You are on page 1of 3

Pengenalan dan fungsi darah Darah merupakan gabungan dari cairan, sel-sel dan partikel yang menyerupai sel

mengalir dalam arteri, kapilari dan vena. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah. Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet). Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh kandungan hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.. Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen ke seluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapilari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vena. Darah berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas (oksigen dan karbon dioksida), nutrien (gula ringkas, asid amino, asid lemak, gliserol, vitamin dan garam mineral yang terlarut) dan hormon (hormon insulin). Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing. Darah turut berfungsi memberi warna kepada kulit dan mengawal suhu badan. Darah mengangkut air ke seluruh badan untuk mengawal atur keseimbangan air dan tekanan osmosis di dalam badan.

Komposisi Darah dan Bentuk Elemen Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscles) , yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah iaitu cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Sel darah merah atau eritrosit wujud sekitar 99% dalam korpuskel. Sel darah merah tidak mempunyai nukleus sel dan organelle. Sel darah merah mengandungi hemoglobin dan berfungsi untuk mengedarkan oksigen. Terdapat lebih kurang 5 juta jumlah eritrosit untuk setiap milimeter padu eritrosit (mm). Sel darah merah berbentuk dwicekung dan bersaiz tetap. Sel darah merah berasal daripada tulang sum-sum. Sel darah putih atau leukosit (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan (sistem pertahanan tubuh). Sel darah putih mempunyai nukleus, tidak mempunyai bentuk yang tetap dan berhemoglobin. Terdapat lebih kurang 8000 jumlah sel darah putih untuk setiap milimeter padu darah putih (mm). Leukosit terbahagi kepada dua jenis, iaitu granulosit dan agranulosit. Granulosit berasal dari sumsum tulang dan mempunyai granul di dalam sitoplasmanya. Nukleusnya bercuping. Kira-kira 70% leukosit ialah granulosit. Granulosit boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu neutrofil, eosinofil dan basofil. Neutrofil boleh dikenal pasti dengan agak mudah kerana nukleusnya mempunyai 2 hingga 5 cuping. Eosinofil jarang dijumpai di dalam darah. Nukleusnya mempunyai dua cuping. Basofil pula amat jarang dijumpai di dalam darah. Agranulosit pula tidak mempunyai granul di dalam sitoplasmanya. Nukleusnya berbentuk biji kacang atau sfera. Agrunulosit boleh dibahagikan kepada dua kumpulan,

iaitu limfosit dan monosit. Limfosit dihasilkan oleh nodus limfa, manakala monosit berasal dari sumsum tulang. Platlet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah. Platlet terdiri daripada serpihan kecil. Platlet terbentuk daripada sitoplasma sel besar (megakariosit). Platlet berasal daripada sum-sum tulang. Terdapat lebih kurang 2.5 juta jumlah platlet untuk setiap milimeter padu platlet (mm). Plasma adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Plasma mempunyai zarah bercas bertenaga yang bertindak balas dengan daya elektromagnet. Plasma merupakan sebahagian daripada darah yang mengandungi fibrinogen yang membantu dalam pembekuan darah. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Bahan larut yang terkandung dalam plasma ialah garam-garam, bahan-bahan makanan (glukosa dan asid amino), protin darah (fibrinogen, globulin dan albumin) dan bahan-bahan kumuh terutamanya urea. Plasma juga terdapat immunoglobin (antibodi) yang bertindak balas terhadap sebarang serangan bendasing seperti bakteria dan virus.

Hemostasis

You might also like