You are on page 1of 2

BAB 4 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 4.1 Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka 1.

. Pengasas kerajaan Melaka Parameswara mengasaskan Melaka pada sekitar tahun 1400. 2. Kedatangan Parameswara Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Parameswara telah berundur ke Temasik dan disambut baik oleh Temagi. Temasik ketika itu berada di bawah naungan Siam. Kedudukan Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara berusaha menjadi pemerintah Temasik dan membunuh Temagi. Kerajaan Siam ingin menuntut beta dan Majapahit cuba menakluki Temasik menyebabkan Parameswara dan pengikutnya meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar. Selepas menetap di Muar, Parameswara meneruskan perjalanannya melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke Utara. Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang Laut, dan orang Asli. Sebab Melaka dipilih sebagai sebuah kerajaan a) Kedudukannya berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. b) Mudah mendapat bekalan air bersih. c) Bentuk muka bumi yang berbukit-bakau menjadi panduan kepada pelayar dan memudahkan pembesar Melaka mengawal keselamatan di Selat Melaka. d) Terdapat pokok bakau dan api-api yang menjadi benteng pertahanan dan pelindung semula jadi. e) Muara sungainya terlindung daripada tiupan angin monsun yang boleh mengganggu kegiatan perdagangan. 4.2 Asal usul Nama Melaka 1. Berasal daripada nama pokok Menurut Sejarah Melayu, peristiwa berlaku semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka. Parameswara melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya. Parameswara menganggapnya peristiwa luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing. Parameswara memilih tempat itu untuk mendirikan kerajaan dan menamakannya Melaka sempena nama pokok Melaka tempat beliau berehat. 2. Berasal daripada istilah Arab Pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama Mulagah yang bermaksud pertemuan dan Malakat, iaitu perhimpunan segala dagang.

3. Mitos Hindu Pokok Melaka dalam bahasa Sanskrit dikenali sebagai Amalaka. Menurut mitos Hindu, Amalaka ialah pokok pertama yang tumbuh di dunia dan dikaitkan dengan tempat tinggal tuhan agama Hindu, iaitu Brahma, Vishnu, dan Shiva. Buahnya dikatakan mempunyai kuasa ajaib. 4.3 Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka 1. Sistem pemerintahan yang teratur Melantik pembesar yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal balairung seri. Melantik 40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja. Mewujudkan jawatan biduanda kecil yang bertugas membawa alat-alat kebesaran diraja. 2. Kemudahan di pelabuhan Pelbagai kemudahan disediakan seperti bekalan air bersih dan makanan, tempat membaiki kapal, tenaga kerja, dan penginapan untuk pedagang. 3. Hubungan diplomatik Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam untuk mengelakkan Melaka daripada serangan Siam dan mengiktiraf kedaulatan Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dcngan kerajaan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka diikuti Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Kerajaan China mengiktiraf kedaulatan Melaka dengan mengurniakan payung kuning, cap mohor, dan sepersalinan pakaian. Hubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan China telah menyebabkan kerajaan Majapahit dan Siam tidak bcrani mengancam dan menyerang Melaka. 4. Bantuan Orang Laut Orang Laut mempunyai ciri kepahlawanan serta mahir tentang keadaan Selat Melaka. Mereka juga taat setia kepada raja dan telah ditugaskan menjaga keselamatan perairan Melaka. Orang Laut membekalkan hasil laut untuk diperdagangkan di Melaka. 5. Ikatan konsep daulat Semangat sedia berkorban dan menghargai pemimpin yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka telah membantu Parameswara mcmajukan dan membangunkan Melaka sehingga mcnjadi sebuah kerajaan yang kuat dan dihormati. Setiap rakyat Melaka memainkan peranan masing-masing untuk membangunkan Melaka. Orang Asli membekalkan hasil hutan dan Orang Laut membekalkan hasil laut untuk diperdagangkan. Orang Laut juga bertugas menjaga perairan Melaka daripada ancaman musuh. Orang Melayu membantu raja dalam pentadbiran dan memegang jawatan sebagai pembesar atau orang suruhan raja di istana.

You might also like