You are on page 1of 54

PEMAKANAN DAN METABOLISME

Izzah Farhanah

Definisi Metabolisme
Menunjukkan perubahan-perubahan kimia yang berlaku dalam badan untuk memenuhi pelbagai fungsi pentingnya. Contoh : proses pengambilan oksigen dan bahan keperluan lain dan untuk menyingkirkan bahan tertentu sebagai bahan buangan termasuklah karbon dioksida.

metabolisma karbohidrat

metabolisma nukleik asid

Laluan metabolik

metabolisma lipid

metabolisma protein

Metabolisme Karbohidrat
Merujuk kepada kanji dan gula yang diinges untuk membekalkan haba dan tenaga Merupakan sebatian yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
AMILASE
MALTASE

KANJI SUKROSA

MALTOSA
SUKRASE

GLUKOSA FRUKTOSA GALAKTOSA

GLUKOSA
laktase

LAKTOSA

GLUKOSA

Metabolisme Karbohidrat
Proses pencernaan karbohidrat melibatkan proses kemasukan glukosa dalam darah Apabila glukosa darah yang berlebihan, ia akan ditukarkan kepada glikogen hati dengan bantuan pelepasan hormon insulin melalui pankreas. Apabila glikogen hati diperlukan untuk mengekalkan aras glikosa darah ia akan bertukar kembali ke glukosa.

Metabolisme Karbohidrat|Glikogen otot


Membekalkan sumber haba dan tenaga untuk aktiviti otot dan akan menghasilkan karbon dioksida, air , haba dan tenaga GLIKOGEN OTOT ASID PIRUVIK (3 ATOM KARBON) KARBON DIOKSIDA AIR Proses di atas akan terjadi jika bekalan oksigen mencukupi Sebaliknya ASID PIRUVIK ASID LAKTIK. Ini dinamakan sebagai metabolisme anaerobik. Sebagai contoh, seseorang boleh berlari tanpa bernafas kerana tenaga akan diperoleh dari pembentukan asid laktik

Metabolisme aerobik terjadi apabila mendapat oksigen. Proses metabolisme aerobik: ASETIL KO-A KITAR ASID SITRIK KREBS ASID OKSOASETIK ASETIL KO-A ASID SITRIK KARBON DIOKSIDA AIR

Metabolisme Lemak
Lemak ialah sebatian gliserol dan 3 asid lemak, yang membentuk trigliserida Lemak ditukar kepada lemak tubuh oleh hati dan disimpan dalam sel adipos tubuh. Apabila diperlukan, lemak dipecahkan kepada gliserol dan asid lemak oleh lipase dan ditukar menjadi haba dan tenaga.
ASID LEMAK

GLISEROL

ASID LEMAK ASID LEMAK

GLISEROL

ASID LEMAK

DIGLISERIDA

MONOGLISERIDA

2 ASID LEMAK

Lemak yang diuraikan kepada Asetil ko-A akan memasuki kitar Krebs dengan syarat karbohidrat sedang dimetabolismekan. Asid asetik akan bergabung secara berpasangan dan membentuk asid asetoasetik dan akan berubah menjadi asid beta-hidroksibutirik dan asetob. Ketigatiga bahan ini disebut bahan keton

Metabolisme lipid

Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan Ia juga bertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara organ semasa bergerak Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir apabila ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada badan. Jadi, semua orang memerlukan lipid untuk terus hidup dan melicinkan proses dalam badan

Lemak, kolesterol dan lesitin merupakan lipid. Lesitin sama seperti lemak dengan satu daripada 3 asid lemak digantikan oleh kumpulan fosfat dan kolina yang disebut sebagai fosfolipid.

Metabolisme Protein
Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu dan terdiri daripada rantai panjang yang mengandungi beratus-ratus amino asid Hanya 20 asid amino yang diperlukan tubuh dalam pembentukan molekul protein
ALANINA ARGININS ASPARAGINA ASID ASPARTIK SISTEINA ASID GLUTAMIK

LISINA

LEUSINA

ISOLEUSINA

HISTIDINA

GLISINA

GLUTAMINA

METIONINA

FENILALANINA

PROLINA

SERINA

TREONINA

TRITOFAN

VALINA

TIROSINA

PEPSIN

PROTEIN MAKANAN
PERUT

RANTAI PENDEK PEPTIDA


TRIPSIN

PERUT

KIMOTRIPSIN DUODENUM

RANTAI LEBIH PENDEK

DUODEN UM

PEPTIDA USUS KECIL

ASID AMINO

USUS KECIL

Protein dan Nukleik Asid


Asid nukleik DNA dan RNA mengandungi bahan genetik bagi sel, mengandungi fosforus dalam bentuk asid fosforik (fosfat) 4 bes iaitu adenina(A), timina (T), sitosina (C) dan guanina(G) terikat pada gula dan memberikan kod genetik

metabolisma nukleik asid

Diet dan pemakanan


Enam jenis kelas makanan ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, garam galian dan air. Karbohidrat, lipid dan protein adalah kumpulan nutrien yang penting bagi penghasilan tenaga (ATP Adenosine Triphosphate) oleh sel-sel dalam badan.

Karbohidrat
Sumber nutrien karbohidrat adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Ada 3 jenis karbohidrat: Monosaccharides glukos dan fruktos, Oligosaccharides sukros, laktos dan maltos, polysaccharides gula daripada kanji, fiber dan glikogen Gula (monosaccharides dan disaccharides) kebanyakkannya boleh diperolehi daripada buah-buahan, tebu, gula beets, madu dan susu

Peranan karbohidrat dalam badan ialah sebagai: Sumber tenaga, Pengaruh simpanan protein dan Penggerak metabolisma lipid

Lipid
Sumber utama diet bagi nutrien lipid ialah triglycerides Binatang dan hasil-hasil binatang adalah sumber nutrien utama bagi lemak tepu. Sumber nutrien bagi lemak tidak tepu kebanyakkannya adalah daripada sayur-sayuran dan hasil-hasilnya. Lipid boleh diklasifikasi kepada 3 kumpulan: Lipid ringkas gliserol + 3 asid lemak, Sebatian lipid phospolipids, glycolipids, dan lipoprotien

Lemak dalam badan berfungsi sebagai: simpanan tenaga dan penebat suhu badan

Protein
Protein terbentuk daripada asid amino. Ada 20 jenis asid amino. Lapan daripada asid amino ini perlu didapati daripada makanan kerana ia tidak boleh disintesis oleh badan. Asid amino adalah struktur utama binaan badan. Ia penting kerana ia mengawal perkembangan molekul dalam badan.

Protein dalam badan berfungsi sebagai:Pengawal kepada fenomena 'all-ornone response, Sumber tenaga, Penstabil nitrogen dalam badan dan Pengawal hormon badan

VITAMIN
Vitamin adalah sebatian organik yang penting dalam kebanyakkan proses fungsi badan. Keperluan sehariannya adalah kecil. Ada 13 jenis vitamin yang boleh diklasifikasikan kepada : Vitamin yang larut dalam lipid A, D, E, K, Vitamin yang larut dalam air C dan B Kompleks, Vitamin A, D, dan E boleh disimpan di dalam tisu badan secara berlebihan.

Vitamin dalam badan berfungsi: Mengawal metabolisme badan, Membantu pengeluaran tenaga, Bantu pembinaan tulang danBantu sintesis tisu badan

Garam galian
Garam galian adalah sebahagian daripada elemen yang terdapat di dalam enzim, hormon dan vitamin. Ia boleh didapati otot, tisu penyambung dan air dalam badan Garam galian berfungsi: Sebahagian daripada binaan enzim bagi metabolisme badan, Struktur binaan bagi tulang dan gigi, Membantu sintesis makronutrien, glikogen, lipid dan protein,

Garam galian|Kalsium
Diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan tulang, mengekalkan keterujaan serta saraf dengan betul dan untuk membolehkan darah membeku. Aras kalsium darah dikawal oleh paratiroid dan tiroid

Garam galian|Iodin
Diperlukan dalam diet agar kelenjar tiroid boleh berfungsi dengan betul. Kekurangan tiroid akan menyebabkan pembengkakan kelenjar tiroid (goiter) dan kekurangan tiroksina dalam darah

Garam galian|Zat besi, Fosforus


Zat besi diperlukan untuk pembentukan haemoglobin dan pigmen yang mengandungi zat besi dan enzim tubuh Dalam tubuh, fosforus adalah dalam bentuk asid fosforik, sebahagian dari DNA dan RNA dalam ATP dan kreatin fosfat sebagai sumber tenaga dalam otot.

Air
Air adalah bahan pengawal, membawa bahanbahan dalam bentuk cairan dalam jus pencernaan (penghadaman, darah dan tisu, membantu mengawal suhu badan. perkumuhan, pengaliran darah, dan lain-lain

BIOENERGETIK

Makanan dan Tenaga


Ada lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air Karbohidrat, lemak dan protein adalah zat yang membekal tenaga, sebab mereka terdiri dari bahan kimia dikenali sebagai bahan organik yang mengandungi karbon dan boleh membakar

Protein, garam galian dan air adalah sebahagian dari komposisi tisu badan dan sangat penting untuk membina dan membaikpulih sel dan tisu Fungsi utama vitamin ialah mengawal proses badan seperti proses metabolisma, fungsi urat dan otot dan kesihatan tisu

Makanan juga mengandungi serat (fibre) berfungsi dengan air bagi menjaga proses pembuangan, membersih usus dan mengelakdari sembelit

Keperluan kalori
Dewasa lanjut usia memerlu kurang makanan kerana aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih muda dan aktif Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein, dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori bagi setiap gram. Alkohol mengeluar 7 kalori/gram.

Metabolisme
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. lelaki dewasa yang aktif : 20-39/55 kilogram: 2,530 kalori sehari wanita dewasa sederhana aktif : 2,000 kalori sehari.

Kadar metabolisme
kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.

Faktor yang melambatkan metabolisme


UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.

Cara meningkatkan metabolisme


Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil secara tetap dalam masa 2 jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan

Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Buat senaman aerobik 4 hingga 5 hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi Tidur yang secukupnya membuatkan badan mendapat rehat dan memperbaiki kerosakan tisu

Thermoregulasi
Termoregulasi adalah Suatu pengaturan fisiologis tubuh manusia mengenai keseimbangan produksi panas dan kehilangan panas sehingga suhu tubuh dapat dipertahankan secara konstan

Faktor yang mempengaruhi suhu tubuh


Kecepatan metabolisme basal Rangsangan saraf simpatis Hormon pertumbuhan Hormon tiroid Demam Aktiviti

Mekanisme pembetulan apabila suhu badan tinggi ialah:


Pemvasodilatan - Salur darah mengembang untuk berdekatan dengan kulit (iaitu persekitaran luar) yang membolehkan haba dibebaskan keluar. Bulu kulit dicondongkan - Mengurangkan udara daripada terperangkap pada kulit supaya haba mudah dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik.Bulu kulit dikawal oleh otot erektor.

Lebih darah pada kulit (Kulit kelihatan merah) - Memudahkan haba daripada darah terbebas keluar melalui proses sinaran Berpeluh - Air peluh yang dirembes oleh kelenjar peluh mempunyai haba pendam tentu yang tinggi dapat menyerap haba yang tinggi dan terbebas ke persekitran apabila air peluh mengewap

Mekanisme pembetulan apabila suhu badan rendah ialah


Pemvasocerutan - Salur darah mengecut untuk menjauhi kulit. Dengan ini haba kurang dibebaskan ke persekitaran Bulu kulit ditegakkan - Udara akan terperangkap dicelah-celah bulu roma dan bertindak sebagai 'selimut' supaya haba sukar dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik.

Kurang darah pada kulit (Kulit kurang kelihatan kemerahanan atau pucat) - Kurang mengalami proses sinaran untuk mengurangkan haba daripada terbebas keluar ke persekitaran Kurang berpeluh - Apabila kurang air peluh dirembeskan oleh kelenjar peluh maka haba kurang dibebaskan melalui pengewapan air peluh

BMR is the total number of calories your body requires for normal bodily functions (excluding activity factors). This includes keeping your heart beating, inhaling and exhaling air, digesting food, making new blood cells, maintaining your body temperature and every other metabolic process in your body. In other words, your BMR is all the energy used for the basic processes of life itself.

Men: BMR = 66 + (13.7 X wt in kg) + (5 X ht in cm) (6.8 X age in years) Women: BMR = 655 + (9.6 X wt in kg) + (1.8 X ht in cm) - (4.7 X age in years)

FIN~

You might also like