Hakcipta 2012
–
http://mhdazlan.wordpress.com
Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (April
–
Mei 2012)
–
HuraianSenarai dan Catatan Pelarasan.
Merujuk pada muka surat 2 soalan tugasan, item no 1, pelarasan (a)
–
(d), jawapan setiappelajar sepatutnya sama. Berikut ialah huraian terperinci tentang perlaksanaan senaraipelarasan.Maklumat tambahan berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan.
(a) Stok akhir dinilai pada harga berikut:
Harga kos : RM52 800Harga pasaran : RM52 680
Untuk item (a), pelajar perlu membuat pilihan nilai stok akhir mengikut
konsep konservatisme
,iaitu memilih nilai stok yang terendah antara harga kos dan pasaran (RM52 680). Jadi pelajarperlu menyatakan ayat pelarasan yang bersesuaian, contohnya:a) Stok akhir dinilaikan pada harga RM52 680, iaitu terendah antara harga kos dan hargapasaran.Pada bahagian ini, terdapat dua catatan Jurnal Am yang perlu disediakan. Yang pertama, untukmemindahkan nilai stok awal ke Akaun Perdagangan, dan yang kedua, memindahkan nilai stokakhir ke Akaun Perdagangan.
JURNAL AM
JA2
Tarikh Butir FolDebit(RM)Kredit(RM)
2012April 30 Akaun PerdaganganAkaun Stok (
memindahkan nilai stok awal ke AkaunPerdagangan
)48 50048 500April 30 Akaun Stok Akaun Perdagangan(
memindahkan nilai stok akhir ke AkaunPerdagangan
)5280052680
*Lajur folio perlu dilengkapkan, rujuk guru anda untuk maklumat lanjut.
(b) Pengiraan susut nilai kenderaan ialah mengikut kaedah ansuran tetap manakalaperabot disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Susut nilai kenderaan hanya dinyatakan kaedahnya sahaja (ansuran tetap / garis lurus) tetapitidak dinyatakan kadar peratus. Pelajar
perlu menentukan kadar peratus SN
menggunakanmaklumat kenderaan lama yang berkos RM30 000, SNT Kenderaan RM24 000, telahdigunakan selama 4 tahun.Ingat kembali rumus SN kaedah ansuran tetap:
Belanja SN = % SN x Harga Kos
(untuk setahun)