You are on page 1of 8

Al-adah muhakkamah

Adat bersendi Hukum, Hukum bersendi Kitabullah Kuat adat , tak gaduh Hukum, Kuat Hukum tak gaduh Adat Ibu, Hukum muafakat, Ibu Adat muafakat

Untuk penyatuan antara undang-undang islam dan undang-undang adat ini pelbagai pepatah perundangan atau kaedah-kaedah perundangan adat diperkenalkan sebagai garis panduan pengalaman adat persekitaran islam. Pepatah atau perbilangan perundangan adat ini telah menjadi tradisi lisan. Berdasarkan pepatah di atas, adat tetap fleksibel di dalam penyesuaiannya dengan persekitaran islam. Dalam membina atau mempengaruhi pembinaan budaya, hukum islam tidak menolak semua sekali budaya yang sudah dihayati oleh masyarakat. Malah, kelaziman ataupun urf iaitu suatu asas budaya yang paling kukuh telah diterima sebagai salah satu sumber hukum. Al-Syatibi menegaskan apabila syariah mengiktiraf al-urf atau al-adah sebagai satu sumber, syariah sebenarnya telah berusaha untuk menjaga kemaslahatan masyarakat. Urf dihuraikan sebagai kelaziman yang diterima umum dan berakar umbi dalam masyarakat. Ia boleh terbentuk dalam apa sahaja sifat aktiviti manusia baik kata-kata, perbuatan, pandangan akal,perasaan atau seumpamanya. Selain itu adat juga adalah sesuatu amalan yang telah menjadi rutin yang baik yang baik dan keperluan masyarakat. Pemikiran, budaya dan amalan sesuatu masyarakat yang telah lama wujud sering menjadi undang-undang tidak bertulis dan keperluan mendesak dalam aktiviti mereka kerana piawai penentuan masyarakat sudah tentu akan merujuk kepada kebiasaan mereka. Pengiktirafan adat sebagai sumber kembar kepada perundangan islam sudah pun dibuktikan secara jelas dengan tertubuhnya majlis agama islam dan adat istiadat melayu Kelantan pada 24 Disember 1915. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat konsep undang-undang adat serta pengaplikasiannya dalam masyarakat serta sejauhmana adat telah memainkan peranan dalam menghuraikan persoalan perundangan islam dalam konteks Malaysia hari ini.oleh kerana ruang yang sempit pengamatan kepada peranan-peranan adat tersebut akan dihadkan kepada beberapa amalan yang penting yang selalu diamalkan oleh masyarakat.

Rujukan Fatwa : Adat Sebagai Sumber Rujukan Adat digunakan sebagai sumber rujukan fatwa. Sebagaimana yang kita tahu, hubungan antara undang-undang adat dan undang-undang di malaysia mempunyai kaitan yang sangat rapat, rujukan terhadapnya di buat oleh mufti atau jawatankuasa Fatwa negeri-negeri. Ini memandangkan adat telah diterima pakai sebagai salah satu sumber rujukan tambahan perundangan islam. Jadi apabila mufti atau jawatankuasa fatwa negeri mengeluarkan kaedah tertentu berdasarkan adat tempatan, ia telah diakui keautoritannya, malah mahkamahmahkamah di malaysia sama ada dari mahkamah sivil mahupun mahkamah syariah telah menerima hukum adat dalam keputusan-keputusan yang dibuat. Ini banyak dapat dilihat dalam kes yang berkaitan dengan undang-undang harta seperti harta sepencarian dan jual janji.Contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang berdasarkan uruf: Menurut urf di Malaysia, harta-harta wakaf diserahkan dan diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk dimajukan secara komersil bagi tujuan mendapat keuntungan agar ia tidak terbiar begitu sahaja tanpa diusahakan. Bagi tujuan pembangunan harta-harta wakaf ini, pengambilan manfaat adalah tertakluk kepada status asal harta-harta wakaf tersebut sama ada ia wakaf am atau khayriyy, khas ataupun zuriat.Ini menunjukkan, mana-mana adat atau kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat melayu selagi tidak bertentangan dengan hukum syara akan diambil kira semasa mengeluarkan sesuatu fatwa yang berkaitan. Pengaruh Budaya Melayu Atau Adat Dalam Penentuan Kadar Mahar Mahar merupakan pemberian wajib daripada suami kepada isterinya dan mahar diberikan sebagai lambang penghargaan suami kepada isteri untuk hidup bersamanya. Dalam islam, tidak membataskan mahar kepada harta tertentu sahaja, malahan setiap sesuatu yang memenuhi syarat-syarat yang digariskan adalah harus dijadikan mahar. Mahar mestilah sesuatu yang bernilai, suci, bermanfaat, boleh diserahkan pemilikannya dan juga diketahui keadaannya ( dimaklumi kategori, jenis, kadar dan sifat-sifatnya). Begitu juga dalam soal kadar, hukum syarak tidak membatasi kadar mahar dengan jumlah yang tertentu samada minimum atau maksimum, bahkan urusan itu diserahkan kepada masyarakat bagi menentukannya menurut kemampuan serta adat tradisi mereka. Mahar yang dianjurkan dalam islam adalah berasaskan kepada aspek kemampuan dan keredhaan antara kedua

pihak.[6] Menurut adat melayu mas kahwin adalah wang mahar yang merupakan hadiah mutlak dari seorang lelaki yang akan menikahi seorang perempuan dan wang mahar itu mestilah dari wang pengantin lelaiki itu sendiri.[7] Tetapi dalam keadaan semasa di Malaysia, kadar mahar telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri, yang mana kadar mahar ini berbeza di setiap negeri bergantung kepada keadaan tempat, keadaan masa, keadaan kemampuan seseorang itu sendiri. Contohnya kadar mas kahwin di Johor ialah RM22.50, Selangor RM300, dan Negeri Sembilan RM80.00. Disini menunjukkan bahawa meskipun islam tidak menentukan kadar mahar yang tertentu tetapi pengaruh adat dalam masyarakat melayu telah membatasi kadar tersebut dengan meraikan beberapa aspek seperti masa, tempat dan kemampuan atau kedudukan seseorang dalam masyarakat. Pemberian Hantaran Menurut kamus dewan, hantaran bererti wang yang dihantar oleh pihak pengantin lelaki kepada bakal mertua untuk perbelanjaan perkahwinan atau dikenali dengan perbelanjaan hanggus. Selain itu hantaran juga bermaksud hadiah perkahwinan. Hantaran menurut hukum syarak ialah merupakan adat yang lahir dari sosio budaya masyarakat melayu. Sehubungan dengan itu tidak terdapat nas syara yang menjelaskan tentang hukum beramal dengan amalan tersebut. Merujuk kepada amalan hantaran, adat tersebut merupakan salah satu amalan tradisi dalam perkahwinan melayu sejak turun temurun. Sebagaimana yang dimaklumi sekiranya adat tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang islam, maka ia boleh diterima pakai dan adat hantaran ini tidak menyalahi hukum syarak. Budaya Muamalat Setempat Sebagai Asas Pertimbangan Produk-Produk Muamalat Dalam Amalan Perbankan Islam Di Malaysia Disini kita akan lihat bagaimana budaya muamalat setempat atau adat muamalat setempat memain peranan sebagai perintis dalam menghasilkan produk-produk muamalat dalam amalan perbankan islam di Malaysia. Berikut dikemukakan beberapa contoh budaya muamalat

setempat di Malaysia yang menjadi asas pertimbangan penawaran produk-produk perbankan islam dan kewangan berkenaan. (1) Jual janji (bay al-wafa) Jual janji (conditional sale) adalah antara budaya muamalat masyarakat Malaysia terutama kepada para petani di Kedah, Perlis, Utara Perak dan Kelantan sebelum zaman penjajahan lagi. Para ulama fiqh mentakrifkannya sebagai jual beli yang dilakukan oleh dua pihak yang terdapat yang terdapat syarat bahawa barangan yang diakadkan itu boleh dibeli semula oleh penjual apabila tamat tempoh masa tertentu yang dipersetujui bersama. Akad yang menjadi budaya masyarakat setempat ini diamalkan bertujuan mendapatkan kemudahan kredit tanpa terlibat dengan amalan riba. Akad ini ialah penjualan tanah atau harta tetap milik penjual kepada pembeli dengan janji untuk membeli semula dalam tempoh masa tertentu (umpamanya 2-3 tahun). Dalam tempoh itu pembeli boleh mengguna dan menduduki tanah tersebut. Jika tempoh yang dijanjikan penjual gagal untuk membeli semula hartanya ia akan berpindah milik kepada pembeli. (2) Jual beli berdeposit (bay al-arbun) Dalam penulisan fiqh, akad bentuk ini dikenali sebagai bay al-arbun iaitu satu bayaran pendahuluan bagi sesuatu harga yang mesti dibayar oleh pembeli sekiranya jual beli itu diteruskan. Sebaliknya jika pembeli membatalkan akad itu, ia akan menjadi milik penjuam dan tidak akan dikembalikan kepada pembeli. (3) Sistem pawah (pawah haiwan atau tanah) Kamus dewan mentakrifkan pawah sebagai membahagi dua akan hasil yang diperolehi daripada tanah sawah, binatang ternakan tertentu dan lain-lain di antara pengusaha (penjaga) dengan tuan milik.[9] Tujuan sistem ini adalah untuk menambahkan bilangan haiwan berkenaan dan memperbaiki kedudukan ekonomi penduduk luar bandar. Akad ini dilihat sama seperti akad mudarabah iaitu pemilik asal adalah pemodal dan penerima pawah adalah pengusaha. Persetujuan yang dicapai adalah baka haiwan akan menjadi milik pengusaha apabila anak yang dilahirkan telah mencapai umur tertentu dan dikembalikan kepada pemilik modal berkenaan.

(4) Permainan kutu Kutu atau permainan kutu didefinisikan sebagai perkumpulan yang mengumpulkan wang tiaptiap bulan dan menentukan giliran ahli yang mendapatkannya dengan jalan mengundi. Amalan ini bertujuan untuk tolong-menolong dan saling bantu membantu antara anggota masyarakat setempat dalam mengatasi masalah kewangan dan mendapatkan modal. Dan boleh dikatakan akad wadiah yang diguna pakai oleh ahli-ahli berkenaan iaitu semasa menyerahkan wang kutu kepada ketua kumpulan yang dilantik. Dengan penubuhan sistem perbankan islam di Malaysia seperti Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan sebagainya telah membuka jalan kepada sistem perbankan islam( undang-undang muamalat di Malaysia) untuk menghasilkan produkproduk baru yang berasaskan budaya muamalat masyarakat setempat di Malaysia. Contohnya produk pembiayaan jual janji menggunakan prinsip-prinsip syariah bay bithaman ajil, dan pembiayaan pawah prinsip mudharabah.

Pengaruh Budaya Tempatan Dalam Menentukan Kredibiliti Hakim Atau Kadi Ulama islam telah menggariskan syarat-syarat kelayakan bagi seorang hakim seperti islam, merdeka, adipohon dan tidak harus menjadi rebutan, sebaliknya pemerintah bertanggungjawab memastikan orang yang layak berkemampuan menjalankan tugas-tugas tersebut. Dan apabila kita melihat adat atau amalan yang berlaku dalam negara kita, calon yang berkelayakan akan memohon jawatan tersebut.[10] Dan ini, adalah tidak menjadi kesalahan bagi mereka kerana kelayakan seseorang hakim pada masa sekarang dinilai kepada pendidikan yang diterimanya oleh jawatankuasa-jawatankuasa tertentu. Harta sepencarian Harta sepencarian adalah satu amalan adat masyarakat melayu Nusantara yang unik. Ia adalah harta perkongsian bersama diantara suami dan isteri yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan. Selain itu ia juga merupakan satu adat yang berlaku apabila belakunya penceraian diantara pasangan tersebut. [11]

Harta Sepencarian ini dibentuk hasil daripada satu kaedah fiqh yang dinamakan al-adat al muhakkamah. Dalam konteks Malaysia, sejak zaman dahulu lagi sudah menjadi adat kebiasaan bagi pasangan suami dan isteri keluar berkerja mencari rezeki. Jika suami ke baruh isteri ke baruh sama, suami ke ladang isteri pun ke ladang berhuma, suami ke bendang si isteri pun berbajak ke bendang. Bahkan jika si suami ke laut maka si isteri menyiang ikan bagi dibuat keropok untuk jualan. Inilah budaya yang sudah menjadi adat setempat dan akhirnya, wujudlah suatu kaedah hukum syarak yang dinamakan Harta Sepencarian ini. Hukum ini spesifik dan unik, kerana ia tidak wujud di belahan negara Arab atau Timur Tengah, justeru adat kebiasaan mereka di sana adalah berbeza. Di sana, majoritinya si suami wajib menyediakan segala kelengkapan buat isterinya. Oleh itu, topik Harta Sepencarian ini memang tiada dalam kamus undang-undang syariah sebelum ini. Ia tidak menjadi topik utama di kalangan fuqaha, dan tiada satu dalil pun yang jelas mengenainya. Namun, ia sebenarnya menepati kehendak Allah SWT, sebagaimana yang telah ditegaskan melalui naqal-Nya: Orang orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga, *12+ Kewujudannya harta sepencarian di Malaysia adalah suatu keperluan, khususnya demi memberikan keadilan kepada pasangan suami isteri yang bercerai. Apabila berlakunya perceraian, maka harta itu hendaklah dibahagikan di antara mereka kerana ia adalah harta sepencarian. Konsep atau kaedah ini telah pun dikodkan di dalam enakmen-enakmen negeri dan terpakai kepada orang islam.

RUJUKAN 1) Professor Dato Dr. Mahmood Zuhdi Hj.Ab.Majid, Seminar Hukum Islam Semasa 3. University Malaya : Akademi Pengajian Islam. ,hlm 9. 2) Jurnal syariah, (2008). University Malaya : Akademi Pengajian Islam. jld 16.bil 2 3) Abdul Latif Abu Bakar,(2001). Adat Melayu Serumpun. Kerajaan Negeri Melaka: Perbadanan Muzium Melaka. hlm 51 4) Abdullah Alwi Hj Hasaan.(2001). Adat Melayu Mengikut Perspektif Perundangan Islam Di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

5) Mohomed Azam Mohd Adil. Pengaruh Adat Tempatan Dalam Menetukan Fatwa Di Malaysia. 6) http://www.e-fatwa.gov.my/ 7) Raihanah Hj Azhari. Pengaruh Budaya Dalam Penentuan Kadar Mahar. Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan 8) Joni tamkin borhan. (2000). Budaya Muamalat Setempat Sebagai Asas Pertimbangan ProdukProduk Muamalat Dalam Amalan Perbankan Islam Di Malaysia. Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan. 9) Kamus dewan. Edisi ketiga 10) Al-quran 11) Enakmen Keluarga Islam Selangor 1999 12) Jurnal syariah (1996), jld 4, bil1 13) Junal syariah (2008).jld 16,bil2 14) [1] Abdul Latif Abu Bakar,(2001).Adat Melayu Serumpun, hlm 51 *2+ Professor Dato Dr. Mahmood Zuhdi Hj.Ab.Majid, seminar hukum islam semasa 3,hlm 9 [3] Jurnal syariah, (2008) jld 16.bil 2. [4] Mohomed Azam Mohd Adil. Pengaruh Adat Tempatan Dalam Menetukan Fatwa Di Malaysia. [5] http://www.e-fatwa.gov.my/) [6] Raihanah Hj Azhari. Pengaruh Budaya Dalam Penentuan Kadar Mahar. Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan

[7] Lihat Ibid. [8] Joni tamkin borhan. (2000). Budaya muamalat setempat sebagai asas pertimbangan produkproduk muamalat dalam amalan perbankan islam di malaysia. Seminar hukum islam semasa peringkat kebangsaan. [9]Kamus dewan. Edisi ketiga. [10] Md. Saleh Hj Md Hj. Ahmad. Pengaruh Budaya Tempatan Dalam Menetukan Kredibiliti Hakim Atau Kadi [11] Jurnal syariah, (1996), jld 4, bil 1 [12] Surah An-Nur ayat 32

You might also like