You are on page 1of 3

Soalan: Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan mekanisme bagi membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses

penyelesaian masalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan. Huraikan faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaanya.

Masalah di tempat kerja sering dialami oleh pekerja tidak kira dari sektor awam mahupun swasta. Bagi mengatasi masalah di tempat kerja kakitangan sektor awam, kerajaan telah memperkenalkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Ia bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan penubuhan pasukan-pasukan kerja di kalangan kakitangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991 mendefinisikan KMK sebagai penubuhan sekumpulan kecil pekerja antara 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama akan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Pekerja adalah aset yang paling bernilai kepada majikan disamping sumber pengurusan yang lain. Bagi memastikan pekerja bekerja dengan seronok, KMK dilaksanakan menggalakan pekerja bekerja secara berkumpulan dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ditempat kerja. Dengan ini, ia dapat memperbaiki sistem cara kerja sekaligus meningkatkan kreativiti dan produktiviti jabatan.

Bagi melaksanakan KMK, tiga syarat yang berikut diperlukan iaitu pewujudan struktur KMK, latihan yang berkesan dan sistem pengiktirafan yang berkesan. Struktur KMK terdiri daripada jawatankuasa pemandu KMK, fasilitator, ketua kumpulan dan ahli-ahli KMK. Setiap individu yang terlibat dalam struktur tersebut memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan projek dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Setiap individu yang terdapat didalam sturktur KMK menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan KMK. Terdapat 9 faktor yang menyumbang kejayaan pelaksanaan KMK dinyatakan dalam pekeliling Kemajuan Perkhdmatan Awam Bilangan 7 tahun 1991 iaitu: i. Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. ii. Sistem latihan yang berkesan iii. Sokongan dari semua peringkat iv. Pewujudan system pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK v. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat tulis, projector overhead, transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya. vi. KMK dianggap sebagai usaha jaangka panjang. KMK harus dimulakan sevara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara berpanjangan. vii. Perkembangan mengenai KMK harus diketahui oleh semua pihak. viii. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan. ix. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan risalah-risalah. Namun begitu, haruslah dititik beratkan bahawa kejayaan dalam pelaksanaan KMK dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Dimana faktor-faktor ini mampu melicinkan lagi draf, kaedah dan pelaksanaan KMK. Hasilnya yang lebih berkesan serta kreatif dapat dicapai. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 7 1991.Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) DEFINISI Sekumpulan pekerja 6-10 orang Mesyuarat secara tetap Mengenalpasti masalah kerja/projek penambahbaikan Memilih masalah/projek penambahbaikan Kemuka cadangan penyelesaian /strategi penambahbaikan Pertimbangan dan keputusan Laksana dan menilai keputusan. FALSAFAH KMK Tahun

KONSEP PENGURUSAN PENYERTAAN Manusia aset terpenting Penyertaan pekerja Keputusan menyeluruh Yakin orang bawahan Kepuasan pekerja MATLAMAT KMK Kebolehan menyelesaikan masalah Semangat bekerja berkumpulan Wujud nilai dan etika Penglibatan dan minat Dorongan Kesedaran dan tanggungjawab

You might also like