Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jangan Tinggal Sembahyang

Jangan Tinggal Sembahyang

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 272 |Likes:
Published by Fikrah Imayu
cerpen menarik untuk dibaca... mungkin benar.. mungkin tidak...
cerpen menarik untuk dibaca... mungkin benar.. mungkin tidak...

More info:

Published by: Fikrah Imayu on Dec 19, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/03/2010

pdf

text

original

 
Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkanbapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung.Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman denganibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untukpulang. Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur dijalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkinbelum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan merekamasih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelahekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahayamata. Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahangmatahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebihnyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiahsudah terlena.Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaanmengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membukamata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib.Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untukmenunaikan solat Maghrib. "Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya.Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanyadi depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri,Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya,sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat.Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib.Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkantekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikankereta, meminta Zakiah turun. "Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan."Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashidmudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung,Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelapseketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta.Perjalanan diteruskan. "Abang tidur?" tegur Zakiah."Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni.""Kalau abang letih, biar Kiah bawak.""Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidakmembantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turunmembasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaanjalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudahberhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan
 
diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuhbahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempasjalan dengan bahagian atas ke bawah. Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusahakeluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidaksedarkan diri. "Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan. Terasa mukanyabasah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. MengeluarkanZakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagalkerana kaki Rashid tersepit."Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa duluyang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agarAllah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya. "Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" Anehnya Rashid tidakmerasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidakterasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya. "Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu."Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat.""Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengankeremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur.Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serbaputih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih."Ya Allah... selamatkanlah aku... " Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bombadengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashiddari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyiapabila salah seorang anggota bomba bersuara."Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?" Usahauntuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan.Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apayang menghimpitnya.Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya. "Inibukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... "terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidakputus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba diamerasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agaktersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya. "Tuan... tolong saya tuan... ""Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... ""Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... ""Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaanlelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
732456 liked this
732456 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->