You are on page 1of 11

KONSEP KAEDAH Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu.

Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa sahaja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Salleh (1988) pula mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi merupakan wasilah iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Kaedah merupakan sesuatu yang bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti secara saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Sebagai contoh, seorang guru bahasa menganuti pendekatan kognitif yang telah didasarkan bergerak kepada bahagian-bahagiannya. Berdasarkan yang dianuti. oleh Gestalt. Teori Gestalt teori ini, seseorang guru itu menyatakan bahawa kita bekerja daripada keseluruhan sesuatu benda kemudian bolehlah mencipta satu kaedah pengajaran bahasa sendiri selaras dengan pendekatan Kaedah ini mungkin memulakan prosedurnya daripada wacana, kemudian kepada ayat-ayat, terus kepada frasa, kata dan mungkin kepada bahagian yang lebih kecil seperti morfem. Kaedah juga faktor utama yang berkait rapat dengan kejayaan atau kegagalan murid-murid dalam pelajaran dan pendidikan mereka. Antara kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan oleh guru untuk membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah:

1. Kaedah main peranan

Melalui teknik ini murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip . Main peranan juga dikenali sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan memilih masalah yang sesuai dan dikemukakan kepada murid-murid dengan membacakan, atau memperlihatkan melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Setelah itu, meminta mereka melakonkannya. Teknik main peranan menekankan beberapa perkara-perkara. Antaranya main peranan hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti. Tentukan peranan yang diperlukan, pelakon-pelakon yang sesuai dan kelengkapan yang diperlukan. Setelah itu, sebelum peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasi dan masalahnya. Sewaktu kaedah main peranan itu dijalankan, murid-murid lain diminta memerhati. Apabila sampai pada penghujung masa yang sesuai, guru harus memberhentikan kaedah ini. Seterusnya, bincangkan dengan muridmurid terhadap kekuatan dan kelemahan peranan terutama dari segi perkara yang dituturkan dan menilai sama ada main peranan itu dapat menyelesaikan masalah asal.

2.Kaedah bercerita

Seterusnya, kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah bercerita yang merupakan salah satu kaedah yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Seterusnya, dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara guru memainkan peranan yang penting di mana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Guru haruslah memberi penekanan kepada frasa atau ayat-ayat penting. Guru haruslah berlatih berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain bahan bantu mengajar seperti menyediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
3. Kaedah inkuiri

Kaedah ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Kaedah ini merangkumi aspekaspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah yang mampu menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar. Merupakan satu

kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. yang mengandungi lima prosedur yang disusun seperti bermula daripada mengenal pasti masalah, merancang penyelesaian, mengumpul maklumat, membuat tafsiran dan membuat kesimpulan. Dengan ini sesi pengajaran dan pembelajaran itu akan lebih difahami oleh murid kerana prosedurnya yang mudah dan teratur mengikut tahap pemikiran murid-murid. Melalui kaedah inkuiri ini juga guru akan mencipta situasi di mana murid dapat menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan mengaitkan dengan pengetahuan lepas mereka. Kaedah ini berkesan dalam melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dengan mencipta soalan dan idea-idea mereka sendiri.

4. Kaedah bersyarah

Kaedah ini juga dikenali sebagai teknik kuliah dan melibatkan pengajaran faktafakta atau prinsip-prinsip oleh guru-guru secara lisan. Teknik ini banyak menerima tentangan kerana dikatakan murid-murid selalunya pasif, dan tidak mengambil bahagian yang cergas. Interaksi satu hala seperti yang biasanya berlaku, tidak banyak melibatkan aktiviti murid. Guru mestilah menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep dalam teks. Ini akan memudahkan murid memahami prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Teknik ini kurang sesuai untuk sekolah rendah. Untuk memudahkan pengajaran, guru menyediakan rangka kuliah, dicetak dan diedarkan kepada kelas. Guru juga banyak menggunakan bahan rangsangan seperti peta, bahan pengajaran sebenar, papan tulis dan sebagainya. Ini adalah antara beberapa langkah untuk mempertingkatkan mutu teknik bersyarah: Sediakan nota-nota yang mencukupi Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara yang telah dikaji terdahulu daripada itu.

Kaitkan masalah yang dikemukakan dengan isi pelajaran

Jangan baca sahaja tetapi menerangkan dan menghuraikan idea-idea dan sebagainya. Yakin dan hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat untuk pelajaran tersebut.

Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorong pemikiran murid-murid

dan guru membuat kesimpulan di akhir syarahannya.


5.Kaedah kuiz

Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolahsekolah Melayu. Tujuannya ialah guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Melalui kaedah ini juga pelajar dapat mengulang kaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru contohnya pelajar dapat memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Penggunaan kaedah kuiz ini juga akan menjadikan prose pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu kelas itu lebih ceria dan mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

6.Kaedah sumbang saran (brainstorming)

Kaedah

ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan murid-murid dalam

sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif aktif. Otak murid-murid diperah untuk berfikir tanpa batasan dalam proses ini, idea-idea, pendapat, dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Perkara yang disampaikan oleh murid dikembangkan oleh murid lain sehingga idea atau pendapat tadi berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Guru boleh melaksanakan kaedah ini dengan menggunakan beberapa langkah berikut. Antaranya: Semua murid harus melibatkan diri untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah. Ahli-ahli kumpulan boleh mencadangkan apa saja yang terfikir olehnya berhubung dengan masalah tersebut. Kata-kata yang memperkecilkan sesuatu idea atau pendapat tidak dibenarkan. Idea-idea tambahan atau pengubahsuaian boleh dilakukan.

7.Kaedah Soal Jawab

Kaedah ini adalah paling popular di setiap sekolah. Kaedah ini paling mudah dilaksanakan dan berupaya membentuk serta mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Kaedah ini menjadi teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan murid memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri di kalangan murid-murid. Kaedah ini bukan sahaja bertujuan menguji dan menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal murid supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip yang baru dipelajari. Kaedah bersoal jawab mementingkan beberapa perkara iaitu:

Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan keruan. Soalan itu

harus disebut dengan cara yang tenang, ringkas dan tepat, dan ditujukan

khusus kepada orang-orang tertentu dalam kelas. Soalan tidak menimbulkan jawapan yang bertentangan dan tidak mengelirukan murid. Guru berhenti seketika selepas memberi soalan dan memerhati seluruh kelas sebarang isyarat daripada murid sama ada secara lisan atau isyarat angkat tangan. Guru patut memberi panduan kepada murid untuk mengeluarkan jawapan yang betul serta galakan untuk mereka berfikir.

Kaedah

soal jawab merupakan kaedah paling lama dan paling popular

digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama kaedah soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid. Kaedah ini menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Dengan ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkualiti kerana melibatkan interaksi murid dengan guru dan percambahan fikiran di kalangan murid itu sendiri.
8. Kaedah Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar di galakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan dan memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui kaedah ini pelbagai kemahiran dapat digabung jalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik dapat diwujudkan untuk dijadikan sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti.

9. Kaedah Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audio-lingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
10. Kaedah Perbincangan

Kaedah ini berbentuk berbualan dan ini dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Semasa aktiviti ini, murid di beri peranan aktif untuk menyatakan pandangan atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke saru prinsip atau mendapat menyeluruh. Murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat di samping bekerjasama dengan murid lain untuk mencapai matlamat atau

menyelesaikan masalah perbincangan. Mereka kelihatan cergas, berani dan tegas. Ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu menjalankan aktiviti perbincangan. Antaranya Guru harus memilih tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid dan kebolehan dan kecerdasan mereka diambil kira. Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting murid. Bahan-bahan juga terdiri daripada isu-isu terbaharu dan ini mungkin dapat menarik minat ketika perbincangan dijalankan. Bahan juga mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan.

11.

Kaedah Forum Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel

untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana murid akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Guru haruslah membuat persediaan yang rapi sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti bagi menjadikan kaedah ini menarik dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu berkualiti.

12.

Kaedah Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu

pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah : Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. KESIMPULAN Guru adalah berperanan penting dalam memilih kaedah dan pendekatan yang sesuai yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Hal ini supaya pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkualiti iaitu objektif yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran itu berjaya. Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik yang dalam situasi pengajaran ialah menarik minat murid, mengekalkan pemerhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini, pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik

mengajar. Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanakkanak yang berumur 6-11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran.

BIBLIOGRAFI

Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turiq at-tadris al-ammah. Riyadh : Dar al-Huda Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heneimann. Ctk.4. http://www.educ.upm.edu.my/~rj/home.html http://www.docstoc.com/docs/8741453/Kaedah-pengajaran-Dan-Pembelajaran/

You might also like