You are on page 1of 11

1). Perselingkuhan.

Sebagian orang kurang bersyukur dan tidak pernah puas dgn apa yg dia miliki, sehingga suka coba2 atau kena pengaruh negatif teman. Sebagian lagi merasa menyesal/sdh salah pilih lalu cari pelampiasan di WIL/PIL, dan ada pula yg kembali ke cinta lamanya (berhubungan kembali dgn mantan kekasih).

2). Kurang Komunikasi. Memang ironis di jaman sekarang saat sudah banyak alat komunikasi yg canggih, msh banyak orang yg malah jarang saling berkomunikasi dengan suami/istri sendiri,dan lbh sering berkomunikasi dgn teman2 kantor, rekan2 kerja, boss mereka atau teman2 arisan. Juga jarang berdoa bersama atau beribadah bersama, karena makin sibuk dgn urusan masing2 bahkan di hari libur sekalipun.

3). Ekonomi. Bisa dialami oleh pasutri2 dari keluarga yg sdh super mapan sekalipun. Aturlah keuangan dengan bijak dan tetap hidup sederhana walau diberkati Tuhan secara finansial, karena harta duniawi sebanyak apapun bisa habis juga. Juga bagi yg hendak menikah, jangan terlalu memaksakan diri mengadakan pesta mewah jika memang belum mampu dan msh banyak kewajiban mencicil sana-sini. Lebih baik menahan gengsi, daripada ekonomi langsung pincang dan menyesal di kemudian hari.

4). Tidak Mau Mengalah. Pernikahan bukanlah kuis adu kecerdasan untuk mencari siapa yg salah dan siapa yg benar,tapi sarana untuk belajar saling mengerti dan jg mengampuni. Jangan suka menuntut pasangan kita untuk berubah sesuai kehendak kita, jika kita sendiri tidak pernah mau introspeksi diri. Jika sama2 selalu keras kepala, maka bisa berakhir di pengadilan. Saling menerima kekurangan masing2 dengan bijak.

5). Campur Tangan Orang Tua. Ini masih cukup sering terjadi di Asia, termasuk Indonesia. Sebagian orangtua masih belum bisa menerima kenyataan kalo anaknya sudah menjadi milik orang lain, sehingga tanpa sadar suka intervensi terlalu jauh. Apalagi jika si anak kebetulan belum mandiri secara ekonomi

atau msh membantu di perusahaan keluarga ..... orangtua msh merasa sangat berhak ikut mengatur hidup si anak.

6). Perbedaan Prinsip dan Keyakinan. Memang, ada sebagian kawin campur yg sukses bertahan lama. Tapi lbh banyak yg kandas di tengah jalan, bahkan cuma seumur jagung. Sebetulnya, banyak pasutri yg merasa sangat tertekan jika tidak bisa beribadah bersama atau dipaksa untuk pindah agama, tapi tetap berusaha bertahan hanya demi anak2 mereka.

7). Romantisme Meredup. Bagi yg sdh lama menikah, wajar sih jika kita kadang merasa bosan,jenuh, capek dsb. Sekali2 pergi berduaan saja ke tempat2 saat pacaran dulu atau berbulan madu yg murah meriah bisa membantu membangkitkan api cinta lg. Jika memang ada duit lebih, bisa juga ikut tour atau ziarah suci.

8). Konflik Peran. Jujur saja,di Indonesia masih banyak suami yg enggan membantu istri mengurus pekerjaan rumah tangga atau mengurus anak dgn berbagai alasan, terutama bagi yg sudah punya pembantu. Tak ada salahnya belajar dari pasutri2 di luar negeri yg jauh lbh kompak dalam hal ini, karena megurus anak maupun membereskan rumah sebetulnya adalah tugas berdua.

9). Perbedaan Besar Dalam Tujuan Perkawinan. Hal yg mendasar ini seharusnya dikomunikasikan sejak awal jauh sebelum menikah, tapi kebanyakan anak muda yg sedang dimabuk cinta saat pacaran memang cenderung menutup mata dan menganggap remeh. Padahal tujuan orang menikah berbeda-beda. Ada yg menikah hanya karena malu saja dgn teman2 yg sudah menikah, ada yg menikah hanya karena mau meneruskan keturunan saja, ada yg hanya ingin memperbaiki status sosial saja, ingin bebas saja dari orgtua,dll.

10). Seks. Walau msh terdengar tabu dan termasuk di urutan akhir, seks terkadang juga bisa menjadi pemicu retaknya rumah tangga. Sekali lagi, komunikasi yg baik antar suami-istri sangat penting. Jika suami/istri kita sedang tidak mood atau kurang fit, jangan memaksanya. Kecuali

maaf..... satu2nya tujuan pernikahan anda hanya untuk menikmati seks. Tapi kita manusia kan dikaruniai akal budi dan lebih beradab daripada binatang (semestinya) .

penceraian dan Faktor Menanganinya

Seringkali kita melihat di dada-dada akhbar kes-kes perceraian tapi tidak pula banyak artikel yang menyentuh mengenai bagaimana untuk mengelakkan perceraian. Mungkin kita seringkali mendengar melalui ceramah-ceramah mengenai prosedur perceraian tetapi jang sekali orang memperkatakan untuk menangani perceraian sekiranya ia berlaku. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anakanak, keluarga mahupun masyarakat. Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :

Jiwa Tidak Rasa Rendah Putus

terganggu Marah Sedih bermaya bersalah Terpencil diri asa/kecewa Kesunyian

Pelbagai faktor menjadi pendorong kepada perceraian hingga berbagaiagai alasan yang diberi untuk membolehkan ia berlaku. Sehinggakan kini banyak kes melibatkan masalah keruntuhan moral didalam institusi kekeluargaan akibat kelemahan dan peranan suami isteri. Permasalahan didalam rumah tangga sering kali terjadi, mungkin memang sudah menjadi bahagian dalam lika-liku kehidupan didalam rumah tangga, dengan mengambil contoh terma "Perceraian" yang kerap kali menjadi masalah dalam rumah tangga.

Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, amanah dan tanggungjawab hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Pasangan harus bersifat amanah dan bertanggungjawab setelah bercerai terutama di dalam hal penjagaan anak-anak dan dalam menangani isu kehilangan. Sokongan yang padu akan dapat mewujudkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-anak setelah bercerai. Sebaikbaiknya sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan, langkah terbaik adalah muhasabah diri dan mengenang saat-saat ketika bahagia di awal perkahwinan.

FAKTOR PENCERAIAN
hari ini fenomena cerai bukan lagi sesuatu yang janggal. Tidak semua perkahwinan berakhir hingga ke nafas terakhir meskipun satu-satu perkahwinan itu secara zahirnya nampak bahagia. Siapa sangka perkahwinan dua orang selebriti terkenal negara yang ditabal sebagai Wedding of The Year pada tahun 2003 dahulu akhirnya turut berakhir dengan perceraian. Siapa turut menyangka, perkahwinan seorang ahli perniagaan (bergelar Datuk) dengan isterinya (seorang kerabat diraja) yang dibina hampir 21 tahun serta turut dikurnia empat orang anak musnah kerana perceraian.

Mengikut apa yang saya baca dalam sebuah artikel berkenaan isu ini, statistik perceraian umat Islam di Malaysia kini mencecah 10 hingga 15 peratus daripada jumlah perkahwinan. Merujuk kepada satu kajian yang lain pula, terdapat tujuh faktor telah dikenal pasti sebagai punca utama perceraian di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia, antaranya kegagalan memikul tanggungjawab. Selain itu, asas agama yang rendah, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, kewangan dan kerjaya. Malah kajian terbaru yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 21 peratus perceraian disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab suami atau isteri. Sebanyak 19.23 peratus lagi kerana tiada

sefahaman dan selebihnya disebabkan masalah seperti dadah dan sebagainya.

Menurut kaunselor perkahwinan dari Access Counselling Services, Meriam Omar Din, beliau tidak menolak bahawa arus modenisasi sedikit sebanyak telah menghakis nilai-nilai tradisional dalam sesebuah perkahwinan sehingga menyebabkan ia menjadi sebahagian daripada punca kegagalan rumah tangga. Katanya, pegangan bahawa perkahwinan ialah suatu ikatan murni yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan semakin luntur, sebaliknya perceraian dipilih sebagai jalan keluar kepada konflik yang timbul. Beliau berkata, bukan perkahwinan zaman sekarang saja yang dilanda masalah. Dulu pun ada tetapi yang membezakan perkahwinan dulu dan sekarang ialah nilai-nilai untuk mengekalkan perkahwinan.

Resah rasanya bila memikirkan semula apa yang terjadi di sekeliling kita. Perkahwinan itu indah, tetapi tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian perkahwinan itu memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Buat teman-teman yang telah dan bakal melangkahkan kaki menuju ke alam perkahwinan ini, bersedialah! Mudah-mudahan kalian mampu mentadbir dan mengurus bahtera bahagia masing-masing dengan penuh keharmonian. Dari apa yang saya lihat pula, fenomena perceraian yang terjadi di Malaysia disebabkan terlalu banyak. faktor-faktornya. baik berpunca dari suami isteri itu sendiri ataupun berpunca dari pihak ketiga. Disini saya senaraikan sebahagian besar punca-punya yang menyebabkan berlakunya perceraian..

Sikap Remeh Temeh Masalah Komunikasi Orang Ketiga Hutang Kahwin Awal/Muda Ibu Mertua Bau Badan Seks Hambar Cemburu Tidak Sefahaman Kisah Silam

Penceraian dalam konteks islam pula, merupakan sesuatu yang dibenarkan walaupun tidak sukai oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini dilakukan. Seperti firman Allah dalam al-Quran, Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada

bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan. (Surah An-Nisa: 128) Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri malah anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka dengan sebab itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak digalakkan dalam islam. Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap pasangan seperti perasaan sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan kecewa serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan kesan ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka. Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini lebih dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan harian. Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan terhadap anak-anak. Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan yang sangat mendalam dalam proses pembesaran. Mereka mengalami ganguan emosi kerana kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih mentah kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anakanak adalah sebahagian daripada ahli keluarga. Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang dialami oleh anak-anak serta elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan bekas pasangan hidup masing-masing. Berilah peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat daripada penceraian ini. Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau perhatian kerana ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata perpatah Melayu ibarat layang-layang terputus tali dan seperti anak ayam kehilangan ibu merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup.

Penceraian: Faktor-faktor dan kesan-kesannya.


Media bercetak di Malaysia seringkali menyajikan kepada pembacanya tentang kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Isu yang dikatakan sesuatu yang amat serius itu tidak lagi kedengaran asing dan sesuatu yang baru bagi kita. Kes-kes perceraian samaada yang melibatkan artis, selebriti, orang kenamaan dan orang awam semakin meruncing dari hari ke hari. Utusan Malaysia bertarikh 3 Mac 2009 melaporkan bahawa sebanyak 75,299 kes penceraian direkodkan seluruh Negara sepanjang 2007 dan 2008. Angka yang begitu besar itu meningkat dari semasa ke semasa lantaran terdapat banyak lagi kes penceraian yang dilaporkan oleh akhbar tempatan selepas tarikh tersebut sehinggalah sekarang samaada yang sudah selesai ataupun yang masih dalam proses . Terdapat pelbagai ragam manusia yang timbul dalam menyelesaikan masalah penceraian mereka sehingga dibawa ke mahkamah seperti perebutan hak penjagaan anak, masalah pembahagian harta sepencarian, tuntutan mutah dan nafkah anak-anak, kes saman menyaman dan sebagainya sehingga membawa kepada pergaduhan antara dua pihak dan meletakkan kesalahan di antara satu sama lain. Fenomena ini memberikan gambaran yang kurang enak tehadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin meruncing. Baru-baru ini,akhbar melaporkan kes yang melibatkan Sultan Kelantan,Tuanku Sultan Ismail Petra yang dikatakan memfailkan cerai talak tiga keatas isteri keduanya, Che Puan Elia. Apa yang menjadi isu disini ialah mahkamah telah mengesahkan bahawa penceraian tersebut bukan difailkan sendiri oleh baginda tetapi dilakukan oleh individu lain. Tetapi akhirnya mahkamah mengishtiharkan status penceraian itu sah disisi undang-undang berdasarkan saksi-saksi yang ada sewaktu Baginda melafazkan cerai. Mengharungi kehidupan perkahwinan dan menjalankan kewajipan sebagai ibu,bapa, suami dan isteri bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun begitu, ikatan suci yang pada dasarnya bertujuan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni seringkali berakhir dengan satu kisah yang menyakitkan dan menyedihkan iaitu penceraian. Rumahtangga yang dibina selama bertahuntahun akhirnya musnah juga lantaran masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pasangan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Wujud juga situasi dimana perkahwinan yang baru dibina dalam masa yang singkat berakhir dengan penceraian seperti yang berlaku kepada pemain badminton Negara satu ketika dahulu. Beliau telah melafazkan cerai terhadap isterinya Faizah Mohamad, dalam tempoh perkahwinan yang singkat iaitu 12 hari. Perkara halal tetapi dibenci oleh Allah adalah penceraian. Islam sendiri tidak menggalakkan

penceraian bahkan menggalakkan umatnya agar berbincang dan menyelesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Jika sesuatu masalah tidak dapat lagi diperbetulkan, maka Islam mengizinkan penceraian sebagai jalan terakhir. Seperti firman Allah dalam Al-Quran. Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya, Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan. (Surah An-Nisa: 128) Dengan sekali lafaz cerai yang keluar dari mulut suami, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Secara kasarnya, memang nampak mudah dan amat dikhuatiri apabila masyarakat khususnya orang islam akan menganggap bahawa penceraian ini sesuatu yang boleh dipermainkan dan sesuatu yang enteng. Jika berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri, tanpa berfikir panjang bercerai adalah penyelesaiannya tanpa memikirkan natijahnya. Inilah yang berlaku. Namun ketahuilah hakikatnya bahawa penceraian ini merupakan sesuatu yang serius kerana mendatangkan pelbagai implikasi-implikasi yang negatif terhadap banyak pihak. Jika tiada angin,masakan pokok bergoyang. Penceraian yang berlaku pasti ada faktor-faktornya sama ada faktor kecil mahupun besar. Kebanyakan kes penceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Perkara sebegini banyak berlaku di kalangan artis-artis tanah air kita namun tidak kurang juga dikalangan masyarakat umum. Gosip-gosip liar yang disebarkan oleh majalah majalah hiburan menimbulkan kontroversi apabila mereka mendedahkan hubungan seseorang dengan isteri atau suami seseorang yang tidak dipastikan lagi kesahihannya. Sahih atau tidak sahih khabar angin itu, sedikit sebanyak akan menimbulkan syak wasangka dan kemarahan pasangan tersebut. Ada juga sesetengah kes dimana isteri berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Apabila ini berlaku, pasangan tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga dan lebih rela untuk menjadi janda atau duda. Penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah pasangan yang tidak dapat memenuhi kehendak seks masing-masing. Walaupun perkahwinan ini bukan hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, namun isteri atau suami akan berkelakuan dingin dengan pasangan jika terlalu mengikut perasaan. Suami pula akan mengambil keputusan untuk berkahwin lain. Situasi akan bertambah kritikal lagi apabila pasangan tersebut tidak dikurniakan anak kerana masalah batin yang dialami oleh pasangan. Selain itu, tidak sefahaman atau tidak serasi sering menjadi faktor yang menjurus ke arah penceraian. Perselisihan kecil atau perbezaan pendapat sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Demi kesejahteraan rumah tangga,mengapa tidak dibuang sahaja yang keruh serta ambil yang jernih. Setiap pasangan pastinya ada kelemahannya masing-masing. Seelok-eloknya, ambillah masa untuk memahami pasangan masing-masing serta jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk memastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara. Dari sudut lain pula, sifat isteri yang lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga turut menyumbang kepada faktor berlakunya penceraian. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama sebagai seorang isteri dan ibu, mereka seharusnya bijak dalam membahagikan komitmen dan masa untuk kerjaya dan keluarga. Sifat wanita yang tidak mengendahkan kesihatan serta kebajikan suami dan anak-anak menyebabkan mereka rasa tersisih. Masalah ini juga tidak tertumpu kepada kaum wanita sahaja, malahan ada juga kaum lelaki yang bersifat demikian. Komitmen suami yang hanya tertumpu kepada kerjaya menyebabkan hadnya masa untuk berkomunikasi dan berbincang tentang hal kekeluargaan. Isteri pula akan memberontak

dan merungut sehingga tercetusnya pergaduhan. Faktor kewangan juga turut menjadi isu dalam kes penceraian. Masalah ini berlaku tatkala berlakunya perbezaan pangkat dan jurang pendapatan antara suami dan isteri. Apabila isteri mempunyai pangkat dan pendapatan yang lebih berbanding suami, isteri akan merasakan dirinya lebih tinggi daripada suami dan menimbulkan perasaan bongkak sehinggakan isteri tidak lagi patuh dan taat dengan perintah suami. Perasaan hormat terhadap suami semakin hilang dipengaruhi oleh sifat ego. Perkara sedemikian ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan suami merupakan ketua keluarga. Isteri seharusnya membantu dan bertolak ansur dengan suami berkaitan dengan masalah kewangan bukannya dengan mendesak serta merendahkannya. Campur tangan ibu dan bapa dalam masalah rumahtangga anak-anak juga turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Ada sesetengah ibu bapa suka menghasut anak anak mereka untuk bercerai disebabkan mereka tidak suka kepada pasangan anak mereka atau dalam erti kata lain bukan menantu pilihan. Kes sedemikian ini sudah banyak berlaku dan anak-anak pula mudah terpengaruh dengan hasutan ibu bapa tanpa mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Sebagai ibu bapa, mereka tidak harus mencampuri urusan rumahtangga anak-anak sebaliknya menasihati dan mengajar anak-anak dengan perkara yang menjurus kepada kebaikan. Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam Utusan Malaysia bertarikh 3 mac 2010 juga turut mengakui bahawa punca bagi setiap penceraian yang berlaku ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. Katanya lagi, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Penceraian yang berlaku mendatangkan impak-impak yang negatif khususnya terhadap anak-anak. Ia memberi kesan terhadap emosi dan perasaan mereka. Ibu bapa yang bercerai menyebabkan keluarga berpecah belah dan anak-anak kurang mendapat perhatian dari orang tuanya lebih-lebih lagi ketika mereka di dalam proses pembesaran. Mereka akan menjalani kehidupan tanpa sokongan dan rangsangan dari ibu bapa sehingga mendorong mereka untuk melakukan perkara negatif seterusnya terlibat dengan gejala sosial. Prestasi belajar anak-anak juga boleh terjejas lantaran gangguan mental kesan dari penceraian tersebut. Masalah dan konflik yang dialami oleh ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai mangsanya. Dari aspek lain pula, penceraian yang berlaku boleh menyebabkan pasangan dan anak-anak mempunyai perasaan marah,geram,kecewa dan perasaan negatif yang lain. Ada sesetengah ibu atau bapa menghasut anak-anak supaya membenci antara satu sama lain dan meletakkan kesalahan terhadap pasangan masing-masing. Perasaan seperti ini mencetuskan hubungan yang tidak baik dan permusuhan yang berterusan antara ibu atau bapa dengan anak-anak. Perkara sedemikian mesti dielakkan kerana hubungan ibu atau bapa tidak akan terputus dengan anak-anak sampai bila-bila walaupun setelah bercerai. Selain daripada itu, pasangan yang bercerai akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding sebelum ini terutama sekali kaum wanita. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, setelah bercerai pada siapakah lagi yang perlu diharapkan untuk menanggung kos kehidupan melainkan diri sendiri yang perlu berusaha mencari wang. Krisis kewangan mungkin bertambah serius tatkala bilangan anak yang ramai dan masih kecil. Ironinya, janganlah menganggap bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk satu konflik atau masalah yang berlaku. Konsep mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bak kata orang-orang tua, jika mahu bercerai, lihatlah wajah anak-anak kerana di mata mereka ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus . Seboleh-bolehnya, setiap

pasangan perlu banyak bersabar, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa mereka. Pasangan seharusnya meluahkan segala apa yang tidak berkenan dari hati ke hati dan tidak memendam rasa. Bagi kaum lelaki yang dikurniakan sembilan akal, fikirlah dan buatlah sebaik-baik keputusan demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai langkah pertama untuk menuju gerbang kebahagiaan. Bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumahtangga, lengkapilah diri dengan ilmu yang mantap dan mengetahui tanggungjawab yang akan dipikul untuk membentuk keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah.

You might also like