You are on page 1of 17

Pembanggunan ekonomi dalam konteks hubungan Etnik di Malaysia Konsep modenisasi a) Modenisasi : 1 proses transformasi @ sbgai perubahan dlm

segala aspek kehidupan dlm masyarakat. b) Perubahan yg berlaku oleh masyarakat akan berlangsung secara terancang/berencana @ tak terancang/tak berencana. c) Perubahan yang terancang adalah suatu proses yg mempunyai matlamat, kaedah & penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Contohnya: Wawasan 2020 d) Perubahan terancang disebut sbg modenisasi @pembangunan. e) Modenisasi meliputi pembangunan ekonomi & pembangunan politik.

Pembangunan ekonomi: Matlamat, kaedah, & ukuran pencapaian (a) Secara umumnya matlamat pembangunan ekonomi adalah untuk mencapai kemajuan dengan melahirkan masyarakat industri. Oleh itu terdapat kaedah atau proses untuk melaksanakan pembangunan ekonomi tersebut. Pembangunan teknologi iaitu pengetahuan dan teknik-teknik yang berbentuk tradisional diketepikan untuk memberi peluang kepada penerapan ilmu saintifik & teknik-teknik canggih. Pembangunan pertanian ialah kegiatan berbentuk sara diri berubah kepada pertanian komersial. Industrialisasi pula adalah proses produktiviti yg dilakukan secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi canggih di kilangkilang. Urbanisasi: Proses perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar . Proses ini sangat penting untuk konyeks penyediaan buruh.

(b) Ukuran pencapaian pembangunan ekonomi dibuat dengan melihat kadar pertumbuhan iaitu KDNK. (c) Proses pembangunan ekonomi juga diharapkan akan mempengaruhi perubahan sosial yg menyeluruh dalam masyarakat. Contohnya kehidupan yg bercirikan tradisional miskin & mundur akan berubah kpd kehidupan yg lebih moden & maju (d) Perubahan sosial dapat dilihat dlm aspek pekerjaan seperti daripada sektor pertanian kepada sektor industri atau daripada hidup desa kepada hidup bandar.

Modenisasi di eropah: Matlamat, kaedah & ukuran pencapaian (a) Konsep modenisasi bermula di eropah barat akibat daripada revolusi besar iaitu Revolusi Perancis yg telah mengubah sistem politik feudal dan Revolusi Perindustrian yang telah mengubah sistem pertanian dan ekonomi di eropah barat. (b) Revolusi yg berlaku telah mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan dan maklumat (c) Modenisasi boleh dilihat dari dua sudut iaitu: 1. Sudut falsafah 2. Sudut praktikal

Sudut falsafah Berhubung dengan pemahaman tentang kemajuan dan evolus dan akhirnya melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan sosial. Evolusionisme adalah gagasan yg menyatakan bahawa perkembangan negara miskin ke arah masyarakat moden adalah suatu yg tidak dapat dielakkan malah dapat diramalkan. Teori evolusi adalah gagasan bahawa terdapat semacam ketentuan @ arah yg bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia. Semua masyarakat yg ada akan melalui skala tahap perkembangan iaitu daripada yang dianggap tidak bertamadun kepada yg moden. Namun ada juga perkembangan yg berlaku bersifat banyak hala. Namun ahli antropologi beranggapan bahawa dlm aspek teknologi sesebuah masyarakat lain tidak perlu melalui semua tahap perkembangan yg telah dilalui oleh masyarakat yg lain.

Sudut praktikal: ialah kemajuan yg dicapai oleh eropah barat

Kemajuan sains & teknologi akan mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Dengan menggunakan kemajuan sains & teknologi, masyarakat barat dapat menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Contoh aspek ini ialah teknik produksi daripada caracara tradisional yg menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yg menggunakan jentera. Matlamat modenisasi Eropah Barat dicapai melalui peningkatan sains teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. Industrialisasi dilihat sebagai salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi dan kemakmuran negara yg dapat diukur seperti kadar pertumbuhan ekonomi KDNK.

Penjajahan: Saluran utama pemodenan wilayah bukan Eropah a) Perkembangan pesat dlm bidang industriliasasi telah menyebabkan mayarakat eropah menguasai sumber alam sekitar, mengembangkan teknologi & megumpulkan kekayaan. b) Semakain lama sumber ini semakin berkurangan di eropah, kesannya orang eropah melakukan penjelajahan & imperialisme ke wilayah yang lain yang dimulakan sejak ke abad 16 lagi. c) Antara syarikat yang telah menjalankan kegiatan perdagangan ialah badan korporat prototaip global iaitu British East Indies Company & Dutch East India Company. d) Emperialisme juga berlaku ke wilayah afrika & asia. e) Penjelajahan dilakukan untuk memastikan bekalan bahan mentah, buruh dan pengawasan pasaran berterusan dengan lancar. Pedagang & penjajah eropah barat seperti Sepanyol, Belanda , Inggeris membawa barang-barang yang dihasilkan seperti pakaian, peralatan pertanian ditukar dengan barangan emas, rempah, timah & hamba abdi di Afrika.

f) Mereka juga menyusun ekonomi dunia, dengan menjadikan daerah jajahan menjadi pengeluar bahan mentah. Bahan mentah yg diproses menjadi bahan industri, bahan makanan dan pakaian untuk dijual. Dari sudut ekonomi dunia, telah terbahagi kerja kolonial atau antarabangsa. g) Ketika industrialisasi mencapai tahap matang pada abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru semakin meningkat sehingga mewujudkan kemasukan buruh dari wilayah yg ramai penduduk seperti buruh India dibawa bekerja di ladang tebu di Fiji & mauritius, ladang getah di Tanah Melayu & Sumatera di Afrika pula membina landasan kereta api. h) Kesemua buruh itu tersebut bekerja untuk memenuhi keperluan industri di eropah Barat. i) Perubahan ini mengakibatkan perubahan dalam kehidupan sosial, kebudayaan dan sistem politik masyarakat yg dijajah.

j) Sistem pembahagian kerja kolonial ini dianggap punca kemunduran negara membangun untuk berkembang maju sepertu yg dikemukakan Teori Imperialisme (Lenin) & Teori Pergantungan ( Paul Baran & Andre Gunder Frank) k) Penjajahan membentuk idea baru iaitu masyarakat Barat Menganggap masrakat yang dijajah sebagai masyarakat ketinggalan. Masyarakat Eropah dianggap mempunyai kelebihan dari segi ketenteraan & industri ditafsirkan sebagai masyarakat yg lebih maju & moden. l) Konsep Undervelopment adalah dianggap sebagai kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat untuk mengorganisasikan kehidupan seperti masyarakat Eropah Barat.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan a) Pemodenan adalah satu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melaui proses perencanaan, pelaksanaan & penilaian b) Pembaratan ialah proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yg tidak dilakukan secara berencana. Pembaratan ialah usaha untuk mengubah gaya hidup lama kepada gaya hidup yg lebih moden tanpa disertai oleh perecanaan & pelaksanaan untuk mengubah aspek kehidupan yg lain. c) Selepas kemerdekaan negara eropah menjadi model pilihan utama sebagai contoh pembentukan negara. Terdapat dua aspek yg ditiru: 1. Aspek politik ialah model yg dipilih ialah model negara bangsa dan demokrasi politik. 2. Aspek ekonomi, model yg dipilih ialah sistem ekonomi yg berasaskan kapitalisme, industri & teknologi.

d) Aspek peniruan berlaku kerana penjajah telah memperkenalkan sistem pentadbiran & ekonomi yg terhad. Oleh itu apabila negara-negara yg dijajah merdeka, sistem tersebut diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian & struktur baharu namaun pengekalan model Eropah Barat atau model Barat digunakan. e) Model Eropah Barat ialah modenisasi yg berasaskan kpd falsafah evolusi. Perspektif ini melihat pembangunan sebagai satu proses yg bersifat sehala iaitu semua negara berkembang daripada tahap mundur ke maju. f) Pembangunan dapat dijelaskan dengan membezakan antara masyarakat tradisional dengan moden. Oleh itu masyarakat yg telah mengalami pembangunan merupakan masyarakat yg telah berubah kepada masyarakat moden.

g) Sejak tahun 1945, PBB telah menyusun program bantuan antarbangsa. Kepada negara baru merdeka mereka akan mendapat bantuan pinjaman kewangan, nasihat daripada Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk melaksanakan pembangunan. h) Peranan Bank Dunia & IMF ialah menstabilkan kewangan nasional & menggalakkan perdagangan antarabangsa, mengalakkan pertumbuhan, ekonomi nasional dengan membiayai pengimportan teknologi prasarana & menyebarkan idea projek pembangunan, mempengaruhi negara membangun supaya meniru & mengguna pakai model pembangunan industri & teknologi barat yg berintensifkan modal. i) Pembangunan dlm negara baharu sebagai proses mengejar pertumbuhan diterajui oleh negara elit & beroperasi dlm konteks negara bangsa.

j) Oleh itu pembangunan adalah perubahan sosial & pertumbuhan ekonomi yg terancang yg dilaksanakan oleh pihak kerajaan. k) Perubahan boleh berbentuk kepercayaan masyarakat (seperti bersifat agama kepada Sekular) dlm pola-pola sosial mereka ( daripada yg luar bandar kepada masyarakat bandar), atau dlm erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi). l) Pada abad ke-20, pemodenan telah menjadi operasi antarabangsa. Iaitu pemodenan menjadi satu usaha pada peringkat antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan eropah barat ke dalam bentuk kehidupan masyarakat eropah barat dengan cara meningkatkan taraf kehidupan mereka. m) Sesebuah negara bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial & teknikal sebagai imbalan atas hubungan ekonomi dengan negara kuasa besar, agensi antarabangsa & firma global.

n) Menurut Barracclough (1978) ada tiga perkara yg menunjukkan ekonomi dunia. 1. Perkembangan sistem pengangkutan & jaringan komunikasi yg secara fizikal yg menggabungkan berbagai-bagai wilayah di dunia, seperti jaringan kereta api, perkapalan dan telegraf. 2. Pertumbuhan yg cepat dlm perdagangan yg diiringi oleg pola ketergantungan yg tinggi, terutama antara negara industri Eropah barat dengan negara-negara yang lain. 3. Pengakiran modal yg besar, terutama dlm bentuk pelaburan secara langsung oleh firma-firma eropah barat di daerah bukan industri.

o) Golongan kapitalis merupakan golongan yg berperanan dl perkembangan ekonomi global. p) Golongan kapitali ialah golongan yg berusaha mengembangkan diri melampaui batas negara dengan cara mengembangkan sistem pengangkutan & komunikasi agar dapat menguasai wilayah lain & secara berterusan mengembangkan pasaran ke seluruh dunia. q) Mereka juga adalah penggerak globalisasi ekonomi sehingga mewujudkan institusi-institusi khusus dalam ekonomi contohnya pasaran kewangan, pasaran komoditi dan perpindahan hak milik harta seperti merangsang & memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh. r) Hubungan ekonomi global sempurna dengan proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi & ekonomi antarabangsa.

s) Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baharu dlm hubungan politik dan ekonomi antarabangsan yang dikenali sebagai globalisasi. t) Dalam bidang politik, PBB banyak berusaha mengglakkan proses demokrasi politik. u) Dalam bidang ekonomi, golongan kapitalis merupakan golongan penting yg membentuk syarikat perbadanan multinasional. v) Malaysia telah mengejar pertumbuhan ekonomi dengan menyusun semula ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat.

s) Bagi negara membangun yg menganggotai & mendapat pinjaman daripada Bank Dunia mekanisme & perancangan akan ditentukan oleh Bank Dunia. Antara langkah-langkah Bank Dunia ialah melaksanakan reformasi tanah, meningkatkan prasarana, meningkatkan pendidikan, meningkatkan pelaburan awam, melaksanakan industrialisasi gentian import dan industrialisasi berorientasikan eksport yg bertujuan mengeksport hasil industri yg mempunyai nilai tambah.

You might also like