Professional Documents
Culture Documents
PERKARA Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan
HALAMAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Victoria, En. Maslan bin Buniran, kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya, Pn. Abidah Ahmad, yang telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya, iaitu Mohd. Saleh Ahmad dan Rosinar Yusof, kerana memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang riggit telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Fadzlee bin Dato Abu Zaki yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada peruncit gerai pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya ketika kajian ini dijalankan.Antara peniaga yang telah saya temui ialah En. Ramli bin Sarip, Puan. Halimah Saadiah, En. Shanmungalingam ,Puan Chin Yoke Chun, dan banyak lagi.
Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran dan keperluan peperiksaan PMR untuk mata pelajaran Geografi kami dikehendaki untuk menjalankan kerja amali di pada masa lapang. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberi dua pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus PMR 2012. Saya telah memilih tugasan 2 iaitu kajian tentang perniagaan runcit. Jenis perniagaan runcit yang saya pilih ialah perniagaan pasar malam. Kawasan yang saya pilih untuk kajian saya ialah kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Kawasan kajian saya terletak dalam zon Kawasan Perancangan Pusat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Saya memilih kawasan kajian ini memandangkan terdapat jenis perniagaan runcit yang dikaji iaitu pasar malam dijalankan di situ. Selain itu, perniagaan pasar malam di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman ini juga saya dapati sungguh unik kerana menjadi tumpuan peniaga dan pembeli dari kalangan pelbagai kaum. Di samping itu, saya juga ingin mengetahui dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan kajian akibat dari pasar malam yang beroperasi dalam kawasan petempatan Taman Desa. Saya diberikan tempoh selama sebulan untuk menyiapkan tugasan iaitu dari awal bulan Mac hingga pertengahan April.
Kajian ini yang dijalankan di kawasan kajian saya iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
1. 2.
Mentakrifkan konsep dan jenis perniagaan pasar malam. Menyatakan dan menghuraikan kepentingan peniagaan pasar malam di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menyata dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Menghuraikan kesan negatif perniagaan pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Mencadangkan dan menghuraikan langkah untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Memupuk nilai murni dan unsur patriotisme melalui kajian tentang perniagaan pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
3.
4.
5.
6.
Kajian ini telah dijalankan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.Lokasi kawasan kajian terletak di bandar Kuala Lumpur. Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan penting di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India). Di bahu jalan ini terdapat bangunan-bangunan sebelum perang dengan ciri unik yang masih dipelihara. Kebanyakan kedai perniagaan seperti GS Gill, P. Laldan PH Henry juga masih memilih untuk kekal di sini. Antara kompleks membeli belah moden yang ada di sini adalah Sogo dan Maju Junction. Bentuk muka bumi di sini ialah tanah pamah.Purata ketinggian kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman dari aras laut ialah antara 30 meter.Kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman sedang pesat mambangun kerana kawasan sekitarnya merupakan kawasan bandar iaitu bandar Kuala Lumpur.
Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti jenis perniagaan yang dijalankan di pasar malam di Jalan Tunku Abdulk Rahman , lokasi pasar malam, tempoh masa dan hari pasar malam itu berlangsung, suasana sambutan orang ramai, golongan peniaga dan pembeli di pasar itu serta faktor-faktor yang mempengaruhi pasar tersebut. Soal selidik Sebanyak 20 Borang soal selidik telah di sebarkan. Melalui kaedah ini saya telah menanya para peniaga tentang jenis perniagaan yang mereka jalankan. Rujukan Saya telah membuat rujukan dengan melayari internet. Melalui internet saya telah berjaya mendapatkan imej peta dan contohcontoh kerja kursus.
Peluang Pekerjaan
Melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan di pasar malam Tunku Abdul Rahman, kebanyakan peniaga di kawasan ini merupakan orang melayu yang tidak ada pekerjaan. Malah terdapat juga beberapa remaja sedang berniaga sementara menunggu keputusan SPM mereka.
BIL
1 2 3 4 5 6 7
JENIS KEDAI
MENJUAL MAKANAN MENJUAL BARANGAN SEGAR MENJUAL BARANGAN PERUMAHAN MENJUAL PAKAIAN MENJUAL PERMAINAN MENJUAL BARANGAN KEPERLUAN MENJUAL CD JUMLAH
BILANGAN KEDAI
15 4 2 7 2 6 4 40
SUMBER:MELALUI PEMERHATIAN
8.3 : Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Jalan Tunku Abdul Rahman
Governan
- Kerajaan telah menyediakan tapak perniagaan yang cukup luas untuk peniaga menjalankan aktiviti perniagaan. Tapak yang disediakan oleh kerajaan sangat luas hingga boleh menempatkan sehingga 400 buah gerai kecil.
Modal
- Perniagaan runcit ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga hanya mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200-RM 300 Untuk berniaga di sini.
Pertambahan penduduk
- Kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barang keperluan harian. Semakin lama semakin ramai orang berkunjung dan berniaga di sini. Ini kerana bilangan penduduk sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman ini semakin bertambah.
Darjah ketersampaian
- Lokasi pasar malam ini sungguh strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Juga Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan jalan utama untuk kenderaan. Hal ini memudahkan pengguna untuk ke pasar malam ini. Saya rasa beruntung kerana adanya sistem perhubungan yang sistematik di bandar Kuala Lumpur ini.
Harga barang di sini tidak mengikut kuota yang ditetapkan oleh kerajaan malah lebih tinggi
Ada penjual yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan yang tidak berkualiti
Pasar malam di sini membawa kepada kesesakkan lalu lintas yang berlebihan
8.5 : Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah menetapkan hukuman yang berat kepada peniaga atau pengguna yang menyalahi undangundang. Contohnya kepada peniaga yang menjual CD cetak rompak.
Pengawalan harga
- Kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar malam ini bagi mengelakkan pengguna ditipu. Contohnya, penjualan kasut kulit yang kononnya tulen. Banyak barangan yang dijual di pasar malam merupakan barangan yang tidak tulen. Pengguna haruslah bijak dalam menilai sendiri nilai barangan tersebut.
Kempen kesedaran
- Kerajaan wajarlah melakukan kempen kesedaran bagi menyedarkan golongan belia tentang akibat jika mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah atau tidak bermoral. Kempen ini boleh dilaksanakan melalui poster atau risalah bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan pengguna.
Berdasarkan kajian saya,perniagaan pasar malam bererti perniaagan kecil yang dibuka pada waktu malam yang menjual pelbagai jenis barangan.Perniagaan runcit penting kerana boleh menngkatkan taraf hidup,menjimatkan kos pengguna,memudahkan penduduk tempatan membeli barangan,menyediakan peluang pekerjaan dan lain-lain. Perniagaan runcit dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti infrastruktur,pertambahan penduduk kesesuaian waktu berniaga dan governan.Antara kesan negatif perniagaan runcit adalah pencemaran,barangan tidak berkualiti,kesesakkan lalu lintas dan harga tanpa kawalan.Antara cadangan untuk mengatasi kesan-kesan negatif berikut adalah seperti pengawalan harga barang,kuatkuasa undangundang,peranan dan pemantauan PTB atau persatuan penduduk dan kempen kesedaran.Saya sangat berharap agar semua rakyat Malaysia bersyukur atas kelebihan yang telah kerajaan berikan kepada kita.
ORANG SUMBER
1.ENCIK BADRI BIN SHAMSUL YUSOF YANG BERALAMAT 52, JALAN HAMZAH, KAMPUNG BAHRU, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2.ENCIK JAGATHESAN A/L THESAN YANG BERALAMAT A-10-8 ESTANA COURT KAMPUNG PASIR, AMPANG WILAYAH PERSEKUTUAN.
JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN: KEPENTINGAN PASAR MALAM DI JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN:
TANDATANGAN _______________
JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN: KEPENTINGAN PASAR MALAM DI JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN:
TANDATANGAN _______________
JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN: KEPENTINGAN PASAR MALAM DI JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN:
TANDATANGAN _______________