You are on page 1of 3

REFLEKSI Dalam melaksanakan tugasan ini, pelbagai pengalaman, kesedaran dan juga manfaat yang telah saya perolehi.

Sesungguhnya pengalaman yang saya perolehi ini tidak terkira nilainya dan begitu bermakna bagi saya sebagai seorang bakal guru. Atas kerjasama daripada semua ahli kumpulan kami, tugasan ini dapat kami selesaikan dengan penuh komitmen dan pengalaman berharga yang sama-sama kami harungi akan kami jadikan sebagai batu loncatan untuk kami lebih komited terhadap tugas sebagai bakal guru pada masa hadapan. Biarpun dalam melaksanakan tugasan ini pelbagai cabaran dan kekangan yang kami hadapi seperti tugasan semasa praktikum yang begitu banyak ditambah lagi dengan membina rancangan pengajaran harian serta bahan bantu mengajar, namun tidak membuatkan kami alpa dalam menyiapkan tugas ini. Pengalaman yang cukup bermakna bagi saya dalam menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat mengenalpasti tingkah laku bukan lisan yang sering ditunjukkan oleh muridmurid di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Sememangnya tingkah laku bukan lisan terdiri daripada tingkah laku yang positif dan juga negatif. Namun, tingkah laku bukan lisan yang negatif inilah yang memberi begitu banyak cabaran kepada guru dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Pengalaman dalam membuat pemerhatian terhadap tingkah laku bukan lisan dengan menggunakan video, gambar dan juga pemerhatian secara langsung semasa mengajar memberikan saya kesedaran bahawa setiap murid berbeza antara satu sama lain. Kesedaran yang pertama yang saya perolehi daripada pengalaman ini ialah sebagai seorang guru saya perlu peka terhadap perbezaan murid supaya saya dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya dapat diterima oleh semua murid dan bukan hanya segelintir sahaja. Hal ini dinyatakan dalam Teori Motivasi Maslow dibangunkan oleh Abraham H. Maslow melalui Hierarki Keperluan Maslow pula merupakan salah satu Teori Humanistik yang boleh membantu guru memahami sebab mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Melalui teori ini, Maslow menegaskan bahawa seseorang individu perlu memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.

Kesedaran yang kedua yang saya perolehi daripada tugasan ini ialah cara-cara untuk menangani dan menghadapi murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bukan lisan yang boleh merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran kita. Hal ini menunjukkan betapa perlunya sebagai seorang guru kita harus mengambil berat terhadap murid-murid yang kita ajar. Kita tidak boleh bersikap lepas tangan dan hanya melihat tingkah laku bukan lisan yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh anak murid kita begitu sahaja. Kita perlu mengambil langkah untuk mengatasinya. Dari segi humanistik, Omardin Ashaari (1999) pula berpendapat guru seharusnya mewujudkan hubungan yang sesuai dan mesra serta kerap berbincangdengan pelajar untuk menyelesaikan masalah pelajaran mereka di samping menggalakkan suasana pembelajaran. Selain itu juga, kesedaran ketiga yang saya perolehi dalam menjalankan tugasan ini ialah setiap perkara ataupun masalah ada jalan penyelesaiannya. Sebagai seorang guru tidak seharusnya perkara tersebut dijadikan isu bahawa seseorang murid itu bermasalah ataupun malas. Guru perlu mencari pendekatan ataupun teknik serta terapi yang sesuai untuk membantu murid. Mok Soon Sang (2003) menyatakan diantara punca timbulnya masalah disiplin di dalam bilik darjah adalah disebabkan penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai.Pelajar merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Di samping itu juga, kesedaran keempat yang saya perolehi ialah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, untuk mengelakkan murid-murid menunjukkan tingkah laku bukan lisan yang bermasalah, sebagai seorang guru saya perlu menggunakan kaedah mengajar dan juga bahan bantu mengajar yang sesuai serta menyeronokkan untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk Alatan Mengajar DalamPengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Selain itu, kesedaran yang kelima yang saya perolehi daripada pengalaman ini ialah sebagai seorang bakal guru saya perlu mengambil berat akan iklim bilik darjah

ataupun suasana mengajar. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), selain perancangan dan pengurusan bilik darjah yang baik, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi keadaan dan suasana bilik darjah seperti jumlah pelajar, komposisi jantina dan etnik, kegunaan ruang, interaksi dan pergerakan bilik darjah, organisasi dan keselesaan peranan kepimpinan guru, sosialisasi pelajar, stail pengajaran, kaedah dan aktiviti pelajar,disiplin dan peraturan-peraturan bilik darjah, keceriaan dan hiasan serta kebersihan dan keteraturan bilik darjah. Cadangan penambah baikan berdasarkan pengalaman ini ialah bagi saya seorang guru perlu memberikan contoh yang baik kepada murid-murid supaya muridmurid berasa hormat dan menjadikan guru sebagai contoh dalam kehidupan mereka. Guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif agar dihormati pelajar. Selain itu, bagi menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan disanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi bagi membolehkan pelajar mudah bergaul dengan mereka dan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara kedua-duanya. Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dan dimuliakan (Abdullah Hasan, 1999). Cadangan penambah baikan yang kedua pula, dalam hal ini ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mengambil berat akan masalah dan juga pelajaran anak-anak mereka. Omardin Ashaari (1999), menjelaskan bahawa keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran pelajar kerana mereka mempunyai pengaruh kuat terhadap cara hidup pelajar. Sebagai tenaga penggerak dan sumber ilham kepada pelajar, mereka hendaklah sentiasa memberi galakan dan perangsang kepada pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam pencapaian akademik.

You might also like