You are on page 1of 2

PETIKAN 3 SURAT KIRIKAN TIDAK RASMI

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. No. 12, Jalan Camar, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, 12 April 2012. Yang dirindui kakandaku Rahimah, mudah-mudahan dalam keadaan sihat wal afiat. Kakanda, Surat kakanda yang bertarikh 28 Mac 2005 telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Keluarga kita berasa terharu menerima surat kakanda itu. Maklumlah surat itu yang pertama kakanda kirim setelah hampirsetahun kakanda meninggalkan kami. Adinda diminta membaca surat itu berulang-ulang kali di hadapan ayahanda, bonda dan adik-adik. Kata-kata kakanda dalam surat itu sungguh memberangsangkan adinda. Ayahanda sangat terharu mendengar cerita kakanda terpilih mengikuti rombongan penyelidik Akademik Sains California ke Pusat Nuklear Amerika Syarikat. Menurut ayahanda, belum pernah pelajar negara ini memperoleh peluang seperti itu. Sekarang adinda sedang belajar di tahun enam. Adinda sibuk belajar dan mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. Tambahan pula, adinda bukanlah pelajar cemerlang di sekolah. Pada waktu petang hari persekolahan, adinda pergi ke perpustakaan sekolah. Di sekolah, adinda mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan serta bertukartukar bahan bacaan. Adinda sentiasa mengikut pesanan kakanda agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Kini, adinda beruntung kerana dapat meminjam buku-buku terbaru daripada perpustakaan bergerak, yang datang pada tiap-tiap hujung minggu. Untuk pengetahuan kakanda, ayahanda akan bersara beberapa bulan lagi. Baru-baru ini, iaitu pada 8 April 2012, ayahanda telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Ketua Setiausaha Negara. Ayahanda berbesar hati atas penganugerahan itu. Bagi ayahanda, itulah satu-satunya hadiah yang akan menjadi kenangan persaraannya nanti. Rakan-rakan ayahanda mengucapkan tahniah atas kejayaan ayahanda itu. Sampai di sini sahaja buat kali ini. Sebelum adinda mengundur diri, terimalah salam mesra kami untuk kakanda yang jauh. Yang benar, Ramzah (Ramzah b Saad) 1 Surat Rahimah diterima oleh Ramzah pada

A B C D

28 Mac 2012 30 Mac 2012 10 April 2012 12 April 2012

2 Mengapakah Ramzah membaca surat Rahimah beberapa kali? A B C D Pertama kali menerima surat daripadanya. Kandungan surat sukar difahami. Kandungan surat memberi semangat. Rahimah menceritakanperjalanannya.

3 Rahimah dianggap pelajar istimewa kerana A B C D berjaya menggembirakan hati ayah Ramzah. terpilih menyertai pasukan penyelidik . menjadi contoh kepada adik-adiknya. berpeluang belajar di seberang laut.

4 Apakah yang menggembirakan hati ayah Ramzah? A B C D Perkhidmatannya dihargai oleh majikannya. Anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Dia akan bersara beberapa bulanlagi. Menerima tahniah daripada rakan.

5 Semua perkara berikut benar tentang Ramzah kecuali A B C D anak yang gigih dan pintar anak yang menurut kata murid yang suka bekerjasama murid yang terbaik dalam kelasnya.

You might also like