You are on page 1of 1

Irma Syatila binti Ismail SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Jalan BRP 1/10A, Bandar Baru Sungai

Buloh, 47000 Sungai Buloh, SELANGOR. Pengetua, SMK Taman Selayang, Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, SELANGOR. Melalui dan salinan; Pengetua, SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Jalan BRP 1/10A, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, SELANGOR. Tuan, MEMOHON PENANGGUHAN PERTUKARAN PPPS ( DG41) DARI SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH KE SMK TAMAN SELAYANG. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya dengan ini memohon penangguhan pertukaran sebagai PPPS (DG41) dari SMK Bandar Baru Sungai Buloh ke SMK Taman Selayang selama 4 hari bermula daripada 3Mei 2012 sehingga 6 Mei 2012 dan akan mula bertugas di sekolah tuan pada 7 Mei 2012. 3. Penangguhan pertukaran ini adalah kerana saya perlu menyelesaikan tugas-tugas yang masih belum disiapkan terutama berkaitan urusan pengurusan kelas dan pengurusan peperiksaan pertengahan tahun 2012 bagi sekolah ini. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(IRMA SYATILA BINTI ISMAIL) PPPS DG41 SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

You might also like