You are on page 1of 4

NAMA NO.

MATRIK KURSUS SUBJEK

: HELMI SUHANA BINTI YAACOB : LB110031 : DPLI (ERT) SEKSYEN 1 : DBK 10702 PEMBANGUNAN KURIKULUM

PERKARA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: TUGASAN 1 : PROF. DR. MAIZAM BINTI ALIAS : 29 MAC 2012

Menurut Kamus Dewan Bahasa, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu lain. Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani) yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan. Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam. Tujuan falsafah kepada guru adalah untuk memilih matlamat pendidikan, kaedah mengajar dan tujuan pendidikan. Dengan mengkajinya guru boleh menilai setiap isi bagi menentukan dirinya sebagai guru dan seterusnya memahami sistem pendidikan yang di amalkan. Selain daripada itu, guru dapat megetahui kedudukan pelajarnya dan kurikulum yang digunakan. Falsafah umum terbahagi kepada 4 aliran fahaman iaitu Idealisme, Realisme , Pragmatisme dan Eksistensilisme. Daripada 4 aliran fahaman diatas, maka wujudlah falsafah pendidikan yang berasaskannya iaitu perenialisme, esensialisme,

progresivisme dan konstruksionisme. Setiap manusia perlu ada falsafah dalam kehidupan mereka, falsafah akan menjadi garis panduan bagi seseorang individu dalam melakukan sesuatu dalam kehidupan seharian. Falsafah diri saya dalam pendidikan dan yang akan menjadi teras dalam kehidupan seharian saya ialah Peningkatan diri saya ialah usaha yang berterusan untuk mempelajari dan menguasai ilmu seterusnya menyebarkannya agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,dapat menjadi individu contoh dan modal insan yang berguna Merujuk kepada falsafah saya, ada beberapa aliran fahaman yang boleh dikaitkan dengannya iaitu :1. Pragmatisme Pragmatisme adalah satu aliran falsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada lewat kurun 1880an.Mengikut Teori Pragmatisme, segala aktiviti intelek kita dan cara berfalsafah bertujuan menghapuskan kesusahan yang timbul dalam mencuba dengan pengalaman (Abdul Fatah Hassan.2007). Selain itu, mengikut

William James (1842-1910) kita berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah dalam pengalaman. Misalnya dalam pengajaran subjek geografi dapat memberi

pengalaman kepada pelajar contohnya jika pelajar tersesat di dalam hutan, maka pelajar boleh menggunakan pengalaman di dalam kelas iaitu ikut aliran sungai atau arah matahari. Ini adalah salah satu contoh penyelesaian daripada pengalaman. Menurut ahli-ahli pragmatisme juga, manusia mendapat ilmu melalui pengalaman (Daley 1966). Apa yang diutamakan oleh ahli-ahli ini ialah kanak-kanak mestilah belajar daripada sifat ingin tahu yang ada pada dirinya. Ini akan membantu mereka berfikiran lebih kritis dan kreatif. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya akan berusaha mencorak minda pelajar dengan memberi contoh masalah dan pelajar akan gunakan kepintaran mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seperti yang ditekan kan oleh Daley (1966) pengetahuan diperolehi dengan kaedah kepintaran. 2. Konstruktivisme Muncul pada tahun 1920-an. Dipelopori oleh John Child, George Counts, Harold Rugg & Theodore Bremald. Menurut Ahmad Ramli (2002), pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme dapat menggalakkan dan memberi ruang kepada murid untuk mengamal dan memperkembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir.

Konstruktivisme mengganggap bahawa pelajar adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka kuasai sebelum ini (Billett 1996; Kerka 1997). Dengan pendekatan ini, pelajar digalakkan berfikir secara kritis dan kreatif, mengemukakan soalan yang berbentuk inkuiri, dan belajar melalui aktiviti. Teori pembelajaran ini berfokuskan pelajar. Guru hendaklah menggalakkan pencambahan pemikiran sebagai kaedah untuk menghasilkan penyelesaian alternatif.

Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya akan berusaha menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar

iaitu melalui perbincangan dan perkongsian idea. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih aktif. Disini dirumuskan bahawa aliran pragmatisme dan konstruktivisme ini ada kaitan dengan falsafah diri saya iaitu dengan menekankan bahawa pendidikan adalah matlamat dan cara hidup, manusia mendapat ilmu melalui pengalaman dan individu berpendidikan berhak untuk membentuk realiti masing-masing (pierce & Dewey) dengan menjadikan diri mereka contoh dan modal insan yang berguna. Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme juga memberi peluang kepada pelajar berfikiran terbuka dan reseptif kepada idea baru.

You might also like