You are on page 1of 2

PETIKAN 4 - BERITA Baca berita di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

SUBANG JAYA, 12 Februari- Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Taman Sejati pada kira-kira pukul 4.30 petang. Kejadian ini telah meranapkan bahagian dapur tiga buah rumah teres. tercedera dalam kejadian tersebut. Menurut mangsa tanah runtuh, Encik Robert Tan, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba pada pukul 4.30 petang ketika dia sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku setelah hujan lebat turun selama dua jam mulai pukul 2.30 petang. Runtuhan yang dahsyat itu telah menumbangkan tembok pengadang tanah di belakang rumahnya. Runtuhan tanah itu telah memusnahkan bahagian dapur rumahnya serta dua buah rumah jirannya juga. Kejadian itu dipercayai disebabkan oleh aliran air yang brlebihan dari akibat penebangan pokok untuk tujuan pembinaan kawasan perumahan baru. Mujurlah jirannya tiada di dapur semasa kejadian itu berlaku. Namun, lorong di belakang rumahnya tidak dapat digunakan lagi akibat tanah runtuh. Dapur rumahnya terpaksa dibina semula setelah pembersihan tanah runtuhan dibuat. Beliau menganggarkan kerugian yang dialaminya kali ini sebanyak kirakira 20 ribu ringgit. Beliau juga berharap Majlis Perbandaran Subang Jaya akan menjalankan kerja pembersihan tanah runtuhan secepat mungkin. Sebagai ganti rugi, Encik Robert Tan dan jiran-jirannya akan menuntut pampasan daripada pihak syarikat insurans dan pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya. Namun, tiada yang terkorban atau

31

Berita ini mungkin dibaca pada A 11 Februari B 12 Februari C 13 Februari D 14 Februari

32

Mengapakah kejadian ini tidak mengorbankan mangsa? A Kejadian ini ringan sahaja B Mangsa berjaya melarikan diri ketika kejadian berlaku. C Tiada orang berada di bahagian belakang rumah ketika kejadian berlaku. D Mangsa diselamatkan oleh sebatang tiang yang menahan runtuhan dinding. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku? A Kelemahan struktur tanah B Hakisan tanah C Gempa bumi D Ribut taufan Apakah langkah yang diambil oleh pihak pemaju untuk menghalang tanah runtuh sebelum ini? A Tidak menebang pokok. B Menanam pokok semula C Membina tembok pengadang tanah. D Membersihkan tanah runtuhan dengan kerap. Berapakah jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insurans dan Majlis Perbandaran Subang Jaya? A 80 ribu ringgit B 60 ribu ringgit C 40 ribu ringgit D 20 ribu ringgit

33

34

35

You might also like