You are on page 1of 5

Teks Pengacara Majlis HI Tea SKSK 2012 Pada 21/ 2/2011

Assalamualaikaum wbt dan selamat sejahtera. Yang Berusaha, Pn Norazmah bt Hussin Guru besar, Sekolah kebangsaan sungai kelambu, Yang dihormati penolong-penolong kanan Sk sungai Kelambu, Yang dirai guru yang pernah bertugas di Sk sungai kelambu, guru-guru baru dan guru-guru praktikum yang kini bertugas di sk sungai kelambu, Guru-guru dan staff sokongan serta hadirin sekalian

Pertama sekali marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah yang maha kuasa kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama hadir ke majlis ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran guruguru kita yang kini sudah bertugas di sekolah lain .Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama di majlis yang dianjurkan ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, bagi memberkati majlis pada hari ini Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz________________________ untuk membaca doa pembuka majlis seterusnya membaca doa makan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian _______________ membaca doa itu tadi. Terima kasih Ustaz. Sekarang dijemput semua hadirin untuk menjamu selera.

Tuan-tuan dan puan-puan, Walaupun masih belum selesai menjamu selera, Kita perlu meneruskan acara kita.

Untuk tidak melengahkan masa majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Pn Norazmah bt Hussin Guru Besar Sk Sungai Kelambu untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Pn guru besar itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, Kita teruskan dengan ucapan daripada guru yang telah berpindah Dengan ini saya menjemput tetamu kita yang raikan Pn. Khaidah binti Supeno untuk memberikan sepatah dua kata. Terima kasih Pn. Khaidah Seterusnya kita jemput pula Pn. Nur hafiza binti Ramdzan untuk menyampai sedikit ucapan. Terima kasih Pn. Nur hafiza Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil guru baru yang diraikan. Untuk pengatahuan hadirin dan hadirat sekalin, Sk sungai kelambu telah menerima empat orang guru baru pada tahun ini, iaitu Pn. Ramnah bt. Syafie, Pn. Rubianti binti Sarbani, En. Mohd Hishamuddin dan Pn. Nurhawa bt Ahmad Ahasan. Dengan ini saya menjemput Pn Rubianti binti Sabarni bagi menyampaikan sepatah dua kata bagi mewakili guru-guru baru.

Dengan segala hormatnya di persilakan. Terima kasih Pn. Rubianti. Majlis kita diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah anak cemerlang di dalam peperikasaan pmr. DipersilakanPn. Norazmah binti Hussin guru besar sk sugai kelambu untuk menyampaikan hadiah. Dijemput Pn. Roszulaifah bt mislan

Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah perpisahan kepada guru-guru yang bertukar . Dijemput Pn. Khaidah binti Supeno Pn. Nur hafiza binti Ramdzan

Terima kasih kpd puan Guru besar kerana sudi menyampaikan hadiah.

Dengan berakhirnya acara itu tadi maka tamatlah majlis Hi Tea kita pada hari ini.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin , kerna sudi bersama sehingga ke akhir Majlis.

Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang majlis ini berlangsung terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku.

Sekian, sehingga berjumpa lagi pada lain masa, saya sudahi dengan wabilahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Terima kasih.

You might also like