You are on page 1of 8

Contoh pengajaran Mata pelajaran: Bahasa Melayu Tingkatan 1 Masa : 80 minit Jumlah murid: 40 orang Tajuk: Hadiah Hari

Guru Fokus utama 1.2 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik. Fokus sampingan 7.5 Aras 2 (iii): Mengenal pasti dan menyatakan maksud tersirat dan maksud tersirat Objektif Pada akhir pelajaran, pelajar dapat: (i) berbual tentang hal keluarga dengan bahasa yang sopan, (ii) menyatakan sesuatu maksud yang tersurat dan tersirat yang terdapat dalam teks. (iii) membina ayat tunggal daripada kata kerja. Sistem bahasa Tatabahasa: Sintaksis ayat tunggal Morfologi kata kerja Pengisian kurikulum Ilmu: sastera Nilai: bertanggungjawab, berhemah, kasih sayang Kemahiran Benilai Tambah Kemahiran Berfikir: Membuat ramalan Belajar Cara Belajar: Merujuki kamus untuk mendapatkan maklumat Bahan Bantu Balajar Puisi : Kasih ayah dan ibu
1

Prosa: Hadiah Hari Guru Langkah Pengajaran 1. 2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang struktur dalam sebuah keluarga. Murid membuat simulasi perbualan dalam sebuah keluarga yang terdiri dariada ibu, bapa, dan tiga orang anak ketika sedang berehat di ruang tamu pada waktu malam. Isu yang dibincangkan adalah tentang perkembangan pelajaran anakanak. Murid membaca petikan Hadiah Hari Guru Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan Hadiah Hari Guru. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti maklumat yang tersurat dan tersirat yang terdapat dalam teks. Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks. Kemudian, mereka membina ayat tunggal dengan perkataan tersebut. Murid merujuki kamus untuk memahami makna perkataan dan frasa yang terdapat dalam teks. Murid membuat ramalan kemungkinan yang akan berlaku kepada dirinya jika hari ini mereka tekun belajar. Guru menjalankan aktiviti bayangan minda untuk menerapkan nilai kasih sayang dan bertanggungjawab.

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Contoh 2 Mata pelajaran: Bahasa Melayu Tingkatan 4 Masa : 80 minit Jumlah pelajar: 40 orang Tajuk: Seloka Pak Kaduk Fokus Utama: 10.6 Aras 1(v) Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. Fokus sampingan: 10.5 Aras 2(iii) Menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi. Objektif: Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat: 1. Menghuraikan watak dan perwatakan Pak Kaduk, 2. Menghuraikan maksud perkataan dan rangkai kata dalam Seloka Pak Kaduk, 3. Menulis ayat penyata dengan menggunakan perkataan dan rangkai kata, 4. Menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam Seloka Pak Kadok. Sistem bahasa: Kosa kata kampung tergadai, menongkah surut, menongkah pasang, mudik, hilir, kematian angin, sauh, bayu Sintaksis : Ayat penyata Pengisian kurikulum: Ilmu - Sosio budaya, geografi Nilai - Rasional Kemahiran bernilai tambah:
3

Kemahiran Berfikir - menjana idea Kemahiran Belajar Cara Belajar - mencari maklumat dengan merujuki kamus Bahan Bantu Belajar: Seloka Pak Kadok, Kertas A 4, kompang Langkah pengajaran: 1. Gambar lakaran Pak Kadok ditunjukkan kepada pelajar. 2. Pelajar memberikan ulasan berkaitan dengan gambar tersebut. 3. Pelajar diminta berbincang dalam kumpulan tentang watak dan Perwatakan Pak Kaduk (Sebelum, semasa, selepas membaca teks Seloka Pak Kaduk) 4. Pelajar membentangkan hasil perbincangan kumpulan. 5. Pelajar mencari makna perkataan yang sukar dengan merujuki kamus 6. Pelajat menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam teks.

LAMPIRAN

Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angina Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk.

Kamus Kecilku Kamus kecilku yang cantik, terletak di sudut meja, pandai berbahasa pandai bersuara, sedia memberi maklumat dipinta, setia berkhidmat di mana jua. Apabila aku ingin berbicara, kamus kecilku teman setia, pemberi maklumat akan bahasa, yang gelap menjadi nyata. Kamus kecilku yang cantik, terletak di sudut meja, mewakili seribu buku, menyimpan khazanah ilmu. - Sam

Gurindam Rajin ke Sekolah Jika kita rajin ke sekolah, Tentu beroleh banyak faedah. Jika ingin menjadi pandai, Membaca buku janganlah lalai. Jika ingin menjadi orang terpelajar, Amalkanlah ilmu yang diajar. Ajaran guru jika diikut, Dapat menghuraikan segala yang kusut. Jika ilmu diamalkan selalu, Baiklah perangai dan tingkah laku. Kalaupun ilmu penuh di dada, Tanpa amal sia-sialah ia. -Sam

Kasih Ayah dan Ibu


Ibu mengandung sembilan bulan Lebih dan kurang tak ditentukan Lahirkan dikau berapa kesakitan Berpantang pula minum dan makan Cukuplah masa sampai ketika Lahirlah engkau ke dalam dunia Barulah suka ibu dan bapa Kepada engkau sangat kasihnya Harap ibumu bukan sedikit Tinggilah harap darinya bukit Lama ibumu merasa sakit Sembilan bulan tidak berbangkit Setelah kamu sudahlah ada Siang dan malam ibumu jaga Tidurpun tidak barang seketika Makan dan minum tidak berasa Berapalah dian dengannya tanglung Diangkat dituam lalu dibedung Sudahlah jaga lalu didukung Kasih dan sayang tidak tertanggung Tidaklah tentu siang dan malam Bangun memangku di dalam kelam Terkejut jaga di tengah malam Tidurpun tidak lekat di tilam Rela ibumu menanggung hutang Kain dan baju tidak dipandang Basah diampai kering dipinggang Didukung galas tidak berenggang Kenang ayahmu anak bangsawan Barang katanya jangan dilawan Ibubapamu hubungan tuhan Baru sempurna anak budiman Hai segala anaknya Adam Kasihnya ibu tiada sempadan Kasihnya ayah rela berkorban Badan dan nyawa jadi taruhan (Dipetik dan disesuaikan daripada Warna Sari Sastera Melayu)

Lampiran 4

(2)

KUALI HITAM
(Zurinah Hassan) Sebiji kuali hitam Di dapur rumah kelahiran Adalah teman ibuku Siang dan malam Sebiji kuali hitam Terjerang di atas tungku Adalah penghibur ibu Ketika kami menunggu Sebiji kuali hitam Di atas api siang dan malam Tahun demi tahun Kami tidak pernah menghitung Seorang ibu yang menyayangi sebiji kuali Sering memeluk kami Pernahkah kami perhatikan Matanya yang ditikam serbuk arang Kulitnya yang dikoyak percikan minyak Lengannya yang diserap abu hitam Dahinya yang disengat pucuk api Kami hanya tahu lena kekenyangan Ketika hanya tahu lena kekenyangan Ketika tidur ibu diketuk-ketuk Oleh lelah dan batuk Setelah asap dan abu menggaru-garu Di paru-paru Kami tidak pernah menyedari Dan ibu pun tidak peduli Dia hanya tahu merasa bahagia Melihat kami keriangan Menunggu sesuatu akan terhidang Dan tidak ada yang lebih membahagiakan Dari melihat kami kekenyangan Begitulah tahun demi tahun Kuali yang setia menjalankan tugasnya Hingga kami dewasa dan hidup di kota

Kini di dapur rumahku yang bersih tak ada kuali hitam yang hodoh Cuma pada kesempatan yang tidak selalunya sempat Aku memasak untuk anak-anak Dengan kuali non-stick yang tebal dan mahal Dan sesudah itu membasuhnya Dengan sabun yang lembut Berhati-hati seperti memandikan bayi Mengikut arahan pada buku panduan Suatu hari ibu ke rumahku Dengan kerajinannya yang biasa Memasak untuk kami sekeluarga Cucu-cucunya ternyata amat berselera Dan ibu merasa terlalu bahagia Dan sesudah itu Dengan cara yang dia tahu Mengemas dan merapikan dapurku Dan seperti yang biasa dibuat Pada kualinya di kampung Dia menyental kualiku yang mahal Dengan berus yang kesat Dan spontan aku menjerit Ibu merosakkan kuali saya. Tahukah ibu berapa harganya? Ibu terdiam barangkali hatinya terguris barangkali dia hampir menangis melihat wajahku yang bengis (3) Dan kini Setelah ibu kembali kepada Ilahi Aku menyesali keterlanjuran Kiranya aku telah mengukur kasih sayang ibu Dengan harga sebiji kuali

You might also like