You are on page 1of 2

PETIKAN 6 - CATATAN

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 18 Mac 2012 4.00 petang Kami selamat tiba di lokasi penginapan yang terletak di pinggir bandar. Kami bersyukur kerana sepanjang perjalanan dari Teluk Intan semuanya selamat. Cikgu Nazri mengarahkan semua anggota rombongan masuk ke bilik yang telah ditetapkan. Kami meletakkan beg ke dalam bilik tersebut. Aku ditempatkan di sebuah bilik bersama-sama lima orang rakan yang lain. 19 Mac 2012 9.30 pagi Melawat kilang membuat kain batik di Pengkalan Cepa, tidak jauh dari bandar Kota Bharu. Kami diberi peluang oleh pelukis batik di situ untuk melakar corak di kain batik. Aku membeli sehelai kain batik untuk ibu, sehelai baju batik untuk ayah dan sehelai selendang batik sutera untuk kakak. Selesai makan tengah hari dan solat, kami bertolak ke Pantai Cahaya Bulan untuk bersantai sambil menonton persembahan tradisional yang disediakan untuk orang ramai. Aku sempat membeli cenderamata berupa rantai kunci berbentuk wau di gerai yang terdapat di situ. 2.30 petang Kami dibawa melawat sekitar bandar Kota Bharu dan singgah di Pasar Besar Siti Khadijah. Sungguh berbeza dengan tempatku. Kebanyakan peniaga di pasar tersebut terdiri daripada kaum perempuan. Mereka sungguh peramah. Aku kagum akan kegigihan mereka. 8.00 malam Selepas solat dan makan malam, kami bertolak pulang ke Teluk Intan. Sepanjang perjalanan, kebanyakan rakan-rakanku tidur kerana kepenatan. Kenangan di Kelantan akan kuceritakan kepada keluarga dan kawan-kawanku nanti.

Penulis dan rakan-rakannya berkunjung ke Kelantan untuk A B C D melihat cara-cara membuat dan menghasilkan kain batik. menyaksikan kehebatan kaum perempuan Kelantan berniaga. menambah pengetahuan melalui program Lawatan Sambil Belajar. melawat dan membeli-belah di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Kehebatan Pasar Besar Siti Khadijah terletak pada A B C D kain batiknya yang sangat cantik serta bermutu tinggi. harga barangan yang dijual di pasar tersebut amat murah. kebanyakkan peniaganya terdiri daripada kaum perempuan. keramahan peniaga dan pembeli yang berurusan di pasar tersebut.

Jika 36 orang murid menyertai lawatan tersebut, berapakah buah bilik untuk mereka? A B C D 4 buah bilik 5 buah bilik 6 buah bilik 7 buah bilik

Benda-benda yang berikut dibeli oleh penulis semasa lawatan ke Kelantan, kecuali A B C D seutas kunci rantai wau sehelai kain batik sarung sehelai baju kemeja batik sehelai selendang batik sutera

Perkataan kepenatan dalam petikan bermaksud A B C D keletihan. keperitan. kesunyian. kelemahan.

You might also like