You are on page 1of 14

Bahagian C: Ulasan

Nilai Murni @ Pengajaran Pelbagai petikan; cerita, berita, atau puisi (pantun, sajak, syair) Perlu 5 nilai murni / pengajaran Setiap isi perlu keterangan dan bukti

16 Nilai Murni
1.Baik Hati 2. Berdikari 3. Hemah tinggi 4. Kasih Sayang 5. Hormat-menghormati 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kejujuran 10. Kebersihan Fizikal & Mental N

12. Kerajinan 13. Kerjasama 14. Kesyukuran 14. Rasional 15. Kesyukuran 16. Semangat Bermasyarakat

Nilai murni Kebiasaannya pada hari minggu selepas bersarapan, Anita akan mengulang kaji pelajaran. Dia lebih suka membaca buku daripada menonton televisyen. Sedang dia membaca, dia terdengar namanya dilaung. Tanpa membuang masa dia keluar dari dalam bilik.

Tolong emak siram pokok anggerik itu, pinta Puan Zainon. Anita dengan senang hati membuat seperti yang diminta oleh ibunya. Dia akan mengutip sampah yang bertaburan di halaman sambil menyiram pokok bunga.

Nilai murni tersebut ialah menghargai masa, seperti Anita mengisi masa terluang dengan mengulang kaji pelajarannya. Di samping itu, hormat dan taat kepada ibu bapa, contohnya Anita segera keluar dari bilik dan mendapatkan ibunya sebagai tanda menghormati panggilan ibunya itu.

Selain itu, kita hendaklah rajin menyiram pokok anggerik supaya pokok hidup subur. Seterusnya, kita mestilah ikhlas seperti Anita ikhlas menyiram pokok bunga dengan senang hati. Akhirnya, kita sewajarnya menjaga kebersihan dengan mengutip sampah yang bertaburan agar halaman rumah kelihatan bersih.

PENGAJARAN ZAIDI: Mengapa kamu duduk sahaja di sini? Kamu tak pergi makan? GOPAL: Duit saya dicuri orang. Hilang ketika di dalam kelas lagi. ZAIDI: Saya bawa RM2.00. Ambillah RM1.00.

GOPAL: Terima kasih. Kamu memang kawan yang baik hati. ZAIDI : Eh, budak di sana tu muntah! Mungkin memakan makanan yang tidak bersih! Kita jangan membeli makanan yang kotor. Sebenarnya untuk memastikan makanan bersih dan berjimat lebih elok membawa makanan dari rumah.

Pengajaran tersebut ialah kita hendaklah prihatin dengan masalah rakan, contohnya Zaidi bertanya kepada Gopal sebab rakannya itu duduk sahaja di situ, sedangkan orang lain pergi membeli makanan.

Selain itu, kita perlulah bersikap amanah, contoh sikap murid yang mencuri duit Gopal sehinggakan Gopal tidak boleh berbelanja pada waktu rehat janganlah diikuti. Di samping itu, , kita seharusnya prihatin dengan rakan, seperti Zaidi memberi RM1.00 kepada Gopal agar rakannya itu boleh membeli makanan.

Seterusnya, kita sepatutnya menghargai pemberian orang, seperti Gopal mengucapkan terima kasih setelah Zaidi memberikan wang sebanyak RM1.00. Akhirnya, kita hendakklah memakan makanan yang bersih,kerana memakan makanan yang kurang bersih menyebabkan muntah.

Akhirnya, kita sewajarnya berjimat dalam berbelanja, contohnya, membawa bekalan makanan dari rumah sebagai langkah berjimat.

DARIPADA : PUAN ZALINA BT KHALID SK AYER TAWAR

You might also like