You are on page 1of 7

Dari Lembah Ke Puncak Soalan Struktur Siri 2

1. a. Watak Kudin adalah satu daripada contoh watak antagonis dalam novel Dari Lembah ke Puncak. Berikan dua contoh peristiwa yang menunjukkan Kudin berperwatakan demikian. (2 markah) b. Berikan dua watak antagonis lain dalam novel Dari Lembah ke Puncak.(1 markah) 2. Jalil meraba-raba di dalam begnya. Wang tunai berjumlah sepuluh ribu itu digenggamnya kemas. Nampaknya usaha gigihnya dalam tempoh itu tidak akan mendatangkan hasil. a.Apakah yang ingin dilakukan oleh Jalil dengan wang sepuluh ribu ringgit itu? (2 markah) b.Mengapakah usaha Jalil gagal?(2 markah) 3. Dan yang paling pasti, potret seorang gadis kampung berbaju kurung sering menghiasi kanvas apabila dia kehabisan idea. Potret itu tidak berubah wajahnya sejak dia mula-mula melukis. Malahan, semakin lama semakin cantik lakaran itu. Gadis berambut ikal dan bermata galak itu sering sahaja tersenyum di kanvas putih. a.Siapakah gadis yang dimaksudkan dalam petikan tersebut?(1 markah) b.Siapakah pelukis potret gadis tersebut?(1 markah) c.Apakah hubungan pelukis dengan gadis tersebut?(2 markah) 4. Setahun selepas memulakan pengajian, Jalil terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. a.Di manakah Jalil meneruskan pengajiannya?(1 markah) b.Apakah bidang pengajian yang diambil oleh Jalil?(1 markah) c.Bincangkan kaitan bidang pengajian Jalil dengan masa depannya.(2 markah) 5. Walaupun tanpa bukti yang kukuh, Jalil pernah terserempak dengan kelibat manusia yang berlalu dari arah tapak semaiannya suatu malam. Lembaga itu menuju ke arah rumah Pak Ngah Kadir. Akan tetapi, masa itu Jalil tidak mengesyaki apa-apa. Setelah kedua-dua belah kakinya terkoyak bagai kain buruk tertusuk kaca, barulah dia teringat akan kelibat itu. a.Berikan latar masa yang terdapat dalam petikan. (1 markah) b.Siapakah lembaga yang dimaksudkan oleh Jalil? (1 markah) 2. c.Bincangkan peristiwa yang berlaku terhadap Jalil keesokan harinya.(2 markah)

3. Skema Jawapan 1. a. i. Kudin menaburkan kaca ke dalam petak anak benih padi di sawah Jalil. ii. Kudin mengupah Rosman, sepupunya untuk mengugut dan menakut-nakutkan Jalil. b.i. Rosman ii. Mak Teh iii. Pak Amat 2.a. Menebus kembali tanah pusaka peninggalan ayahnya daripada Pak Amat. b.Pak Amat memungkiri janji dengan menaikkan harga tanah kepada lima puluh ribu. 3.a.Latifah b.Jalil c.i. Jiran ii. Kawan/rakan sekolah 4.a. Universiti Putra Malaysia b.Diploma Landskap dan Seni Taman c. i. Jalil akan menjadi seorang pereka landskap yang terkenal ii. Jalil akan menjadi seorang perunding landskap dan seni taman iii. Sebagai CEO Syarikat Alam Hijau iv. Pemilik Taman Tema Nibung Park 5. a. Latar masa pada waktu malam b. Kudin c.i. Jalil turun ke sawah untuk mencabut anak benih ii. Kakinya luka terpijak kaca yang ditabur oleh Kudin

Glosari Istilah Gaya Bahasa


1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya, Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan, 2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris. Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku kemarau di dada kota, 3. Responsif-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya, Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua, 4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan. Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata. 5. Hybrid-penggabungan dua patah kata. Contohnya, menyinarresap, sedihpilu. 6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Contohnya,terasa sekali dingin angin. 7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak. Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang. 8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan. Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang. 9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,merpati melambangkan kebebasan dan gunung melambangkan cita-cita. 10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin 11. Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana.

Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar. 12. Sinkof-kata singkatan. Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah. 13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warnawarni, daun-daun. 14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara. 15. Asonansi pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya. 16. Aliterasi pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga.

Soalan Esei Jeriji Kasih


1. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, jawab soalan-soalan yang berikutnya. a.nyatakan kejayaan-kejayaan Anuariza [ 10 markah ] b.huraikan gambaran masyarakat. [ 10 markah ] 2. a) Watak Anuariza merupakan seorang pemuda contoh dalam novel Jeriji Kasih. Huraikan lima keistimewaan watak Anuariza yang boleh diteladani. [10 markah] b) Huraikan binaan plot novel Jeriji Kasih. [10 markah] 3. a) Jelaskan lima konflik dalam novel. [10 markah] b) Jelaskan lima peleraian dalam novel [10 markah] Skema Jawapan 1.a. i. berjaya dalam pelajaran 1 markah ii Cth: Lulus dengan cemerlang dalam STPM / dapat masuk universiti 1 markah iii. berjaya membimbing Syed Faris 1 markah iv. Syed Faris yang bersikap negatif kini telah berubah 1 markah v. berjaya mengusahakan projek Taman Fantasi 1 markah vi. cth telah mendapat bantuan kewangan daripada Syed Mustafa 1 markah (b) Gambaran masyarakat i. Masyarakat Melayu 1 markah ii. Cth : nama-nama watak spt Anuariza,Solehah 1 markah iii. Masyarakat yang gigih / tabah 1 markah iv. Cth Anuariza walaupun hidup miskin, tetap gigih belajar 1 markah v. Masyarakat yang mementingkan pelajaran 1 markah vi. Cth: Syed Mustafa meminta Anuariza menjadi guru tusyen untuk anak-anaknya 1 markah vii. Masyarakat yang bekerjasama 1 markah viii Cth : Penduduk kampung bergotong-royong semasa kenduri-kendara 1 markah ix Masyarakat yang bekerja sebagai petani 1 markah x Cth : Haji Suud mengusahakan dusun 1 markah xi Masyarakat yang hidup susah/ miskin 1markah xii Cth : Solehah hidup dalam kemiskinan / tidak mampu menyediakan segala kemudahan utk Anuariza 1 markah 2. a. i. Seorang yang rajin/gigih 1 markah ii. Cth : Rajin bekerja/bertani/menanam anggur, pokok naga 1 markah iii. Seorang yang berpandangan jauh 1 markah iv. Cth : Berhasrat memajukan pertanian sebagai tarikan pelancongan dan penyelidikan/merancang untuk meneruskan pelajaran ke universiti 1 markah v. Seorang yang rasional 1 markah vi. Cth : Tidak menghalang ibunya berkahwin semula 1 markah vii. Seorang yang bijak mengambil hati/memujuk 1 markah

viii. Cth : Berjaya memujuk Syed Fariz/Sharifah Farisya 1 markah ix. Seorang yang penyabar 1 markah x. Cth : Sabar apabila ibunya dituduh berkahwin kerana ingin menumpang kekayaan Syed Mustafa 1 markah xi. Seorang yang mengutamakan keluarga daripada diri sendiri 1 markah xii. Cth : Walaupun menyayangi Sharifah Farisya, Anuariza rela Sharifah Farisya menjadi adiknya apabila ibunya kahwin dengan bapa Sharifah Farisya 1 markah xiii. Seorang yang mentaati ibu 1 markah xiv. Cth : Menghormati dan patuh pada ibunya, Soleha 1 markah xv. Seorang yang taat pada agama 1 markah xvi. Cth : Menunaikan solat walaupun semasa di hutan 1 markah b). i. Plot bersifat kronologi 1 markah ii. Cth : Susunan peristiwa mengikut urutan waktu 1 markah iii. Permulaan novel berkisar pada Anuariza dan latar tempat 1 markah iv. Cth : Anuariza ke paya mencari asam kelubi 1 markah v. Perkembangan novel berkisar pada kehadiran anak-anak Syed Mustafa dan Anuariza membantu mereka 1 markah vi. Cth : Anuariza mengajar tuisyen Syed Fariz 1 markah vii. Konflik antara Anuariza dan Syed Fariz 1 markah viii. Cth : Syed Fariz bermasalah disiplin/mencabul Ruhaiza 1 markah ix. Konflik Syed Fariz dan Syed Mustafa 1 markah x. Cth : Syed Fariz anggap Syed Mustafa sebagai punca kematian ibunya dan membenci bapanya 1 markah xi. Klimaks novel berkisar konflik Anuariza Sharifah Farisya 1 markah xii Cth : Anuariza cuba memujuk Sharifah Farisya yang lari ke Kuala Lumpur kerana menentang perkahwinan Soleha dan Syed Mustafa 1 markah xiii. Peleraian berkisar kejayaan Anuariza menyelesaikan masalah yang dihadapinya 1 markah xiv. Cth : Sharifah Farisya terima kenyataan ayahnya akan berkahwin dengan ibu Anuariza/Hj. Lokman membantu projek Taman Fantasi/Anuariza berjaya ke IPTA 1 markah 3. a) i. Konflik Syed Mustafa dan Syed Fariz 1 markah ii. Cth : Syed Fariz membenci ayahnya/Syed Mustafa anggap Syed Fariz nakal dan memukulnya 1 markah iii. Konflik Nek Siah dan Syed Mustafa 1 markah iv. Cth : Nek Siah marah akan Syed Mustafa kerana abaikan tanggungjawab kepada anakanak 1 markah v. Konflik Anuariza dan Syarifah Farisya 1 markah vi. Cth : Syarifah Farisya meminta Anuariza menentang perkahwinan ayahnya dan ibu Anuariza 1 markah vii. Konflik Soleha dan Syed Mustafa 1 markah viii. Cth : Soleha serba salah menerima lamaran Syed Mustafa 1 markah ix. Konflik Syed Fariz dan Ruhaiza 1 markah ix. Cth : Syed Fariz mencabul Ruhaiza kerana mengesyaki dia yang mengadu kesalahan

disiplin kepada guru 1 markah xi. Konflik Syed Mustafa dan Khusyairi 1 markah xi. Cth : Khusyairi marah dengan Syed Mustafa kerana anaknya, Syed Fariz mencabul Ruhaiza 1 markah b) i. Syed Mustafa sedar kesilapannya dalam mendidik anak 1 markah ii. Cth : Syed Mustafa letak jawatan di bandar/berkahwin dengan Soleha untuk menyelesaikan masalah anak 1 markah iii. Nek Siah berusaha mengahwinkan Soleha dengan Syed Mustafa 1 markah iv. Cth : Nek Siah percaya Soleha boleh membantu Syed Mustafa membimbing anakanaknya 1 markah v. Anuariza berjaya memujuk Syarifah Farisya yang lari dari rumah ke Kuala Lumpur 1 markah vi. Cth : Memujuknya menerima perkahwinan Syed Mustafa dan Soleha 1 markah vii. Anuariza lulus peperiksaan STPM dengan cemerlang 1 markah viii. Cth : Anuariza mendapat tawaran ke IPTA 1 markah ix. Anuariza mengatasi masalah kewangan ke IPTA 1 markah x. Cth : Syed Mustafa memberi bantuan kewangan 1 markah xi.Projek Taman Fantasi/projek tanaman anggur dan buah naga Anuariza dapat diteruskan 1 markah xii. Cth : Hj. Lokman dan Syed Mustafa membantu dari segi kewangan meneruskan projek pertanian 1 markah

You might also like