Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT

Ratings: (0)|Views: 493 |Likes:
Published by Alju Suci
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT Berdasarkan tajuk di atas, analisiskan sekurang-kurangnya LIMA faktor yang telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia.
Pengenalan Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar terbesar pasaran minyak kelapa sawit dunia iaitu kira-kira 85 peratus minyak sawit dunia. Kedua-dua negara telah menyumbang sektor pemakanan dunia terutamanya bagi pasaran India, China, Russia, Amerika dan Eropah. Sektor industri minyak sawit sekarang me
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT Berdasarkan tajuk di atas, analisiskan sekurang-kurangnya LIMA faktor yang telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia.
Pengenalan Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar terbesar pasaran minyak kelapa sawit dunia iaitu kira-kira 85 peratus minyak sawit dunia. Kedua-dua negara telah menyumbang sektor pemakanan dunia terutamanya bagi pasaran India, China, Russia, Amerika dan Eropah. Sektor industri minyak sawit sekarang me

More info:

Published by: Alju Suci on May 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2014

pdf

text

original

 
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARANMINYAK SAWIT
 Berdasarkan tajuk di atas, analisiskan sekurang-kurangnya LIMA faktor yang telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia
.
Pengenalan
Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar terbesar pasaran minyak kelapa sawit duniaiaitu kira-kira 85 peratus minyak sawit dunia. Kedua-dua negara telah menyumbang sektor  pemakanan dunia terutamanya bagi pasaran India, China, Russia, Amerika dan Eropah. Sektor industri minyak sawit sekarang mendapat pemintaan tinggi daripada negara-negara miskinkerana harganya yang mampu beli oleh penduduk miskin.Walaupun sektor minyak kelapasawit telah mendapat pelbagai halangan daripada pihak-pihak tertentu seperti pihak yang tidak ingin melihat sektor minyak sawit menjadi minyak makanan dunia demi menjaga komoditi barangan mereka iaitu minyak soya dan sayuran bijirin lain. Pihak pengurusan MPOB tidak  berganjak dalam mempromosikan minyak sawit di negara lain terutama negara-negara miskin.Kajian demi kajian dijalankan (R&D) bagi memastikan khasiat minyak sawit tidamendatangkan impak negatif kepada pengguna. kajian yang dijalankan oleh pihak MPOB sukar diterima oleh pihak tertentu terutamanya suruhajaya negara Eropah. Minyak sawit bukan sajamurah dan berkhasiat ianya mampu beli bagi golongan miskin di dunia serta mengandungikandungan kolestrol yang rendah. Usaha-usaha provokasi daripada pihak luar seperti NGOyang kononnya penanaman kelapa sawit telah membunuh atau menyebabkan kepupusan habitathutan seperti ‘Orang Utan’ flora dan fauna dan haiwan liar lain serta juga industri minyak sawitdituduh menjadi punca pemanasan global berikutan pelepasan gas karbon dioksida berlebihandi atmosfera. Kumpulan sokongan alam sekitar dan pengguna di Eropah mendakwa industrisawit Malaysia dan Indonesia merosakkan sejumlah kawasan hutan semulajadi. Laporan olehPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertajuk “
The Last Stand of the Orang Utan
” mendakwaladang kelapa sawit yang berkembang dengan meluas di hutan Malaysia dan Indonesiadijangka mengakibatkan tiada lagi hutan semulajadi menjelang 2022. Baru-baru ini pihak NGOyang anti sawit meluahkan rasa kecewa terhadap satu laporan sulit Kesatuan Eropah yangmengiktirafkan tanaman sawit adalah sebagai ladang hutan. Ladang hutan disifatkan sebagai“kawasan berhutan” yang mengandungi pokok dewasa, sama ada yang ditanam atau disemai
 
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARANMINYAK SAWIT
dengan sengaja atau berintergrasi dengan spesies asal atau baru yang memenuhi kesemuasyarat-syarat berikut: “Satu, dua atau beberapa spesies; mempunyai umur yang sama jarak yangsekata di antara satu sama lain”.Sebenarnya pengikhtirafan tanaman sawit sebagai ladang hutantelah disetujui pada Persidangan Pertubuhan Makanan & Pertanian Sedunia (FAO) pada tahun2005. Inilah adalah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh industri minyak sawit negara kenegara Eropah. Dalam menghadapi cabaran tersebut pelbagai usaha murni telah dijalankankerajaan dengan pemantauan pihak Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan Kementerian Sumber Asli(NRE,) dalam memastikan penanaman kelapa sawit mengikut piawaian yang ditetapkan. Sejak tahun ke tahun permintaan minyak sawit semakin meningkat. Peningkatan penawaran minyak sawit selain daripada murah, ianya juga hasil pengklonan biji sawit baka baru. Berikut adalahantara lima faktor yang telah meningkatnya penawaran pemintaan minyak sawit dunia ialah:
i. Harga Pasaran Minyak Sawitii. Kajian R&D : Khasiat-khasiat Minyak Sawitiii. Peningkatan Harga Minyak Mentah Dan Pemulihan Ekonomi Duniaiv. Pengeluaran Yang Terhad Akibat Perubahan Cuaca / Bilangan Pengeluarv. Penggunaan Teknologi / Promosi dan Polisi Kerajaani. Harga Pasaran Minyak Sawit
Minyak kelapa sawit adalah satu-satu komoditi minyak sayuran yang murah harganya berbanding dengan minyak sayuran yang lain seperti minyak soya dan minyak jagung. Jesteruitu tidak hairanlah mengapa minyak sawit telah dieksport ke 150 buah negara didunia.Antaranya ialah China, Pakistan,India, Amerika dan negara miskin didunia. Minyak sawit ialah minyak makanan yang mampu di beli oleh penduduk-penduduk miskin. Oleh sebabharganya yang murahlah maka permintaan penggunaan minyak sawit daripada negara-negara berkenaan meningkat seterusnya meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia. Harga minyak sawit ditentukan oleh pasaran semasa terutamanya minyak mentah. Pengiraan harga dalamkiraan setan berbanding setong oleh industri minyak. Harga komoditi minyak sawit sekarang bagi Mac lepas ialah RM2,681 setan dan merupakan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulanyang lepas iaitu sejak 15 Mei tahun lalu. Harga ini masih rendah dan lantaran itu harga minyak 
 
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARANMINYAK SAWIT
sawit bagi pasaran global masih murah dan meningkatkan pengeluaran kerana permintaan bertambah.ii.
Kajian R&D :Khasiat-Khasiat Minyak Sawit
Penyelidikan dan kajian-kajian yang dijalankan oleh MPOB dan MIDF Research berkenaan khasiat-khasiat minyak sawit yang berterusan telah banyak membantu dalammemberi maklumat-maklumat berguna kepada pengguna minyak sawit. Buktinya baru-baru inimengesahkan minyak sayur yang berkhasiat ialah minyak sawit mengandungi 50 peratus asidlemak tepu dan tidak mempunyai kaitan dengan penyakit jantung koronori, kardiovaskular danstrok yang mana telah dituduh olah pihak tertentu minyak sawit adalah penyebabnya. Asidminyak tepu tidak bertindak meningkatkan paras kolestrol di dalam badan seperti minyak sayuran tepu yang lain. Pendapat ini terkandung dalam satu artikal terbitan American Journal of Clinical Nutrition (AJCN) pada July 1987. Rungkaian pendapat ini menyatakan minyak sawitmengandungi asid poli tidak tepu yang amat diperlukan (
essential polyunsaturated acids
) yangmana asid ini menghalang minyak sawit daripada bertindak meningkatkan paras kolestroldalam badan. Oleh yang demikaian ia menyumbang kepada diet yang sihat. Selain dari ituminyak sawit mambantu meningkatkan paras kolestrol lipo-protien berdensiti tinggi (HDLcholesterol), tetapi tidak bertindak meningkatkan paras jumlah kolestrol total apabila digunakan bersama dengan minyak sayuran tidak tepu seperti minyak sya atau minyak bijirin sesawi(Rapeseed oil). Hasil kajian ini dipatenkan dan produk yang dihasilkan melalui formula FDAuntuk dilebelkan sebagai: membantu meningkatkan kolestrol. Apabila Amerika mengharamkanasid lemak trans di dalam penyediaan makanan disebabkan kesan buruk terhadap kolestrol,minyak sawit menjadi pilihan alternatif utama di Amerika. Ini juga mendorong penawaran permintaan minyak sawit Malaysia.Tuduhan yang dilemparkan terhadap minyak sawit sebagaiminyak sayuran yang tidak sihat hanya bersandarkan kepada persepsi umum sahaja. Namuntiada sebarang rujukan membuktikan kesan negatif minyak sawit terhadap kesihatan. Baru-baruini satu penemuam yang penting iaitu
asid shikmic
yang terkandung dalam phenolics sawitmempunyai nilai tambah yang tinggi dan merupakan bahan asas untuk menghasilkan ‘tamiflu’ bagi penggunaan perubatan dan menghasilkan produk berkaitan. Penemuan ini akan dapatmemecahkan monopoli negara China sebagai pengeluar utama bahan itu. Pada masa ini
asid  shikmic
dari China datangnya daripada ‘
 star anise’ 
. Penemuan begini akan meningkatkan lagi permintaan produk kelapa sawit di pasaran global.

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Tqah Shaari liked this
Alju Suci liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->