You are on page 1of 8

Beberapa keunggulan program pembelajaran jarak jauh on-line ini adalah pertama, dimungkinkan terjadinya pembahagian pendidikan ke semua

penjuru dengan kapasiti daya tampung yang tidak terbatas, karena tidak memerlukan ruang kelas. Guru dan murid tidak perlu bertatap muka secara langsung dalam ruang kelas, karena yang digunakan adalah fasilitas komputer yang dihubungkan dengan internet atau intranet. Sehingga, dengan belajar seperti ini akan mengurangi biaya operasional pendidikan, seperti biaya pembangunan dan pemeliharaan gedung, transportasi, pemondokan, kertas, alat tulis dan sebagainya.

Kedua, tidak terbatas oleh waktu. Pembelajar dapat menentukan kapan saja waktu untuk belajar, sesuai dengan ketersediaan waktu masing-masing. Proses pembelajaran ini sangat cocok diterapkan bagi karyawan/pegawai. Proses pendidikan tidak perlu mengganggu waktu bekerja mereka. Sehingga, karyawan/pegawai masih tetap berkontribusi bagi perusahaan tempat mereka bekerja.

Ketiga, pembelajar dapat memilih topik atau bahan ajar sesuai dengan keinginan dan kebutuhan masing-masing. Hal ini sangat baik karena dapat mendukung tercapainya tujuan pembelajaran. Seperti diyakini kaum pendidik, bahwa pembelajar akan sangat efektif manakala sesuai dengan keinginan dan kebutuhan peserta didik.

Keempat, lama waktu belajar juga bergantung pada kemampuan masing-masing pembelajar. Kalau si pembelajar telah mencapai tujuan pembelajaran, ia dapat menghentikannya. Sebaliknya, apabila si pembelajar masih memerlukan waktu untuk mengulangi kembali subjek pembelajarananya, dia bisa langsung mengulanginya tanpa tergantung pada pembelajar lain atau pengajar.

Kelima adalah keakuratan dan kekinian materi pembelajaran. Mengingat, materi pembelajaran disimpan dalam komputer, berarti materi itu mudah diperbarui sesuai dengan perkembangan iptek. Kaum pembelajar dapat menanyakan hal-hal yang kurang dipahami secara langsung kepada pengajar, sehingga keakuratan jawaban dapat terjamin.

Keenam, pembelajar jarak jauh ini dapat dilaksanakan secara interaktif, sehingga menarik perhatian pembelajar.

Keburukan Selain keunggulan-keunggulan tersebut, ada beberapa kelemahan yang mungkin timbul dalam sistem belajar jarak jauh on-line ini. Pertama, tingginya kemungkinan gangguan belajar. Karena sifat cara pendidikan jarak jauh ini merupakan belajar mandiri, sehingga kemungkinan terjadi gangguan selama belajar sangat mungkin, hal ini bergantung pada motivasi masing-masing pembelajar. Demikian pula dengan kemungkinan terhentinya program pembelajaran.

Kedua, kesulitan mendapat penjelasan pengajar/fasilitator yang sesegera mungkin apabila si pembelajar mendapatkan kesulitan. Si pembelajar harus menunggu pengajar untuk membuka internetnya.

Ketiga, adalah pemahaman pembelajar terhadap bahan ajar. Bisa saja terjadi kesalahan visi dan persepsi terhadap tujuan yang ditentukan. Si pembelajar merasa bahwa dia telah mencapai tujuan pembelajaran; sedangkan pengajar/fasilitator masih menganggap belum tercapai sepenuhnya. Tetapi, kesalahan visi dan persepsi ini dapat ditanggulangi, karena setiap akhir paket pembelajaran diadakan evaluasi dan refleksi.

Memberi Peluang Kedua Kepada Pelajar Pembangunan sosial dan ekonomi penting untuk memastikan taraf hidup yang senang bagi rakyat bagi sesebuah negara. Dengan kemajuan yang dicapai sekarang, didapati pelabur asing gemar melabur di Malaysia. Ini adalah kerana tenaga kerja di sini kebanyakannya terlatih, bertanggungjawab dan berpengatahuan. Keadaan ini merupakan satu galakan untuk menarik pelabur datang ke negara ini (Shireen Haron, Feb 1995). Sehubungan dengan itu, dengan adanya program PJJ ini ia dapat memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat(Mohd.Noor Saleh, 1994). Oleh sebab itu PJJ penting kerana program ini akan memperbanyakkan lagi rakyat yang berpengetahuan dan berilmu. Ini selaras dengan perkembangan sektor awam dan swasta di mana tanggungjawabnya semakin besar dan komplek. Sehubungan dengan itu, sektor ini memerlukan mereka yang berkeliber, berdedikasi dan berpengetahuan untuk memastikan mutu kerja dan perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang optima. Sesungguhnya pendidikan itu penting dan harus dijadikan sebagai satu kegiatan yang berterusan dalam kehidupan manusia. 3.2 Kemudahan Media Bagi menjamin sistem PJJ berjalan dengan lancar, kemudahan media telah disediakan samada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik. Dalam sistem PJJ bahan utama yang digunakan ialah media cetak. Ini bukanlah bahan bercetak seperti buku cerita tetapi ia telah diolah dalam bentuk kendiri. Ini bermaksud bahan pengajaran ini telah direka supaya ia berkebolehan menyampaikan pelajaran dan meransang pembelajaran pelajar. Media-media yang

lain juga digunakan seperti pita video, televisyen dan sebagainya (Rozhan Hj. Mohammed Idrus, 1994). Dikebanyakan negara maju seperti Amerika dan United Kingdom, kebanyakkan institusi PJJ menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat seperti radio, televisyen,video, komputer dan satelit dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran, pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan untuk berkomunikasi seperti telefon, faksimili dan E-mail digunakan secara meluas. Persoalannya di sini adakah kos ditanggung oleh pelajar atau oleh institusi itu sendiri?. Setiap media penyampaian maklumat ini memberi kesan yang berbeza kepada proses pembelajaran pelajar. Menurut Anthony Bates (dipetik dalam Keith.H, 1993) teknologi yang digunakan hendaklah dipengaruhi oleh bidang tugas pelajar dan kos seharusnya rendah. Di sini kos memainkan peranan yang penting di mana pengajian jenis ini adalah di tanggung oleh pelajar itu sendiri. Walaubagaimanapun dengan adanya pelbagai media penyampaian maklumat, ini akan menambahkan minat dan motivasi pelajar untuk terus belajar dan seterusnya akan meningkatkan mutu pelajaran mereka. 3.3 Interaksi yang Minimum Tidak dapat disangkal lagi bahawa semakin luas jarak yang wujud dalam perhubungan PJJ, semakin kompleks dan mencabar peranan pensyarah dalam menggunakan segala sumber media komunikasi yang ada untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pelajar PJJ jika dibandingkan dengan pelajar biasa mempunyai interaksi yang minimum bukan sahaja dengan pensyarah, tetapi juga dengan rakan sekuliah. Berkongsi fikiran dan idea di kalangan rakan sekuliah merupakan satu kegiatan yang sihat dan berfaedah dalam proses pembelajaran. Bagi sesetengah pelajar PJJ yang bernasib baik kerana mempunyai rakan sepejabat atau kenalan rapat yang sekuliah dengan mereka, maka boleh menubuhkan kumpulan kecil untuk belajar tetapi ada juga yang tidak bernasib baik untuk berbuat demikian. Ini akan menjadi masalah kepada pelajar PJJ. Proses pembelajaran dalam suasana "pengasingan" merupakan satu gejala yang tidak sihat(Shireen Haron, April 1995). Bagi merapatkan jurang pengasingan ini mestilah wujud daya usaha dikalangan semua pihak yang terlibat khususnya institusi PJJ, pensyarah dan pelajar PJJ sendiri. Memanglah berfaedah jika pelajar PJJ mengambil daya usaha untuk mengadakan kumpulan kecil untuk berbincang tentang segala maklumat pembelajaran. Kaedah ini dinama peer tutoring iaitu pelajar sekuliah mengambil daya usaha untuk membantu antara satu sama lain. Untuk berjaya dalam pendidikan seseorang pelajar itu haruslah mempunyai motivasi untuk belajar dan melaksanakan kegiatan pendidikan secara berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. 3.4 Pembelajaran Kendiri

Pembelajaran kendiri boleh dilihat sebagai usaha pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang pelajar tanpa ada bimbingan terus daripada guru. Dalam kata lain pembelajaran kendiri bermaksud segala aktiviti pelajar dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa pertolongan langsung daripada seseorang. Terdapat tiga ciri pembelajaran kendiri iaitu:

Guru dan murid terpisah secara fizikal pada kebanyakan waktu. Komunikasi dilakukan melalui pertolongan media. Pelajar terpisah daripada pelajar yang lain.

Apabila pelajar bersendirian, bermakna pelajar perlu melakukan aktiviti secara kendiri atau tidak di bantu ole guru atau lain-lain pelajar secara berdepan. Ia juga memberi beberapa kelonggaran dan kebebasan kepada pelajar dalam memilih objektif pembelajaran, cara untuk belajar dan penilaian kepada pembelajaran. Pelajar juga bebas untuk menentukan masa dan tempat untuk belajar. Selain daripada itu dalam keadaan berjauhan dengan rakan-rakan pelajar yang lain, ia dapat mengelakkan pengaruh rakan-rakan. Ini bermaksud perbandingan di antara kemajuan dirinya dengan pelajar lain tidak akan berlaku(Ab.Rasid Mat Zin,1994). Mengikut Wedemeyer (dipetik dalam Keegan 1986), kematangan seseorang pelajar kendiri itu sangat penting, iaitu peranannya dalam menentukan pengendalian aktiviti pembelajaran itu sentiasa diteruskan. Di sini pendorong utama ialah maksud dan tujuan yang hendak dicapai oleh pelajar, ianya perlu tahu dengan sejelas-jelasnya.dalam pengajian PJJ ini. Isunya disini,adakah pembelajaran jenis ini benar-benar berkesan?. Seperti mana yang kita ketahui bahawa terdapat beberapa kebaikan dalam pembelajaran kendiri, namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga beberapa keburukan atau gangguan kepada pembelajaran ini. Gangguan disini bermaksud faktor fizikal dan psikologi yang mengganggu pembelajaran dan bukan menyekat pembelajaran. Di antaranya ialah:

Persediaan diri

Keadaan diri pelajar juga perlu bersedia untuk belajar. Dalam keadaan yang penat tentulah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Ini sering terjadi apabila pelajar baru balik dari pejabat atau selepas membuat aktiviti luar(Ab.Rasid Mat Zin,1994). Menurut France Henri dan Anthony Kaye (dipetik dari Keegan D. 1993) terdapat 2 gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran. Faktor dalaman merujuk kepada perasaan marah, tekanan emosi dan takut dan manakala faktor luaran pula ialah keadaan yang panas, peralatan yang tidak mencukupi, bunyi bising dan sebagainya.

Tanggungjawab sosial dan ketenangan

Sebagai orang dewasa dan anggota masyarakat adalah menjadi kebiasaan untuk kita melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan. Ini serba sedikit akan menjejaskan ketenangan dan tumpuan kepada pembelajaran. Pergeseran peribadi di antara suami isteri, rakan sepejabat apatah lagi dengan ketua sendiri tentulah mengganggu ketenangan fikiran seseorang pelajar itu. Ketenangan dan ketenteraman sangat penting untuk pelajar menumpukan konsentrasi kepada sesuatu pelajaran. 3.5 Masa Masa merupakan masalah utama bagi pelajar PJJ. Hal sedemikian kerana mereka mempunyai pelbagai komitmen kerana kebanyakannya daripada mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap. Isu penting ialah, bagaimanakah untuk memperolehi masa yang berkualiti untuk belajar dengan lebih berkesan?. Apakah yang dimaksudkan masa yang berkualiti?. Menurut Ab. Rasid Mat Zin, masa yang berkualiti bermakna menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk mentelaah atau melaksanakan kegiatan pendidikan dengan berkesan. Masa tersebut mungkin memakan masa dua, tiga atau empat jam. Bagaimanapun, persoalan yang penting ialah apakah seseorang pelajar itu dapat belajar dengan berkesan?. Sesetengah pelajar mempunyai masa empat jam sehari untuk belajar tetapi tidak menggunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Waktu belajar diselang-seli dengan perbualan dan sebagainya. Maka di sini masa selama empat jam tadi tidak digunakan dengan berkesan. Pelajar harus mengatur masa untuk belajar dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain.Sokongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat menetapkan masa untuk belajar dengan kerelaan ahli keluarga. Masa harus di kawal untuk memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran. Rancanglah masa dengan baik, senaraikan segala tugas, pekerjaan, temu janji dan masa untuk belajar dalam buku harian agar segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sistematik. 3.6 Kos Dalam membuat apa jua pekerjaan atau aktiviti-aktiviti, kos memainkan peranan yang penting. Bagi sistem PJJ, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar amat memerlukan kos yang tinggi terutamanya untuk membayar yuran di sekitar RM1000 hingga RM4000 dan bagi memperolehi bahan bacaan dan penggunaan media. Kos ini memjadi bebanan kepada mereka kerana gaji yang diperolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar malah untuk keperluan lain juga seperti untuk keluarga, keperluan harian dan sebagainya. Namun begitu hasrat untuk mendapat kejayaan, kemahiran serta pengetahuan tidak menghalang mereka untuk terus belajar demi masa depan yang cemerlang.

Kebaikan. Kebaikan menggunakan E- Learning adalah memudahkan pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain itu, ia juga secara tidak langsung member pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat print out nota-nota mereka.

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.

Keburukan

Keburukan menggunakan E- Learning pula adalah mewujudkan kurangnya komunikasi antara pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini seterusnya menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek pembelajaran.Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam ELearning.

Kebaikan dan kelemahan e lening Kelebihan E-Learning Pembelajaran dengan menggunakan e-learning mempunyai berbagai kelebihan dibandingkan dengan pembelajaran secara konvensional. Dengan munculnya e-learning, memberikan warna baru dalam proses pembelajaran fisika di kelas. Pengajar dalam hal ini guru Sains (Fisika) banyak menjumpai kesulitan jika di laboratoriumnya tidak tersedia alat-alat untuk praktikum. Mereka berangggapan jika tidak ada alat yang tersedia maka praktikum lebih baik tidak dilaksanakan. Tetapi jika guru menggunakan bantuan e-learning, dalam internet sudah banyak tersedia animasi interaktif yang menyediakan fasilitas alat-alat praktikum yang dapat digunakan. Guru bisa langsung online ke web yang dituju terus men-download program yang diinginkan. Alat-alat praktikum yang dirasa mahal untuk dibeli ternyata bisa diganti dengan animasi komputer yang canggih dan sederhana. Program yang sering digunakan antara lain: Macromedia Flash, Java Applet, dan lain sebagainya. Selain men-download dari internet, kita juga dapat menggunakan CD pembelajaran yang sudah banyak beredar. Kelebihan yang paling menonjol dari pembelajaran menggunakan komputer dalam hal ini e-learning adalah kemampuan siswa untuk dapat belajar mandiri. Karena sifat komputer yang lebih personal/individu, dapat membantu siswa untuk belajar mandiri dengan atau tanpa bimbingan langsung dari gurunya. Guru dalam hal ini pembelajaran dengan e-learning, dapat melaksanakan pembelajaran tanpa tatap muka secara langsung. Dengan kata lain, dengan atau tanpa gurupun pembelajaran secara mandiri tetap bisa berlangsung. Sebagaimana yang diungkapkan oleh beberapa ahli di bawah ini. Darsono (2001) menyatakan bahwa prinsip memahami sendiri (belajar mandiri) sangat penting dalam belajar dan erat kaitannya dengan prinsip keaktifan. Siswa yang belajar dengan melakukan sendiri (tidak minta tolong orang lain) akan memberikan hasil belajar yang lebih cepat dalam pemahaman yang lebih mendalam. Prinsip ini telah dibuktikan oleh John Dewey dengan lerning by doing nya. Lebih lanjut prinsip memahami sendiri ini diartikan bahwa hendaknya siswa tidak hanya tahu secara teoritis, tetapi juga secara praktis. Pembelajaran dengan menggunakan e-learning dapat menumbuhkan sikap belajar mandiri. Arsyad (2002) menyatakan bahwa media pembelajaran dengan komputer dapat menampilkan dengan baik berbagai simulasi, visualisasi, konsep-konsep, dan multimedia yang dapat diakses user

(siswa) sesuai dengan yang diinginkan sehingga visualisasi yang bersifat abstrak dapat ditampilkan secara konkrit dan dipahami secara mendalam. Maka dengan menggunakan e-learning, siswa mendapatkan kemudahan dalam mengatasi pembelajaran fisika yang banyak menampilkan visualisasi yang bersifat abstrak. Media pembelajaran ini dapat menampilkan konsep yang bersifat abstrak ke dalam konsep yang bersifat konkrit sehingga pemahaman siswa lebih mendalam. Dalam Jurnal Physics Education, Clinch dan Richards (2002) menyatakan bahwa dalam penggunaan e-learning dengan program java applet yang didownload dari internet sangat baik dalam pembelajaran fisika untuk percobaan/praktikum. Penilitiannya membuktikan bahwa pembelajaran dengan e-learning program java applet dapat meningkatkan kemampuan siswa dalam memvisualisasikan gambar yang bersifat abstrak menjadi konkrit dan tidak hanya dibayangkan saja. Tampilan program dalam e-learning juga dapat digunakan untuk memancing siswa berdiskusi tentang materi atau konsep yang ditampilkan pada layar monitor.

Kelemahan E-Learning Ada beberapa kelemahan dalam e-learning yang sering menjadi pembicaraan, antara lain kemungkinan adanya kecurangan, plagiasi, dan pelanggaran hak cipta. Kuldep Nagi dari Amerika, memberikan ide untuk mengaktifkan diskusi kelompok secara online dan membatasi kadaluwarsa soal-soal ujian. Selain itu, pengajar (guru) juga harus memberikan interaksi yang responsif dan berkelanjutan untuk mengenal siswa lebih jauh dan dapat melihat minatnya, memberikan ujian berupa analisa atas suatu kasus yang berbeda, serta memintanya untuk menjelaskan logika yang menjadi analisa tersebut. Emil Marais dan Basie von Solms dari Afrika Selatan menambahkan perlunya penyediaan alat bantu untuk membatasi akses ilegal ke dalam proses pembelajaran, baik dengan menggunakan password ataupun akses dari nomor IP (Internet Protocol) tertentu untuk mengurangi kecurangan dalam praktik e-learning. Kelemahan yang paling mendasar dari e-learning adalah kecurangan, plagiasi, dan pelanggaran hak cipta. Sesuai data dari Microsoft Corporation, pada tahun 2006 Indonesia menduduki peringkat ke dua terbesar dalam pembajakan di dunia maya (internet) pada khususnya dan penggunaan software di PC (Personal Computer) pada umumnya. Hal tersebut membuktikan bahwa internet dalam hal ini e-learning masih banyak sekali kekurangannya. Pembelajaran dengan menggunakan e-learning juga harus membutuhkan jaringan internet untuk pembelajaran jarak jauh. Padahal tidak semua instansi memiliki jaringan internet. Program-program dalam e-learning juga membutuhkan Personal Computer (PC) dengan spesifikasi yang cukup canggih agar program bisa berjalan dengan baik. Walaupun programer sudah menyediakan fasilitas password atau pengaman tetapi tangan-tangan jahil masih banyak yang merusaknya atau membajaknya. Walaupun demikian, e-learning sebagai suatu inovasi dalam proses pembelajaran sudah memberikan warna baru cara belajar jarak jauh yang mandiri.

You might also like