You are on page 1of 2

KARANGAN JENIS UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH Sebagai guru kaunseling anda diminta menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah bertujuan

menyedarkan muda mudi tentang keruntuhan moral pada masa kini. Salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengan Raja Ahmad, guru-gura yang dihormati dan para pelajar yang dikasihi sekelian. Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya kita dapat bersma-sama di dalam majlis ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan peluang kepada saya untuk berceramah pada pagi ini.Tajuk ceramah saya pada hari ini adalah Keruntuhan Moral Muda Mudi menyebabkan Kehancuran Masyarakat. Para pelajar dan hadirin sekalian, Akhlak adalah merujuk kepada sifat atau tabiat dalam jiwa seseorang. Akhlak ini didorong oleh pertimbangan akal samada yang baik atau buruk. Keruntuhan akhlak pula merujuk kepada menjurus ke arah melakukan maksiat dan kejahatan yang bertentangan dengan perintah Allah.Sementara itu kehancuran masyarakat pula bermaksud memusnahkan sesuatu kaum atau bangsa. Kesimpulannya di sini umat islam dan bangsa kita akan hancur jika mereka membiarkan diri mereka melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Para hadirin sekalian, Dewasa ini semakin ramai muda mudi yang yang terlibat dengan gejala sosial seperti dadah, arak dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Segala tingkah laku sumbang mereka dilakukan tanpa rasa segan dan malu.Mereka seolah-olah terlupa bahawa mereka beragama Islam.Gejala-gejala ini akhirnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak. Golongan pelajar akan hilang minat untuk belajar dan yang sudah bekerja akan hilang minat bekerja. Budaya lepak, isu bohjan dan bohsia di kalangan remaja semakin menular bukan saja diibu kota malah di bandar-bandar kecil. Adakah mereka tidak tahu akan risikonya? Pada pendapat saya mereka tahu akan padahnya tetapi syaitan telah menguasai diri dan pemikiran. Kes-kes jangkitan HIV akibat perbuatan maksiat telah mengakibatkan mereka menderita sepanjang hayat. Mereka menjadi sampah masyarakat dan langsung tidak dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Para pelajar sekalian, Islam telah mengajar umatnya supaya teguh berdissiplin, berhemat tinggi, bersopan santun dan menjauhkan sifat riak dan bangga diri.Sebagai contoh semasa berpuasa umat Islam telah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan melawan nafsu zahir dan batin.Dari segi pakaian pula , Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Bagi gadis-gadis dan wanita

yang sanggup mendedahkan aurat telah melupakan tuntutan agama agar berakhlak mulia. Ini telah membawa kepada berlakunya kes-kes rogol dan perkosaan. Da antara mereka yang terus hidup terepsong dan terjerumus ke lembah hina.Jadi kaum wanita mestilah mempunyai akhlak yang dikehendaki Islam bagi menghindari kes-kes begini. Umat Islam juga dilarang mengamalkan pembaziran. Kita dituntut mengamalkan sikap sederhana dari semua aspek kehidupan.Namun hari ini semakin ramai yang terus berlumbalumba mencari kekayaan dan kemewahan hidup.Tetapi mereka lupa untuk menderma kepada yang memerlukan. Mereka mementingkan pangkat dan darjat hingga menjadi tamak haloba. Saban hari hidup berpoya-poya dengan menghabiskan wang mereka di meja judi dan kasino. Sikap masyarakat Islam yang alpa seperti ini hanya akan membawa kehancuran masyarakat keseluruhannya. Para hadirin sekalian, Setakat ini dahulu untuk kali ini. Saya berharap agar ceramah ini dapat menyedarkan para pelajar akan pentingnya maruah dan akhlak diri. Akhir kata jauhkan diri anda dari akhlak yang mazmumah. Sekian terima kasih.

You might also like