You are on page 1of 32

OLEH: NUR SYAHIRAH NOR AZLAN NOOR SUHAIDA C.

AMAN TAY KUI FANG PISMP MATEMATIK 2 SEMESTER 3 AMBILAN JAN 2011

Robert merupakan seorang guru yang telah mengajar selama 7 tahun. Beliau merupakan seorang guru yang menerapkan disiplin di dalam bilik darjahnya dan beberapa orang pelajarnya yang mempunyai masalah tingkah laku telah menunjukkan perubahan positif. David merupakan pelajar dari kelas masalah pembelajaran.

Hasil perbincangan pihak sekolah, David dimasukkan ke kelas biasa setelah menunjukkan perubahan yang positif. Setelah beberapa hari, David menunjukkan tingkah laku yang bermasalah dengan mengganggu rakan-rakannya, membuat bising ketika guru mengajar, tidak menyiapkan tugasan dan lain-lain.

Robert cuba menyelesaikan masalah David dengan pelbagai cara seperti memberi timeout, mengambil masa rehatnya, berbincang dengan David, dan lain-lain. David mengatakan bahawa dia ingin kembali ke kelas lamanya dan guru lamanya. Robert berpendapat bahawa David mengharapkan perhatian yang sama seperti mana ketika di dalam kelasnya dahulu.

Walau apa pun yang dilakukan oleh Robert, David tetap tidak berubah. Akhirnya, dia mencuri jam tangan rakan sekelasnya.

ANALISIS KAJIAN

Model ini menggunakan teknik peneguhan. Ia menjurus kepada elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku kanakkanak. 2 jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Di dalam kes ini, Robert menggunakan peneguhan negatif terhadap David dengan mengenakan dendaan dan amaran.

Robert began keeping David from recess when he refused to complete his assignments; but he continued to neglect his work.

Robert menggunakan teknik dendaan dengan tida membenarkan David keluar rehat namun tidak berkesan untuk membuatkan David menyiapkan tugasannya.

Murid dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru. Contoh : satu sudut bilik darjah (murid menghadap dinding), bilik kecil di luar kelas.

Masa diperuntukkan ialah antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan masalah tingkah laku tersebut
Selepas masa time-out, guru perlu menerangkan kepada murid mengapa dia telah memberikan hukuman sedemikian. Arahan asal diberikan kepada murid tersebut. Jika masih ingkar, masa time-out ditambah.

Because David was not to be tested with the rest of the class, Robert told him to go to the back of the room (to the time-out seat) so that neither he nor the class would disturb each other.

Robert telah mengarahkan David untuk pergi ke belakang bilik darjah supaya dia tidak menganggu rakan lain apabila dia membuat bising dan mengganggu rakan.

Menekankan hak murid untuk belajar dalam keadaan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, penguasaan peraturan dalam bilik darjah adalah perlu supaya P&P lancar.

Robert merupakan seorang guru yang asertif terhadap murid-muridnya. Beliau merupakan guru yang tegas tetapi adil dalam menguatkuasakan disiplin. Beliau cuba membina hubungan saling percaya dengan muridnya agar muridmuridnya dapat mengubah tingkah laku mereka dari negatif kepada positif.

Robert telah menetapkan disiplin-disiplin kepada anak muridnya dan menjadikan disiplin sebagai rutin harian muridnya.

Dreikurs (1968) mengatakan bahawa tingkah laku bermasalah adalah berpunca dari 4 motif: Mendapat perhatian Mencabar kuasa Membalas dendam Pamerkan kekurangan

MENDAPAT PERHATIAN

David suka membuat bunyi semasa P&P berjalan dengan mengetuk-ngetuk pensil di meja, menjatuhkan buku dengan kuatnya dengan sengaja, mencari barang hilang di bawah meja dan lain-lain.

ASA
To add insult to injury, David often stated loudly that he wanted to go back to his real class and his real teacher. He was not even giving Robert a chance to be his teacher. He did not like Robert, and he did not like the other students.

David tidak memberi peluang kepada Robert untuk menjadi gurunya. David menjerit bahawa dia ingin kembali ke kelas lamanya dan kepada guru lamanya.

As Robert explained it, He was just angry at everything, and the other kids in the class are just so angry at David, and Im angry at David, too, because of what hes doing with us. Hes just pushing my buttons, and its just like a power struggle between the two of us. He wants his way and I want my way.

Kedua-dua Robert dan David ingin menunjukkan kuasa dan tidak mahu mengalah. David inginkan dia diberi perhatian seperti di kelas lamanya dan Robert tidak mahu kuasanya dicabar oleh muridnya.

ASA
David picked up his materials and went to the designated seat; however, when he reached his destination, he slammed them onto the desk with such force that his pencil bounced off the wall.

David meluahkan dendamnya pada Robert apabila dia dikenakan time-out dengan meletakkan barang secara kasar pada meja tanpa menghiraukan Robert.

STRATEGI

Asas pengurusan bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa dan cara menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Dalam kes David, Robert perlu segera menyedari masalah yang ditimbulkan oleh David

Robert perlu segera sedar akan punca tingkah laku tersebut. Berikan perhatian yang lebih terhadap David agar tidak merasakan perbezaan yang besar antara guru lamanya dengan Robert. Kurangkan sedikit demi sedikit perhatian terhadap Robert agar Robert dapat menerima perubahan.

Idea utama Model Terapi Realiti ialah tidak kira apaapa yang telah berlaku pada masa yang lalu atau apaapa yang berlaku pada masa sekarang, individu berhak memilih tingkah laku atau corak yang boleh memenuhi empat keperluan asas; kasih sayang, keupayaan mengawal kehidupan, kebebasan dan keseronakan. Dalam kes ini, kesedaran dalam diri David sendiri adalah penting. David perlu melihat kepada kesan daripada tingkah lakunya dan bukannya menilai daripada perbezaan perhatian antara guru baru dan guru lamanya.

Terdapat beberapa cadangan dari Dreikurs untuk mengatasi murid bermasalah: - guru (Robert) perlu mengenalpasti motif murid (David) yang mempunyai tingah laku bermasalah. - guru perlu menerangkan kepada murid bahawa mereka telah memilih cara yang salah untu mendapatkan perhatian. - guru membantu murid melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.

Peneguhan adalah perlu dilakukan kepada murid-murid tetapi pada kadar yang terkawal supaya murid dapat fokus tujuan sebenar dia melakukan sesuatu. Dalam kes ini, David merupakan murid yang tidak mahu menyiapkan tugasan. Walaupun masa rehatnya diambil jika dia tidak menyiapkan tugasan, tiada perubahan yang dilihat. Oleh itu, Robert perlu menggunaan inisiatif lain dengan memberikan peneguhan yang positif dengan menawarkan sesuatu yang disukai oleh David.

Merupakan satu bentuk bimbingan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Meliputi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan agama dan moral, sokongan emosi dan lain-lain. Robert perlu mementingkan kebajikan David supaya David tidak merasa dia keseorangan. Dengan teknik ini, David akan merasa dihargai dan disayangi.

Terbahagi kepada 2 iaitu motivasi ekstrinsik dan intrinsik. Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi luaran biasanya dalam bentuk benda untuk meningkatkan kemahuan belajar. motivasi intrinsik pula bersifat dalaman dan lebih kepada meningkatkan kesedaran kendiri pelajar untuk belajar tanpa mengharapkan ganjaran. Namun begitu, motivasi ekstrinsik perlulah secara berkala agar murid tidak hanya mengharapkan ganjaran.

Robert boleh memberikan motivasi kepada pelajarpelajarnya agar bekerjasama dalam satu kelas . Rober perlu mendorong pelajar normal lain untuk bergaul dengan David dan menerima David dengan baik. Hal ini kerana David mengadu kepada Robert bahawa dia tidak suka cara pelajar lain merenungnya. Motivasi juga perlu diberikan kepada David dalam bentuk pujian, peluang, ganjaran dan lain-lain agar David tidak merasa disisihkan.

Sikap David lebih ketara dalam mendapatkan perhatian guru. Untuk mengurangkan motif tersebut, Robert mengalihkan perhatian David dengan menukar kaedah P&P seperti menyanyi, bersoal jawab, berlakon, simulasi dan sebagainya. Hal ini dapat menarik minat David untuk menyertai P&P kerana ia lebih seronok dan tidak tertumpu kepada seseorang pelajar sahaja. Lama-kelamaan, David akan mula menyesuaikan diri dan meninggalkan tingkah laku negatif tersebut.

Satu kaedah atau teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan serta aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea dan berkongsi maklumat melalui perbualan. Cikgu Robert seharusnya mengadakan satu sesi perbincangan dengan ibu bapa David mengenai masalah anak mereka dan cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Dibentuk setelah mendapat persetujuan dari keduadua belah pihak. Memastikan setiap anggota yang terlibat diperlakukan dengan adil. Kontrak bertulis lebih sesuai kerana setiap perkara dispesifikasikan dengan teliti. Komponen yang ada dalam kontrak : Sasaran tingkah laku Peneguhan yang akan diterima Syarat-syarat yang diketengahkan harus jelas.

Peristiwa : Selepas waktu rehat, perangai David semakin menjadi-jadi dengan membuat bising dan marah kepada kawan-kawannya. (p8,b80) Penyelesaian : Robert perlu menggunakan kontrak bertulis bagi mengurangkan tingkah laku David ini. Walaupun pembinaan kontrak ini memakan masa tetapi sekiranya ia dibina dengan teliti, ia akan mendatangkan hasil yang positif.

You might also like