You are on page 1of 4

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

MALTA 1991 LAPORAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 1979

MALTA 1991
Seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah : membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar mengekalkan kualiti alam sekitar meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

LAPORAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 1979


Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan Ia bertujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya dan melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara.

Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan pada tahun 1979 yang memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6.
Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Pihak Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah membina satu garis panduan untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSRpada tahun 1998.

You might also like