ringkas atau penilian formatif manakala hasil ujian tersebut digunakan untuk menyediakan pengajaran tambahan atau pembetulan untuk membantu pelajar mengatasi masalah mereka. Masa untuk belajar mesti boleh diubah suai untuk dipadankan dengan kecekapan. Pelajar tidak boleh meneruskan suatu pembelajaran baru jika pembelajarna lama tidak dapat dikuasai lagi.

Seterusnya mari kita lihat beberapa kekuatan dalam model pembelajaran dan pengajaran masteri in. Antaranya ialah pelajar-pelajar mempunyai kemhiran asas dalam meneruskan setersnya. Selain itu ia memerlukan guru melaksanakan tugastugas analisis dan dengan itu ia menjadi lebih baik bagi guru-guru untuk mengajar unit-unit pembelaharan. Seterusnya pelaksanaan model ini memerlukan guru

menyatakan obejktif sebelum mereka membentuk aktiviti. Boleh memecahkan pusingan kegagalan. Lihat jadual di bawah untuk lebih memahi perjalanan model masteri ini,

Jika dilihat pada carta aliran di atas mennjukkan bagaimana model masteri ini berjalan. Pada peringkat awal guru menentukan hasil pembelajaran yang akan di ajar pada hari ini. Kemudian pilih isi pembelajaran dan susun mengikut keutamaan dan memilih kaedah pengajaran dan pembajaran yang dapat beri kesan. Seterusnya pelajar diberi penialaian untuk melihat tahap penguasaanya jika pelajar tersebut dapat menguasai isi pembelajaran guru akan memberi aktiviti mengaya dan membenarkan meneruskan isi pembelajaran seterusnya. Manakala jika sebaliknya pelajar tidak dapat menguasai isi pembelajaran tersebut pelajar akan melakukan aktivti pemulihan dan

seterusnya dinilai semula untuk melihat pelajar tersebut dapat menguasai atau tidak. Begitulah model masteri ini beroperasi.

2.2 MODEL ASSURE

2.2.1 DEFINISI TEKNOLOGI

Seterusnya mari kita lihat model yang kedua juga merupakan antara model yang popular dan sangat sesuai digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran hari ini. Hal ini adalah kerana model Assure ini mengunakan teknologi. Sebelum kita pergi lebih mendalam dalam model ini mari kita lihat dulu apa itu teknologi. Dalam laman web wikipedia mendefinisikan teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan tersebut ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Manakala dalam kamus dewan edisi ketiga memberi dua pegertian iaitu teknologi ialah aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan manakala pegertian kuduan ialah kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.
Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:

Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.

Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Model

ini memberi

tumpuan pada perancangan persekitaran bilik darjah

menggunakan media dalam keadaan sebenar. Model ini adalah sebagai petunjuk kepada proses, sistem dan reka bentuk pengajaran. Model ASSURE digunakan oleh guru bagi merancang pengajaran setiap hari di dalam bilik darjah dengan menggunakan media. Model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang boleh dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan pemilihan sesuatu media pengajaran.

Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu A analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan objektif), S select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber), Uutilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R -require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian).

A - ANALYZE LEARNERS (MENGANALISIS PELAJAR) Langkah pertama dalam model Assure ini ialah menganalisis pelajar. Guru memain peranan penting dalam model Assure ini. Terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat oleh guru dalam langkah pertama ini ialah menganalisis ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciri- ciri pelajar, guru perlulah mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Data-data pelajar dapat membantu guru dalam menlicinkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Dalam sesebuah kelas, tahap keupayaan pelajar atau tahap penguasaan seseorang pelajar dengan pelajar lain tidak sama. Selain itu setiap pelajar mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri dalam sesebuah kelas. Oleh hal demikian dengan menganalisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Seterusnya membantu guru dalam mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab. Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - STATE OBJECTIVES (MENYATAKAN OBJEKTIF) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektifobjektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas agar pelajar dapat dipimpin dan dipandu pada satu hala serta menepati kehendak. Contoh : Siapa yang hendak mencapai obejktif ini?

Apakah objektif yang hendak dicapai? Bagaiamanakah langkah dalam mencapai objektif?

S - SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS (MEMILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER) Seterusnya langkah ketiga dalam model ini ialah memilih kaedah pengajaran yang sesuai, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mari kita lihat apakah yang dikatakan media. Media ialah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan (Heinich et al, 1981). Selain itu media juga dapa didenfinisikan peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan

pembelajaran (Yusup, 2000, 2001).

Seterusnya kita lihat pula jenis-jenis media yang terdiri daripada pelbagai dan boleh dugunakan dalam kelas. Antara jenis-jenis media yang digunakan dari dulu hingga kini ialah media cetak, media tayang, media bukan tayang, media audio dan video, komputer dan multimedia dan proses teknologi. Dalam pengajaran dan pembelajaran penggunaan media sebenarnya dapat memberi kesan yang posotif. Oleh hal demikian Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

U- UTILIZE MEDIA AND MATERIALS (MENGGUNAKAN MEDIA DAN BAHAN) Langkah keempat dalam model ini ialah menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkahlangkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

R - REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (MEMERLUKAN PENGLIBATAN PELAJAR) Manakala untuk langkah seterusnya dalam model ini ialah iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran dalam kelas. Dalam pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar.

E - EVALUATE AND REVISE (MELAKUKAN PENILAIAN DAN PENGUBAHSUAIAN) Langkah keenam iaitu langkah terakhir dalam model ini ialah melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi

mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti : Adakah objektif akan tercapai? Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif.

3.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Terdapat beberapa pandangan yang mengatakan pengunaan media dan juga teknologi harus dalam pengajaran dan pembelajaran. Heinich, et al (1989) telah memberi tiga rasional kenapa pengunaan media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama ialah pengunaan media dalam pembelajaran dan pengajaran adalah untuk menghasilakn instruksi dan pembelajaran berkesan. Kedua instruksi harus dirancang secara sistematik mengunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi. Alasan yang ketiga ialah media boleh menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual. Sebelum kita pergi lebih lanjut mari kita lihat beberapa istilah yang berkaitan dengan penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

DEFINISI MEDIA Media adalah Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima, (Heinich et al, 1981). Manakala Yusup (2000,2001) yang mendefinisikan media ialah

Peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran. Menurut R.M.W Travers (1970), istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik.

DEFINISI MUTIMEDIA

Multimedia adalah salah satu daripada media yang terangkum dalam teknologi instruksional. Ia merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktif yang dikawal oleh komputer sepenuhnya yang menggabungkan teks, grafik, audio, visual (gerak dan kaku) dan imej animasi untuk menghasilkan bahan P & P.

3.2 Panduan umum mengguna media secara berkesan Dalam pembelajaran dan pengajaran sesebuah kelas penggunaan media sangat memberi kesan yang positif kepada pelajar. Walau bagaimanapun penggunaan media yang tidak sesuai akan memberi masalah kepada pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Oleh hal demikian terdapat beberapa panduan umum dalam mengguna media secara berkesan. Antara panduan tersebut ialah media mesti bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran dan pengajaran. Selain itu, media mesti mesti sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasar iaitu kumpulan besar, kumpulan sederhana dan juga pelajar individu dan dapat pertimbangan kepada aspek-aspke perkakasa, perisian, kesesuaian, kemahiran tenaga pengajar dan khidmat sokongan.

3.3 Jenis Media Dan Teknologi Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu: 1. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll) 2. Media tayang gerak (video, filem, cakera dll) 3. Grafik (lukisan, poster, kartun dll) 4. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll) 5. Media pameran (model, boneka, diorama dll) 6. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita dll) 7. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll) 8. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)

Sungguhpun demikian, terdapat dalam sebuah laman web yang telah menyenaraikan beberapa jenis media dan teknologi yang digunakan dalam kelas sejak dahulu hingga sekarang. Antara media dan teknologi tersebut iala:

Media cetak. Media tayang. Media bukan tayang. Media audio dan video. Komputer dan multimedia. Proses teknologi.

3.4 Kelebihan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang

dibantu dengan penggunaan

media sebenarnya memberi kelebihan tersendiri. Kelebihan ini bukan sahaja dirasai oleh pelajar tetapi juga kepada guru. Antara kelebihan pengunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat meningkatkan motivasi pelajar, penggunaan media dapat meningkatkan semangat pelajar untuk lebih belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain itu media juga dapat mewujudkan suasana baharuan dan beraneka. Jika selalunya pengajaran dan pembelajaran dalam kelas hanya melibatkan pen, kapur, papan hitam, dan kertas sahaja tetapi dengan

kehadiran media dalam kelas telah memberi suasana baru kepada pelajar-pelajar dalam kelas. Seterusnya melalui media dapat menarik perhatian pelajar. Penggunaan media dalam kelas sememangnya menarik perhatian pelajar kerana ia melibatkan grafik dan juga audio. Setelah penggunaan media dalam kelas dapat menarik perhatian pelajar-pelajar sudah pastilah dapat mengalakkan penyertaan pelajar secara aktif. Penglibatan pelajar secara aktif adalah sesuatu yang positif kerana dapat membina pelbagai kemahiran dalam diri pelajar. Di samping itu, penggunaan media dalam pembelajaran dapat mengelakkan pembelajaran daripada menjadi soalan bosan. Jika dilihat kembali begitu banyak sekali kelebihan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.5 Fungsi Media

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan penuntut dan objektif pembelajaran. Selain itu berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya maka media adalah sebagai memberi maklumat. Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto, video

atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas. Di samping itu, media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu. Seterusnya

pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku. Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi,

guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Yang terakhir

pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.

4.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setelah kita lihat pendekatan pengajaran model Masteri dan juga Assure mari kita lihat pulsk kaedah-kaedah ataupun teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pada dasarnya kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbgai langkah sungguhpun demikian aspek tertentu perlu diambik kira agar ia berkesan. Antara kaedahkaedah pengajaran ialah:

KULIAH

Kaedah ini sebenarnya sejak dulu lagi digunakan. Kaedah kuliah ini tidak sesuai digunaka sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Waktu kuliah yang menggunakan kaedah ini biarlah pendek, selain itu pastikan pelajar yang mengikuti pelajaran dengan kaedah ini mengetahui cara mengambil nota. Seterusnya mari kita lihat beberapa panduan untuk kaedah kuliah ini berkesan.

Pengenalan kepada kuliah supaya menarik minat Nyatakan rangka isi kuliah Beri definisi kepada terminology yang tidak biasa dengan pelajar Mesti fleksibel, beri ruang pelajar komen, kemukakan soalan Sususn maklumat kuliah mengikut susunan logic Sediakan contoh bagi menjelaskan idea utama Gunakan alat bantu Elakkan bercakap tanpa henti melebihi 15 minit dalam satu masa Perhatikan bahasa tanpa lisan yang ditunjukkan oleh pelajar Buat kesimpulan diakhir kuliah

PERBINCANGAN

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Selain itu, teknik ini Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masingmasing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan

sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.manakala Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut manamana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

FORUM Kaedah atau teknik Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan

beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.Dalam menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Oleh hal demikian,Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

SIMULASI Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Selain itu,Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Di samping itu,dapat mewujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

DRAMA Kaedah drama ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dapat dalam sesuatu dan interaksi merangsang bahasa pelajar atau untuk

perbuatan.Penggunaannya

mendorong

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.Pelajar pulak bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi

sesuatu.Kaedah drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.Melalui kaedah drama ini ia dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

KUIZ Kaedah atau tekni ini diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz ini bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Setersnya mari kita lihat tujuan kuiz.

Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.

Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalansoalan secara teka-teki.

Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dalam dunia pendidikan. Pelbagai kaedah ini adalah untuk tujuan meningkatkan motivasi pelajar, memberi kefahaman lebih dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesan positif pada pelajar-pelajar.

5.0 PENUTUP Dalam pembelajaran dan pengajaran di sesebuah kelas memerlukan beberapa perkara yang penting agar pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar seterusnya memberi kesan yang positif kepada pelajar-pelajar. Antara perkara-perkara yang berikut seperti yang tertera pada huraian di atas iaitu pendekatan kaedah pengajaran, teknik atau kaedah pengajaran dan penggunaan media dalam pengajaran harian. Hal ini adalah perkara-perkara yang penting dan mempengaruhi tahap penguasaan seseorang pelajar. Kesimpulannya, seorang guru perlu memilih pendekatan yang sesuai dengan menitik beratkan aspek kesesuaiannya dengan pelajar-pelajar. Kemudian seorang guru juga perlu memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi kesan positif kepada pelajar seterusnya tahap pengusaan isi pelajaran semakin bertambah. Kaedah pengajaran akan lebih berkesan bukan sahaja kepada pelajar malh kepada guru jika dibantu oleh peralatan media dan teknologi. Media dan teknologi juga merupakan aspek yang penting dapat membantu pelajar dalam memotivasikan dirinya, dan juga kepada guru iaitu dapat melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, dengan pemilihan pendekatan kaedah pengajaran yang betul, menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kemudian dibantu oleh peralatan media dan teknologi sudah pasti akan memberi kesan yang positif kepada pelajar.
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997

Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005

You might also like