Professional Documents
Culture Documents
dengan
Pendahuluan
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan: - pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor.
- Pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik.
Jenny (1961) dan Williams (1964) Berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Lumpkin(1990)berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Freeman (1997,1992) pula menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor,kognitif dan afektif.
Manakala, Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Pendidikan Kesihatan juga bertujuan untuk membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menjadi rutin yang digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Justeru, aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis boleh diterapkan melalui mata pelajaran ini.
Aktiviti Bermain Dengan Huruf dan perkataan a) Secara lokomotor b) Bukan lokomotor
Berdasarkan prinsip dari mudah kepada pergerakan yang lebih mencabar, Aktiviti bukan lokomotor perlu dijalankan sebelum aktiviti lokomotor.
Murid kumpulan B meneka huruf-huruf yang dibuat oleh murid kumpulan A. Murid yang meneka betul berpeluang mengambil kad huruf tersebut dan menyusunnya di tempat yang ditentukan hingga menjadi suku kata dan perkataan.
Permainan bermula dengan peserta berdiri di garisan permulaan dengan membelakangkan gelanggang permainan.
Sekiranya pundi kacang itu jatuh di petak nombor 3, murid akan membuat lompatan statik melalui kotak 1,2 dan kotak 3, murid mengambil 4 kad secara rawak dan berjalan sebelah kaki (ting-ting) melalui kotak 4, 5 dan 6 .
Ahli kumpulan akan membina perkataan dan menulisnya di dalam kad yang disediakan. Pasukan yang membina perkataan yang paling banyak dikira menang..
Sekian,
Terima Kasih !
Aktiviti Bukan Lokomotor Aktiviti yang melibatkan anggota badan yang dilakukan setempat (bergerak tanpa beredar).
Aktiviti Lokomotor Aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan yang memerlukan murid-murid beredar (bergerak dan beredar).
Gelanggang Permainan
4 3
Garisan mula