You are on page 1of 14

THE EPISTEMOLOGY OF KNOWLEDGE OF

THE STUCTURE OF ATOM MAWAR ASMAH HUSNA BINTI JASIMIN FAKULTI PENDIDIKAN KIMIA MP092175

UTM 2012

ABSTRAK Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS) bagi matapelajaran Sains di Malaysia menerusi Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains di peringkat sekolah menjadi alternatif pengukuran penguasaan murid terhadap pengetahuan dan kemahiran Sains. Penulisan ini membincangkan perbezaan PBS di antara Malaysia dengan Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat, kelebihan dan manfaat pelaksanaan PBS, masalah dan kekangan perlaksanaan PBS, dan cadangan penambahbaikan pelaksaan PBS di Malaysia. PEKA merupakan instrumen PBS yang menggunakan pendekatan Rujukan Kriteria di mana maklumat tentang penguasaan kemahiran proses sains pelajar sentiasa dikumpul bagi mengetahui status penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Pelaksanaan PEKA Sains dirancang, ditadbir, diskor dan dirumuskan di peringkat sekolah.

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

Menurut Abdul Rahim (2007), proses pengesanan kurikulum perlu dilakukan untuk mengesan perkaraperkara yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspek kualiti kurikulum sedia ada. Matapelajaran Sains adalah di antara matapelajaran yang awal telah dipilih untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui program Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) yang melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah. Dalam Seminar Kebangsaan penilaian KBSM tahun 1996, beberapa kelemahan dalam pelaksanaan KBSM di sekolah telah dikenalpasti iaitu terlalu menjurus ke arah berorientasikan peperiksaan dan mencadangkan supaya bentuk penilaian dikaji semula dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah diberikan pengiktirafan (Zalina, 1996).

Pendidik pada masa kini tidak berpuas hati dengan sistem penggunaan ujian piawai sebagai medium penilaian. Rasa tidak puas hati itu telah mewujudkan kecenderungan untuk mengubah pandangan tentang bagaimana proses pembelajaran berlaku dan situasi pengajaran guru dan pembelajaran murid yang tidak konsisten (Cskiszentmihalyi, 1990, Gardner, 1983, 1984; Kotulak, 1996; Sheridan & Worf, 1991; Smith, 1998; Whang & Waters, 2001). Ujian piawai sering tidak mencerminkan pemahaman sebenar pelajar malah ia hanya sekadar set penilaian beberapa kemahiran yang begitu terhad (Farr, 1992). Oleh itu Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS) menjadi alternatif pendekatan pentaksiran yang lebih bermakna bagi mengukur penguasaan pengetahuan murid. Ini adalah selaras dengan strategi yang dilaksanakan bagi mencapai teras membangunkan modal insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran yang dapat dikuasai oleh pelajar.

Oleh kerana pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains masih baru iaitu bermula pada tahun 1999, penulisan ilmiah terhadapnya masih kurang, maka penulisan ini membincangkan pelaksanaan Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS) bagi matapelajaran Sains menerusi Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains di peringkat sekolah. Secara keseluruhan penulisan ini membincangkan perbezaan PBS di antara Malaysia dengan Singapura,

Kanada dan Amerika Syarikat, kelebihan dan manfaat pelaksanaan PBS, masalah dan kekangan perlaksanaan PBS, dan cadangan penambahbaikan pelaksaan PBS di Malaysia.

2.0 PBS DI MALAYSIA -PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA) SAINS

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ia dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PBS bagi matapelajaran Sains di Malaysia dijalankan menerusi PEKA. PEKA Sains dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains lebih bersifat penilaian alternatif di mana pentaksiran prestasi dilakukan ke atas setiap pelajar. Kaedah penilaian alternatif dilihat sebagai jalan penyelesaian dan amat sesuai digunakan untuk pentaksiran pencapaian dalam kerja amali sains memandangkan kaedah ini lebih banyak melibatkan kecekapan dalam

kemahiran inkuiri dan kemahiran proses sains. Kaedah penilaian alternatif yang dimaksudkan adalah ujian amali,

projek, soal selidik, senarai semak, portfolio, pemerhatian dan temu bual (Doran et. al, 1994). Proses pentaksiran dalam PEKA berdasarkan pada ciri-ciri seperti keserasian dengan kehendak kurikulum, berpusatkan pelajar, telus dan terbuka, kebolehlaksanaan dan sistematik, kepelbagaian berterusan dan bersifat formatif. instrumen yang digunakan, pentaksiran yang

Pentaksiran PEKA Sains adalah proses mengukur tahap penguasaan murid dengan merujuk kepada kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran PEKA bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan murid untuk penambahbaikan. PEKA bertujuan untuk membantu guru merangka pengalaman pelajar yang melibatkan penggunaan kemahiran proses sains. (Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman & Rohaida, 2005) PEKA juga merupakan instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan Rujukan Kriteria' di mana maklumat tentang penguasaan kemahiran proses sains pelajar sentiasa dikumpul bagi mengetahui status penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Pelaksanaan PEKA Sains dirancang, ditadbir, diskor dan dirumuskan di peringkat sekolah. Dalam

pengoperasian PEKA, penyelarasan dan pemantauan perlu dilakukan. Penyelarasan adalah proses yang dijalankan untuk memastikan keseragaman dalam aspek kefahaman terhadap peraturan penskoran, penggunaan yang betul terhadap peraturan penskoran dan pemberian skor yang betul bagi setiap pelajar. Pemantauan pula dilakukan untuk melihat dan memastikan program PEKA Sains dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

2.1 PBS DI SINGAPURA PENTAKSIRAN PRAKTIKAL SAINS (PPS) PBS di Singapura dilaksanakan menerusi Pentaksiran Praktikal Sains (PPS). Beberapa tahun kebelakangan ini, PPS menjadi komponen penting dalam Peperiksaan Cambridge General Certificate of Education Ordinary Level (GCEO) Singapura untuk meningkatkan penekanan kemahiran proses. Kritikan umum berpendapat peperiksaan praktikal hanya memberi penekanan terhadap penghasilan penulisan laporan bukan kepada perlaksanaan proses penyiasatan dan proses berfikir (Tan & Towndrow, 2006; Watson & McRobbie, 2004). Namun, langkah ini turut mendorong pelajar untuk menjalankan tugasan penyiasatan. Menyedari kekurangan ini, Singapura pada akhir tahun 1992 menggantikan satu daripada dua tugasan praktikal dengan tugasan merancang di mana calon perlu menyediakan rancangan masing-masing. Penekanan lebih diberikan kepada merancang eksperimen dan pendekatan terhadap prosedur tanpa menjalankan eksperimen.

Sebuah Laporan Jawatankuasa Kajian Eksternal (1998) yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Singapura telah mengesyorkan supaya aktiviti pembelajaran harus melampaui skor tinggi dalam peperiksaan,

diperluaskan supaya pelajar dibekalkan dengan kemahiran dan kecekapan pada Abad 21, serta memberi penekanan terhadap kreativiti penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal dalam rekaan kurikulum dan pentaksiran.

2.2 PBS DI AMERIKA SYARIKAT Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan lebih awal di luar negara. Di Amerika Syarikat contohnya, pentaksiran prestasi telah dilaksanakan oleh guru-guru Sains bagi mentaksir pelajar-pelajar K-12 di kebanyakan sekolah-sekolah. (Shavelson.et.al, 1991). Tujuan pentaksiran ini adalah untuk menilai kemahiran sebenar pelajar semasa melaksanakan eksperimen sains dan bagaimana pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Strategi pentaksiran prestasi yang dilaksanakan adalah lebih kurang sama seperti pelaksanaan PEKA di Malaysia.

2.3 PBS DI KANADA Di Kanada pula, pentaksiran berasaskan sekolah telah diberi perhatian khusus dan mendapat sokongan melalui penubuhan beberapa program dan modul sebagai panduan kepada guru dan pihak pengurusan sekolah. Nilai (value) yang dianggap termasuk dalam kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) dan bukannya dalam kurikulum bertulis (written curriculum) sebelum ini telah diberi penekanannya sehingga pentaksiran ke atas sikap saintifik dan nilai telah diperkenalkan sebagai salah satu elemen yang dinilai dalam pentaksiran berasaskan sekolah (Saskatchewan Education Report, 1981).

2.4 PBS DI ENGLAND AMALI SAINS Amali Sains telah lama dijalankan di England. Bagi matapelajaran sains tulen, Amali Kimia adalah bermula dari England dengan tertubuh Jabatan Sains sastera pada tahun 1854. Pada masa itu, amali Kimia hanya didemonstrasikan kepada guru untuk menghuraikan konsep, prinsip, fakta atau mengesahkan teori sahaja (Gee & Clakson, 1992). Namun kini PBS menerusi Amali Sains menjadi medium utama pentaksiran bagi menguji tahap penguasaan murid dalam semua kemahiran.

Di England, ramai pendidik sains lebih cenderung kepada pentaksiran kerja amali di peringkat sekolah berbanding dengan peperiksaan amali yang berpusatkan ujian pensil kertas.Para pendidik ini berpendapat antara kelebihan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah adalah guru dapat menyediakan maklumat yang

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan mengenai prestasi amali pelajar dan pelajar juga sentiasa bersedia untuk tugasan secara formatif (Buchan & Jenkins, 1992).

3.0 PERBEZAAN DAN PERBINCANGAN ( KELEBIHAN DAN KEKURANGAN) Pentaksiran berasaskan sekolah menawarkan banyak manfaat berbanding ujian dan peperiksaan yang bersifat sumatif. Manfaat ini termasuk meluaskan skop pentaksiran hasil pembelajaran, pengintergrasian yang padu terhadap hasil pembelajarn untuk penambahbaikan, dan menjana prestasi yang konsisten bukan hanya sekadar pencapaian nilai markah. Hal ini sejajar dengan pemahaman pembelajaran dengan adaptasi tuntutan masa depan komuniti dan ekonomi. Kelebihan perlaksanaan PBS adalah menjadi kunci positif terhadap pembangunan kecekapan guru dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran praktikal serta penyelidikan saintifik. (Ow Mun Hoe & Goh Hong Tiam). Selain itu PBS turut membantu guru untuk lebih memahami kemahiran yang diperlukan dan akhirnya membantu guru mengajar dan membimbing pelajar dengan lebih baik.

Rajah 1 : Perbandingan tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu mengikut kategori (Sumber: Jurnal Pendidikan 2005, UM)

Amali Sains menerusi PEKA merupakan aktiviti yang dijalankan untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Tidak dapat dinafikan bahawa amali Sains penting untuk membantu perkembangan kemahiran saintifik (Burns et al., 1985). Selain itu, amali Sains juga menggalakkan pemupukan pemikiran kreatif dan sikap saintifik pelajar (Gangoli dan Gurumurthy, 1995; Thijs dan Bosch, 1995). Di samping itu, pelajar dapat membuat pemerhatian dan pelajar berpeluang untuk melatih diri mereka mengendalikan alat radas. Amali Sains juga menyediakan maklumat terperinci tentang proses sains dan meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains (Blosser, 1990)

Armstrong juga mengatakan bahawa kaedah saintifik tidak boleh diajar secara kuliah atau melalui teknik demonstrasi. Pelajar dalam bidang Sains perlu melakukan eksperimen sendiri seperti ahli sains atau penyelidik asal (Brock, 1973) untuk menguasai kemahiran saintifik dan pengetahuan Sains. Selain itu, amali Sains dapat meningkatkan kebolehan penyelesaian masalah. Penekanan kemahiran proses yang berbentuk terbuka dapat

menggambarkan Sains secara semulajadi adalah lebih jitu. Oleh yang demikian, amali Sains akan menjadi satu teknik pengajaran yang bernilai sekiranya eksperimen itu diberi tulen tanpa arahan yang jelas (Blosser, 1990). PEKA juga memupuk nilai nobel dan sikap saintifik dalam diri pelajar. Sikap pelajar terhadap Sains juga

menghubungkan perilaku pelajar dalam pembelajaran Sains dan akhirnya terhadap prestasi pelajar dalam Sains bagi jangka masa panjang (Alsop dan Watt 2003; Haladyna et al, 1982).

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara di antara pelaksanaan PBS di Malaysia dan beberapa buah Negara lain terutamanya dari sudut masa. PBS telah diperkenalkan di Amerika Syarikat, Kanada dan England terlalu lama berbanding Malaysia. Oleh itu, faktor masa memberi kesan yang berbeza terhadap pelaksanaan PBS. Namun tujuan dan matlamat PBAS bagi semua Negara yang dibincangkan adalah sama bagi meningkatkan mutu p-engajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

Di Malaysia, pelaksanaan PBS masih diperingkat awal dan memerlukan penambahbaikan serta penstrukturan semula berdasarkan kelemahan yang dihadapi. Alias (2001) dalam kajiannya mendapati kursus yang berkaitan PEKA yang telah dihadiri masih belum memadai untuk membantu guru memahami sepenuhnya prosedur melaksanakan PEKA. Beliau juga menyatakan faktor yang boleh menjejaskan keberkesanan program PEKA mengikut perspektif guru adalah masa yang tidak mencukupi, kesukaran menentukan skor dengan tepat, bilangan

pelajar yang ramai, elemen yang perlu ditaksir terlalu banyak, pemberian skor yang tidak adil, sikap negatif pelajar terhadap PEKA, alat radas dan bahan yang tidak mencukupi serta tiadanya pemantauan dilakukan. Berbeza dengan Negara maju seperti Amerika Syarikat dan England yang berjaya menerapkan kefahaman terhadap PBS dikalangan pendidik.

Namun kekangan lain yang dihadapi oleh SAingapura, Kanada, Amerika Syarikat dan England mendapati kekangan yang dihadapi adalah kekurangan peralatan canggih untuk digunakan semasa menjalankan eksperimen bagi mencapai kemahiran proses yang tinggi. Ada kebimbangan yang menunjukkan peralatan eksperimen yang berfungsi tidak digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengajaran. Pandangan yang diutarakan oleh banyak penyelidik percaya bahawa pentaksiran merupakan motivasi utama untuk mengajar (Millar, 2004; Keiler & Woulnough, 2002; Gott & Duggan, 2002)

Menurut laporan Sektor Penilaian Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2009, terdapat pihak pengurusan sekolah yang tidak memahami konsep dan objektif PBS di sekolah masing-masing. Mereka tidak mengetahui bagaimana dan bila pentaksiran dalam PBS perlu dilaksanakan. Ini menyebabkan ada sekolah

yang tidak melaksanakan PBS secara menyeluruh. Selain itu, pihak sekolah tidak mematuhi prosedur dalam PBS seperti menyerahkan bahan projek kepada calon sebaik selesai peperiksaan sedangkan sepatutnya eviden itu perlu disimpan selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dan diserahkan kepada calon selepas itu dalam masa 30 hari. Mengikut laporan dari Ketua Pentaksir Negeri ada sekolah yang tidak dapat menunjukkan eviden pelaksanaan PBS calon semasa lawatan penyelarasan sedangkan skor telah diisi dalam borang penskoran. Guru kekurangan pengalaman dan kemahiran mengedalikan PBS.

Kajian oleh Yeow (2002) pula mendapati sikap guru terhadap PEKA Sains menunjukkan sedikit cenderung ke arah negatif. Majoriti guru (73.2%) menyatakan pelaksanaan PEKA Sains sangat

membebankan kerja mereka. 65.9% guru pula tidak berpendapat PEKA Sains lebih baik daripada peperiksaan amali yang telah dilaksanakan sebelum PEKA Sains diperkenalkan, manakala hanya 14.6% guru sahaja yang berpendapat pelaksanaan PEKA adalah satu kejayaan. Masalah utama guru semasa pelaksanaan PEKA adalah masa yang tidak mencukupi, perlu mentaksir bilangan pelajar yang ramai, elemen yang hendak ditaksir terlalu banyak dan pelajar bersikap negatif terhadap PEKA.

Kajian oleh Siti Aloyah (2002) yang bertujuan untuk menilai implementasi program PEKA Biologi telah dapat mencungkil beberapa cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru dan pelajar semasa melaksanakan PEKA Biologi. Dapatan kajian beliau mendapati bahawa walaupun pelajar seronok menjalankan aktivitiaktiviti PEKA Biologi tetapi mereka kurang pasti tentang kemahiran yang harus mereka kuasai. Guru pula kurang pasti tentang cara membina serta menggunakan rubrik penskoran dan merasakan mereka memerlukan latihan tambahan. Guru juga membangkitkan tentang masa yang tidak mencukupi serta tugas pentaksiran yang terlalu membebankan dan tidak terurus.Guru juga merasakan bahawa sistem sokongan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak pengurusan sekolah) kurang membantu mereka semasa melaksanakan PEKA Biologi.

Dalam sebuah kajian lain Faiza (2002) juga mendapati masalah yang dihadapi oleh guru adalah skema penskoran yang terlalu rubrik, peralatan makmal yang tidak mencukupi dan pemilihan eksperimen yang sesuai untuk ditaksir. Beliau juga mendapati walaupun pencapaian pelajar dalam PEKA Biologi adalah cemerlang, tetapi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi didapati adalah tidak selari dengan pencapaian dalam PEKA iaitu boleh dibahagikan kepada kategori cemerlang, sederhana dan lemah.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PBS DI MALAYSIA Selain itu, berdasakan masalah dan kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan PEKA guru-guru Sains malah kepada semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PEKA Sains seperti pentadbir sekolah, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia dapat member idea dan input bagi prosesa penambahbaikan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga boleh meninjau pencapaian program PEKA Sains di sekolah dengan memberi perhatian khusus kepada aspek penguasaan guru dalam pelaksanaannya.

Pihak pentadbir boleh merancang kursus dalam

perkhidmatan yang diperlukan oleh guru untuk

penambahbaikan terhadap pelaksanaan PEKA Sains bagi memastikan matlamat PEKA Sains tercapai seperti yang diharapkan. Tahap penguasaan guru yang tinggi dalam melaksanakan PEKA akan mempengaruhi pelaksanaan PEKA secara berkesan dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja kukuh dari segi teori dan

konsep Sains malah dapat menguasai kemahiran saintifik serta dapat memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

5.0 KESIMPULAN Terdapat beberapa perbezaan yang ketara di antara pelaksanaan PBS di Malaysia dan beberapa buah Negara lain terutamanya dari sudut masa. PBS telah diperkenalkan di Amerika Syarikat, Kanada dan England terlalu lama berbanding Malaysia. Oleh itu, faktor masa memberi kesan yang berbeza terhadap pelaksanaan PBS. Namun tujuan dan matlamat PBAS bagi semua Negara yang dibincangkan adalah sama bagi meningkatkan mutu p-engajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

Dalam konteks di Malaysaia, Peperiksaan Amali Sains yang diamalkan sebelum PEKA diperkenalkan sering mendapat kritikan khususnya dari segi kesahan dan keberkesanannya. Kajian oleh Cheong dan Wang (1976) mendapati pelajar gagal menguasai kemahiran proses sains semasa Peperiksaan Amali Sains diamalkan sebagai mod pentaksiran kerja amali sains. Banyak kajian menunjukkan bahawa jika Program PEKA dilaksanakan seperti yang disarankan dalam Buku Panduan PEKA (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 1999), program ini mampu memberi kesan yang memberangsangkan, khususnya dari segi peningkatan penguasaan kemahiran proses sains.

RUJUKAN Azizi Yahaya & Ling Yin Yin (2006) Fakulti Pendidikan, Kepentingan Amali Kimia. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan. Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai. Penerbit UTM. Abdul Rahim Hamdan, Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication. Alias Mingan. (2001). Pelaksanaan Pentaksiran Amali Sains Berdasarkan Sekolah Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan. Alsop, S., & Watts, M. (2003). Science education and affect. International Journal of Science Education, 25(9),10431047. Blosser, P.E. (1990). The Role of Laboratory Science Teaching. Columbia Ohio State University. Brock, W.H. (1973). H. E. Armstrong and the Teaching of Science 1880-1930. New York: Cambridge University Press. Buchan, A.& Jenkins, E.(1992). The Internal Assessment of Practical Skills in Science in England & Wales, 1960 91: Some Issues in Historical Perspective International Journal of Science Education. 14(4), 367 380. Burns, J. C., Okey, J. R. dan Wise, K. C. (1985). Development of an Integrated Process Skill Test: TIPS II. International Journal of Science Education. 14(4):367-380. Cheong, S. Y., & Wang, C. S. (1976). Teacher perceptions of the objectives of science Disertasi Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Cskiszentmihalyi, M. (1990). Flow: The psychology of optimum experience. New York: Harper & Row. Doran, R.L. Lawrenz, F. & Helgeson, S. (1994). Research on assessment in Science. In Gabel, D.L. (Ed). Handbook of Research on Science Teaching and Learning. New York : Macmillan Publishing Company. Faiza Hussein. (2003). Pelaksanaan PEKA Biologi di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Hillcrest, Seri Gombak Selangor Darul Ehsan. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan Farr, R. (1992). Putting it all together: Solving the reading assessment puzzle. The Reading Teacher, 46(1), 26-36. Gangoli, S. G. dan Gurumurthy, C. (1995). Cognitive Effects of Science Experiments Focusing on Students Preconceptions of Force: a Comparison of Demonstrations and Small Group Practical.

International Journal of Science Teaching. 17(3):311-323. Gardner, H. (1983). Frames of mind. New York: Basic Books. Gardner, H. (1984). The mind's new science. New York: Basic Books. Gott, R. & Duggan, S. (2002) Performance assessment of practical science in the UK National Curriculum, Cambridge Journal of Education, 32(2), 183201 Graham Maxwell. (2006) Quality management of school-based assessments: Moderation of teacher judgments. Paper presented at the 32nd IAEA Conference, Singapore, May 2006. Haladyna, T., Olsen, R., & Shaughnessy, J. (1982). Relationships of student, teacher, and learning environment variables to attitudes toward science. Journal of Research in Science Teaching, 20(4), 311324. Keiler, L.S. & Woulnough, B.E. (2002). Practical work in school science: the dominance of assessment. School Science Review, 83(304), 83-88. Kotulak, R. (1996). Inside the brain: Revolutionary discoveries of how the mind works. Kansas City, MO: Andrews & McMeel Lembaga Peperiksaan Malaysia (2007) Dasar Konsep Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia. Millar, R. (2004). The role of practical work in the teaching and learning of science (akses pada talian 28 Jan 2011 di http://www7.nationalacademies.org/bose/Robin_Millar_Final_Paper.pdf) Sheridan, S., & Wolf, W. C. (1991). Results of brain research relevant to education. National Forum of Educational Administration and Supervision, 7(3), 87-100 Smith, F. (1998). The book of learning and forgetting. New York: Teachers College Press. Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman & Rohaida Mohd SAaat (2005) Keberkesaanan Program PEKA Dalam Penguasaaan Kemahiran Prosaesa SAainsa Bersaepadu. Jurnal Pendidikan.Universiti Malaya. Tan, A. L. & Towndrow, P. A. (2006). Giving students a voice in science practical assessments. Dibentangkan pada 32nd Annual Conference of the International Association of Educational Assessment, 21 26 May 2006, Singapura. Thijs, G. D. dan Bosch, G. M. (1995). A Study of the Effectiveness of Guided Open-ended Approach to Physics Experiments. International Journal of Science Educations. 17(2):231-241. Whang, P. A., & Waters, G. A. (2001). Transformational spaces in teacher education: MAP(ing) a pedagogy linked to a practice of freedom. Journal of Teacher Education, 52(3), 197-210. Yeow, Hoo Meng. (2002). Penilaian Guru dan pelajar Terhadap Pentaksiran Kerja Amali Sains Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah di Seremban Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Tidak diterbitkan. Saskatchewan Education Report (1981).Understanding the Common Essential Learnings: A Handbook for Teacher (akses pada talian 15 Ogos 2008 di www. sasked. gov.sk.ca/ docs/midl sci/ asevmsc.html).

You might also like