Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
DISKLESIA (22mac)

DISKLESIA (22mac)

Ratings: (0)|Views: 366 |Likes:
Published by Fauziah Yahya

More info:

Published by: Fauziah Yahya on May 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/11/2014

pdf

text

original

 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN CERMIN DALAM MENGATASIKETERBALIKKAN ABJAD DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DISKLESIAABSTRAK
Penggunaan huruf abjad amat penting kerana huruf merupakan asas untuk membaca. Kajian inidijalankan untuk menilai sejauh manakah penggunaan cermin dapat mengatasi keterbalikkanabjad untuk kanak-kanak disklesia. Subjek kajian terdiri daripada seorang murid PendidikanKhas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.Tinjauan awal mendapati murid pendidikan khas ini sering menterbalikkan huruf dari kiri kekanan malah juga bermasalah menterbalikkan huruf dari atas dan bawah. Pengkajimenggunakan cermin untuk membantu masalah keterbalikkan huruf abjad murid danmenggunakan doh sebagai bahan bantu mengajar. Data dikumpul melalui senarai semak dan pengujian. Data akan dianalis secara deskriptif. Lembaran kerja digunakan sebagai intsrumen.
 
1.0 PENDAHULUAN
Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Menurut Persatuan DisleksiaAntarabangsa, disleksia merujuk aspek kesukaran membaca. Kegagalan membaca terjadi keranamereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang bertulis, sama ada dalam huruf itusendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawaperkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaanmenguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikanyang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999).Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnyaakan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan KhasBermasalah Pembelajaran. Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yangkhusus dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanak-kanak disleksia kerap kali ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001)menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas BermasalahPembelajaran.Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaituantaranya kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaranmeniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minitmenumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).Menurut Rozita Sahimin (2000), selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolahdan memperolehi keputusan ujian peperiksaan yang kurang memuaskan, kanak-kanak pemulihan juga memperlihatkan ciri-ciri kesukaran berbahasa, membaca, menulis dan tahap tumpuan yangterhad disamping rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
 
Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turutmenyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses mengenalpasti danmerancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat penting. Rosana (1998)menyatakan murid disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran. Mereka biasanyakehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu, cepat lupa dantidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yangmenghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca,menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk murid-murid ini.Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran kompleks sukar mencapai tahaptanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan menguasai kemahiranvokasional. Kanak-kanak ini belajar dalam kadar yang agak lambat. Mereka mengalamikesukaran dalam pemikiran abstrak dan memerlukan pengulangan apabila mempelajari konsepbaru ( Jamila K.A. Mohamed, 2005).Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:
 
mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk 
 
mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yangyang digabung
 
mereka sukar mengeja
 
mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik 
 
mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
 
mereka juga menghadapi masalah apabila menulisKepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggidaripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia. Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses danmengatur informasi secara berbeza dari lazimnya, namun sehingga kini tiada rawatan ataupenawar untuk masalah disleksia ini. Menurut Bold (2000), disleksia tidak boleh disembuhkantetapi boleh dirawat.

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Cik Jena liked this
HT Hong liked this
dennieboy liked this
Shasha Jasman liked this
HT Hong liked this
Angela Wan Qi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->