You are on page 1of 7

Dalam bab satu pembaca akan diperkenalkan kepada dasar ilmu yang digunakan dalam kajian sekolah dan

masyarakat. Penulis juga menyatakan sekolah, murid dan guru saling memerlukan antara satu sama lain. Guru dilatih dalam bidang pengkhususan dan profesionalisme dalam pendidikan guru. Profesionalisme merupakan bidang pelengkap yang mengandungi komponen akademik seperti sosiologi, falsafah, psikologi, pengukuran dan teknologi penguat kepada kerjaya perguruan. Dalam bab ini penulis menyatakan sekolah dan masyarakat adalah berteraskan bidang sosiologi dan pendidikan. Bidang sosiologi adalah kajian mengenai masyarakat. Pengasas di Barat iaitu Augustus Comte. Kajian ini mengkaji tentang manusia dan interaksi sosial. Dalam bab ini juga menyatakan bahawa sosiologi merupakan satu kajian secara sains dan interaksi sosial manusia dengan manusia yang lain. Melalui interaksi in bermacam-macam fenomena sosial akan berlaku bermula dari rumah sehinggalah kenegaraan dan globalisasi. Pendidikan dipenuhi unsure-unsur kemanusian yang amat memerlukan ilmu sosoilogi ini untuk mengkaji fenomena yang berlaku.Pendidik perlu memahami peranan ini melalui konsep imaginasi sosiologikal(C.Wright Mills, 1959). Konsep ini berkait rapat dengan konsep dan peranan struktur sosial.Sosiologi tergolong dalam bidang sains sosial yang mengkaji tingkah laku luaran individu, masyarakat dari aspek ekonomi,sturktur sosial dan politik ,proses sosial dan perubahan dalam kehidupan sosial manusia. Dua bidang yang paling hampir dengan sosiologi iaitu antropologi dan psikologi.antropologi muncul lebih awal yang mengkaji kelompok kecil atau komuniti kecil manusia(primitif). Sosiologi mengkaji masyarakat moden atau masyarakat perindustrian sementara itu psikologi mengkaji perkembangan individu melihat ciri-ciri personaliti. Bab ini juga menyatakan sosiologi pendidikan merupakan sosiologi yang khusus mengkaji mengenai pendidikan. Bab ini juga ada menyatakan bahawa kajian saintifik dengan menggunakan teori dapat menjangkakan dan menghuraikan mengenai perkembangan dan perubahan dalam bidang pendidikan,pembangunan , kesihatan dan sebagainya.

Dalam bab dua penulis menyatakan asas kepada pembentukkan masyarakat adalah manusia. Interaksi antara satu sama lain akan membentuk kumpulan kecil, kumpulan besar , komuniti dan akhirnya membentuk masyarakat yang tinggal dalam sebuah wilayah besar yang kita kenali sebagai Negara. Pembentukan masyarakat moden ialah perubahan ciri-ciri masyarakat lama kepada yang baru.manusia merupakan asas masyarakat yang melakukan perubahan itu.Di Barat ilmu sosiologi telah bermula apabila berlakunya revolusi perindustrian di Eropah dan Amerika Utara antara tahun 1800 dan 1900 maka pada waktu ini bermula zaman moden.
1

Pada zaman inilah bermulanya ciptaan-ciptaan, teknologi, pekerjaan baru dan pola pengkhususan dan pelbagai fenomena sosial baru berlaku. Ahli-ahli falsafah yang terlibat dalam kajian masyarakat moden ialah Ibnu Khaldun(1332-1406) dan juga merupakan ahli falsafah yang terawal mengkaji masyarakat.Menurut Ibnu Khaldun pula masyarakat moden telah wujud dalam masyarakat islam sebelum revolusi Eropah dan yang membezakan Ibnu Khaldun adalah sosiologi Khaldun berpandukan dan bermatlamatkan agama. Kemudian barulah Auguste comte(1978-1857) dan dikenali sebagai bapa sosiologi barat kerana sumbangan dalam menggabungkan dua nama socio dan logos menjadi sosiologi. Sumbangan beliau terhadap penganalisisan struktur sosial dan perubahan sosial, menekankan ciri-ciri sistematik masyarakat, evolusi dunia, melihat kepentingan konsesus, penterorian

abstrak,kaedah penyelidikan,pandangan saintifik mengenai masyarakat dan orang pertama yang mempercayai bidang sosiologi menjadi bidang saintifik yang dominan. Karl Marx(1818-1883) pula mengkaji ekonomi penentu utama dalam pembentukan dan perkembangan struktur sosial, Emile Durkheim(1858-1917) pula berpendapat sosiologi hanya boleh dianggap sains jika fokus kepada fakta sosial ini bermakna kehidupan sosial dapat dikaji seperti objek nyata. Herbert spencer(1820-1903)pula membincangkan system laissezfaire, kapitalisme,mementingkan individualisme, persaingan dan dasar tidak campur tangan pemerintah. Max Weber (1864-1920) pula mengemukakan teori proses rasionalisasi yang boleh dilihat dalam bentuk pandangan birokrasi.dan tokoh terakhir George Herbert Mead(1863-1931) pula memperkenalkan teori interaksionisme simbolik dan menggangap minda sebagai proses bukan benda dan menjadi fungsi signifikan symbol untuk proses mental berlaku.

Bab tiga penulis membincangkan teori-teori kajian masyarakat. Teori ini dapat digunakan bagi memahami fenomena sosial. Bab ini menekankan tiga teori asas iaitu fungsionalisme yang mana masyarakat dianalogikan seperti organism biologi dan struktur masyarakat yang berfungsi. Manakala teori konflik pula perubahan masyarakat adalah berasaskan prinsip dialektik materialisme dan sejarah masyarakat penuh dengan konflik. Seterusnya ialah teori interaksionisme mementingkan proses interaksi sosial dan mengkaji aksi dan interaksi individu dalam masyarakat. Ketiga-tiga teori ini berbeza dari segi makro dan mikro yang boleh dianggap sebagai sesuatu yang analitikal.teori ini diintegrasikan oleh Anthony Giddens(1993,1984). Teori yang dikategorikan dengan makro ialah funsionalisme dan konflik manakala kategori mikro ialah interaksionisme.
2

Bab empat pula membincangkan masyarakat dan pendidikan dari perspektif teori sosial. Pendidik seharusnya mengetahui sejarah pendidikan moden yang bermula di zaman praindustri yang mana pendidikan hanya dimonopoli oleh orang yang berada. Pada masa sekarang pendidikan telah boleh dinikmati oleh semua masyarakat yang mementingkan pendidikan. Dalam bab ini juga menyatakan teori pendidikan menghubungkan pendidikan dengan masyarakat. Mengikut perspektif fungsionalisme menganalisis pendidikan dengan menghubungkan sekolah dengan keperluan-keperluan masyarakat. Pendidikan menyesuaikan diri dalam masyarakat dalam proses sosialisasi oleh itu pendidikan moral amat penting dalam mendisiplinkan diri murid. Teori konflik pula mengatakan pendidikan berfungsi untuk memenuhi kehendak ekonomi yang menjadi asas masyarakat dan mengambil perhatian terhadap masalah-masalah pendidikan dalam masyarakat moden. Bab ini juga ada menyatakan berkenaan teori interaksionisme yang mengkaji unsusr-unsur interaksi antara manusia dan interaksi dalam pendidikan. Penulis menyatakan bahawa pendidik perlu melihat pendidikan melalui perhubungan sosial. Pendidik perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat dan pendidik juga perlu mengetahui teori-teori yang boleh digunakan dalam mengenal murid.

Bab lima menerangkan mengenai pendidikan masyarakat moden. Isu kesamaan dan ketidak samaan dalam masyarakat menjadi isu besar masyarakat. Walaupun secara biologi manusia asasnya dilahirkan sama. Ketidaksamaan berlaku adalah dari segi bahasa,etnik,perbezaan keupayaan,gender,layanan,gaya pembelajaran, pencapaian akademik, jangkaan pendidikan yang berbeza dan perbezaan dalam pencapaian peperiksaan awam. Bab ini juga menyatakan ketidaksamaan juga boleh dikaitkan dengan susun lapis secara hierarki struktur masyarakat iaitu stratifikasi sosial. Ianya juga terbahagi kepada dua iaitu strafikasi sosial tradisional dan moden. Bab ini juga menerangkan berkenaan dengan sosialisasi dalam proses mempelajari peranan,status dan nilai dalam institusi sosial dan faktor yang terlibat dalam penentu sosialisasi. Jenis sosialisasi terbahagi ke dua iaitu primer (dalam keluarga) dan sekunder(luar keluarga). Bagi masyarakat moden pendidikan paling banyak membantu dalam meningkatkan stratifikasi sosial manakala proses sosialisasi masyakarat moden dapat menyesuaikan individu dalam masyarakat. Sebagai seorang pendidikan kita perlu tahu dan mengkaji perkara dalam bab ini bagi mengeratkan dan mengurangkan jurang perhubungan antara guru dan murid.

Bab enam pula menerangkan tentang persekolahan masyarakat di Malaysia. Pada permulaan bab penulis menceritakan tentang latar rakyat Malaysia. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik ini disebabkan oleh zaman penjajahan inggeris apabila kehendak-kehendak ekonomi kapitalis menyebabkan kemasukan pendatang china dan india ke negeri melayu. Setiap kumpulan etnik ini mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri iaitu dengan menggunakan bahasa sendiri. Implikasinya ketiga-tiga kumpulan etnik tidak berinteraksi antara satu sama lain. Sesudah merdeka kesedaran tentang wujud pelbagai etnik polisi pendidikan mula diperkenalkan yang menekankan pendidikan sebagai instrument mencapai perpaduan politik,pembangunan ekonomi dan integrasi sosial. Selepas tahun 1980 agenda perpaduan masih lagi dikekalkan penekanan lebih kepada pembentukan kurikulum. Selepas tahun 1990 dasar pendidikan selaras dengan kerajaan untuk mencapai wawasan 2020. Ini mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

Bab tujuh menerangkan berkenaan guru dan masyarakat. Guru merupakan satu profesion yang memerlukan lesen, latihan khas, ilmu pengetahuan dalam bidang yang khusus. Profesion guru merupakan organisasi professional kerana di kawal oleh badan-badan tetentu. Tugas guru melibatkan kepimpinan sekolah yang mana sekolah merupakan isntitusi sosial formal yang moden. Guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam bilik darjah, aktiviti akademik dan aktiviti kokurikulum. Segala tindak tanduk dan aksi guru mendapat kepercayaan dalam masyarakat oleh itu guru perlu menjadi seorang yang intelek dan seorang yang berkesan di sekolah. Hubungan guru dan komuniti perlu dijaga bagi mendapat kerjasama yang baik daripada komuniti luar. Guru perlu mengikuti aktiviti sosial bersama masyarakat seperti PIBG supaya dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan dapat membantu dari mencari sumber kewangan sekolah

Bab lapan menerangkan hubungan sekolah dan masyarakat merupakan jaringan interaksi yang kompleks. Interaksi ini berlaku secara tiga dimensi iaitu pentadbir , guru dan murid. Tiga dimensi ini berinteraksi pula dengan pihak luar iaitu sekolah, ibubapa dan komunitikomuniti masyarakat. Interaksi sekolah dan peranan guru memainkan peranan penting yang dapat membantu pencapaian dan sahsiah murid. Isu konflik sekolah boleh dikesan melalui diskusi hubungan kelas sosial dengan pendidikan seperti yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini. Disiplin sekolah harus dilihat sebagai usaha untuk membentuk diri pelajar kea
4

rah kebaikan. Masalah disiplin disekolah dirujuk sebagai masalah laku pelajar. Tingkah laku Devian di sekolah berpunca dari faktor individu sendiri dan pengaruh luaran. Devian lebih berpunca dari faktor modenisasi. Disiplin Devian dari sudut kelas sosial ,etnik dan gender mempunyai kaitan antara satu sama lain. Penelitian terhadap punca-punca Devian adalah kompleks. Selain daripada keluarga, seorang guru perlu mempunyai sikap prihatin,

mengambil berat dan sebagai agen perubahan terhadap para pelajar supaya pelajar dapat dibentuk komplemen dengan kehendak masyarakat dan Negara.

Bab Sembilan mengemukakan berapa istilah atau konsep yang menjelaskan fungsi pendidikan di Malaysia antaranya ialah perubahan yang mana sekolah berfungsi sebagai agen perubahan. Seterusnya ialah modenisasi yang mana masyarakat tradisional memperbaharui sikap,autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang baru. Istilah seterusnya ialah reformasi sebagai perubahan-perubahan yang telah dirancang secara teratur. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pelajaran ianya tidak berlaku di zaman penjajahan dan kesamaan peluang ialah kerajaan telah menyediakan peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Pendidikan sebagai mobiliti sosial yang berkait rapat dengan stratifikasi sosial ianya lebih mudah berlaku dalam masyarakat moden berbanding dengan masyarakat tradisional. Sistem Pendidikan di Malaysia sebagai penentu kerjaya atau tenaga kerja ianya memang dirancang.pendidikan sebagai alat indoktrinasi pemerintah ianya dirancang supaya dapat menghasilkan rakyat yang patuh kepada sistem pentadbiran Negara. Pendidikan sebagai agen kawalan sosial, kurikulum yang dirancang menerapkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat dan ideologi Negara. Sistem pendidikan moden meneruskan dasar-dasar meritrokasi dalam pendidikan melalui pengaliran. Perpaduan etnik , dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada etnik melayu berdasarkan faktor pertama melayu jauh ketingggalan, kedua melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, ketiga kaum melayu miskin di luar Bandar diberi kemudahan asrama, keempat dasar ekonomi baru dan kelima berdasarkan hak-hak melayu berpelembagaan. Seterusnya ialah kurikulum merupakan aspek perancangan dan penyampaian pelajaran secara formal manakala kokurikulum pula aktiviti di luar kurikulum sebagai sampingan dan pelengkap. Kurikulum tersembunyi sesuatu yang tidak dirancang dan tidak di ajar secara langsung ianya mempunyai fungsi untuk mencapai kestabilan dalam masyarakat. Organisasi pendidikan di Malaysia merupakan suatu bentuk birokrasi moden ianya melibatkan peraturan-peraturan pihak atasan yang membuat keputusan
5

berdasarkan hierarki. Seterusnya budaya sebagai warisan sosial manusia. Peranan sekolah sebagai agen pembudayaan sangat penting untuk mencapai matlamat pendidikan Negara. Subbudaya merupakan amalan-amalan budaya yang berbeza dikalangan kumpulan di sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan komuniti diluar sekolah.

Bab sepuluh berfokus kepada pascamodenisme, pemikir pascamoden merupakan sumbangan besar terhadap perubahan sosial. Hasil pemikir tokoh-tokoh mengambarkan masyarakat pasca moden sebagai unsur eklektisme atau kepelbagaian budaya. Ianya dirujuk sebagai globalisasi. Pasca moden mengaitkan pendidikan dengan perkembangan ekonomi dan budaya. Ianya masih meneruskan sistem ekonomi kapitalisme. Pendidikan dilihat sebagai asset penting yang perlu dijual beli untuk berjaya dalam pasaran. Polisi-polisi pendidikan disusun agar

pendidikan Malaysia boleh bersaing dengan perubahan pendidikan seluruh dunia ianya juga bertujuan kesejahteraan masyarakat Malaysia di masa akan datang. Tiga perkara dalam polisi ini ialah pengkomersialan pendidikan, kuantiti atau kualiti, dan liberalisasi pendidikan. Ketidaksamaan dalam pendidikan menimbulkan isu-isu pendidikan yang menunjukkan ketidakpuasan di dalam masyarakat dua contoh isu pendidikan yang berhubungan dengan masyarakat ialah isu sekolah bistari dan isu pendidikan tinggi. Dalam era ini pendidikan semakin meningkat kerana masyarakat mementingkan nilai pasaran kapitalis yang

berteraskan persaingan. Ilmu pengetahuan penting untuk berfikir dan mengemukan idea-idea yang baru ini menjadikan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Pendidikan adalah proses transmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat. Pendidikan perlu mempunyai matlamat dan kesan jangka panjang. Ilmu pengetahuan perlu bercirikan yang membentuk sifat-sifat cintakan ilmu, penerokaan, penciptaan dan nilainilai positif.

Bab sebelas menerangkan kepentingan penyelidikan bagi pendidik untuk mengetahui fenomena-fenomena sosial. Fenomena yang perlu dikaji ialah seperti kejayaan dalam pelajaran, masalah disiplin, globalisasi dalam pendidikan dan sebagainya. Fenomena yang berlaku perlu diteliti dari segi sebab-sebabnya, akibat sesuatu kajian, kesan terhadap individu dan masyarakat, cara-cara mengatasi sesuatu masalah dan sebagainya. Penyelidikan yang dilakukan mestilah mempunyai kecenderungan dan minat supaya hasilnya nanti akan
6

mendapat kepuasan diri. Bab ini juga ada menerangkan langkah-langkah penyelidikan yang ringkas seperti pengunaan rujukan bahan, mengemukan hipotesis, menentukan kaedah kajian dengan mengaitkan teori-teori yang dipelajari, menentukan strategik dan teknik, menjadualkan kerja, proses menyelidik di kerja lapangan atau turun padang, menganalisis dan menginterprestasi data dan melaporkan hasilan. Bab ini juga ada menunjukan cara menyediakan format penyelidikan ringkas yang mengandungi tajuk

penyelidikan,pendahuluan, pengenalan,penyataan masalah, objektif kajian, soalan-soalan kajian, hipotesis, definisi konsep, kepentingan kajian,tempat kajian,populasi dan sampel kajian, batasan kajian, kaedah kajian , dapatan kajian, perbincangan ,kesimpulan dan cadangan, rujukan, lampiran dan akhir sekali panduan menulis sumber,rujukan dan bibliografi. Bab dua belas pula menyediakan beberapa soalan yang boleh dipilih sebagai tugasan dan mengandungi set soalan untuk menguji penguasaan bidang sekolah dan masyarakat. Di akhir bab ini juga ada menyediakan panduan untuk persediaan kearah kerjaya sebagai seorang guru. Perkara yang perlu bakal guru kuasai sebagai persediaan seperti kenegaraan Malaysia, dasar-dasar pendidikan/pelajaran, kementerian pelajaran Malaysia, aspek profesion dan aksi guru.

You might also like