You are on page 1of 9

QSS 5012 Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum

Pengertian Kokurikulum

Pengenalan
Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.

Sejarah
Aktiviti kokurikulum di sekolah bermula sejak zaman penjajahan British. 1909 - ditubuhkan pasukan Pengakap sekolah yang pertama di Singapura. 1956 - Penekanan aktiviti kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan secara berkumpulan di dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956. 1985 - Mata pelajaran kokurikulum yang mengambil masa 60 minit dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan dalam KBSR.

Konsep
Sekitar tahun 60-an dan 70-an umumnya kokurikulum dianggap sebagai aktiviti yang berasingan dan ia tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. Kini diterima sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah tetapi masih kurang mendapat tempat sewajarnya berbanding kurikulum akademik. Realitinya di antara kokurikulum dan kurikulum saling berkaitan dan segala aktivitinya dapat mengukuhkan dan mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas.

Falsafah
Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa : Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.

Matlamat
Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda.
Peningkatan disiplin pelajar.

Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.


Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan.

Matlamat (sambungan)
Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum Pengisian masa lapang dengan berfaedah.

Aktiviti 1. Kawat

Persatuan Semua pasukan pakaian seragam

Nilai pendidikan umum dan khusus Bekerjasama, pancaindera, sihat, bertolak ansur, taat dan mematuhi pemimpin, cergas, cekap dan sebagainya.

Matlamat pendidikan Bekerjasama, pancaindera, sihat, bertolak ansur, taat dan mematuhi pemimpin, cergas, cekap dan sebagainya.

2. Perkhemahan

Hampir semua pasukan pakaian seragam dan sesetengah persatuan

Bekerjasama, sihat, cergas, tolong-menolong, siap sedia, berdikari, berusaha dan sebagainya.

Bekerjasama, sihat, cergas, tolong-menolong, siap sedia, berdikari, berusaha dan sebagainya.

3. Gotong-royong

Hampir semua pasukan pakaian seragam dan sesetengah persatuan

Bekerjasama, tolong menolong, berdikari, simpati dan menghormati orang lain.

Bekerjasama, tolong menolong, berdikari, simpati dan menghormati

Aktiviti

Persatuan

Nilai pendidikan umum dan khusus Bekerjasama, sihat, cergas, tolong-menolong, berdikari dan menyiasat.

Matlamat pendidikan

4. Pengembaraan

Pengakap, Pandu Puteri, Kadet, Kelab Kembara

Disiplin diri, cintakan alam sekitar, perpaduan dan Bertanggungjawab

5. Perbahasan

Bahasa dan persuratan

Kepimpinan, penggunaan bahasa yang baik, kesopanan, berfikiran kritikal, keyakinan diri dan berhujah dan baik.

Kepimpinan, penggunaan bahasa yang baik, kesopanan, berfikiran kritikal, keyakinan diri dan berhujah dan baik.

6. Permainan

Bola Jaring, Olahraga dll.

Pemikiran strategik, semangat kerjasama, semangat kesukanan, menghormati peraturan, keyakinan diri dan tekun.

Pemikiran strategik, semangat kerjasama, semangat kesukanan, menghormati peraturan, keyakinan diri dan tekun.

You might also like