You are on page 1of 19

1

REINKARNASI DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENGAMALAN IBADAH PENGANUT AGAMA HINDU DAN BUDDHA

ABSTRAK Reinkarnasi atau kebangkitan semula merupakan salah satu pokok ajaran dan pegangan agama Hindu dan Buddha. Reinkarnasi atau disebut samsara merupakan proses kelahiran semula (rebirth) secara berulang-ulang oleh setiap yang bernyawa sehinggalah ia mencapai satu tahap pelepasan yang paling mutlak atau disebut nirvana atau moksha dan ianya tidak akan dilahirkan semula lagi. Penganut agama Hindu dan Buddha secara lahiriahnya menjadikan reinkarnasi sebagai satu matlamat hidup mereka agar mereka dilahirkan semula sebagai sesuatu yang lebih baik daripada kehidupan sebelumnya. Penulisan artikel ini akan mengkaji pengaruh

pemahaman penganut agama Hindu dan Buddha terhadap proses reinkarnasi dalam pengamalan ibadah mereka seharian. Selain itu, penulisan akan tertumpu kepada perbandingan konsep di antara reinkarnasi dalam agama Buddha dan Hindu. kajian ini dilakukan secara kajian

perpustakaan dengan meneliti buku-buku, laman sesawang serta artikel jurnal yang berkaitan serta temubual bersama beberapa orang penganut agama Hindu dan Buddha. Secara umumnya, hampir kesemua penganut agama Hindu dan Buddha mempercayai mereka akan dilahirkan semula atau melalui proses reinkarnasi sehinggalah mencapai tahap moksha atau nirvana dan pengamalan ibadah mereka merupakan satu ritual supaya mereka tidak dilahirkan semula sebagai sesuatu yang lebih buruk daripada kehidupan mereka sekarang. Kata Kunci : Reinkarnasi, Hindu, Buddha, Ibadah, Penganut

ABSTRACT Reincarnation or rebirth is an important teaching in Hinduism and Buddhism. Reincarnation or also called Samsara is a process cyclic human existence until they reached the highest or purest level of life called nirvana or moksha. Reincarnation also is something that every Hindus and Buddhist believed so that they will rebirth as something better than before. This article will study the connection of understanding reincarnation and doing worship by Hindus and Buddhist and will examine the comparison between reincarnation of Buddhist and Hindus. This study is using the library research and interview as method of study. All the books, articles from journals, other publications also relevance websites was used by researcher of this article. The interview involves some of the Hindus and Buddhist worshippers. Generally, almost all the Hindus and Buddhist believed in reincarnation and their worshipping is an important ritual so that they will never reborn as something bad than their life now. Keywords: Reincarnation, Hindu, Buddhist, worship, worshippers

1.0

Pengenalan

Reinkarnasi adalah satu proses penjelmaan semula (seseorang) dalam bentuk tertentu selepas kematian (Kamus Dewan 2002). Bagi penganut agama Buddha dan Hindu, setiap kehidupan mereka akan berulang-ulang iaitu kelahiran membawa kepada kematian dan kematian membawa kepada kelahiran semula. Proses ini dikenali sebagai reinkarnasi atau transmigrasi roh atau jiwa. Dalam Bahasa Inggeris, proses ini disebut sebagai reincarnation atau transmigration of the soul manakala dalam Bahasa Arab disebut tanasukhul arwah. Dalam agama Hindu dan Buddha pula, proses kelahiran semula ini dikenali sebagai samsara (Gwaynne 2009). Menurut N.M Idaikkadar (1979), setiap roh akan mengalami beberapa kali hidup dan mati. Jasad itu akan binasa tetapi tidak pada roh. Proses lahir dan mati itu akan berterusan sehinggalah roh itu mencapai kebebasan dengan kesedarannya kepada Tuhan. Proses kelahiran semula ini juga berkait rapat dengan karma atau tanasukh. Penganut Hindu dan Buddha

percaya untuk dilahirkan semula sebagai seseorang yang baik atau memiliki kehidupan yang sempurna mereka haruslah melakukan kebaikan di kehidupan dunia pada masa kini. Selain itu, setiap orang daripada penganut agama Hindu dan Buddha juga sentiasa akan memperbaiki diri mereka agar mereka terlepas daripada kelahiran semula dan seterusnya mencapai moksha atau nirvana. Pelbagai pentafsiran dibuat mengenai reinkarnasi serta moksha atau nirvana dan ianya berbeza di antara agama Hindu dan Buddha. Konsep ini secara langsung menafikan apa yang dipegang oleh penganut agama monoteisme atau agama Samawi seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Agama Islam khususnya, menentang kepercayaan kepada konsep reinkarnasi kerana setiap manusia yang hidup akan mati dan dibangkitkan semula hanya pada hari pembalasan di Akhirat nanti. Firman Allah : Hanya kepadaNyalah kamu semuanya akan kembali; sebagai janji yang benar daripada Allah, Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh

dengan adil. dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka. (Al-Quran Yunus 10: 4) Secara ringkasnya, reinkarnasi merupakan satu kepercayaan yang paling utuh dipegang oleh setiap penganut agama Hindu dan Buddha dan setiap amalan atau perbuatan mereka di dunia ini adalah untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik selepas kelahiran semula nanti. Ianya secara langsung berkaitan dengan ibadah atau ritual keagamaan mereka termasuk upacara-upacara tertentu yang dilakukan mereka setiap hari. Justeru, penulisan artikel ini akan mengkaji sejauh mana, penganut agama Hindu dan Buddha pada hari ini percaya dan faham akan konsep reinkarnasi dan adakah ianya menjadi satu faktor pendesak penghayatan agama mereka melalui ibadat dan ritual-ritual tertentu.

2.0

Reinkarnasi Hindu dan Buddha

Dalam membicarakan proses reinkarnasi ini perbincangan haruslah meliputi dua aspek yang utama iaitu reinkarnasi menurut perspektif agama Hindu dan Buddha. Walaupun pada

dasarnya, reinkarnasi dilihat sama menurut perspektif kedua-dua agama, namun, ianya tetap berbeza dalam ruang lingkup yang tertentu dalam kedua-dua agama tersebut.

2.1

Reinkarnasi Dari Perspektif Agama Hindu

Dalam agama Hindu, reinkarnasi merupakan satu proses kelahiran semula yang berulang-ulang atau disebut samsara. Menurut kitab Bratayuda, jiwa atau roh itu kekal dan tidak hangus terbakar dek api atau basah dek air dan tidak akan kering kerana panasnya matahari ataupun tiupan angin. Roh umpama pakaian yang sama namun dipakai dan dibuang oleh berlainan orang iaitu roh itu berpindah-randah daripada satu jasad ke jasad yang baru (Sukardji et. Al 1973). Agama Hindu juga menekankan konsep karma dalam pemahaman reinkarnasi mereka. Dalam erti kata yang lain, setiap perbuatan menghasilkan balasan yang menyerupainya pada kehidupan yang sebelumnya dan selepasnya. Jika dalam kehidupan yang lepas, seseorang itu

melakukan banyak kebaikan, maka, dia akan mendapat banyak kebaikan pada kehidupan kini dan begitulah seterusnya sehinggalah dia mencapai tahap moksha iaitu mencapai kebebasan dengan kesedarannya kepada Tuhan (N.M Idaikkadar 1979). Penjelasan tentang konsep reinkarnasi ditemukan dalam kitab Upanishad agama Hindu. Di dalam Upanishad ketiga, Chandogya, dikatakan bahawa Brahmin tidak mempunyai pengetahuan tentang reinkarnasi, para guru dari kasta penguasalah yang mengajarkannya kepada para Brahmin. Upanishad mengajarkan setiap Atman (jiwa atau roh) akan berpindah dari satu kehidupan ke kehidupan yang lain melalui kelahiran kembali yang disebut Samsara. Penganut agama Hindu juga percaya setiap penderitaan yang dialami pada masa hidup kini adalah akibat daripada kejahatan yang telah dilakukannya pada masa lampau. Dalam erti kata yang lain, penderitaan itu adalah hukum Karma. Untuk memastikan nasibnya berubah pada kehidupan yang akan datang, seseorang itu haruslah melakukan banyak kebaikan justeru mengelakkannya daripada melalui penderitaan yang lebih teruk di masa kehidupan akan datang (Rahmat 1979). Penganut agama Hindu diseru supaya berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapat kebebasan daripada penderitaan yang akan datang seterusnya menyelamatkan dirinya daripada lingkaran kehidupan dan perpindahan roh yang berpanjangan. Inilah yang dimaksudkan sebagai moksha. Bagi mencapai moksha, seseorang itu hendaklah menghancurkan nafsu dan naluri jahat dari dalam dirinya dan menumbuhkan ketenangan dan menghilangkan kehendak sehinggalah dalam dirinya tidak terdapat lagi sisa-sisa karma yang boleh membawanya kembali lahir dalam kehidupan yang lain. Moksha juga merupakan tujuan terakhir kehidupan penganut agama Hindu.

2.2

Reinkarnasi Dari Perspektif Agama Buddha

Melalui perspektif agama Buddha pula, reinkarnasi merupakan satu proses kelahiran kembali tanpa melibatkan atman roh seperti yang difahami oleh penganut agama Hindu. Dalam konsep Buddha, istilah roh atau jiwa yang kekal tidak wujud kerana agama Buddha menganut konsep anatta (tanpa roh). Ajaran Buddha tidak mengakui tubuh itu sebagai diri, kerana tubuh itu menerima sakit dan mati. Tidak ada suatu pun yang kekal yang berpindah setelah

kematian, yang ada hanyalah suatu tenaga yang meneruskan kehidupan seterusnya. Ibarat api lilin yang diteruskan dari satu lilin ke lilin yang lain, api lilin itu sendiri tidak berpindah, kerana lilin-lilin sebelumnya tetap bernyala, melainkan kerana adanya keadaan sumbu lilin yang menungkinkan lilin-lilin berikutnya menyala (http://indonesiaindonesia.com/f/34696-

reinkarnasi-rebirth-kelahiran-kembali 2012). Demikian yang dimaksudkan diri pada pandangan ajaran Buddha, manusia terlahir kembali kerana masih ada penderitaan yang tidak terlepas daripada kehidupan sebelumnya ataupun masih belum musnah setiap nafsu dan kehendaknya. Lilin yang kekal menyala

diibaratkan sebagai reinkarnasi manakala sumbu lilin yang menyebabkan lilin itu kekal menyala ialah karma yang dibawa daripada kehidupan lalu berikutan setiap perbuatan manusia itu yang masih tidak dapat melepaskan dirinya daripada nafsu. Setiap manusia yang berhenti daripada mengkehendaki kesenangan, hawa nafsu dan keinginan untuk hidup akan mencapai tahap nirvana dan tidak akan melalui proses reinkarnasi lagi. Pandangan mengenai samsara dalam agama Buddha berasal daripada pemerhatian terhadap kitaran semulajadi dunia tumbuh-tumbuhan iaitu setiap pokok dan tumbuhan akan mati pada musim sejuk dan tumbuh kembali hidup pada musim bunga. Walaubagaimanapun, ianya berbeza dalam samsara atau reinkarnasi kehidupan manusia. Setiap manusia akan melalui kehidupan baru pada setiap kelahiran semulanya dengan membawa karma daripada kehidupannya yang lepas. Bagi penganut agama Buddha, karma adalah mengikut tahap mereka memperhambakan unsur-unsur ketamakan, kebencian dan kejahilan dalam kehidupan yang lalu (Gwynne 2002). Samsara dalam ajaran Buddha dikenali sebagai Roda Kelahiran Semula atau The Wheel of Rebirth (Rajah 1). Ianya merangkumi enam tingkatan atau jalan kelahiran kembali.

Tingkatan-tingkatan itu adalah alam syurga atau para dewa, manusia, asuras (titans) atau makhluk yang memliki banyak kebaikan dalam kehidupan tetapi masih suka melawan, hantu kelaparan iaitu makhluk yang menderita kelaparan berterusan, haiwan dan neraka. Bagi mereka yang mendalami dengan sesungguh-sungguhnya ajaran Buddha seperti sami dan para bikhu berkemungkinan besar akan mendapat karma yang baik ketika kematian dan lahir semula di dalam alam syurga atau para dewa mahupun bebas daripada reinkarnasi. Mengikut hierarki, alam syurga merupakan tempat kebahagiaan dan ketenangan yang menjangkaui semua

keseronokan yang ada di dunia. Asuras pula sentiasa diselubungi perasaan cemburu kepada tingkatan alam syurga dan menyebabkan mereka terhalang daripada merasai keseronokan dan kebahagiaan. Alam manusia ialah alam di dunia ini yang merangkumi kesedihan, kegembiraan, kesakitan dan kepuasan. Dunia hantu lapar pula adalah yang terendah dalam hierarki di mana makhluk ini sentiasa kecewa kerana mempunyai mulut yang kecil tetapi selera yang besar mengakibatkan mereka sentiasa lapar. Dunia haiwan juga merupakan satu tingkatan yang rendah kerana makhluk haiwan tidak mempunyai akal kecerdikan, kesedaran dan kebebasan yang dinikmati manusia. Akhir sekali, tingkat neraka di mana semua yang dilahirkan semula dalam tingkatan ini akan menderita dan terseksa sehinggalah karma yang buruk itu dibersihkan dan ia mampu dilahirkan semula ke dalam tingkatan yang lebih tinggi (Gwynne 2002).

Rajah 1 : Roda Kelahiran Semula (The Wheel Of Rebirth)

Mengikut ajaran Buddha, tujuan terakhir manusia setelah tidak lagi menjalani reinkarnasi adalah tahap nirvana. Perkataan nirvana dari segi bahasa bererti pemadaman.

Namun ianya tidak bererti padam atau hapusnya manusia itu kerana ajaran Buddha sentiasa menekankan bahawa diri atau peribadi manusia itu hakikatnya tidak wujud. Namun, hakikat nirvana yang wujud dalam ajaran Buddha telah melalui berbagai pendefinisian seiring beberapa peringkat sejarah. Pada awalnya, Buddha mengatakan bahawa Nirvana adalah penggabungan dengan Tuhan dan fana di dalamnya. Namun, setelah beberapa ketika, Buddha telah menafikan kewujudan Tuhan. Dia tidak membicarakan hal-hal berkaitan ketuhanan dan berpendapat

bahawa pelepasan manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhan (Smith 1995). Dengan pengingkaran ini, Nirvana bukan lagi bererti penggabungan dengan Tuhan tetapi telah membawa kepada dua pengertian yang berikut (Sukardji et. Al. 1973): 1. Nirvana dapat dicapai oleh manusia di dunia. Untuk mencapainya, seseorang harus melepaskan atau memadamkan seluruh hawa nafsunya. 2. Nirvana yang tercapai setelah kematian. Ianya tercapai justeru berhentinya proses reinkarnasi manusia yang membawa karma iaitu kesucian yang paling sempurna. Nirvana juga difahami sebagai perdamaian yang tertinggi merangkumi perbehentian segala karma, terurainya dasar-dasar keadaan, musnahnya segala nafsu, penghapusan segala kejahatan, tidak ada yang datang dan tidak ada juga yang pergi, tidak ada yang lahir mahupun mati serta tidak ada penderitaan dan tidak ada yang terlepas (Sukardji et. Al 1973). Hakikatnya, nirvana tidak mungkin dapat dijelaskan dengan bahasa manusia yang hidup ini kerana ianya adalah satu suasana yang maha nikmat yang tidak pernah dapat dibayangkan oleh manusia (Rahmat 1979).

3.0

Ibadah, Upacara Dan Ritual Keagamaan

Setiap agama mempunyai upacara atau ritual keagamaan yang tersendiri.

Ianya turut

merangkumi setiap perayaan dan kebudayaan agama tersebut. Agama yang tidak mempunyai pengertian dan belum dapat meresap ke dalam kebudayaan sesuatu bangsa tidak dapat bertahan lama dan hanya akan menjadi falsafah yang menghilang saban waktu. Setiap penganut semua

agama memerlukan bimbingan agama untuk menjalani kehidupan seharian.

Secara tidak

langsung, mereka akan mencapai ketenangan dan mempunyai matlamat hidup yang tersendiri. Upacara, ritual, adat-istiadat dan ibadah setiap agama diterima sebagai sebahagian pelengkap kepada agama tersebut seterusnya mencerminkan identiti setiap penganutnya.

3.1

Ibadah Penganut Agama Hindu

Upacara keagamaan agama Hindu sebahagian besarnya berkait rapat dengan penyembahan berhala. Penyembahan berhala ini merupakan amalan penganut agama Hindu yang sangat tua dan dapat disusur semula sehingga tarikh 3000 S.M iaitu pada zaman Tamadun Lembah Indus. Bagi penganut agama Hindu, berhala melambangkan Tuhan Yang Maha Kuasa. Tempat

peribadatan penganut agama Hindu adalah di kuil-kuil ataupun di rumah masing-masing. Setiap rumah akan menyediakan satu ruang untuk melakukan pooja. Ruang tersebut atau dikenali sebagai altar diletakkan patung-patung jelmaan dewa-dewa tertentu yang menjadi sembahan mereka. Penganut agama Hindu terdiri daripada pelbagai mazhab yang membezakan mereka adalah Tuhan atau Dewa sembahan mereka. Berhala-berhala yang paling digemari untuk disembah adalah Siva, Sakti dan Visynu dan Ganapati (N.M. Idaikkadar 1979). Melalui temuramah yang telah dijalankan pengkaji, kebanyakan penganut agama Hindu melakukan upacara penyembahan berhala pada setiap hari. Kebiasaannya, upacara puja

dilakukan pada setiap pagi sebelum bersarapan dan setiap petang sebelum makan malam. Ianya dilakukan sama ada di rumah mahupun di kuil-kuil Hindu yang berdekatan. Mereka biasanya menyanyi lagu-lagu suci pujian Tuhan dan Dewa, membaca mantra, membaca kitab-kitab suci agama Hindu dan lain-lain (Siveram Marthammuthu 2012). Bunyi-bunyian yang selalu

dinyanyikan oleh penganut agama Hindu pada setiap hari diambil dari ayat-ayat suci dan diucapkan pada setiap masa lapang. Ianya umpama satu zikir untuk mendekatkan diri

penganutnya dengan Tuhan. Contoh mantra yang diucapkan diambil dari Kitab Rig Veda (Rahmat 1979) : Oh Dewa! Semua namamu dan bentukmu dimuliakan, dihormati dan dikasihi. Semua engkau yang telah turun dari langit dan bumi, dengarlah seruanku

10

Setiap penganut agama Hindu akan memuliakan berhala sembahan mereka dengan dikenakan pakaian daripada kain sutera dan dihias dengan pelbagai aksesori dan bungabungaan. Semua berhala juga akan dihidangkan dengan makanan dan minuman. Selain itu, ritual lain yang diamalkan oleh penganut agama Hindu adalah yang berkaitan dengan sesuatu perayaan keagamaan mereka. Agama Hindu merupakan agama yang

mempunyai paling banyak upacara dan perayaan keagamaan. Antaranya Thaipusam, Diwali, Holi, Rakhi Bandan, Vratas dan sebagainya. Setiap upacara atau perayaan tersebut mempunyai sejarah dan kepentingan yang tertentu dalam agama Hindu. Selalunya, para penganut agama Hindu akan berkumpul di kuil-kuil dan melakukan upacara sembahyang atau puja dengan diketuai oleh para sami dan terdapat juga ritual-ritual khusus dalam setiap upacara dan perayaan (Gwynne 2002). Salah satu upacara yang sering dilakukan oleh penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Jitra, Kedah ialah upacara perarakan Patung Dewa Muruga mengelilingi sekitar kawasan perumahan yang berdekatan kuil tersebut. Patung Dewa

berkenaan diararak di atas sebuah kenderaan yang ditarik oleh dua ekor lembu putih. Upacara ini diadakan setahun sekali dan selalunya diadakan pada malam hari sekitar hujung tahun. Para penganut agama Hindu akan keluar beramai-ramai berkumpul di hadapan rumah masing-masing dan meraikan perarakan yang berlangsung dengan bunyi-bunyian gendang dan nyanyiannyanyian keagamaan. Seterusnya, mereka akan memuja patung dewa tersebut dan mengambil berkat daripada lembu yang menarik kenderaan tersebut (Ravi Ragavan 2012). Seterusnya, satu lagi ritual atau amalan penganut agama Hindu yang sering dilakukan ialah yoga. Yoga merupakan satu ritual untuk mencapai pembebasan diri dan mencapai

penyatuan dengan Tuhan. Terdapat tiga bentuk yoga yang diamalkan oleh penganut agama Hindu iaitu Raja Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga. Seseorang penganut agama Hindu akan mengamalkan yoga sebagai satu bentuk meditasi yang disertai dengan mantra-mantra yang tertentu diiringi teknik pernafasan yang tertentu untuk mencapai ketenangan jiwa dan sebagai satu amalan ibadah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan (Smith 1995).

11

3.2

Ibadat Penganut Agama Buddha

Menurut Bhante Dr K Sri Dhammananda (2012), kemajuan batin merupakan aspek terpenting di dalam agama Buddha. Untuk mencapai kemajuan batin itu, satu pemupukan asas moral haruslah dimulakan dengan memahami ajaran Buddha dengan sepenuhnya. Bagi menghuraikan ritual peribadatan penganut agama Buddha, penting sekali untuk memahami bahawa agama Buddha bukanlah satu agama yang menjuruskan peribadatannya kepada menyembah Tuhan mahupun dewa-dewa tertentu. Ianya merupakan satu agama yang tidak menyembah berhala atau dalam erti kata yang lain, patung-patung Buddha yang didirikan bukanlah bertujuan untuk disembah oleh para pengikutnya seperti yang dilakukan oleh penyembah berhala penganut agama lain seperti Hindu. Tetapi, ianya merupakan satu simbol untuk memberi penghormatan dan membantu para penganutnya mengingati Buddha. Mereka percaya bahawa diri mereka sendiri yang bertanggungjawab di atas penyelamatan diri mereka, dan tidak bergantung kepada sesiapa pun termasuk Buddha. Perbuatan menghargai dan menghormati ciri-ciri suci yang dimiliki oleh pengasas agama itu, Buddha merupakan satu perbuatan yang dianggap berpahala dan membawa berkat. Di dalam agama Buddha, terdapat tiga objek yang suci untuk diberi penghormatan. Ianya adalah Buddha, Dhamma dan Sangha. Di dalam Bahasa Pali, objek-objek tersebut

disebut sebagai TiRatana. Penganut agama Buddha di seluruh dunia memberi penghormatan kepada objek-objek tersebut. Selain itu, mereka turut mendirikan patung berimej Buddha, pagoda serta menanam pohon Bodhi di setiap Vihara (Kuil Buddha atau Wat) sebagai objek agama untuk diberi penghormatan (Bhante 2012). Seorang penganut agama Buddha tidak melakukan sembahyang ataupun pemujaan, sebaliknya mengamalkan meditasi untuk latihan minda dan disiplin diri. Untuk tujuan meditasi tersebut, sesuatu objek diperlukan untuk menumpukan minda. Gambar atau patung Buddha seringkali dijadikan sebagai objek penumpuan fikiran dan pengawalan minda. Setiap

penganutnya akan memiliki atau menyimpan imej atau gambar Buddha di dalam rumah sebagai satu objek penghargaan dan penghormatan. Mereka percaya, rekabentuk patung Buddha yang tenang, melambangkan Metta iaitu kasih-sayang, kesucian dan kesempurnaan menjadi satu inspirasi untuk mengatasi segalan kesusahan dan penderitaan yang dialami (Bhante 2012).

12

Antara amalan harian yang sering dilakukan oleh penganut agama Buddha ialah memberi penghormatan kepada Buddha pada setiap awal pagi dan sebelum tidur. Kadang-kala, amalan puja dilakukan dengan membaca Kitab Sutta Pitaka. Selain itu, penganut agama

Buddha juga sering mengunjungi Vihara pada hari bulan purnama dan hari bulan baru (hari pertama dan hari ke-15 kalendar Cina). Mereka akan berada di kuil selama sehari dan

mengikuti upacara-upacara keagamaan seperti meditasi, perbincangan agama, membaca bukubuku agama serta mengeratkan hubungan kasih-sayang sesama penganut agama tersebut (Bhante 2012). Selain itu, seperti juga penganut agama Hindu, penganut agama Buddha juga melakukan upacara-upacara tertentu mengikut perayaan dan sambutan yang diadakan. Contohnya, Hari Wesak, Tahun Baru, Ulambana atau perayaan Hantu Lapar, pemberkatan rumah, penghormatan kepada dewa, kelahiran bayi, perkahwinan, ketika sakit, kematian dan sebagainya. Di setiap sambutan perayaan atau hari-hari keramaian, upacara-upacara khusus akan diadakan mengikut peraturan ajaran dan tradisi Buddha. Selalunya, para penganut agama Buddha akan berkunjung ke Vihara untuk mendapatkan berkat daripada TiRatana ataupun kadang-kala mereka menjemput para bikhu bertandang ke rumah untuk membaca sutta-sutta atau menjalankan upacara-upacara tertentu (Chiah Yuek Meng 2012).

4.0

Reinkarnasi Dan Kaitannya Dengan Pengamalan Ibadah

Perbincangan sebelum ini, telah menghuraikan dengan terperinci konsep reinkarnasi melalui sudut pandangan agama Hindu dan Buddha serta pengamalan ibadat atau ritual keagamaan yang penganut agama tersebut lakukan. Bagi menghubungkan kedua-duanya, pengkaji telah meneliti bahan-bahan bacaan yang terkumpul serta menemubual beberapa orang penganut agama Hindu dan Buddha. Dalam pengamalan ibadah penganut agama Hindu dan Buddha, mereka

menekankan aspek ritual atau tatacara keagamaan bagi memastikan ianya dilakukan secara sempurna dan menepati kehendak agama. Setiap ibadah yang dilakukan mendapat bimbingan para sami dan bikhu serta melalui kitab-kitab suci agama masing-masing.

13

Melalui kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati, penganut agama Hindu sangat berpegang teguh dengan kepercayaan mereka kepada reinkarnasi. Setiap amalan yang mereka lakukan bertujuan untuk hidup bahagia dan tidak menderita di kehidupan yang akan datang. Ianya jelas menjadi faktor pendesak penghayatan agama dan pengamalan ibadah mereka. Sebagai contoh, setiap hari mereka akan melakukan penyembahan berhala dan mengunjungi kuil-kuil yang berdekatan. Namun, ianya dilihat lebih terkesan kepada golongan yang lebih tua berbanding mereka yang masih muda. Maksudnya, golongan tua lebih mementingkan upacara ritual dan pemujaan berbanding golongan muda yang tidak mahu melakukannya. Setiap

upacara perkahwinan, kematian, perayaan, kelahiran, anak-anak mencapai umur baligh dan lainlain, ritual Hindu amat dititikberatkan terutama bagi penganut agama Hindu yang baik dan kuat pegangan agama (Marimurthi Sivanam 2012). Meskipun golongan muda kurang

mementingkan amalan ibadah dalam kehidupan seharian mereka kerana faktor kesibukan dengan aktiviti harian dan sebagainya, namun, mereka sama sekali tidak pernah melupakan ajaran agama mereka. Mereka juga percaya untuk dilahirkan kembali untuk kehidupan yang lebih baik, pentingnya untuk melakukan bhakti iaitu kebajikan dan berbuat baik kepada orang ramai dan haiwan serta tidak berbuat jahat. Kadang-kala, mereka akan bermeditasi atau yoga untuk menyucikan jiwa dan mendapatkan ketenangan (Sivasangghari Selvanathan 2012). Aspek terpenting yang dapat diperhatikan dalam pengamalan ibadah dan ritual serta kaitannya dengan pemahaman mereka terhadap reinkarnasi dapat dilihat dalam upacara Thaipusam dan ketika berlakunya kematian. Penganut agama Hindu menjadikan hari

Thaipusam sebagai hari penting untuk mereka menebus dosa, membayar nazar dan menginsafi diri dengan menghitung amalan diri masing-masing. Mereka akan berpuasa, membotakkan kepala dan membawa kavadi yang dijunjung di atas bahu atau kepala. Pelbagai cara penyiksaan diri dilakukan mereka bagi memohon ampun kepada Dewa Murugan. Antaranya, berjalan di atas kasut berpaku, melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil sehingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves, mencucuk panah besi di muka atau mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusam 2012). Semua yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk mencapai moksha mahupun

menyelamatkan diri daripada penderitaan di kehidupan yang akan datang.

14

Selain itu, kematian menurut kepercayaan penganut agama Hindu pula, adalah satu proses peralihan jiwa daripada satu kehidupan ke kehidupan yang lain sepanjang laluan menuju moksha. Selepas saja seseorang penganut agama Hindu itu mati, si mati akan segera

dikebumikan ataupun dibakar mengikut adat sekeliling dan permintaan si mati. Selalunya, syiling diletakkan di atas setiap lubang atau rongga badan si mati bagi mengelakkan roh atau atman terlepas sebelum tiba waktunya. Mereka percaya cara kematian seseorang merupakan gambaran kehidupannya pada masa akan datang. Jika seseorang itu mati ketika muda secara dahsyat seperti kemalangan, kebakaran, pembunuhan dan sebagainya diiringi muntah atau urin dan ekpressi muka seperti dalam kesakitan atau kesengsaraan, ianya dianggap mati dalam keadaan yang buruk. Berbanding mereka yang mati di usia tua selepas mempersiapkan diri dan berada dalam ketenangan dianggap mati dalam kebaikan (Murthi Vaisandham 2012). Dari sudut yang lain, agama Buddha adalah satu sistem yang tidak mengenal Tuhan dan menafikan bahawa manusia mempunyai roh. Buddhisme menolak amalan-amalan sembahyang, pengorbanan, penyembahan dan menggalakkan penganutnya berdikari dalam usaha untuk dilahirkan semula di dalam tingkatan yang lebih baik seperti yang terkandung dalam The Wheel of Rebirth. Melalui pengkajian pengkaji, pengkaji mendapati sebahagian penganut agama

Buddha tidak begitu memahami prinsip atau unsur-unsur peribadatan agama Buddha. Mereka seringkali terkeliru dengan adat resam dan budaya penyembahan nenek-moyang mereka serta agama rakyat Cina yang pelbagai. mereka meletakkan patung Buddha di suatu sudut di dalam rumah bersama-sama dengan altar nenek-moyang mereka yang telah meninggal dunia dan juga patung berhala dewa-dewi atau patung watak dalam cerita epik ataupun tokoh-tokoh tertentu. Seterusnya berhala tersebut dihidangkan dengan makanan dan minuman serta dilakukan penyembahan dengan cara menyalakan colok atau setanggi mahupun membunyikan loceng dan sejenis alat gendang atau kertuk (Khoo Cheng Shiang 2012). Hakikatnya, seperti yang telah diterangkan sebelum ini, agama Buddha tidak mengamalkan penyembahan berhala dan patung Buddha hanya dijadikan simbol penumpuan jiwa untuk meditasi. Segelintir penganut agama Buddha yang kuat pegangan agamanya sering mengunjungi Vihara ataupun menziarahi Bikhu untuk mendalami agama Buddha, sesetengahnya tidak langsung terdapat ruang sembahan yang terdiri daripada patung Buddha atau altar nenek-moyang mahupun patung dewa dewi di dalam rumah seperti kebanyakan

15

penganut agama Buddha sediakan di dalam rumah masing-masing. mereka mampu memusatkan sepenuh perhatian kepada meditasi tanpa iringan imej Buddha dan lain-lain (Bhante 2012). Daripada aspek penghayatan agama dalam pengamalan ibadat penganut agama Buddha, pengkaji mendapati ianya tidak sepenuhnya dilakukan semata-mata untuk dilahirkan semula sebagai makhluk atau di dalam tingkatan yang lebih baik. Mereka percaya, dengan berbuat kebaikan dan tidak melakukan kejahatan adalah cukup dan tidak bergantung sepenuhnya kepada ritual keagamaan (Chew Kai Feng 2012). Terutamanya, bagi golongan muda yang kurang penghayatan agamanya, mereka tidak terlalu peduli akan ritual keagamaan Buddha dan hanya terlibat melakukannya jika ada sesuatu perayaan atau upacara-upacara tertentu seperti kematian, perkahwinan, kelahiran dan lain-lain lagi. Salah satu kepercayaan kuat masyarakat Buddha adalah mereka akan berusaha mengumpulkan kekayaan dan kemewahan ketika hidup di dunia ini agar mereka akan dibangkitkan semula sebagai seorang yang terhormat dan berharta dan terhindar daripada penderitaan (Leong Kiat Wong 2012). Selain itu, melalui temuramah yang dijalankan bersama Puan Chia Siew Meng (2012), beliau merupakan seorang penganut agama Buddha namun, pada masa yang sama, menyembah nenek-moyang dan matahari dan kadang-kala mengunjungi kuil Hindu untuk mendapatkan berkat dan berdoa. Melalui pengamatan pengkaji, beliau kurang memahami ajaran Buddha yang sebenarnya dan terkeliru dengan ritual amalan agama kaum cina dan mempercayai semua Tuhan pada semua agama boleh disembah dan dimohon keberkatan dan kesejahteraan hidup. Namun, ketika ditanya tentang reinkarnasi atau kelahiran semula, beliau mengakui percaya akannya seperti yang dipegang oleh penganut agama Buddha iaitu melalui apa yang terkandung dalam Roda Kelahiran Semula dan setiap yang beliau lakukan sama ada menyembah dewadewi, nenek-moyang, mengambil berkat daripada sami Hindu dan sebagainya adalah bertujuan untuk kesejahteraan hidup pada masa akan datang. Kesimpulannya, masyarakat Hindu dan Buddha sangat menitikberatkan ritual dan pengamalan ibadah agama masing-masing bagi memastikan mereka mendapat kesejahteraan di dalam hidup sama ada di dunia kini mahupun yang akan datang.

16

5.0

Kesimpulan

Pada asalnya, reinkarnasi merupakan satu kepercayaan dan asas keimanan agama Hindu dan Buddha. Namun, seiring perkembangan agama-agama tersebut dan meresapnya pengaruhpengaruh daripada agama-agama lain dan para ahli falsafah, reinkarnasi dianggap sebagai hukum alam yang semulajadi akan berlaku pada setiap yang bernyawa. Realitinya, penganut agama Hindu dan Buddha mempercayai reinkarnasi atau mereka faham sebagai samsara. Ianya merupakan kepercayaan utuh yang melekat kuat di sanubari setiap penganutnya. Tidak kira agama Hindu dan Buddha, kelahiran kembali adalah sesuatu yang pasti berlaku sehinggalah mereka telah mencapai moksha atau nirvana. Secara keseluruhannya, reinkarnasi yang difahami oleh agama Hindu dan Buddha sedikit berbeza daripada beberapa aspek. Ianya dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 1.

Konsep Roh

Hindu Segala sesuatu yang hidup bergerak Segala kerana adanya atman (Jiwa/roh).

Buddha sesuatu yang hidup bersifat annata (tanpa ruh). yang mati akan

Reinkarnasi

Setiap yang mati akan dihidupkan Setiap kembali mengikut pada apa

yang dihidupkan kembali mengikut tingkatan dalam yang Roda

dilakukannya

kehidupan pecahan

sebelum ini. Kelahiran kembali terkandung adalah kesempatan

untuk Kelahiran Semula.

memperbaiki diri. Karma Kehidupan kini dan akan datang Kelahiran bergantung perlakuan dan kepada perbuatan semula bergantung

setiap kepada karma yang melingkungi pada aspek bagaimana manusia itu mengawal kebencian sifat dan

kehidupan sebelumnya. Kelahiran mampu semula akan membawa akibat baik ketamakan, dan buruk atas setiap perlakuan itu.

kejahilan dalam kehidupan yang sebelumnya.

17

Tujuan Akhir

Mencapai Moksha iaitu roh itu Mencapai bersatu dengan Tuhan dan tidak tersebut akan dilahirkan kembali lagi.

Nirvana mencapai

iaitu

roh

pelepasan

yang mutlak dan tidak akan dilahirkan kembali lagi.

Jadual 1 : Reinkarnasi Hindu dan Buddha

Dalam pengamalan ibadah dan ritual keagamaan pula, penganut agama Hindu dan Buddha percaya ianya mempengaruhi dalam proses reinkarnasi mereka. Selain melakukan ibadah dan mengamalkan pantang-larang serta mematuhi ajaran agama masing-masing dalam setiap upacara dan sambutan sesuatu perayaan, mereka juga melakukan kebaikan dan menjauhi perkara-perkara kejahatan yang akan mempengaruhi karma mereka setelah dilahirkan semula dalam kehidupan yang akan datang. Akhir sekali, penganut agama Hindu dan Buddha amat berpegang teguh kepada kepercayaan tentang reinkarnasi dan setiap amalan mereka seharian dipengaruhi oleh matlamat mereka untuk dilahirkan semula sebagai sesuatu yang lebih baik ataupun untuk mencapai moksha mahupun nirvana. Namun, bagi semua penganut agama Islam, konsep reinkarnasi ini hendaklah dinafikan secara sekeras-kerasnya kerana ianya bertentangan dengan akidah dan pegangan Tauhid dan ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah Taala kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan hanya akan dibangkitkan semula di saat perhitungan amalan sama ada syurga atau neraka tempat tinggal terakhir.

18

RUJUKAN Al-Quran. Bhante Dr K Sri Dhammananda. http://www.dhammatalks.net [1 Mei 2012]. Chew Kai Feng. 2012. Reinkarnasi dan pengaruhnya dalam pengamalan ibadah penganut agama Buddha, Selangor. Temu bual, 27 April. Chia Siew kiew. 2012. Reinkarnasi dan pengaruhnya dalam pengamalan ibadah penganut agama Buddha, Kedah. Temu bual, 12 April. Chiah Yuek Meng. 2012. Amalan ibadah penganut agama Buddha, Kedah. Temu bual, 9 April. Gwaynne Paul. 2009. World religions in practice a comparative introduction. United Kingdom: Blackwell Publishing. http://indonesiaindonesia.com/f/34696-reinkarnasi-rebirth-kelahiran-kembali [1 Mei 2012]. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusam [1 Mei 2012] Kamus Dewan. 2002. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khoo Cheng Shiang. 2012. Reinkarnasi dan pengaruhnya dalam pengamalan ibadah penganut agama Buddha, Kedah. Temu bual, 16 April. Leong Kiat Wong. 2012. Reinkarnasi dan pengaruhnya dalam pengamalan ibadah penganut agama Buddha, Selangor. Temu bual, 27 April. Marimurthi Sivanam. 2012. Reinkarnasi dan pengaruhnya dalam pengamalan ibadah penganut agama Hindu, Alor Star. Temu bual, 8 April. Murthi Vaisandham. 2012. Reinkarnasi dan pengaruhnya dalam pengamalan ibadah penganut agama Hindu, Kedah. Temu bual, 8 April. N.M Idaikkadar. 1979. Latar belakang kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahmat S.H. 1979. Dari Adam sampai Muhammad. Kelantan: t. pt.

19

Ravi Ragavan. 2012. Amalan Ibadah Penganut Agama Hindu, Kedah. Temu bual, 8 April. Sivasangghari Selvanathan. 2012. Reinkarnasi dan pengaruhnya dalam pengamalan ibadah penganut agama Hindu, Kedah. Temu bual, 8 April. Smith, Huston. 1995. Agama-agama manusia. Terj. Saafroedin Bahar. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Sukardji, Sjamsulhadi Marse & Ahmad Ghazali. 1973. Perbandingan agama. Jakarta: Penerbit Azam.

You might also like